Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri

Salam....

Saya akan bercuti dari esok sehingga 5 September. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI kepada seluruh umat Islam. Maaf Zahir dan batin sekiranya terlanjur kata dan perbuatan disepanjang perkenalan kita. Semoga ramadan yang bakal berakhir ini bukanlah ramadan yang terakhir untuk kita. Semoga hari yang gembira ini dapat memperkukuhkan lagi ukhwah sesama kita.


Friday, April 29, 2011

Kita bertemu di FB

Salam...

Tahun ini tahun ke 5 saya bergelumang dalam dunia penulisan. Ya..5 Tahun yang ada cukup panjang untuk saya menyelami susah senangnya hidup bergelar seorang penulis. Hidup yang seperti mesin jangka hayat yang ada naik dan turunnya. Ada masanya terasa seperti mahu putus asa sahaja...namun ada juga masanya saya ditemani dengan tekad yang cukup ampuh.
Dalam masa lima tahun ini saya bertemu dengan sahabat saya sekarang..sahabat yang berkongsi suka duka dunia penulisan..sahabat yang berkongsi kecintaan yang sama. Ya...Anugerah bidang penulisan yang tiada galang gantinya. Saya bertemu Lynn, Laila, hezzy, Kak Eka, Aleya, Kak Lina, Shanika, Bikash...(sekadar menyebut beberapa nama). Ya perjalanan hidup kami berbeza. Keutamaan kami juga berbeza namun yang indahnya, kami berkongsi minat yang sama...Ya..mereka ini sememangnya anugerah dalam dunia penulisan saya.
Dan selain dari mereka ini, dunia saya juga indah dikelilingi mereka yang membaca hasil karya saya. Dan entri kali ini juga ditujukan buat mereka. Ya...saya terpaksa akui..ternyata fb telah menemukan saya dengan insan-insan istimewa ini. Sebelum saya mengenali dunia fb ini, corak komunikasi saya dengan pembaca adalah melalui emel semata-mata. Langsung tidak pernah berinteraksi secara nyata. Namun...fb mengubah segalanya.
Di dunia FB, saya mengenali jahn(ya..anda tentu dah kenal siapa dia ini kan)...saya kena noor shahira, izan, kak intan, Iman, rukia, shaliza, nana, maya, erien, nithia, kak suzana, kak Afzia, kak nik dan banyak lagi mereka yang saya kenali...mereka inilah pembaca paling kerap berinteraksi dengan saya..dan ada di antara mereka yang telah saya jumpa secara nyata. Syukur kerana saya mengenali mereka ini. Kerana tanpa mereka dan pembaca semua..karya saya tidak ke mana. Tidak akan sampai ke tahap dia berada ketika ini.
Dan saya sungguh-sungguh terharu dengan kata-kata Noor shahira bila dia menulis entri ini di blognya....

saya pastekan apa yang ditulisnya ya..dan anda boleh membaca versi asal dengan klik namanya di atas...


ni semua adalah karya2 Dhiya Zafira yang gempak dan meletup. setakat ini beliau telah menulis 5 buah novel tapi hanya 4 novelnya yang aku ada. novel pertama beliau, Ku Damba Bahagia masih belum ku miliki (sape nak belanja..hehe). Beliau menulis novel bergenre romance-thriller.percubaan pertama Dhiya Zafira dalam genre ini bermula dengan menerbitkan Rindu Belum Berhenti (RBB), novel yang kedua. novel ni berjaya mengumpul peminatnya yang tersendiri.

cinta pertama aku dengan karya beliau bermula dengan Rindu Untuk Dia,novel yang ketiga. mula2 aku ingat ni kisah cinta semata-mata.kalau tengok sinopsisnya agak menarik.tengok sinopsis dah buat aku tertanya-tanya. tapi bila dah mula baca tu baru tahu,novel thriller rupanya. aku tak amik masa yang lama untuk menghabiskan novel ni sebab rasa nak tau kan.plot ceritanya agak lain dari yang lain.bukan cerita cinta je tapi aksi jugak.

