Salam,
Hari ini, tarikh ini 27 Mac 2008, bermakna sudah genap setahun Arwah ayah meninggalkan kami sekeluarga. Genap setahun ayah pergi tanpa kembali lagi. pejam celik, pejam celik begitu pantas masa berlalu. Aku masih tidak percaya bagaimana aku dan keluarga dapat meniti hari demi hari tanpa ayah di sisi.
Banyak yang boleh aku ceritakan tentang ayah sebenarnya. sehingga kini kenangan bersama ayah masih terpahat kukuh dalam memori. ayah seorang lelaki, seorang suami, seorang bapa, seorang mentor, seorang pendengar, seorang penasihat yang baik. ayah adalah segala-galanya dalam hidup aku.
Aku bersyukur walaupun hayat ayah bersama aku dan keluarga cukup pendek, tetapi impaknya cukup besar. Aku bersyukur kerana mempunyai ayah sehebatnya.
Bekerja sebagai pegawai tentera, membawa ayah ke sana ke mari. Kadang-kadang 6 bulan, kadang2 setahun aku tidak berjumpa ayah. waktu kanak-kanak dan awal remaja, emak yang memainkan peranan yang besar membesarkan kami kerana tuntutan tugas ayah. Masa kecil aku dan adik beradik cukup takut dengan ayah. Sesuai dengan tugasnya, ayah cukup berdisiplin, tegas dalam mendidik kami. pukul 9 bagi ayah bermakna pukul 8.30 kena siap segala-galanya.
kadang2 istilah kami yang paling ayah pantang dengar ialah perkataan 'sat' ( tunggu kejap). dia sudah biasa memberi arahan, dan bila anak2 sendiri sukar dibentuk, aku dapat merasa kekecewaannya.
Aku dan adik2 mula rapat dengan ayah apabila dia mula menetap bersama kami. tidak lagi balik dihujung minggu. dulu masa kami duduk di taiping, dia bekerja di KL ataupun alor Setar. memang jarang2 bersua muka. Emak pula memang malas hendak berpindah randah. Jadi ke mana-mana hanya ayah sahaja yang pergi, kecuali kami sekelurga berpindah ke Sabah,Sarawak & N. Sembilan.
Entahlah, ayah menggunakan peluang yang ada dengan merapatkan jurang antara kami. Ayah sudah pandai bergurau, ayah sanggup berjaga hingga pukul 3 4 pagi semata-mata hendak mendengar cerita kami. ayah yang sanggup menjahit beg untuk projek kemahiran hidup aku semasa ditingkatan 3. ayah yang sanggup menunggu di stesen ketapi sejam lebih awal semata-mata tidak mahu kami menunggu lama. ayah yang sentiasa membawa aku pergi dan menunggu bersama semasa aku menghadiri berpuluh-puluh temuduga.
ayah yang membawa aku ke library apabila aku memberitahu ada assigment yang perlu aku siapkan. malah dia turut sama duduk berbincang memberikan pendapatnya. ayah yang sanggup berpatah balik ke Alor setar walaupun tidak sampai sejam tiba dari alor setar apabila mendengar cucunya demam panas. ayah yang sanggup berulang alik dalam jarak yang agak jauh membawa anaknya pergi dan balik kerja kerana belum mempunyai kenderaan lagi.
Aku masih ingat kata-kata yang selalu ayah tuturkan apabila dia bergurau bersama kami. katanya " Ayah saja gurau dengan hangpa. manatau esok2 ayah mati, inilah yang buat hangpa ingat kat ayah." kalau dulu mendengar ayah cakap begini, aku tak ambil endah kerana tak mahu memikirkan soal kematian, tetapi memang betul semua kata2nya.
Argh...aku tidak mahu bersedih. aku mahu tabah. aku mahu kuat. aku yakin ayah lebih bahagia di sana. ayah ada anak-anak dan isteri yang tetap tidak melupakannya. ayah ada doa dari kami yang dititipkan saban hari. Al-fatihah buat ayah.
p/s- Al -Fatihah juga buat ayah Lynn Dayana yang turut sama genap setahun pemergiannya minggu depan.