Monday, December 11, 2006

Luahan satu jiwa yg kacau

Mungkin ada yang perasan, atau mungkin juga tidak, aku menyepi kebelakangan ini. dah lama rasanya aku tidak menulis n3 baru. memang, kebelakangan ni aku macam patah semangat aje. jiwa aku rapuh macam kayu kena makan anai-anai. aku cuba untuk tidak menghiraukan semua ini namun dalam lena, dalam jaga hati aku tetap merusuh. aku tidak boleh buat tak tahu. aku tak boleh berlagak selamba bagai tiada apa yang berlaku. aku tidak boleh ketawa bahagia sedangkan jiwa aku terluka. aku tidak pandai menyembunyikan perasaan aku. ya aku akui. aku sedih sekarang ni. aku hilang semangat dan kekuatan diri. aku takut aku tidak setabah dulu. aku takut aku tergolong dalam himpunan orang yang putus asa. aku tidak pernah meminta itu tetapi hari demi hari aku makin terlontar jauh dan aku makin lemas dalam kekacauan jiwa aku sendiri. ah...ada masanya aku seperti mahu menutup mata dan mempersetankan hal yang berlaku disekelilingku. ada masanya aku rebah sebelum sempat aku membuka langkah untuk berjuang. ada masanya pedang yang aku hulurkan untuk mempertahankan diri menikam aku sendiri. ah...aku tidak sanggup merasai perasaan ini lagi. Ya ALLAH, sekali lagi aku menjadi umatMu yang berdosa...

5 comments:

Anonymous said...

aku harap ko terus tabah. bersabar dengan pilihan yang ko buat. untuk aku dan kau ada jalan yang kita harus selusuri!-mawar biru

Abang Long said...

Salam hormat buat adik Mar.

Cuba dapatkan buku - MASUK BARISAN (jiwa kacau), InsyaAllah boleh mengubat hati yang gundah gulana.

dhiya zafira said...

has...
jangan bimbang...aku masih boleh bertahan..cuma keadaan agak kelam kelibut sedikit..ayah masuk hospital balik...perasaan aku bercampur aduk...thanks atas nasihat dan kata2 semangat.

dhiya zafira said...

abang long,

insyallah, saya akan mendapatkan buku tersebut...bagus ya kandungannya....terima kasih

Mersik said...

Ooo.. violet itu macam kalu, luahkan lah masa.. Mari kite ngeteh bersama2, dlm suasana santai dan tentunya akan jadi ceria hingga terlupakan segala jiwa yang lara2.. alahaii hik hik

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...