Tuesday, December 28, 2010

Aku..ombak dan Langkawi....

Salam...

Akhirnya saya kembali semula ke dunia blogging. Jumaat - Ahad lepas saya bersama 15 ahli keluarga yang lain bercuti ke Langkawi. Harapan saya mahu mendengar bunyi ombak...melihat keindahan alam ciptaan Tuhan serta merehatkan otak setelah berhempas pulas menyiapkan NBF akhirnya tercapai juga. Ini merupakan kali pertama saya ke Langkawi. Entah mengapa, baru sekarang saya mahu ke sana. Kalau dahulu, percutian ke Langkawi saya terpaksa batalkan kerana tarikh tersebut bertembung dengan tarikh emak dan ayah ke Makkah, kali ini berjaya juga saya menjejakkan kaki ke sana. Kalau semata-mata ingin merehatkan otak,  Langkawi bukanlah tempatnya sebenarnya....Lebih-lebih lagi dengan ahli keluarga yang ramai dan anak-anak kecil yang hyper active. Hhahahha...dapatkan bayangkan bagaimana kecohnya keluarga kami sewaktu menaiki feri, bergerak ke sana ke mari...Ada masanya memang melelahkan tetapi saya seronok kerana niat mahu bercuti sekeluarga tercapai juga.
Kali ini saya yang menjadi pengarah projek kononnya. Saya pilih tempat, cari homestay, cari kenderaan untuk kegunaan kami di sana. book tiket...dan merancang aktiviti yang akan dilakukan sepanjang 3 hari 2 malam di sana. Hari Khamis saya dan keluarga bertolak ke Guar perahu untuk mengambil adik lelaki saya dan isterinya. Pagi Jumaat kami bertolak ke Kuala Perlis. Menunggu kakak dan keluarganya di tol Jitra. Dan dengan tiga buah kereta, kami bertolak ke sana. Mujurlah saya ada teman yang sanggup menolong membelikan tiket feri. Kalau tidak...tak tahulah pukul berapa rasanya kami boleh bertolak ke sana. Alhamdulillah juga masalah parking di Kuala Perlis tidak timbul kerana sekali lagi teman menjadi penyelamat apabila kereta kami diletakkan di kawasan motelnya. Lega..kalau tidak jenuh juga kalau terpaksa berurusan dengan ulat parking di KP.
Lepas sejam..tiba di pekan Kuah. Dalam masa yang sama kereta dan van yang sana sewa tiba serentak dengan tuan rumah homestay yang akan kami tinggal. Saya lega kerana plan yang saya buat berjalan dengan lancar. Mujur kami memilih untuk tinggal di sekitar Bukit Tangga kerana homestay tersebut terletak di tengah2...antara pantai chenang, Underwater World, Cable car dan pekan kuah sendiri.


Sampai di homestay, kami makan dlu...perut dah berkeroncong...lepas tu sembahyang dan off we went to the beach. Happynya saya dapat tgk pantai. Chenang yang indah. dengar bunyi ombak...angin yang bertiup...rasa teruja tgk orang buat parasailing...aduhai...kalau mahu diikutkan saya boleh sahaja duduk di sana berjam-jam...Saya tidak boleh nak gambarkan macam mana sukanya saya dengan laut..dengan ombak..dengan langit yang membiru...saya rasa damai...tenang...asyik....Saya tahu setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk menghiburkan hati..dan saya cukuplah kalau saya dapat melihat laut setiap hari....Waktu malam pula..kami hanya berehat di homestay kerana aktiviti penuh hanya akan bermula pada keesokkan harinya. Jadi..kita bersambung nanti ya....

Monday, December 13, 2010

Ulasan lagi

Dah sebulan lebih aku selesai menghabiskan baca RUD & KDB, baru sekarang berkesempatan nak mengulas karya Dhiya Zafira ini. Maaf ye kak, lambat ckit..( Thank U yuni..untuk komen-komen yang diberikan)



