Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Jalan2 cari makan

SALAM...

Selesai urusan di SMK KJ, saya dan MR K bertolak ke Shah Alam. Singgah sebentar ke Karangkraf mengambil stok buku JIWA KACAU dan JAUH KAU PERGI yang sudah kehabisan stok. Berjumpa dengan Ima, staff yang menguruskan pembelian buku saya ini. Rupa-rupanya Ima ini orang Perak juga. Siap dia cakap ..." Kak..lain kali akak tulis macam ni tau...sambil merujuk buku JKP dan HBR. Ima suka baca..best sangat." Er..saya yang sedikit keletihan rasa terubat saja jiwa bila mendengar pembaca yang menyukai karya2 saya. Alhamdulillah. Selepas keluar dari seksyen 15 tu, saya terus bertolak ke Seksyen 19, untuk check in di hotel DePalma. Iya..Iya..saja kami berpusing mencari tempat..padahal senang saja nak sampainya..lagipun bila sampai boleh pula saya cakap pada suami " Eh..dah pernah sampai sini dulu. Ada meeting dengan Alaf..hmmmm macam mana boleh saya tak ingat..hehehe...
Kami berehat dulu melepaskan penat. Lepas solat maghrib, kami bertolak ke Seksyen 13, Laman Seri untuk mencari RESTOREN ini..Yang dimiliki oleh Chef Zubir ( salah seorang juri masterchef malaysia), Tempatnya tak susah nak cari cuma restoren dia agak ke belakang sikit. 

  memang ramai yang datang ke sini untuk makan..meja tak adanya yang kosong..

  Mr K punya pilihan - Hmmmmmmmmmm
Pilihan saya untuk malam itu..hmmmmmmmmm


So..apa kesimpulannya makan di sini; saya rumuskan bahawa ; jeng jeng jeng...

Total harga makanan untuk 2 orang = RM 107.65 ( ada mushroom soup, lupa nak snap pic)
Service =  Agak lembab malam itu sebab pramusaji (ewah) mengatakan mereka ada kekangan staf malam itu ( Menunggu menu dan bil saja pun sahaja sudah beberapa minit)
Environment / Restoren = menarik apatahlagi bahagian depan dia mcm ada ala-ala taman sikit..tengah makan angin bertiup nyaman..so dari segi tu mmg best.
Food =  MR K makan ( tak ingat nama menu dia..resit pun dah letak ke mana ntah)..tapi secara total, kami berdua tidak suka dengan makanan yang kami pilih. Kambing berbau agak kuat ( Mr K terer masak kambing ya..dan dia suka daging kambing..dan bila dia cakapn tak sedap tu..so..mmglah tak sedap...~ infact bau kambing tu melekat sampai ke tengah malam. Saya cakap dengan Mr K..." malam ni saya jalan mmg dengan K ( kambing) hahahahaha...
Saya pula makan ikan salmon dengan kupang...pun rasa ikan dia agak kering. 1ST impression...memang nampak cantik dan indah belaka tapi rasanya no no no...( sedap lagi makan ikan kat secret recipe)...
Kepada yang nak mencuba makan di sana, kalau korang nak cuba..go aheadlah..sebab before saya ke sana pun saya baca review dari banyak blogger yang pernah makan di sana. dan Semua komen mereka positif. Mungkin selera kita tak sama mungkin...
Saya kata dengan MR K..untuk makanan semahal itu dengan rasa yang biasa2 saja rasa amatlah tak berbaloi. Bila saya asik merungut, MR K cakap.."Dah kata nak rasa kan..dah rasa..dan kita dah tahu rasanya macam mana tak apalah...dah masuk perut dah..tak baik merungut"..huhuhu..baik enche...

Esoknya, bila makan kami mencari nasi. Makan kat ASIARI, SACC Mall..murah saja. Tak sampai RM 60 ( Lemongrass squid lupa nak snap foto) tapi berkali2 ganda lebih memenuhi selera..





Sebenarnya, nak ke Laman Seri tu jugak saya nak singgah di Coffee Planet yang terletak berhadapan dengan Laman Grill ini. Saya mahu mencuba Pavlova buatan rakan saya Nowwa yang mana Pavlovanya di jual di Coffee Planet tersebut. Saya beli dua slice saja...dan rasanya memang enak dan sedap...sesedap gambarnya yang memang terasa meleleh air liur bila melihatnya. Even Mr K yang tak suka makan kek tu pun cakap sedap...Hmmm...alamak ai...air liur dah meleleh balik ni...mana nak cari kat taiping ni..huwaaaa...


Tuesday, April 26, 2011

The curious case of whatever

Salam....

