Thursday, July 23, 2009

genting




Salam....
Hari Isnin lepas aku, mak n adik2 pergi ke Genting Highland. Dalam n3 lepas aku ada cakap yang aku mahu bercuti dek kerana trip aku n family ke langkawi terpaksa dibatalkan. Jadi...genting pula dijadikan penganti. Cadangnya aku mahu parking di bawah sahaja dan naik cable car ke genting, namun masa tu pulaklah skyway close for renovations.Jadi mahu tak mahu aku terpaksa drive sampai ke puncak. Kami book Theme park Hotel utk 2 malam...jadi kalau skyway beroperasi mcm biasa pun rasanya payah juga aku nak mengangkut barang2..biasalah..kalau travel dengan keluarga ni..2 hari pun macam nak bercuti 2 minggu barangnya...hehehehh..
Aku sebenarnya cuak dan tak berani sangat nak drive naik. Al maklumlah dengar banyar cerita yang kureng sedap n aku pon bab2 bukit membukit aku tak berapa nak lulus dari segi pemanduan.jadi nak tak nak, aku terpaksa tawakal. Dalam debaran dan dengan pemanduan yang sungguh perlahan dan berhemah..kami sampai jugak je genting. Sampai dalam pukul 10.45 pagi. check in hotel pukul 3 jadi kami pergi bermain2 dulu.
Dengarnya jeritan2 orang menjadikan aku semakin teruja. Aku sangkakan pergi masa weekdays ni genting agak sunyi tapi jangan harap...ramainya orang kat sana esp orang arab...beli tiker q pun sekejap je..dan jeng..jeng..jeng...nampak je spinner kat depan tu aku dah tak tentu arah...nak naik..nak naik....heheheh
Last aku pergi genting pada tahun 2006 tak silap aku...n mak dan adik2 memang tak pernah sampai..depa dok dengaq saja citer aku ttg keseronokkan aku kat sana. Jadi...niat aku nak main puas2 n biaq depa rasa apa yg aku rasa.
Aku naik kebanyakkan games yang ada kat situ...spinner, space shot, corkscrew, pirate ship, rolling thunde mine train, flying coaster n etc...
Masa tgh2 seronok tu..aku tersalah letak beg yang aku pegang. dalam beg tu penuh dengan barang2 berharga spt..purse kami semua, kamera, kunci kereta..etc..bila tiba2 aku teringat aku tanya mak n adik2.." mana beg merah?" ...muka kami masa tu memang pucat lesi...aku berlari mcm orang gila nak menjejak balik semua tempat yang kami dah lalu..n akhirnya aku teringat kembali di mana aku letak beg merah itu...dengan semakin laju aku berlari dan Alhamdulillah..beg itu masih berada di tempat asal. Aku masa tu dah macam nak kena heart attack dah...seriau memikirkan mcam mana kalau beg itu hilang? mujurlah beg tu terselit di bawah kaki 4 orang chinese guys ni..kalau terdedah mcm tu..memang naya aje...Apa pun aku bersyukur sangat2 sebab tak ada barang yang hilang.
Bila dah dapat beg tu..mak nasihatkan jangan seronok sangat...mcm2 boleh berlaku..ya..aku akur...orang selalu kata..kalau suka sangat nanti menangis pula akhirnya...
Lepas makan, kami check in. dapat bilik family room.memang besar...muat kalau seluruh keluarga duduk sini. so..memandangkan kami berlima je...lepak dalam satu ruang jelah..Mak dah mula rasa sejuk...sebenarnya masa kami bermain2 kabus memang agak tebal sampai tak nampak apa2. Mak memang tak tahan sejuk so..kami bawak mak balik bilik...panaskan air...dan panaskan balik badan mak yang dah sejuk. (mak memang cepat penat kalau sejuk sesangat).Aku pun tak sangka genting akan sesejuk ini. Dulu masa aku pergi..panas je aku rasa genting ni...tapi memang berlainan kali ni.
Bila mak dah ok...kami lepak2 sekejap dalam bilik n petang tu keluar balik...cadangnya nak menjelajah indoor pulak..
separuh jalan kabus muncul balik..angin pun sejuk sangat..mak dah tak larat berjalan..nafas dia pun dah tak teratur..esp..bila nampak ada orang pegang ular sebelum tu.( mak memang fobia dengan ular sampai kami kena suruh orang yang pegang ular tu beralih tempat supaya emak boleh lalu)...
Sarah bawak mak balik bilik n aku bawak maizatul berjalan...tapi tak lama kemudian..kami patah balik. Tak sampai hati pula bila kenangkan mak. nak berjalan pun tak seronok kalau mak tak sihat. Balik je bilik tgk emak selesa atas katil dengan botol air panas dan seterika kat kaki. mengenangkan semua games yang aku suka dah aku naik so..aku tak adalah ralat sangat.
Malam tu kami berbincang samada nak stay utk sehari lagi ataupun balik ke tg. malim ( aku dah bayar penuh utk 2 hari sebab booking online). Emak suruh stay fikirkan rugi duit dah bayar. Aku pulak fikir..kalau stay tapi duduk dalam bilik pun buat apa...emak tak tahan sejuk..daripada melepak dalam bilik lebih baik balik sebab aku risau kalau lama2 sangat emak sejuk..akibatnya lebih teruk lagi.
Malam tu aku tak boleh tidur..memikirkan nak drive turun. Lynn kata hati2 sebab tayar akan hangit. kawan yang lain pula cakap itu ini..pendek kata aku dah mimpi ngeri mlm tu. kabus pulak dr malam membawak ke pagi still tak hilang2. pukul 10..aku check out. berjalan kat kereta sampai tak nampak apa2. tergagau2 aku nak mEncari. Bayangkan memandu dalam keadaan tak nampak apa2. yang ada hanya putih, putih dan putih. Aku cuba bertenang. sepanjang turun aku berzikir dan tahan nafas ja...bergantung sepenuhnya keselamatan aku dan keluarga kepada ALLAH SWT. Bila kabus menipis..hujan lebat pula turun. memang mencabar betul. Aku hanya boleh bertenang bila dah sampai kat bawah je. Tapi sebelum sampai ke batang kali tu sempat jugaklah tgk myvi masuk longkang. huh..Alhamdulillah ALLAH mempermudahkan perjalanan kami kali ini...