salah satu sebab aku suka novel Dhiya ni sebab hero2nya teramatlah macho. hero yang kuat dari segi fizikal. tinggi,hensem tu dah konpem la kan.siapa nak baca novel yang heronya hodoh.hehe..seorang tu mafia,ada tentera,polis..( boleh bayang tak machonye mereka itu..huhu). kesemua heronya sanggup berjuang, bergadai nyawa demi melindungi insan tercinta. yang pastinya tiada adegan salah faham suami isteri,fitnah orang yang dengki ataupun gangguan orang ketiga. tak ada kes paksa kahwin (yang aku dah muak nak baca). semuanya tentang perjuangan untuk hidup, berjuang melindungi yang tersayang disamping berperang dengan konflik diri. heroinnya juga walaupun tak kuat dari segi fizikal tapi punya semangat dan kekuatan diri yang tinggi.sesuatu yang boleh diambil pengajaran,yang hidup ni perlukan kita untuk berjuang dan tak harus mengalah dengan musibah dan ujian.



malas nak cerita panjang lebar, pergi cari ler sendiri novel tu kat kedai.bukan mahal pun. kalau aku mampu, mengapa korang tidak? (ayat ni poyo...abaikan je).



entry ni saja dibuat untuk menghargai penulis novel yang aku sayang ni. aku suka cara penulisannya. nak ulas panjang2 pun aku bukan teror. SPM dulu BM fail.hehe..kalau entry yang sebelum2 ni aku ada cerita tentang Ramlee Awang Murshid (RAM), kali ni aku cerita pulak pasal sorang lagi novelis yang aku suka dan kagum. tabiklah kak dhiya sebab dia suka tanya pendapat orang lain kalau nak buat novel tu dan dia menghargai peminat2. kalau RAM aku dah dapat jumpa dengan dia dan ada gambar dengan dia, dengan kak Dhiya ni tak ada can lagi. contact kat FB je pun. dan sebab selalu menempelkan diri dan menyelitkan diri kat blog dan FB kak Dhiya, aku kenal kawan2 baru jugak.semuanya peminat2 beliau.Jan, Kak Izan,Kak Intan.



nak bagi tau ni.siapa yang pernah baca Jauh Kau Pergi, salah satu watak dalam novel tu, Mejar Najmi Hariri aka Jimmy dijadikan hero dalam next novel, Tercipta Buat Kita. novel tu on the way..tapi adalah ceritanya sikit yang boleh dibaca kat blog kak dhiya. tak sabar nak tunggu aksi si Jimmy yang nakal dan cute tu.hehe..



ni blog kak dhiya http://violet-azure.blogspot.com/



kat sini boleh baca Jimmy's Story tu. Tercipta Buat Kita  (pembetulan sket - TERTULIS BUAT KITA)



satu lagi,kepada siapa yang pernah baca novel2 kak dhiya,ada seseorang ni yang cuba buat cerpen yang menggunakan watak2 novel kak dhiya dan novel yang die buat sendiri. yang tak pernah baca boleh je nak baca cerita pendek tu. boleh baca kat blog die. dia ni peminat setia kak dhiya, Fauzan Abas yang namanya dipinjamkan untuk watak Inspektor Fauzan dalam HBR. tengok lah kat sini ek The Curious Case of Whatever



p/s: ku terharu dengan kata-kata mu


p/s - thank u noor for the lovely words...ya..saya sungguh beruntung mengenali anda semua....

Tuesday, April 26, 2011

corat coret KLBF



Salam...