Rindu Untuk Dia



Novel ini mengisahkan impian percintaan terhalang antara Jad Imran( again; a nice name) dan Amie Najla’. Awal kisah bibit2 pkenalan antara Jad n Amie di Sepanyol sweet aku rasa. Jad boleh rasa dlm hati yg amie adlah jodohnya. Hubungan diorg yg dharapkan dapat dtamatkan dengan ikatan perkahwinan tidak tercapai dsbbkan satu tragedi tragis yg menimpa Amie..kesian Amie..yelah dekat nak khwin dh tup tup angkara si Zahim jahat tu Amie nekad batalkan pkahwinan dia ngn Jad pastu bawak diri ke Sepanyol..Selepas 5 tahun kt Spain, Amie baru ada kekuatan blik smla Malaysia..Lama jangka masa 5 tahun tu n bnyak perkara boleh berlaku n berubah termasuk lah pada Jad..rupanya dalam tempoh tu Jad berkahwin dgn Suraya ( wanita yg juga teraniaya angkara perbuatan jahat Zahim tapi beza nya Suraya tidak dirogol sepertimana yg Zahim buat pada Amie sebaliknya Suraya ni bekas kekasih Zahim yang dh ternoda sampai tinggalkan zuriat) .



Di awal kisah, setelah ape yg baerlaku pada Amie ( mengalami PTSD akibat dirogol Zahim) Amie akan mengalami mimpi buruk dalam tido dia pastu Amie akan bangun pkul 3 pagi n mandi kononnya dia rasa tindakanya tu dapat buang kekotoran hasil perbuatan Zahim pada dia dulu..Kesian Amie..Tapi tidak kurang hebatnya tekanan yg dialami Jad slpas Amie larikan diri.Sape yg x frust kan bakal pengantin pempuan hilangkan diri seminggu sblm majlis kahwin diorg..Kesian jgk kt Jad ..Taapi..setelah Amie blik ke Malaysia, setelah pertemuan demi pertemuan, peristiwa demi peristiwa yg Jad ngn Amie alami, belas kasihan aku skrg berlebih2 plk pada Suraya lah..serius ni..walaupun kt sini Suraya bkn lah watak utama, tapi aku lebih sayang kan hubungan Suraya ngn Jad..entah lah mungkin dsbbkan Suraya dgambarkan sbg seorg isteri yg sgt memahami, btolak ansur, x banyak karenah xde plk marah2 bila Jad bantu Amie selesaikan mslah Amie, padahal Jad tu suami dia( yg xboleh tahan bile Suraya suruh Jad bantu Amie dengan selambanya ibarat menyuruh beli gula kat kedai gamaknya)..actly ms baca part2 yg melibatkan Suraya ngn Jad lah yg buat airmata aku meleleh, terharu sgt aku..nape Kak Dhiya matikan watak Suraya..huhu..klu boleh aku nak Suraya terus hidup ngn Jad sbg suami isteri..(hehe emosi sgguh aku ni, sukahati penulis dia lah nak wat cmne skalipun,hehehe). Dan utk si Zahim ngn ayah dia plk mmg sama2 padan ngn muke diorg, bkn selamanya dpt telepas dr kezaliman.huh..





Kudamba Bahagia



Buah tangan pertama DZ yg kukira tiada kecacatan dalam gaya penulisannya seolah-olah penulis ini telah menghasilkan 3,4 buah novel gamaknya. Plot ceritanya yang mengasyikkan sepanjang membacanya.



Novel ini mengisahkan percintaan tidak direstui antara Alia & Taufik oleh pihak keluarga Alia. Ala2 filem Hindustan lah jgk. Bagi yang meminati novel genre sebegini, KDB adalah pilihan yang tepat. Kalau dah namanya cerita cinta terhalang, bab2 meleh airmata mesti wajib lah dan itu jugalah yg aku alami.Banyak kali juga lah airmata ni kuar sepnjg baca novel ni.Bayangkanlah,sudahlah banyak halangan sblm cinta Alia & Taufik bersatu,bila dah kecapi bahagia terpisah pulak lagi oleh takdir. Alia lebih menderita bg aku sbb hilang keluarga,suami & anak.Manalah tak hiba.huhu..Kalau part2 romantis Alia & Taufik, romantic sangat aku rasa dan mereka berdua memang adalah pasangan yg sangat sepadan. Apapun best sgt sbb hepi ending..yuhuu..



Rangkuman



Dpd kesemua 4 novel karya DZ,apa yang aku dapat simpulkan ialah :



1)Penulis ini gemar melibatkan tempoh masa dalam plot ceritanya.



Contohnya ; dalam JKP selepas 5 thun Rif muncul semula dalam hidup Afi. Dalam RUD juga sama, selepas 5 tahun Amie kembali semula ke M’sia dari Spain. Dalam RBB, slps 7 tahun Izz muncul semula dalam hidup Adni.( pembetulan, bukan 7 tahun. 10 tahun sebenarnya) Yang akhir untuk KDB sama juga selepas 7 thn baru berlaku pertemuan semula Taufik & Alia.



