Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

Taiping - Batu Gajah - Tg Malim - Pahang

Salam...

Weekend lepas saya dan family ke Pahang, to be exact Jengka 3, untuk menghadiri majlis perkahwinan my cousin punya anak. Last saya ke sana pada tahun 2009 kerana sepupu masuk Hospital Temerloh kerana serangan jantung. Kami memang terlalu jarang ke pahang..mungkin jarak yang jauh dan masing-masing sukar mendapat cuti menyebabkan pahang selalu tidak berada dalam senarai destinasi kami. kakak saya yang sulung dan sarah adik saya lagi pulak...kali pertama diaorang sampai pahang pada tahun 1994, iaitu semasa aarwah abang mak saya meninggal dunia. Walaupun arwah adik saya bernikah dengan orang pahang, namun setiap kali kami ke sana untuk merisik, bertunang dan majlis kenduri, masa2 itulah mereka berdua ni ( kakak dan adik) tak dapat ikut. Selalunya ada saja aral yang melintang. sama ada periksa spm, beranak, periksa final kat U...etc etc. pendek kata mmg banyak hal lah yang memungkinkan depa tak boleh ikut. Jadi selalunya banyak muka saya ajelah yang ke sana. 

Kami memulakan perjalanan petang Jumaat. Saya balik kerja pukul 3, terus balik rumah..kemas baju saya dan Mr K...dan in the same time, sarah pulak baru balik sekolah di Trong...dengan tak sempat mandi atau berehat..sarah hanya bertukar kereta. Dari kereta dia, naik terus kereta adik lelaki saya.  Kami tidak boleh berlengah kerana kakak saya ada appointment dengan kontraktor yang nak renovate rumah dia. Tiga kereta kami konvoi ke Batu Gajah. tot tet tot tet tambah awning..tambah dapur. elektrik nak tanam dalam..kami selesai bila dah malam...naib baik boleh jamak so..tak ada masalah nak cari tempat solat lak...Masa ni atun, adik bongsu pompuan saya dah ada di tg malim sebab teman kakak kedua saya, metty kena jumpa supervisor PHD dia kat upm...oleh sebab abang ipar saya kena outstation kat penang, so, atun le kena jadi driver dan peneman. Metty boleh drive tapi dengan dua orang anak yg berumur 2 dan baby 5 bulan..so imagine macm mana nak drive kan...hahhaha....

Sampai tg malim...dah pukul 10..masing2 kebulur....terlentang penat..memikirkan nak drive esok ke pahang lagi rasa penat...lepas subuh bangun..metty dan sarah buat sarapan kat dapur. buat sardine roll goreng dengan  telur..3 keta masing-masing dapat tiga bekalan makanan, air teh panas dan air masak. hahahah...senang..sarapan dalam keta...tak buang masa....oleh kerana saya yang paling familir dengan route kkb, batang kali dan genting..saya yang lead dulu..yg lain i folo ajelah....

Perjalanan memula ok sehinggalah saya salah exit di kuala kubu baharu. Sepatutnya untuk ke batang kali, saya harus masuk kanan namun saya terus...tiba2 aje perasan sudah berada di kaki bukit..alamat ni gaya2 kalau terus sampai ke Fraser Hill ni...jadi...terpaksa patah balik dan dalam dok ingat2 lupa, jumpa masjid di kkb yang jadi landmark saya jika nak ke BK..Alhamdulillah..jumpa...dalam dok lambat2 tu siap singgah di econsave lagi untuk beli hadiah...hahaha...bayangkan pukul 8 pagi econsave tu baru aje bukak kami dah serbu....


Murni..kakak sulung saya

Sarah yang tak habis2 tanya soalan " dik ah cantik tak?"

yours truly wit Mr K dan Ana ( Isteri arwah adik)