Semasa saya menulis n3 ini, KLBF masih lagi berlangsung dengan rancaknya..Aduhai...cemburunya saya kerana tidak dapat menjengah bangunan PWTC itu lagi. Bolehlah pergi kalau mahu sebenarnya..namun 7 Mei ini sekali lagi saya terpaksa turun ke Shah Alam pula...Kalau setiap minggu drive ke KL...hahahha..pokai saya jadinya...inipun tengah dok mengira duit tabung ni..hahahahah....
Untuk pesta kali ni..saya tidak mempunyai kesempatan untuk berjalan-jalan...menjengah2 kesemua booth yang ada...Saya hanya menuju beberapa booth sahaja..booth yang termasuk dalam senarai mesti beli saya...Pagi2..saya dan lynn tiba di Pwtc...Walaupun waktu bertugas kami jam 1, namun saya sengaja datang awal kerana mahu berebut buku..hahhaha..keji sungguh perangai saya..buku2 punyalah banyak..masih mahu berebut juga..tempat pertama yang saya singgah booth JS. Sampai2 je kat sana, Kak su terus tanya..siapa ya yang suruh kak Su simpankan buku? Saya terus angkat tangan...hehehe..bayangkan...sebelum saya turun, saya siap pm kak su punya fb suruh simpankan buku untuk saya..lepas tu saya text pula staf JS meminta perkara yang sama...lepas tu text juga kawan suruh sampaikan pesan pada Kak Su..takut kalau2 kak Su lupa...wah..begitu beria2 saya nak dapatkan buku...hahahah...
Masa di JS, terjumpa dengan rinn dan Su..jadi apalagi tangan kami macam sotong je mencapai mana2 buku yang berkenan...siap dapatkan tanda tangan kak su yang manis dan Imaen, enche hubbynya itu..Selain dari RAM...saya memang meminati hasil tulisan Imaen.(Kategori penulis lelaki). Selepas itu bergerak ke booth PTS yang sesak gila...rasanya tempat PTS kali ni semakin kecil dari tahun lepas...Nak berjalan pon susah...q untuk membayar pon panjang...saya sudah separuh tertonggeng ke belakang membawa hasil tangkapan di booth JS. Asal berjalan..saya langgar orang...Asal jalan..orang langgar saya pula..bila dah sesak...saya capai saja buku yg saya nak..tak boleh nak menelek2...lepak lama2..capai buku terus bayar n minta tandatangan daripada Pak Latip.
Lepas bayar, saya terus bergerak ke Dewan yang menempatkan Grup karangkaf. Ada lagi setengah jam sebelum saya mula bertugas...lepak jap bersembang dengan hani Fazuha dan Kak Norzailina Nordin...dan sambil mata menjeling buku sendiri. hahahha...
Pukul 1..giliran saya dan lynn bertugas. Selain kami ada kak Aisya Sofea dan Emma Maizura. Saya menunggu penuh debar kedatangan rakan2 fb yang juga pembaca novel2 saya yang berjanji mahu berjumpa dengan saya. Al-maklumlah ini 1st time mahu bersua muka dengan mereka semua..Selama ini hanya rancak bersembang thru fb aje kan....dan paling saya nanti2kan..tentulah kedatangan adik saya, Jahn itu.
Bertugas dari pukul 1-6...suppose pukul 7 tapi keluar awal sebab mahu bersolat..tak puas sebenarnya....masa terlalu suntuk...n saya juga tak ada kesempatan mahu berjalan2 melihat booth lain...malam itu balik terus...Kalau tahun lepas dan sebelumnya...saya menginap di hotel berdekatan PWTC, jadi memang puaslah dapat berjalan2 cari buku..kali ini kesempatan itu tiada..huwaaaa...sedihnya saya...Tapi tak apalah...kalau makin lama saya di sana..makin kempis poket saya... saja nak menyedapkan hati sendiri, saya boleh beri secara online..lagi mudah..buku terus sampai ke rumah..hahahha...
Di kesempatan ini..saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada pembaca yang sudi mendapatkan buku2 saya...Malah ada yang sanggup membawa buku saya dari rumah untuk mendapatkan tandatangan saya yang amat tak menarik itu...hehehhe..Malah ada yang juga datang semata2 mahu berjumpa saya..ooohhh..terharunya saya....
Terima kasih kepada Jahn, Kak Nik Fauziah, Kak Suzana, Kak Afzia Hanim, Erien Eriena, Norhidayu, Syazree, Shai, Rinn, Aishah dan beberapa nama lain lagi. Panjang umur..kita berjumpa lagi ya....:)

Thursday, March 03, 2011

Saya & Kita-kita


Salam.....