Entri ini khas untuk adik saya, JAHN yang ala2 brutal tapi comey dan cute...Jahn ini saya kenal lebih kurang 2 , 3 tahun kebelakangan ini. Dari hanya bermesej di chatbox sekali sekala, kini terus menjadi rutin apabila saya dan dia aktif dalam fb. Pagi tadi chat dalam fb dengan Jahn, saya tanya dia macam mana dia boleh terlintas mahu membaca buku saya. ( Buku pertama yang dia baca adalah RINDU BELUM BERHENTI). Saya ingat lagi saya sedang berkursus di Heritage Hotel, Ipoh. Sambil kursus, saya layan internet...hehehe..tup2 ada mesej dichatbox blog saya yang mengatakan 'dia minat sungguh dengan RBB..minat sungguh dengan Izz dan Dinie.." Saya yang mmg ala2 mengantuk tu terus jadi segar bugar dengan komen tu...Almaklumlah pembaca lelaki lagi pulak..kira mcam rasa terharu dan banggalah buku saya itu lelaki sanggup baca...
Iyalah..masa tu saya dalam arena penulisan ini pun baharu sangat lagi...pembaca pon tak kenal..hahahah..infact dah 5 buku ni pon ala2 ada jugak yg tak kenal..apatah lagi hanya 2 buku kan...pasrah sajalah..heheheh
Jahn cakap..macam suratan pula bila dia membaca buku saya...Cover RBB berwarna hijau (warna kesukaan dia...- saya baru tau hari ni)...dan masa tu duit dia pon ala2 tak berapa cukup..tapi sanggup berhabis kerana RBB...n the rest is history la....sampai sekarang ni...Sebenarnya...saya suka dan ternanti2 komen / review yang dibuat oleh jahn terhadap buku2 saya...( er jahn..akak tau jahn baca ni.....jahn masih hutang 2 review lagi ya...)...bukan sebab dia memuji..tapi ulasannya tak macam pembaca lain...panjangnya satu hal..tapi saya suka pada kesungguhan dia mengulas itu...mmg tak macam pembaca lain...kalau sesiapa yang tidak pernah membaca ulasan jahn..boleh ke sini dan sini.
Sesiapa yang mengenali Jahn, (walaupun secara alam maya) tahu bahawa dia agak obses dengan Izz dan Dinie..Hahah..walaupun Rif hero saya yang paling popular..dan Sid hero saya yang paling latest..tapi Izz tetap No. Wahid dalam list hero Jahn...hehehe.Cuma dalam 2 minggu lepas tak silap saya..Izz bakal dicurangi apabila Jimmy bakal mengambil tempat...Aduhai...tinggalkan Jimmy kejap...nanti akan ada pula yang bertanya..bila Jimmy nak siap...huhuhuh...
Sebenarnya saya nak cerita pasal projek terbaharu Jahn..tapi dah melalut panjang..tak apalah..sekali sekala saya bercerita tentang dia...lagipun dalam blog dia banyak apa nama saya..( cewah...perasan sekejap...)..Projek ini sebelum dia lakukan dia minta izin dulu daripada saya...Pada yang mengikuti..anda semua pasti tahu apakah ia..pada yang belum...inilah masanya anda mengenali adik saya yang amat berbakat ini....Jahn sedang menulis cerpan ( bukan cerpen ya..sebab cerita ni agak panjang tapi tak sepanjang novel) dengan memasukkan kesemua watak dalam novel2 saya dan juga watak utama dalam novel Jahn sendiri, yang ketika ini juga masih dalam penulisan...Cerita ini 100% rekaan dan idea Jahn. Saya tidak terlibat secara langsung ataupun tidak melainkan memberi keizinan kepada Jahn untuk mengggunakan nama watak2 saya sahaja. Kepada yang tidak pernah membaca karya2 saya..mungkin inilah masanya anda berbuat demikian kalau ingin mengetahui lebih lanjut pasal TCCOW ni...heheheh..tapi kalau tak baca sekalipun, anda tetap akan faham.jangan risau..hehehhe
Jadi,...sila klik pada link yang saya berikan di bawah ini..dan kenalilah Fauzan Abas yang namanya saya abadikan dalam salah seorang watak di dalam HBR ini....


Dengan bangganya....saya mempersembahkan THE CURIOUS CASE OF WHATEVER...hehehehhehe....


Ini semua lukisan Jahn mengambarkan kesemua watak hero n heroin
dalam kelima2 buah buku saya

Monday, January 17, 2011

COKLAT BERBENTUK NOVEL???

Salam...

Pagi tadi saya keluar dengan emak untuk pelbagai urusan. Dan berpinar sekejap biji mata kerana terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk memperbaharui cukai jalan dan insurance kereta. Sudahlah gaji minggu depan baru nak dapat..huwaaa.....dan sehingga tiba hari gaji nanti...saya kena berpuasa membeli buku..membeli cd..tapi mungkin saya tak akan puasa makan kot...hahahha.

Balik sahaja ke rumah, saya melihat sekotak bungkusan di atas sofa. Saya sudah tersengih-sengih kerana bungkusan yang saya tunggu sudah tiba. hoyey..hoyey...mahu tahu apa yang sedang saya nantikan...silalah lihat gambar di bawah ini...apamacam? hehehhe...fyi, ini bukannya buku2 saya dalam versi buku yang sebenarnya, tetapi buku saya dalam versi coklat yang dibuat istimewa oleh sahabat saya nowwa yang pernah saya ceritakan di sini.

