Thursday, March 25, 2010

Siap juga AKHIRNYA!

Salam...


Hari ini saya rasa bersyukur sangat-sangat sebab akhirnya...akhirnya manuskrip saya siap juga. ALHAMDULILLAH. Sebelum lunch tadi saya sudah emelkan kepada editor, yang soalan 'bila nak hantar mss' itu tidak pernah lekang dari mulutnya. Saya sudah selalu sangat melanggar dateline sendiri. Kononnya saya mahu menyiapkan sebelum masuk tahun baru, namun tidak berjaya. dateline saya sentiasa berganjak-anjak sehinggalah hari ini. Ya..saya bertekad mahu siap sebelum saya ke KL esok hari. Saya mahu melepaskan kepenatan, kelelahan, kerunsingan yang melanda sepanjang saya menulis SKB/BTD ini. Saya mahu berseronok /berpoya2( istilah kami rakan2 penulis utk aktiviti weekend nanti) dengan perasaan yang lapang dada.
Bilakah mss saya akan diterbitkan? Saya tidak tahu. Sesungguhnya saya tiada jawapan itu. Apa pun tunggu editor saya membaca terlebih dahulu. Mungkin juga ada pembetulan yang perlu saya lakukan. Mungkin juga terpaksa menunggu giliran yang panjang...Harap2 saya...mudah-mudahan keluarlah tahun ini juga. Saya kalau boleh, mahu terus mengekalkan rekod saya dengan sebuah buku setahun. Nampak tidak cantik pula kalau ada tahun yang berselang bukan?
Saya mahu berehat sebentar sebelum meneruskan dengan penulisan mss ke 5 saya. Saya mahu pergi ke suatu tempat untuk menenangkan perasaan. Harap2nya apa yang saya inginkan itu tercapai...doakan ya...

4 comments:

Azura Ahmad said...

cuba kau bawak aku ngan nowwa pegi bercuti sekali, sure banyak cerita kau boleh tulis nanti, stok yang kami ada semua kisah benar tau.. benar-benar terjadi... huhuuu

Nowwa: sila fikirkan tempat yg paling tenang dan paling sesuai..untuk dhiya... errr... untuk kita sekali... ahahahaha

dhiya zafira said...

heheheh...

aku baru terfikir..nak buat citer lawyer2 ni...hahahha...
aku plan nak ke satu tempat...tempat di mana semua orang memang teringin nak pergi atau berhajat ingin pergi...Insyaallah...mudah2an...doa dimakbulkan

Dessert Queen said...

Hahhahah....ini komen yang ko maksudkan tu...ha ah..Dhiya ko bawak kitaorang la..sure..ko akan dapat satu buku yang best lepas tu..

Ehmm..credit kat kitaorang gak ko...

dhiya zafira said...

Hehehehe....
nak jenjalan boleh2 saja..tapi ongkosnya sendiri2 ya...
korang ni..apa cerita tragik dalam hidup korang ni...
boleh je kalau nak bagi idea..kalau aku mampu utk mengembangkan cerita korang ni..ok aje....nanti aku credit nama korang hahahhahha...

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...