Esok sekali lagi saya akan ke KL kembali...memandu sendiri..sekali lagi...hmmmm....aduhai...malasnya nak fikir. Siapa yang nak menawarkan diri menghantar saya ke KL? huhuhu...saya bermimpi sajalah ya...
Nak kemana saya pula kali ini ya? Awal pagi sabtu, saya dan 'kita-kita' akan terbang ke negeri Temasik itu...Dekat je..tak jauh pon...Tujuan...dahulu mungkin boleh dikatakan mahu jalan2 sambil shopping ya...tapi kini tujuannya masih lagi jalan-jalan tapi hanya boleh pandang-pandang...huwaaa...argh..sudah..jangan merungut....terima keadaan seadanya ya...
"Jangan berdukacita...ALLAH sentiasa bersama kita ( At-Taubah - 40)"
Dari Korea..ke Perth..akhirnya negeri di seberang tambak itu yang menerima kata putusnya...dengan alasan...zero fare...ya...peluang yang ada jangan dilepaskan. Doakan saya dan 'kita-kita' itu selamat pergi dan kembali ya...

Wednesday, March 02, 2011

cerita hujung minggu

Salam....

Hari sabtu lepas, saya ke KL untuk turut sama memeriahkan majlis dan sesi 'book signing' teman saya LYNN DAYANA di Subang Parade. 
Cadangnya, Jumaat lepas mahu singgah di tg. Malim sekejap sebelum terus ke rumah Lynn, namun oleh kerana saya ingat2 lupa jalan ke apartment lynn, lalu saya bermalam dulu di rumah kakak saya sebelum bertolak pada waktu pagi. Alhamdulillah...nasib baik jalan ke Bandar Puchong Jaya itu saya ingat...walaupun tersalah masuk sampai ke 101 Mall, tapi tidak mengapa sebab apartment Lynn sudah dekat sangat... Dalam jam 10.30 pagi saya tiba di apartment lynn. Emak dan dua orang anak saudara lynn turut ada bersama. Wah..ini kali pertama saya bersua muka dengan ibu lynn walaupun kami sudah saling mengenali lebih kurang 6 tahun sudah...saya dengan lynn keluar dahulu, dah emak dan anak saudara lynn akan datang kemudian..lunch di Kenny rogers...dan sedang makan2 tu, teman baik cum ofismate lynn datang join....wah...saya dengan SAS dua2 pakai baju purple ya...

Hezzy, aleya, ika dan ehem...
Pukul 2 majlis bermula...kami sangkakan ianya dibuat didalam MPH, namun rupanya di ruang legar kerana di situ juga MPH mengadakan sales untuk buku2nya....Ramai rakan penulis yang hadir memberi sokongan kepada lynn. Antaranya ialah, Hezzy Azra, Laila Kamilia, Aleya Aneesa, Shanika Latisha, Meen Zulaikha, Ayu Emelda, dan disertai juga staf dan editor Alaf 21. Geng kicap juga tidak ketinggalan...Pukul 4 majlis tamat, tapi rupanya lepas itu lebih ramai lagi pembaca membeli buku terbaru lynn..saya dengan the rest teman penulis minus Laila dan Ayu lepas tu lepak di pizza hut...n sesi sembang2 terus bersambung bila aleya n shanika lepak sekali di rumah lynn...Esoknya kuar sekejap ke 101 Mall sebelum saya kembali bertolak pulang...saya tak singgah di rumah kakak kerana masa saya ke KL., dia balik ke taiping...tapi saya singgah juga di tg malim untuk potong n cuci rambut kat Macy...terpaksa sebab saya dah ngantuk sangat. Saya sepanjang masa tu dok pejam mata saja..mmg tak larat nak bukak dah...( lepas subuh sampai pukul 11 saya berjaga dengan sebuah novel)..Sampai di r n r Tapah..saya stop utk solat...mata masih ngantuk, saya p makan n minum....pukul 7.30 sampai di bukit gantang..berhenti sekali lagi utk solat maghrib n isyak pula...seperti biasa shopping buah2 kat sana...kakak n adik mula telefon kenapa saya tak sampai2 lagi...hehehe..al maklumlah pit stop banyak sangat...lepas tol singgah kat kedai kt ayer puteh beli bihun tomyam...aduhai..pemalas betul adik saya yg dirumah. sanggup menunggu saya balik untuk belikan dinner...Lebik kurang pukul 9, saya sampai...Alhamdulillah...walaupun saya rasa saya bakal mendapat surat saman tak lagi..huhuhuuuu

Ayu, kak meen, geng kicap, lynn dan emaknya




Thursday, February 24, 2011

Beramah mesra dengan Lynn Dayana



Salam...

