Tadi pukul 11am aku sampai dari Alor Setar. semalam setelah 10 hari ayah admitted kat Hospital Taiping, akhirnya ayah dibawa ke Hospital Alor Setar pula. hasil dari CT scan yang dijalankan, confirm kanser ayah kembali merebak semula. Setelah 4 tahun ayah bebas dari penyakit itu, nampaknya keresahan kembali menghantui kami sekeluarga. Walaupun agak payah untuk aku berulang ke sana selalu namun aku rasa lega sedikit kerana pakar yang merawat ayah aku dulu ada di sana, dan dialah yang meminta supaya ayah dipindahkan agar lebih mudah dia nak monitor keadaan ayah. dan untung juga, kakak sulungku tinggal di sana. jadi soal penginapan tiada masalah untuk kami.
10 hari di Taiping, bagaikan menunggu buah yang tidak gugur. bagaikan menunggu ayam jantan bertelur. 10 hari yang menghampakan. ayah hanya terlantar di atas katil tanpa berbuat apa-apa. kami lebih banyak bersoal dengan jururawat daripada doktor yang buat check up setiap hari. aku pun tidak tahu kenapa payah sangat untuk mereka bertindak dan memberi jawapan kepada persoalan kami. aku tengok keadaan ayah aku pun dah tahu penyakit ayah aku ini melibatkan bahagian dalaman. aku tahu kerana ayah mengalami simptom yang serupa dahulu. tetapi kami hanya diam. hanya bercakap sesama sendiri. sedangkan menunggu doktor....hmmm agaknya kalau doktor Mani tak suruh ayah dihantar ke Alor Setar nampaknya makin bertambah lama ayah terlantar tanpa ada rawatan selanjutnya. paling kerap pun di hospital taiping ni hanya memberi painkillers untuk ayah sahaja.
Aku bukan mahu mengutuk, tetapi keadaan sungguh berbeza apabila ayah berada di HAS. Doktor kerap berinteraksi dengan kami. tanya history ayah sebelum ni. tanya bermacam2 sehingga menimbulkan harapan pada kami. sekurang-kurangnya kami tahu ada orang yang mengambil berat. semalam buat pertama kali selama lebih 10 hari, demam ayah kebah. badannya tak panas lagi. malah ayah sudah boleh duduk bersembang dengan kami. malah bila mak suap makan pun, ayah tidak menolak. berbeza sekali dengan keadaan ayah dulu.
dan kami adik beradik hanya mampu memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Illahi. walaupun perjalanan ayah masih panjang namun kami dapat melihat mentari di balik awan yang mendung. hujan yang turun, walaupun masih belum berhenti, tetapi sudah menunjukkan tanda-tanda akan reda.
kalau badan ayah kuat dan stabil, ayah akan menjalani operation minggu depan. pembedahan tidak akan berlaku kalau tekanan darah ayah rendah dan lemah. itu kata Dr. Mani, lelaki yang sanggup pulang dari Australia semata-mata mahu mengambil kes ayah.
Aku teringat kata2 Dr Mani dulu, Make sure pakcik pantang makan. segala yang terbang, berenang, merangkak, pakcik tak boleh makan. kalau tak pantang saya takut 3 / 4 tahun lagi ia akan berulang. dan tahun ini merupakan tahun ke 4 ayah bebas dari kanser dan ayah hanya berpantang seketika sahaja.
Selepas ini, aku akan pastikan ayah makan sayur2 sahaja. kalau kami adik beradik kena makan sayur juga, tak apa. aku akan cuba walaupun payah. tetapi biarlah ini kali terakhir kami melihat penderitaan ayah. kami belum cukup tabah untuk menerima dugaan ini lagi...
Ya ALLAH, Kau makbulkan doa kami semua. selamatkanlah ayah...