Atun, Ana, emak dengan Daifull, Hadiff dan Arumi


Atun dan Daiful

Lepas Tol Temerloh...sesi membuang apa yang ada..hahahaha




Ayat mak.." korang ni tak habis2 begambar aje..."
Perjalanan ok sehingga memasuki negeri Pahang. Sepatutmya kami harus exit di Chenor untuk ke Jengka 3. Tapi saya sangkaan saya, saya perlu exit di temerloh dan teruskan perjalanan mengikuti jalan maran-kuatan untuk sampai ke jengka. tapi saua ikut jalan jauh rupanya. Sampai memanglah sampai..tapi bertanya jugaklahh 4 5 orang sebelum nak sampai tu...perjalanan yang jauh jadi semakin jauh...Siap lihat eksiden depan mata lagi..mujur tak mati..kalau tak mmg trauma saya..akhirnya bila dok merayau tgh cari jalan tu, jumpa kedai makan n decide nak tanya salah sorang manusia yg tgh makan di situ. Nasib kami baik bila tup2 tertanya orang kampung jengka 3 tu terus..wahhhh...Alhamdulillah..terus dia bawak kami ke rumah berkenaan. Ayooo...malunya rumah saudara sendiri pun boleh sesat...hahahahhaa. 
Masa sampai tu kenduri pun ala2 nak berakhir dah...tak sempat nak camwhore dengan pengantin sebab semua dah penat sangat sebab sesat. Kitaorang biasalah sembang2 ala kadar lepas tu semuanya tumbang tido...hahahaha...
Esok lepas subuh baru cover balik...saya dan sarah masak nasi goreng....masak untuk ramai orang tu...nasib baik sedap nasik goreng kami...hahahhaa..puji diri kejap..tapi mmg sedap pun sebab Mr K rajin tolong tumbuk ikan bilis goreng bagi tambah perasa...lepas makan2 dan mandi2 kami bertolak balik semula ke TG malim...perjalanan kali ni lebih mudah lancar dan tidak memakan masa yang lama sebab kami mengikut laluan yang betul...jalan yang diredhai ALLAH..hehehehe
Singgah genting sempah untuk tapow makanan...naik genting..jalan makin perlahan..jem...tup2 dengar berita di radio ada kejadian tanah runtuh di area goh tong jaya..er..er.er..seriaunya dengar..walaupun tak ada kemalangan maut tapi dengan kejadian yang masih fresh..mesti cuak nak lalu kan..tapi oleh sebab dah terstuck kat jalan tu..apa boleh buat terpaksa bertabahlah....
Tahniah buat Anita dan Fazli....

Jalan yang jammed

bersusun kereta kat depan dan belakang...masa ni siapa pakai keta auto nasib baik le...

Antara tanah yang runtuh...banyak2 tempat..tak dapat nak bayang kalau dia runtuh sekaligus..nauzubillah...
Pukul 3 sampai tg malim...cari kedai makan kebanyakkan tutup...berpusing2 kami cari kedai sebab masa tu kalau hidang kerbau..tu mmg habis rasanya kerbau tu..hahahhaa..last2 ijat adik saya cakap..korang balik le dulu..kitaorang p beli makan...Alhmdulillah..tu yang nak dengar tu...balik rumah lepak dan malam tu lepas maghbrib cau cin cau balik Taiping balik....Alhamdulillah..lega..semuanya selamat sampai....La ni sarah berada di kelantan...mak dan atun n daiful pun tadi bertolak ke kelantan...huwaaaaa....penatnya dengar....

Saturday, October 20, 2012

Mimpi jadi kenyataan

Salam...

Masih ingat tentang impian saya yang selalu tertangguh dari tahun 2010 tentang ini dan ini? Alhamdulillah..Jika diizinkan ALLAH..impian itu bakal menjadi kenyataan..November..saya menanti penuh debar dan sabar...tiga perkara berlaku serentak tahun ini. Hari kelahiran saya...ulangtahun perkahwinan saya yang pertama dan saya, suami dan adik akan ke negara impian saya...Ya ALLAH..Kau permudahkanlah segala-galanya...Aaminn.

Monday, January 30, 2012

Berkelah di Pantai Besar




Masa baru sampai...yang lelaki pasang khemah...mak dan mak teh p pelekat api


Macam mana pasang tak tau asalkan siap tau..hehehe


khemah check, api..check..apa lagi ya....