Hari Sabtu ini marilah sama-sama kita meriahkan majlis bertemu novelis Lynn Dayana..Saya juga tidak akan melepaskan peluang untuk memberi sokongan kepada sahabat saya ini. Kepada pembaca2 semua yang tidak tahu mahu berbuat apa masa hujung minggu ini, marilah kita ke majlis bertemu dan beramah mesra dengan Lynn ini...

Monday, January 17, 2011

COKLAT BERBENTUK NOVEL???

Salam...

Pagi tadi saya keluar dengan emak untuk pelbagai urusan. Dan berpinar sekejap biji mata kerana terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk memperbaharui cukai jalan dan insurance kereta. Sudahlah gaji minggu depan baru nak dapat..huwaaa.....dan sehingga tiba hari gaji nanti...saya kena berpuasa membeli buku..membeli cd..tapi mungkin saya tak akan puasa makan kot...hahahha.

Balik sahaja ke rumah, saya melihat sekotak bungkusan di atas sofa. Saya sudah tersengih-sengih kerana bungkusan yang saya tunggu sudah tiba. hoyey..hoyey...mahu tahu apa yang sedang saya nantikan...silalah lihat gambar di bawah ini...apamacam? hehehhe...fyi, ini bukannya buku2 saya dalam versi buku yang sebenarnya, tetapi buku saya dalam versi coklat yang dibuat istimewa oleh sahabat saya nowwa yang pernah saya ceritakan di sini.

Cantikkan coklat ni. Memang sayang je nak makan..
hehhehe





Kalau dahulu, saya menghadiahkan coklat untuk editor saya, kali ini saya pula mendapat hadiah yang amat-amat special ini. Saya sudah merasanya dah ternyata memang sedap...(ini bukan ayat puji ya..tapi memang sedap). Saya bukannya seorang pemakan dan penggemar coklat. Jadi..bila saya rasa sedap tu...bagi saya benar-benar sedaplah....Kepada sesiapa yang teringin merasa coklat buatan sendiri...yang dibuat oleh orang kita..yang dijamin halalan toyyibanya ini...silalah mencuba sendiri.
Kepada Nowwa..terima kasih kerana bersusah payah membuat coklat yang saya sendiri rasa sayang nak makan ni...hahahha..nasib baik ko post sekali dengan coklat2 kecil tu..hehehhee...

Tuesday, October 26, 2010

Tgk gambar dulu



Bilik yang agak luas untuk dua orang...malam2 sejuk ya amat...
TV ada tapi takde astro n wifi..reject 100 markah..hahaha
Tempat Dining yang luas...makan secara buffet..tapi letaknya diluar..
Jadi..bayangkan kalau hendak mengambil makanan...kena berjalan bermeter2..hahaha
Makan ok....Alhamdulillah..makan free kan..

Dewan RAJAWALI terbang tinggi ( hehehe..tempat yg saya mengantuk
hampir sepanjang malam)

Pandangan dari sisi tempat kediaman. Sekali pandang mcm berada di U je rasanya
Dua kali pandang...mcm budak asrama...tapi view kat sini ok...Bolehlah..
saya asal nampak banyak pokok..kira ok je...damai

P/s - mood untuk memblogging masih belum ada. Tetapi saya sudah meletakkan N3 baru untuk blog NBF.

Wednesday, October 20, 2010

20102010 - MOU???

Salam...

