Salam...
ALHAMDULILLAH SYUKUR KE HADRAT ALLAH SWT. Kisah emak yang terlantar di hospital Taiping minggu lalu bersambung pula hingga ke IJN. Hari selasa lepas, saya menghantar emak dengan lambaian apabila ambulans yang akan membawa emak ke IJN meninggalkan saya dan Sarah perlahan-lahan. Sepatutnya Sarah akan menaiki ambulans bersama-sama emak namun perubahan berlaku pada saat-saat akhir. Ambulans yang dinaiki emak turut membawa pesakit lain yang akan dihantar ke Hospital Sungai Buluh.
Saya akan mengikut dengan kereta dan singgah di Tg Malim untuk mengambil Metty. Hanya kami termasuk Daiful sahaja yang pergi kerana masing-masing tidak mendapat cuti. Lagipun, soal penginapan masih belum kami fikirkan kalau-kalau lama emak di tahan di IJN sana.
Saya tahu IJN itu dijalan Tun Razak, kerana perpustakaan Negara Malaysia terletak di jalan yang sama. Hotel Putra yang saya pernah berkursus selama 2 minggu juga hanya seberang jalan sahaja dari IJN, namun dalam kelam kelibut memikirkan keadaan emak, kami tersesat seketika. Mujurlah tidak lama, kami menemui jalan yang betul. Itupun setelah bertanya pada seorang penunggang motosikal yang begitu baik hati menunjukkan jalan. Bila kami perhatikan seluar yang dipakai, rupa-rupanya lelaki yang baik hati itu adalah seorang anggota polis trafik.
Semasa tiba di IJN, mak masih lagi diperiksa oleh doktor Lim Eu Jin, di bilik kecemasan. Doktor dan nurse yang mengiringi emak juga masih menunggu di ruang itu. Beberapa ketika menunggu, kami dipanggil masuk.
Dr. Lim Eu jin menerangkan pada kami yang emak diserang mini heart attack. Sekaligus membatalkan diagnosis unstable angina yang mula-mula dialami emak. Untuk itu, emak terpaksa melalui prosedure Angiogram. Dimana satu wayar akan dimasukkan kedalam tubuh emak melalui tangan ataupun paha untuk melihat keadaan jantung. Disitu procedure angioplasthy akan dilakukan. prosedur ini dibuat dengan memasukkan ballon ke dalam saluran darah di sekitar jantung. Ia akan mengempiskan mana-mana lemak yang berkumpul di dalam saluran tersebut. Dalam masa yang sama, sejenis stand atau spring atau besi akan dimasukkan untuk menahan lemak2 tersebut dari berkumpul semula.
Kalau mengikut kebiasaan, pesakit akan diminta untuk stay di IJN selama 3 hari 2 malam untuk prosedur dan proses pemantauan. Kalau mengikut risiko 99% adalah berjaya. Namun itu tetap tidak dapat melegakan hati emak. Emak sememangnya mudah panik dalam perkara-perkara membabitkan hospital ini.
Selepas dr memeriksa emak, emak diletakkan di wad kecemasan sementara menunggu penempatan di wad. Almaklumlah bilik2 di IJN sentiasa penuh. Mujurlah duduk di wad sementara itu selesanya seperti berada di bilik sendiri. Sementara menunggu di situ, saya dan Sarah ke hotel Putra untuk menempah bilik. Namun kami singgah dahulu di kaunter informasi di lobby. Manalah tahu kalau-kalau tiba-tiba kami mendapat penginapan alternatif yang lebih murah.
Lima minit berada di kaunter itu, aku cukup kembang hati menerima layanan yang cukup baik dan berhemah dari salah seorang petugas di situ. Dia bukan sahaja membantu kami mendapatkan penginapan yang lebih murah, malah siap menerangkan dengan lengkap proses angiogram kepada kami. Wah...kagum sekejaplah dengan lelaki itu. Selama inikan mana2 petugas kaunter yang pernah saya tanya, semuanya agak kurang informasinya. Jadi untuk petang itu saya dan Sarah agak terpegun dengan kepetahan lelaki itu.
Hasil dari bantuannya, kami dapat menginap di Yayasan jantung Malaysia dengan kadar yang cukup murah. Jaraknya juga tidak sampai 5 minit dari IJN.
Banyak sebenarnya yang saya mahu ceritakan namun saya sudah hilang daya. Dua minggu ini benar-benar menguji ketabahan kami sekeluarga. Walaupun emak masih lemah..syukurlah proses angiogram/plasthy itu berjaya dilakukan. Mudah-mudahan emak terus kekal sihat. AMinn
4 comments:
Mar,eh apa aku panggil ko masa sekolah?Lupa plak hehhe..semoga mak ko sihat ek..doa & sabar banyak..what ever it is,be there to support her..regardless of anything..kerja ke apa ke..memang kerja itu ibadah tapi..
Duit boleh carik,tapi mak itulah satu..ingat tu..doa banyak2 ngan Tuhan insya Allah semua di permudahkan...
{Owh aku mmg emos bila mak bapak sakit kalau anak2 gunakan alasan kerja utk tidak berada di sisi mereka..}
mudah-mudahan.... amiinnn
Nowwa...
aku kat sekolah memang di panggil Mar...kira betullah tu..heheheh
Ya..Insyaallah selagi ada kudrat...selagi ada hayat aku akan terus menjaga mak...Iyalah..ayah dah tak ada...hanya tinggal mak seorang.
Ya...aku juga emo kalau ada anak2 yang asik fikirkan duniawi dr memikirkan kebajikan ibu bapa.
Aku..pengalaman bermalam dihospital tu orang kata dah magli dah...esp masa jaga ayah sakit dulu...
Zura...
Amin...TQ
Post a Comment