Mentua dan menantu yang bertungkus lumus menyediakan makanan
Rajin sungguh En. K ni...budak2 dah menggigil sejuk makanan tak siap2 lagi..hehehe
Antara makanan..Siakap, cencaru dan keli bakar..Durian pula rezeki pemberian orang yg bermurah hati
semasa dalam perjalanan ke sini
sosej dan ayam...huhuhuh sedappppp
tukang masak dan tukang pasang khemah bersama tukang makan..huhuhu
Mak Teh, adik, sarah, emak dan MIL


Bebudak yang tak menyempat2 nak mandi..termasuk yours truly..hhehehe

Kan dah cakap...orang lain sibuk pasang khemah n masak..saya terjun dulu dalam air..hehehhe

Salam...
Layan gambar dulu ya..ceritanya kemudian..

Tuesday, October 04, 2011

jalan2 sambil kerja or kerja sambil jalan2...?






Salam...

Blog bersawang..saya tahu..saya tahu....tak payah cakap okeh..hehhehe...tengok picca raya saya sudah..nak letak caption pun tak letak2 sampai ke hari ni...ala..tgk gambar tu faham2 sendirilah ya...minggu depan akan ke sini...urusan kerja sebenarnya tapi saya suka..sebab di saat tengah bz dengan urusan Jimmy dan ehem ehem saya bulan depan...saya rasa sesak nafas. Bila saya tengah dong d0ng...saya suka dengar bunyi ombak..tak dapat ombak, dengar bunyi air terjun pun okeh je...4 hari ke sini..minggu satu lagi pulak saya menerima jemputan untuk ke Karnival Penulis 1Malaysia di PNM...aduhai.....

Monday, September 20, 2010

RAYA AT THE ZOO

Salam...