Hari ini 20102010. Tarikh yang cukup cantik, yang tak akan berulang lagi. Tarikh di mana rata2 orang akan memilih untuk mengadakan majlis tunang, nikah atau sebagainya. Oleh kerana 20102010 ini jatuhnya pada hari Rabu, jadi tidak banyaklah orang yang menggilakan tarikh ini seperti tarikh 10102010 yang berlangsung 10 hari yang lalu.
Saya juga tidak mahu melepaskan peluang untuk membicarakan mengenai tarikh ini. Mood memblogging saya masih belum ada. Namun, kalau saya menulis N3 ini esok hari sungguh tidak kena rasanya. Kepada pembaca setia blog saya, mungkin tahu apa significantnya tarikh ini kepada saya. Sebab apa ya?
Kalau nak tahu, 20102010 ini merupakan tarikh tamatnya MOU saya bersama Lynn Dayana. Tarikh keramat sepatutnya kami berdua menyudahkan manuskrip masing-masing dalam tempoh 3 bulan. Bermula 20072010 dan tamatnya 20102010. 3 bulan. Adakah kami berdua sudah meletakkan titik noktahnya? Hmmmm...JANGAN HARAP. hahhahaa....sukarnya rasanya hendak menyiapkan mss dalam masa 3 bulan ini. Tarikh ini saya tetap tak bergerak di mukasurat 227. hanya 130 pages sahaja lagi dan saya seakan tak mampu mahu menulis. Masa mula2 merasakan harapan untuk siap agak mustahil, saya mahu tetapkan sekurang-kurangnya saya melepasti 200 pages. Namun lynn memberi semangat, katanya saya mampu untuk sampai ke 300. Semasa saya tgh dilanda idea dahulu..saya bersetuju dengan kata-katanya. Saya yakin saya boleh cecah ke muka 300. Tapi...bila otak saya jammed....saya tak boleh buat apa-apa lagi dah. Nak paksa memang tak jalan..langsung terus kekal pada pages itu.
Tak apalah...saya nak buat target baru boleh tak? Kena siap Sebelum habis bulan november ini..rasanya boleh kot..hahhah.atleast tahun ini saya menyambut birthday dengan dada yang lapang sebab mss sudah siap...hmmm....ok...saya kena stop sekarang...bilalah nak siap kalau asik memblogging dan berfb ni?

Friday, November 13, 2009

Eureka

Salam....
Ingat lagi n3 aku mengenai pencarian kawan-kawan sekolah aku? Well eureka...I've found them. Tak kesemuanya tetapi most of them lah. Seronoknya aku. Kebanyakkan kami semua berhubung melalui facebook. banyak cerita sebenarnya esp berkisar masa2 budak sekolah dulu. Sekali letak je gambar muda belia masa sekolah bertubi-tubi komen sampai. Bab yang ini aku berterima kasih sangat pada facebook. Dalam kewujudan dia yang menyebabkan manuskrip aku tertangguh (salah aku jugakkan)...tetapi aku juga berpeluang menemui rakan lama. Kebanyakkannya dah kahwin tapi ada juga yang still available macam aku ni..hahahhaha...Dengar2 cerita mereka nak buat reunion kat Sarawak next year...betul atau tidak aku sendiri tak pasti tapi harap2 jadilah ek..bolehlah aku pergi sana sebab lama sungguh aku tinggalkan bumi Sarawak ni. Sudah lebih 17 tahun.
p/s - Aku akan ke Karangkraf esok...bengkel penulisan Thriller n aksi...tak sabar....

Thursday, October 01, 2009

jauh di mata

Salam....

