Hari ini sudah hari ke 26 kita berpuasa. tinggal tak berapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan Syawal. buat masa ni kaum ibulah yang paling sibuk di dapur. memenuhkan mana-mana kotak biskut yang masih kosong. maklumlah, bila anak-anak balik nanti, mesti hendak dibekalkan setin dua. paling tidak pun, satu tupperware penuh mensti menjadi bekal.
Aku tak tahu sama ada masih ramai lagi kaum ibu atau wanita yang masih rajin ke dapur membuatkan biskut sendiri. mungkin ada namun aku yakin bilangannya tidak banyak seperti dahulu. kebanyakkan lebih suka kepada kuih tunjuk2. aku akui, aku tergolong dalam golongan ini. bukan apa, nak memasak memang tak pandai. nak harapkan mak....mak pun tak berapa nak larat. ditambah lagi sepupu aku memang berniaga biskut raya. jadi setiap tahun mak akan menempah pada dia. kami anak-anak ni sediakan duit jerlah....hihihi.
baru2 ni aku ngan parent pergi ke umah akak aku kat alor setar. masa balik tu singgah sekejap kak umah sepupu aku tu. namanya manja. ni 1st time aku nak p umah dia. dia duduk kat flat Telok air tawar. aku pun dok tercari2 umah dia. mak aku tegur. tak yah susah2 cari. ikut jer mana bau biskut tengah masak. tulah umah dia. hahah...memg betul kata mak aku. dari tingkat bawah semerbak bau biskut raya tengah di bakar.
kagum aku melihat sepupu aku yang sorang tu. kemahirsan memasak dia memang tidak boleh dipertikaikan lagi. dengan berniaga sahaja, dia mempunyai simpanan pulu2 ribu...hmmm...kenyataan ini kadang kala membuatkan aku semakin meronta2 untuk mencapai impian aku yang belum tercapai lagi ni...iaitu membuka sebuah kedai buku. memang betul, berniaga ni walaupun banyak risiko, kalau kita pandai berniaga, memang boleh buat banyak duit.
walaupun niat aku nak bukak kedai buku masih belum tercapai, at least aku kerja kat library, so.terubat jugaklah. aku masih dikelilingi oleh buku...ahaks....tapi insyaallah, satu hari nanti, kalau salah satu impian aku menjadi kenyataan, kedai buku itu akan wujud juga akhirnya. mudah-mudahan dimakbulkan Allah.
hari ini jugak menyeronokkan sebab dua orang adik aku di penang dah balik ke rumah untuk beraya. at least tak sunyi umah aku ni. yerla...kalau bising pun asyik dengan suara baby menangis. bila org2 dewasa berkumpul ni rasa seronok lah sikit. sekarang ni kami dok menunggu akak aku di tg. malim balik pula. dia akn bertolak esok. harap2 dia sampai dengan selamat. selalunya aku ada untuk menemani dia. tapi kali ni dia keseorangan.
p/s - utk metty....bawa keta slow2..jangan dok racing kat highway. jangan bawak sampai 140mph...ingat sket tau...hihihi....sure akak aku begang aku sebut nama dia.....