2) DZ, suka mggunakan pndkatan penceritaan flash back. Selepas suku cerita DZ akn mula dgn kisah imbas kembali smpilah dlm separuh cerita( berbeza antara satu-satu karya) barulah DZ akn kembali semula penceritaan ke masa kini..dan semestinya permulaan cerita mesti dimulakan dgn prolog..



3)JKP & RBB : Kisah yg menyesakkan dada aku dari awal hingga ke akhir lebih2 lagi setiap kali sampai pd part2 yg mengujakan. Banyak mbuat aku tepaksa stop sekejap baca sbb untuk berfikir, oo mcm ni oo mcm ni..Tp tetap ada part romantis, hiba, lucu, mendebarkan kiranya cukup rencah lah.( ***** )



4)RUD : Kisah percintaan penuh tragis, juga ketidakadilan dan kekejaman yg berlaku kpd watak utama. Kurang aksi berbanding JKP n RBB, akhir cerita baru diselitkan sedikit. Part2 hiba terutama part Suraya ngn Jad ). ( **** )



5)KDB : Kisah percintaan romantis, mengasyikkan , membuai perasaan n emosi ms baca. Terasa jgk cerita ni ala2 cerita Hindustan sbb dapat tentangan keluarga..hehe..betuahnya rasa menjadi wanita bernama Alia kerana dicintai seorg lelaki bernama Adnan Taufik. Plg bnyak part2 yg membuat airmata mengalir..Huhu.. ( ****1/2 )



Kesimpulan



Aku suka kesemua karya DZ ini, tapi, 3 karya yang terakhir iaitu JKP,RUD,RBB lebih ngam dgn citarasa aku sbb bukan semedang cerita pasal cinta tapi ada aksi dimana lebih mengujakan semasa membaca ( berbeza kpd setiap pembaca). Buat kak Dhiya, teruskan perjuangan akak dalam mnghasilkan karya2 romance thriller ye. Ternanti2 kemunculan Natural Born Fighter plak ni..



Soalan



Akak, saya ada 2 soalan untuk novel RUD (sbb saya terlalu obsess dengan watak Suraya sampai rasa nak tukar sndri jalan cerita part akhir.hehehe..)



1) Jad & Suraya tu hubungan suami isteri diorg cuma di atas kertas ye bukan seperti pasangan lain walaupun Jad terima Suraya bukan sbb cinta tapi tanggungjawab?
Itu akak serahkan pada penerimaan masing-masing. boleh memilih sama ada hubungan mereka seperti pasangan lain ataupun tidak. Tetapi secara dasarnya pendapat akak..tidak salah untuk mereka hidup seperti pasangan yang lain. sudah sah bukan. kalau Jad memang benar lelaki bertanggungjawab, dia pasti tahu apa yang harus dilakukannya.




2) Pada mukasurat 332, perenggan akhir..” Jad akur. Dia tahu masanya akan tiba untuk dia buat keputusan.” Persoalannya klu watak Suraya tak dimatikan di akhir kisah, apa keputusan Jad kak? Samada Jad pilih terus bersama dengan Suraya atau kembali kepada Amie?
Kalau Suraya hidup sekalipun, mereka tetap akan berpisah. Kalau pun Jad memutuskan untuk memilih Suraya, tetapi kalau Suraya hidup, dia tetap akan beralah kepada Amie, kerana dia tahu walau macam mana Jad bertanggungjawab terhadapnya, dia tahui Jad tetap sayangkan Amie. 

Wednesday, December 08, 2010

Bahana JKP...

Salam...