Cerita Hari raya aku biasa-biasa sahaja. Zaman kanak2 aku yang gemar bertandang ke rumah jiran atas tiket untuk mendapatkan duit raya telah lama berakhir. Sejujurnya hari raya, aku akan pulang ke kampung menjenguk tok dan saudara mara di kampung. Tahun ni rumah aku agak meriah dengan kehadiran jiran dan sahabat handai ahli keluarga aku yang lain.
Kali ini juga aku bertemu semula dengan rakan sekelas aku semasa bersekolah di Sarawak dahulu. Kali terakhir kami berjumpa pada tahun 1995, apabila dia datang ke rumah aku di Negeri 9.
Terima kasih kepada facebook yang berjaya menemukan kami semula setelah lebih 14 tahun berpisah. Semasa di Sarawak, dia adalah salah seorang teman aku yang paling rapat. Di dorm kalau tidak katil kami bersebelah, dia akan duduk di katil atas kalau kami mendapat katil double decker.
Kami rapat juga mungkin kerana kami hanyalah beberapa kelompok kecil pelajar dari semenanjung. Mungkin juga kerana kami tinggal di tempat yang sama, iaitu di Kem Penrissen, Kuching kerana kedua ayah kami tentera. Antara 6 atau 7 orang pelajar semenanjung di seluruh tingkatan kami, aku hanya dapat menjejaki dia seorang sahaja. Antara kami, aku orang keempat yang berpindah ke semenanjung dahulu sebelum temanku ini.
Aku dahulu rajin juga menulis surat atau telefon kepada kawan Sarawak aku yang lain, tetapi selalunya bila aku sahaja yang bersungguh untuk menelefon..lama kelamaan kebiasan yang sering aku lakukan terhenti begitu sahaja. Kadang2 aku rasa sedih juga sebab zaman aku dahulu tiada telefon bimbit digunakan. emel jauh sekali, malah hendak guna komputer pun masih tidak tahu butang on nya di mana. Cara perhubungan yang popular digunakan pada masa itu adalah dengan menulis surat. Tetapi sudah tersurat, aku mendapat kawan yang memang semuanya tidak suka menulis surat. Lalu hubungan yang selama 3 tahun itu terputus juga.
Masa kat Uitm aku berjumpa dengan seorang rakan sekelas aku. Kami bertembung di bus stop depan menara. Kalau di Sarawak dahulu dia adalah antara kawan lelaki aku yang paling rapat ( di Sarawak..aku lebih selesa berkawan rapat dengan student lelaki), tapi hari itu kami seolah-oleh baru kenal. Kalau dulu aku boleh bertepuk tampar dengan dia...tapi hari itu kami bercakap dengan nada yang sopan dan malu-malu. Entahlah...mungkin seperti kawan aku pernah berkata...aku sudah mula menjadi perempuan...( kalau dulu aku memang kasar...dlm erti kata lain tomboy)...mungkinkah aku berubah?
Di Taiping ini, aku tidak mempunyai kawan. Kawan2 aku adalah kawan sekerja aku. Selain dari mereka aku memang tidak mempunyai kawan yang lain. Aku bersekolah dari darjah 1 hingga drjah 5 dan kemudiannya aku berpindah ke Sarawak. Di Sarawak aku bertemu teman yang baru. 3 tahun selepas itu aku menetap di Negeri 9 Sehingga aku tingkatan 6. Aku turut mendapat teman yang baru. Aku kembali semula ke Taiping sebelum ke Uitm Shah Alam. Bertemu juga teman yang baru. Aku menjalani Praktikal di MPSP...Dapat lagi teman. Bekerja sementara di Watson Puchong..sebelum ke Library UPSI. Hmmm...kalau diikutkan jumlah kawan yang aku ada memang ramai tapi yang kekal sehingga sekarang hanya beberapa orang sahaja. Di mana silapnya? Keadaan yang menjadikan begitu atau sememangnya aku tidak pandai berkawan sebenarnya? Memang sedih bila difikirkan balik apa yang berlaku, tapi apa yang boleh aku lakukan.....
p/s - Aku mencari teman2 yang bernama FARIDAH ABD RAZAK( terakhir duduk di Taman Lela taiping tapi ayahnya askar..jadi tidak dapat dikesan), ZAINIAH AINI MOHD ( selepas Sarawak, dia bersekolah di SMKA TUANKU AMPUAN AFZAN, PAHANG, duduk di Kl), MOHD SHAH ARFIZAN MOHD YUSOF ( dia masih di Sarawak bila aku pindah, tetapi kampungnya di Kg. Kelemak Melaka), SITI MARIAM BT MOKHTAR ( SHAH ALAM), LOH GEE WAN ( PD) Nita Edama, Julia Joni, Absah Jelani( Abby) - Kawan di Sarawak. Sesiapa yg kenal mereka...tolong ya...

Thursday, October 16, 2008

TAHNIAH



Salam...


Tahniah, seribu kali tahniah untuk Sahabat2 penulis, Laila Kamilia dan Lily Haslina Nasir dengan kemunculan novel baru mereka di pasaran. Semoga novel2 yang best ini akan mendapat sambutan dari semua peminat di tanah air. Kepada anda semua, jangan lupa mendapatkan karya terbaru novelis ini. Semoga anda semua terhibur.

Friday, October 10, 2008

Selamat Jalan Laila Kamilia

Aku, Aleya aneesa, bikash, shanika, hezzy, metty( kakak aku), kak eka, lynn dan kak Lina siap berposing. Aku masa ni baru je sampai dan belum sempat bersalaman lagi bila masing2 nak berposing dulu.


