Tuesday, December 28, 2010

Aku..ombak dan Langkawi....

Salam...

Akhirnya saya kembali semula ke dunia blogging. Jumaat - Ahad lepas saya bersama 15 ahli keluarga yang lain bercuti ke Langkawi. Harapan saya mahu mendengar bunyi ombak...melihat keindahan alam ciptaan Tuhan serta merehatkan otak setelah berhempas pulas menyiapkan NBF akhirnya tercapai juga. Ini merupakan kali pertama saya ke Langkawi. Entah mengapa, baru sekarang saya mahu ke sana. Kalau dahulu, percutian ke Langkawi saya terpaksa batalkan kerana tarikh tersebut bertembung dengan tarikh emak dan ayah ke Makkah, kali ini berjaya juga saya menjejakkan kaki ke sana. Kalau semata-mata ingin merehatkan otak,  Langkawi bukanlah tempatnya sebenarnya....Lebih-lebih lagi dengan ahli keluarga yang ramai dan anak-anak kecil yang hyper active. Hhahahha...dapatkan bayangkan bagaimana kecohnya keluarga kami sewaktu menaiki feri, bergerak ke sana ke mari...Ada masanya memang melelahkan tetapi saya seronok kerana niat mahu bercuti sekeluarga tercapai juga.
Kali ini saya yang menjadi pengarah projek kononnya. Saya pilih tempat, cari homestay, cari kenderaan untuk kegunaan kami di sana. book tiket...dan merancang aktiviti yang akan dilakukan sepanjang 3 hari 2 malam di sana. Hari Khamis saya dan keluarga bertolak ke Guar perahu untuk mengambil adik lelaki saya dan isterinya. Pagi Jumaat kami bertolak ke Kuala Perlis. Menunggu kakak dan keluarganya di tol Jitra. Dan dengan tiga buah kereta, kami bertolak ke sana. Mujurlah saya ada teman yang sanggup menolong membelikan tiket feri. Kalau tidak...tak tahulah pukul berapa rasanya kami boleh bertolak ke sana. Alhamdulillah juga masalah parking di Kuala Perlis tidak timbul kerana sekali lagi teman menjadi penyelamat apabila kereta kami diletakkan di kawasan motelnya. Lega..kalau tidak jenuh juga kalau terpaksa berurusan dengan ulat parking di KP.
Lepas sejam..tiba di pekan Kuah. Dalam masa yang sama kereta dan van yang sana sewa tiba serentak dengan tuan rumah homestay yang akan kami tinggal. Saya lega kerana plan yang saya buat berjalan dengan lancar. Mujur kami memilih untuk tinggal di sekitar Bukit Tangga kerana homestay tersebut terletak di tengah2...antara pantai chenang, Underwater World, Cable car dan pekan kuah sendiri.


Sampai di homestay, kami makan dlu...perut dah berkeroncong...lepas tu sembahyang dan off we went to the beach. Happynya saya dapat tgk pantai. Chenang yang indah. dengar bunyi ombak...angin yang bertiup...rasa teruja tgk orang buat parasailing...aduhai...kalau mahu diikutkan saya boleh sahaja duduk di sana berjam-jam...Saya tidak boleh nak gambarkan macam mana sukanya saya dengan laut..dengan ombak..dengan langit yang membiru...saya rasa damai...tenang...asyik....Saya tahu setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk menghiburkan hati..dan saya cukuplah kalau saya dapat melihat laut setiap hari....Waktu malam pula..kami hanya berehat di homestay kerana aktiviti penuh hanya akan bermula pada keesokkan harinya. Jadi..kita bersambung nanti ya....

1 comment:

peace_bbj88 said...

de best percutian .. adalah bercuti bersama - sama keluarga .....

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...