Tadi semasa saya di pejabat, saya mendapat panggilan dari seseorang. Seseorang yang saya tak jangka akan menerima panggilan daripadanya. Fuh! saspen tak? hahahah..yang pasti bukan dari editor saya ya....saya juga seperti anda semua yang menanti kata putus mengenai NBF. hahaha..konon-kononnya macam ramai je yang menunggu NBF ni kan..hahahhaha...tak apalah...kepada pembaca yang masih berminat membaca karya saya, kita tunggu sama-sama okay?
Berbalik kepada panggilan telefon yang saya terima pagi tadi. datangnya dari teman yang sama-sama bekerja di library UPSI dahulu. Ya..sudah 4 tahun lebih saya meninggalkan library itu. Dan bermakna, hanya beberapa kali sahaja saya bertemu mereka sepanjang waktu itu. Tadi selepas memberi salam tadi, kak Ina Bolly @ bollywood ( dia mmg mcm hindustan..sebab tu namanya dipanggil begitu)...ayatnya, " Mar, kau tahu tak..kat sini tengah hot dengan sesuatu..." saya tanya hot tentang apa..." JAUH KAU PERGI!" jawabnya...saya ketawa je...sebab saya tahu kenapa kesemua staf library itu bercerita ttg JKP itu. tak lain tak bukan sebab saya menggunakan library UPSI itu sebagai salah satu latar tempat dalam JKP. Sudah lima bulan JKP dah terbit..depa baru perasan..hahhahahaa...
Masing-masing mencari sama ada nama mereka digunakan sebagai karekter di dalam JKP..ya...ada yang saya gunakan..saya yang tidak..ada yang saya tukar sahaja nama namun karekter sebenarnya saya kekalkan..hehehhe..kepada siapa yang membaca..mungkin tahu siapa yang saya maksudkan...
Jangan bimbang..saya tidak mengutuk atau mengaibkan sesiapa...saya hanya menggunakan latar library dan Tanjung Malim itu kerana saya sendiri selesa bercerita tentangnya. Saya dapati bercerita menggunakan latar tempat, masa..dan menulis tentang sesuatu yang saya arif..adalah lebih mudah dan nampak lebih 'real'. Saya akui kerja saya menjadi lebih mudah. Saya menerima banyak feedback dari student UPSI sendiri yang sukakan JKP kerana latar yang saya gunakan. Malah ada student lelaki yang begitu beria-ia mencari di mana letaknya Happy Garden, tempat tinggal Afi, yang satu-satunya latar tempat yang saya reka. Easy cafe..Garden Seafood, kedai makan Abuya..Medan, library, BSM itu sendiri semuanya benar belaka...
Dan bagi yang tahu pekerjaan saya, akan mengaitkan Afi itu saya. Saya tidak menulis Afi berdasarkan karekter saya. Sungguh jauh panggang dari api. saya hanya meminjam pekerjaan yang saya tahu sahaja. bukan mahu meletakkan diri sendiri di dalam cerita. Payah sebenarnya mahu menyudahkan JKP kerana saya terpaksa membuat kajian tentang pekerjaan RIF n the gang. Saya pernah stuck di situ sehinggalah seorang komando yang baik hati sudi membantu saya..jadi..atas kesukaran yang saya hadapi itu, saya mengambil jalan senang dengan menggunakan Tg. Malim dan kerjaya pustakawan yang saya begitu familiar sekali. Dan setelah saya melepasi tahap sukar itu, segala-galanya menjadi begitu mudah sekali.
Jadi..kepada nama-nama staf yang saya pinjam itu...jangan marah ya...heheh..( saya yakin tak ada siapa yang marah..hehehhehe)...anda sesungguhnya memudahkan saya kerana tidak perlu memikirkan lagi nama karekter tambahan. Kepada staf yang sedang membaca JKP, selamat membaca...nanti lepas2ni bolehlah senaraikan siapa staf yang berjaya memegang watak dalam JKP ni..hehehhe...

Wednesday, December 01, 2010

Takde tajuk...

Salam...

NBF sudah selamat berada di tangan editor. Sekarang ini tugas dan tanggungjawab saya sudah selesai. Saya sudah boleh menarik nafas lega. Saya sudah boleh merehatkan kepala otak yang begitu tepu ini. Ketika ini, saya sudah tidak lalu membaca buku..melihat manuskrip sendiri pun saya dah tak kuasa...rasa nak muntah..hahha..
Sekarang ini bergantung kepada editor saya. Kalau banyak manuskrip di tangannya ketika ini, lamanya saya menunggu..biasalah penulis kan ramai..masing2 nak tunggu q buku sendiri diterbitkan. Tetapi harapan saya agar NBF tidak perlulah menunggu lama...Aminnn..heheh
Dah bulan 12 dah ya...cepat betul masa berlalu...sedar2 esok dah 2011...Bulan ni saya bercadang mahu bercuti2 Malaysia...hhhaha..entah jadi entah tidak..ada rezeki adalah..kalau tak ada..saya bercuti2 dengan Lynn sajalah..buat masa ini, itu yang confirmnya..heheheh..lynn..tak sabarnya nak tgk laut..nak dengar bunyi ombak..hehhehe

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...