Masa ni kak Aida Adriani, kak lily haslina, rose harissa dah sampai.

Bergambar ramai2. Lily Suriani dan yang diraikan Laila pun ada.

Rancangan telah dibuat semasa majlis aku hari tu lagi. Masing2 sepakat menjadikan rumah kak Eka sebagai markas untuk mengadakan majlis perpisahan untuk Laila Kamilia yang akan ke Jerman. Infact, dia telah pun berangkat ke sana malam tadi.

Buat Laila dan keluarga, semoga selamat di sana. Adios, Arriverdeci, Jaa ne, Auf Wiedersehen, Au Revoir dan hasta la vista. rajin2lah kirim berita untuk teman2 di Malaysia ni. Kalau ada rezeki, boleh juga kami terbang ke sana...hehehehehe

Wednesday, February 06, 2008

sekitar di PD

Aku, Lynn, Laila dan Rose di rumah kak Eka. Perhentian ke 3 selepas ke alaf 21 dan lunch kat umah Laila. pukul 2.30 kak Eka datang menyerbu rumah Laila apabila kami tak bergerak lagi. Hahaha...bila bersembang macam tak ingat dunia. Itu belum masuk kak Lily Haslina. agaknya kalau ada bertambah gamatlah kami.
Pemandangan ketika lewat petang. Aku dan Lynn baru sampai. tahu2 pula kondo kami bersambung dengan terrace belakang...so..apalagi 2 orang fotographer tak bertauliah begitu kalut mengambil gambar. hihihihi


Duduk kat sini dengar bunyi ombak cukup mendamaikan hati. sayang aku tak bawak laptop. si Lynn lepas subuh terus lepak dengan laptopnya depan sliding door. ialah bertemankan bunyi ombak, idea memang mencurah-curah. Memang seronok bercuti dengan Lynn. terfikir pula kata kak eka..nanti kita bercuti ramai2 untuk sesi brainstorming mss akan datang. hmmm...idea yg bagus. Aku akan menanti detik itu.

Thursday, January 24, 2008

TELOK DALAM RESORT, PANGKOR


Pemandangan kat sini memang superb. tenang dan mendamaikan. 1st time datang aku dok berkira-kira bila masa aku boleh terjun ke laut / kolam. sayang sekali jadual kursus memang pack sampai aku tak berpeluang langsung menikmati keindahan ciptaan Tuhan ini. Foto ni dirakam pun in between classes dan on the way ke kelas. Aku sempat mandi sekejap melepaskan gian. Ajak kekawan semuanya tak mau. masing2 nak rehat sebab malam pun ada kelas. pertang sabtu ada masa luang sejam sebelum dinner. Aku memang tak tahan kalau tgk air...so sorang2 aku pergi ke pantai. konon2 tak nak mandi. hanya nak menikmati pemandangan tapi hahaha...aku terjun jugak. tak sampai sepuluh minit asalkan gian aku lepas. lagipun maghrib nak masuk. aku seorang pulak tu...kekadang tgk laut yang tenang pun jadi takut jugak..hahahaha


Ni satu lagi pemandangan yang membuatkan aku nak terjun walaupun tengah berbaju kurung sekalipun. Aku cukup dengki dengan budak lelaki yang terjun ke kolam walaupun dah pukul 11 malam. Aku...sayang tak ada geng...kalau nak kerana malu, harus aku join budak lelaki tu sama.


Ni kawasan chalet, laluan ke tempat aku menginap. Waktu malam memang cantik sebab lampu akan menyelusuri setiap jalan n lampu luar chalet akan menyala. Tetapi keadaan agak gelap kalau bilik kita tu jauh sikit pada orang ramai...seram beb...dahlah kelas habis pukul 3 pagi.

Ni chalet aku. Bilik 124. Aku duduk dengan bos aku. hihiihih...



Satu lagi pemandangan yang indah. sebenarnya banyak lagi gambar aku ambil. Siapa nak nak cari ketenangan, memang kat sinilah tempat yang sesuai. Kalau anda penulis, nak cari ilham...hihihi datanglah kat sini.

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...