Cantikkan coklat ni. Memang sayang je nak makan..
hehhehe





Kalau dahulu, saya menghadiahkan coklat untuk editor saya, kali ini saya pula mendapat hadiah yang amat-amat special ini. Saya sudah merasanya dah ternyata memang sedap...(ini bukan ayat puji ya..tapi memang sedap). Saya bukannya seorang pemakan dan penggemar coklat. Jadi..bila saya rasa sedap tu...bagi saya benar-benar sedaplah....Kepada sesiapa yang teringin merasa coklat buatan sendiri...yang dibuat oleh orang kita..yang dijamin halalan toyyibanya ini...silalah mencuba sendiri.
Kepada Nowwa..terima kasih kerana bersusah payah membuat coklat yang saya sendiri rasa sayang nak makan ni...hahahha..nasib baik ko post sekali dengan coklat2 kecil tu..hehehhee...

Wednesday, December 23, 2009

makan2 time

Salam...
Dua hari lepas aku dan family (Ijat n husna, sarah, adik, daiful dan emak) dinner kat Secret Recipe. Al-maklumlah..malam tu semuanya ala-ala malas nak masak, so planlah nak makan apa. My suggestion makan pizza, ditolak mentah2 oleh adik2. Nak makan Mcd..Alahai..dah selalu sangat pula. KFC pun ala-ala boring aje. so...tinggallah SR as the last option. Malam tu..tekak masing2 memang tak berselera nak makan makanan melayu, so keowtow Dolly ke, Selera Malam ke, ataupun kedai makan Abe (di kawasan rumah aku..hehehe) memang tak masuk dalam senarai.
So..lepas solat maghrib konvoi 2 keta p tesco Taiping sebab SR hanya ada di sana. Dalam pada tu, mak pun nak beli barang untuk buat Tahlil ayah sama. Jadi...mak yang pada mulanya malas nak makan dekar SR, jadi ala-ala setuju nak pergi. ( Mak bukannya apa, bagi dia, mengeluarkan duit beratus-ratus untuk makanan adalah satu pembaziran)
Seperti biasa...bila dah ramai2 ni, mak memang kalah dengan anak-anak. Aku menu aku di SR memang tak pernah berubah. Setiap kali datang, aku mesti minta Prawn macaroni n cheese. Yang lain2 tu pun menu tak berubah...asyik2 tomyam kung.( tak nak melayu sekali makan resipe siam pulak..heheh). Tapi kali ni, adik kata dia nak sama dengan aku sebab setiap kali aku order, dia mesti nak rasa jugak aku punya. Bila aku suruh order, dia tak nak..tetap nak makan tomyam kung dia.
Jadi...dengan muka2 yang agak dikenali kat SR, tu aku pun order menu yang sama..tup2 pramusaji (waiter - kita bersastera sikit ari ni), kata prawn macaroni n cheese dah abis..huwaa...tension...tak dapat makan..frust sebab aku dah dok membayangkan kesedapan benda alah tu. Adik pun frust jugak sampai dia kata..adik ni tak boleh teringin benda langsung, sebab tak akan dapat...ahhaha..kesian dia.
Jadi dia seperti biasa..makan tomyam dan aku order beef lasagne. Bila makan dengan family ni, kitaorang memang berpassing2 pinggan. Aku nak rasa kau punya...kau nak rasa aku punya..so..dah macam jadi tradisi.
Masa mak makan spaghetti meatballs ( mak tukar menu jugak)..mak komen...' sedap lagi hang masak.' n adik rasalah lasagne aku n komen...' sedap lagi aku buat.'
Wahhhhhh....kat SR tu aku rasa macam terapung2 sekejap. Bila aku sendiri makan pun aku tahu, spaghetti n lasagne yang aku masak memang lebih sedap. So..moral of the story...daripada membayar makan yang beratus tu baiklah aku p beli bahan dan masak sendiri. Lebih jimat dan lebih sedap..hahahaha

Wednesday, February 06, 2008

sekitar di PD

Aku, Lynn, Laila dan Rose di rumah kak Eka. Perhentian ke 3 selepas ke alaf 21 dan lunch kat umah Laila. pukul 2.30 kak Eka datang menyerbu rumah Laila apabila kami tak bergerak lagi. Hahaha...bila bersembang macam tak ingat dunia. Itu belum masuk kak Lily Haslina. agaknya kalau ada bertambah gamatlah kami.
Pemandangan ketika lewat petang. Aku dan Lynn baru sampai. tahu2 pula kondo kami bersambung dengan terrace belakang...so..apalagi 2 orang fotographer tak bertauliah begitu kalut mengambil gambar. hihihihi


Duduk kat sini dengar bunyi ombak cukup mendamaikan hati. sayang aku tak bawak laptop. si Lynn lepas subuh terus lepak dengan laptopnya depan sliding door. ialah bertemankan bunyi ombak, idea memang mencurah-curah. Memang seronok bercuti dengan Lynn. terfikir pula kata kak eka..nanti kita bercuti ramai2 untuk sesi brainstorming mss akan datang. hmmm...idea yg bagus. Aku akan menanti detik itu.

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...