Friday, March 02, 2007

tentang aku...



Assalamulaikum,
Aku sudah kembali ke rumah. Ayah juga sudah kembali ke rumah. Malah seluruh adik beradik aku juga kembali berhimpun di rumah. Dalam beberapa hari ini, hidup aku umpama menaiki roller coaster. Cukup meresahkan. cukup menakutkan. jiwa aku jadi kacau. Hati aku terasa seperti dicarik dan dilapah-lapah.
Hari Rabu, ayah dipindahkan ke Hospital Lumut. Ini semua atas cadangan dari kawan2 ayah. sebenarnya semenjak ayah dimasukkan ke hospital, aku telah mendengar saranan ini berkali-kali. semua yang datang melawat menasihatkan kami adik beradik membawa ayah ke HL.
Semua memberikan jaminan bahawa HL adalah yang terbaik. dengan keadaan pesakit yang agak terhad, doktor mampu memberikan sepenuh tumpuan pada ayah. Seperti kata mereka juga, kalau boleh minta pendapat dari banyak pakar. kemungkinan ayah ada harapan untuk sembuh. tidak salah kita berusaha. dan atas dasar itu, kami sepakat membawa ayah ke sana.
ayah bekas pesara tentera. jadi tiada masalah pihak di sana menerima kedatangan ayah. Mak dengan adik bongsu ikut dahulu dengan ambulans. aku dan kakak menunggu adik dari Penang dan kami bertolak dalam pukul 11 malam dan tiba jam 2 pagi. Dan aku pula, sepatutnya menghadiri temuduga di Ipoh pada jam 9.
Mujur juga pihak tentera menyediakan penginapan untuk kami buat sementara. tetapi malang untuk 2 orang adik lelaki aku kerana tempat transit itu hanya untuk perempuan sahaja. jadi, mereka terpaksa tidur di hospital.
Dalam keadaan terdesak, kami tidak boleh komplain. kami tidak boleh menjadi orang yang tidak tahu bersyukur walaupun tempat yang disediakan itu sangat teruk, seperti rumah tinggal sahaja ( ahh..aku tak sanggup nak cerita), tapi dalam jam 2 pagi itu, kami tiada pilihan.
adik yang baru tiba dari penang dan terpaksa memandu selama 3 jam ke lumut terpaksa tidur duduk di kerusi keras. dan adik ini juga yang terpaksa memandu aku ke Ipoh dengan menempuh perjalanan selama 2 jam lebih.
Aku bangun tidur dalam keadaan bingung. kalau ikutkan malas aku nak pergi interview. tapi ayah kerap bertanya. walaupun dalam sakit, ayah masih mengambil berat. walaupun bukan untuk aku, aku harus melakukannya untuk ayah.
Hari khamis jam 7.00, aku keluar menjemput adik dan kami berdua bertolak ke Ipoh. mengikut jadual aku akan dinterview pada jam 9 tetapi 8.45 aku masih di atas jalan raya. Aku call pihak sana untuk memaklumkan situasi aku. nasib baik mereka terima. dugaan tiba lagi bila kami sesat dalam bandar Ipoh selama hampir 1 jam 15 minit. Aku pun tak tahu apa yang berlaku. mata aku seolah-olah ditutup sampai tak nampak jalan walaupun dah berkali-kali aku ke tempat yang sama. Hanya ALLAH yang tahu perasaan aku masa itu. aku dah give up. aku jadi pendek akal, sampai tak boleh nak fikir. adik aku pun macam blur. dia pernah kerja di Ipoh. tetapi kenapa sampai boleh tak nampak jalan? bila tanya orang tunjukkan arah, kami masih tak jumpa. di hujung mulut nak aje aku ajak adik balik. aku malas nak pergi dah. nak jadi apa. jadilah, aku dah tak peduli.
entah mengapa, aku terdetik nak mengupah teksi supaya membawa aku ke sana. tidak sampai 5 minit aki tiba di destinasi. Hmmmm...Dalam hati terdetik juga, apa dosa aku sampai Tuhan uji aku begini sekali.
Oleh kerana aku lewat, aku terpaksa menunggu sehingga akhir. sepatutnya aku orang ke 4 tetapi sekarang aku terpaksa menunggu 14 orang selesai. aku tak prepare langsung untuk interview ni. aku pakai gamble saja. dapat jawab, aku jawab. tak dapat, aku diam. setelah menunggu hampir 2 jam setengah, giliran aku sampai.
Soalan pertama, ( aku dah agak akan ditanya soalan ini); kenapa lambat. Aku berilah alasan aku, sampai temasuk sekali cerita ayah di hospital. Walaupun aku tak prepare, nasib baik soalannya banyak bersangkut paut dengan tugas aku. kut2 dia tanya siapa ADUN taiping ke...siapa exco pendidikan perak ke, hmmmmmmmmmm....
tiba2 masuk bab ayah aku. depa ni berminat nak tahu tentang ayah. macam2 depa tanya. aku pada mulanya ok..tetapi lama kelamaan aku jadi sebak. aku jadi bisu sekejap. bibir aku mula bergetar tapi tak ada perkataan yang keluar. Aku mahu terus bercakap tetapi dada aku terasa sakit. rasa pilu semakin menghimpit jiwa aku. tak disangka, aku menangis depan panel. aku bukan setakat mengalirkan air mata, tetapi siap sekali dengan esakan dan sedu sedannya. semua panel tergamam melihat aku menangis sampai minta maaf sebab timbulkan pasal ayah. bayangkan!
Dalam hati, aku berkata, akhirnya...akhirnya segala perasaan yang bercampur aduk, segala kebimbangan, segala keresahan, kesedihan dan kekecewaan aku meletus juga. setelah lama bertahan aku tewas dengan perasaan sendiri. Aku akui, aku hanya insan yang lemah. kadang kala aku tak tahan diuji. ada kalanya aku lemah dalam mengawal perasaan sendiri. adakalanya, aku rasa aku tidak cukup kuat untuk hadapi semua ini.
Aku perlu bangkit, kuatkan semangat. Ayah masih ada. walaupun lemah tapi ayah masih bernafas lagi. Itu yang lebih penting. derita yang ayah tanggung lebih hebat, siapa aku untuk mengeluh dan putus asa?

3 comments:

Unknown said...

Cucundaku cayang... bagi Opah De,ujian yang ALLAH berikan bukan kerana DIA bencikan kita tetapi kerana DIA sayangkan kita. Memang ironi kalau difikirkan tetapi, selagi kita mengingatiNYA, insyaALLAH segala-galanya akan baik. Opah De doakan semoga kesihatan ayahanda cucunda semakin pulih. Amin ya rabbial 'alamin.

dhiya zafira said...

Opahku cayang...
Saya tahu Tuhan tak akan menguji kalau Dia tidak yakin saya dan keluarga mampu menanggungnya. Insyaallah, langit tak selamanya mendung.

~inilah saya~ said...

Semoga terus kuat dan tabah dalam menghadapi segala liku-liku kehidupan.

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...