Thursday, July 16, 2009

The Final Break



Alahai Michael scofield. Selama 4 season aku menonton tanpa tertinggal hatta satu episod pun namun isnin lepas, apabila menyiarkan episod terakhirnya, buat pertama kalinya aku tidak dapat menonton gara2 seluruh kawan kamunting black out. Aku betul2 hangin. Malam tu dengan cuaca yang panas dan ditemani nyamuk yang mencari darah aku hanya pasrah menanti detik 10.30 malam berginjak ke 11.30. Selalunya kalau blackout masanya hanya seketika sahaja tapi kali ini seluruh kawasan perumahan aku bergelap lebih kurang 5 jam lamanya. Sudahlah waktu petang pun masalah yang sama terjadi. Aku betul2 ralat. Tak dapek den nak ucapkan gudbye secara properly dengan scofield pujaanku...huhuhuhu..isk..isk..isk..

ceritera aku

Salam...
Semenjak dua menjak ni aku akui blog aku asyik berabuk dan bersawang saja. Entahlah...hendak menulis n3 terbaru, aku seperti kehabisan idea. Hendak bercerita tentang novel terbaru..hmmmm...aku belum boleh memberikan apa2 info lagi cuma apa yang aku boleh katakan Insyaallah novel ke3 aku akan keluar Ogos nanti. (Aku doakan tiada sebarang halangan yang berlaku). Tajuknya juga aku sudah dapatkan confirmationnya. Walaupun tajuk 1st choice aku tidak diterima, namun nasib baik aku beri list tajuk alternatif so...nasib baik antara list yang aku beri tu melekat juga. Aku tidak akan siarkan lagi tetapi apa yang aku boleh katakan...perkataan Rindu itu tetap ada. Hadirin sekalian,novel terbaru aku bertajuk, ceng..ceng...ceng..RUD! Apa tu? Kalau korang nak main berteka-teki dan meneka tajuk novel terbaru aku, silakan. heheheheh.
Mood untuk novel ke 4...tetap tiada. Hanya statik. Aku sepatutnya hujung bulan ni ke Langkawi tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab2 tertentu. Agak frust jugak sebab aku tidak pernah menjejakkan kaki ke Langkawi lagi. Dulu masa ofis buat rombongan hari keluarga ke sana aku tak dapat ikut kerana orang tua aku ke Mekah. Kali ini jugak batal lagi iiiiiiieeeee..aku mahu bercutiiiiiiii...hmmmm..ke mana ya? hheehehh

Tuesday, July 07, 2009

ESQ 165 ANGKATAN 35


Salam...

Syukur Alhamdulillah kerana ALLAH membuka hati pihak Karangkraf dan Alaf 21 dengan menjemput aku dan kawan2 penulis yang lain menikmati hadiah yang paling tidak ternilai yang pernah aku terima setakat ini. Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya. Apa yang aku alami selama 3 hari di sana benar2 membuka pintu hati aku yang selama ini tertutup rapat. Ya Rabb...apa yang boleh aku katakan lagi...anda perlu melaluinya sendiri untuk merasai nikmat yang dihadiahkan kepada aku ini...ALLAHHU AKBAR!!!


(Surah As-Syam)

Demi matahari

Dan sinarnya di pagi hari

Demi bulan apabila ia mengiringi

Demi malam Apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya

Demi bumi serta yang ada di hamparannya

Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah..Subhanallah

Allah...Subhanallah

Allah mengilhamkan

Sukma kefasikan dan ketakwaan

Beruntung bagi yang mensucikannya

Merugi bagi yang mengotorinya

Allah..Subhanallah

Allah...Subhanallah

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...