Hari ini kebanyakkan orang dah kembali berkerja lepas cuti yang cukup panjang...( kalau siapa yg ambil cuti direct lah ya). Seperti biasa saya cuti hari ni...saya dah start balik kerja Jumaat lepas. perggh...dah lama cuti, bila dah masuk kerja tu rasa malas sangat. bukan apa...adik beradik yang masih cuti best je lepak kat umah tapi saya..kena kerjalah pulak. Hmmmm..Tak apalah..cuti lama-lama pun kadang2 bosan jugak.
Raya ke 3 lepas, saya dan adik beradik yang lain pergi ke zoo. Bukannya apa..kasihan kat haiwan-haiwan tu semua nak beraya jugak...tapi takde siapa yg nak celebrate raya dengan mereka..so...dalam kami yang seramai 10 orang...pergilah menyambut syawal dekat Zoo. Wah..tak sangka..ramai rupanya pengunjung yang sama macam kami. beratur jugaklah masa nak beli tiket tu.
Kalau beberapa tahun lepas, caj masuk zoo berbeza pada yang mahu berjalan ataupun mahu menaik tren. Tetapi entah sejak bila ntah kalau tak nak naik tren pun, caj dia tetap sama. Kami dah berasa semua..jalan kaki n menaiki tren. Naik tren best..tak penat tapi tak boleh lama2 usha haiwan. Jalan kaki best tapi biasalah penat.
Kali ini kami berniat mahu berjalan kaki sahaja. Maklumlah, nak jugak buang lemak2 ketupat..rendang...segala macam mak nenek yang dah disumbat dalam perut ni. Sekurang-kurangnya dapat jugaklah execise kan..hahahahaa....
Hmmm...Dalam setahun ni rasanya ini kali ke 2 kami pergi zoo kut. Alahai...budak2 kat rumah nilah yang suka sangat tgk haiwan. Dah ramai2 ni memg jangan haraplah boleh tarik diri walaupun haiwan2 tu semua sama je...
Kebanyakkan haiwan pasif je. Nak jugaklah dengar Harimau atau singga mengaum. Barulah ada thrill kan? Ini balik2 terlentang, macam penat sangat...hahahahaha...semasa berjalan kat area orang utan, ada sekor ni yang kesian je muka dia..Bila dia nampak my nephew makan lolipop, dia hulurkan tangan dia minta makanan pada kami. Aduhai..mmg kesian betul. Bila kami tak bagi...tiba-tiba dia buat muka merajuk. Seriously..tak tipu..mulutnya muncung macam orang merajuk..hmmm...dah mmg nama dia orang utan pun kan..tentu dan ala ala orang sikit sikapnya..hahahaha
tengah berjalan tu, dengar bunyi harimau mengaum...wah...bestnya...tapi masa tu perjalanan kami lama lagi nak sampai..so...berpoya2 dululah dengan lain2 haiwan. Bila sampai area B.A.B.I...kawasan jalan tu telah dikuasi oleh monyet2 liar. Monyet2 ni memang suka mengacau pengunjung lebih-lebih lagi yang pegang makanan di tangan. Jadi..saya yang sedang memegang 100 plus tu memang diancan oleh monyet2 ni. Ya ALLAH...sebenarnya kami sekeluarga memang ada pengalam ngeri dengan species ni. Dulu masa saya sekolah rendah, kami adik beradik pernah dikejar beruk yg bontot merah tu dalam zoo yang sama. sampai kami luka2 sebab nak lari punya pasal..lepas tu mmg fobia dengan species haiwan ni.
Jadi..bila dah diancam tu..saya stop..keras kejap sebab kt kiri kanan saya ada anak saudara yang penakut. Adik lelaki saya dah jalan kt depan...kakak n adik saya kat belakang..jadi mereka pon terperangkap jugak ngan monyet2 ni...monyet tu dok keliling saya..jadi saya pon dok berpusing2 360 darjah nak mengelak daripada dia...hmmm..mmg agak memalukan gaya saya n anak saudara berpusing2 tu..sebab yang lain pon tak berani nak halau si monyet2 tu...last2 ada 3 orang mamat yg jadi hero..jadi lepas lah kami ni dari sekatan monyet2 tu...hmmmm...memang monyet betullah monyet2 ni...hahaha...
Jadi...kami terus meneruskan perjalanan..tak sempat nak tgk haiwan oink..oink tu...bukan apa..setiap kali tgk species ni, saya terfikir..mcm manalah ada orang sanggup makan benda ni...aduhai....
Kami tiba area singa...hmmm...poyo je singa2 ni...tak abis2 aksi berehat dia...ada tidur gaya kual lentang lagi..isk..tak senonoh betul..Harimau pun sama..tgklah jugaklah dia berendam dalam air. Kawasan harimau ni tak berpagar langsung. hanya di letakkan kolam kecil sebagai penghadang...hmmm..kalau harimau ni boleh berenang, sampai ke tengah, ada harapan tak dia melompat naik...uish..ngeri...ngeri...
Masa lalu kat harimau kumbang best..sebab ada sekor ni yang agak reckless sikit. dia mcm tgh badmood. Dia asik berpusing je..macam org tgh marah...saya syak dia nilah yang berbunyi tadi...tapi bila kami sampai, dia tak berbunyi pun..jadi anak2 saudara saya p kacau dia..depa suruh dia mengaumkan..tapi dia buat bodoh...n still nampak marah..dia datang dekat kami..berhenti sekejap n terusan dengan jalan2 dia. dia mengeram sekejap2..mulut tak bukak pon..tapi dia dengar dia mengeram macam tu...ada rasa kecut jugak hati ni..saya suruh budak2 ni diam..satgi..dia tension kang..mana tu..pagar tu dirempuhnya kang..rasa2nya sapa yg dia tuju dulu?er..er..er.
dah separuh perjalanan, budak2 tu dah bising penat. Jadi terpaksalah auntie diaorang nilah mendukung diorang sampai habis. Kalau ringan tak apalah jugak..ini..hmmmmm....
Apa yang aku kesalkan dan yang boleh aku perhatikan ialah sikap tak bertanggungjawab sesetengah pengunjung yang selamba sahaja membuang bekas2 makanan ke dalam kawadan habitat haiwan tu. Menyirap darah jugak bila paper cup selamba je diaorang campak dalam kolam beruang....campak makanan kat haiwan walaupun dn diberi amaran jangan beri makanan. Bukannya apa..takut diet haiwan ni terganggu..n kalau sakit mcm mana? Dahlah haiwan kt zoo ni mcm ala2 nak pupus je...yg tak nampak pupus, si monyet yang mengacau...hahaha..Itulah serba sedikit lawatan cik Mardhiyah ke zoo..hahaha...

Friday, January 08, 2010

AS-ARAU(uitm) - n3 ke 400

Kalau tak ada apa2 hal..jangan harap boleh tgk Adik dalam baju kurung...

Metty macam supervisor aje
Budak2 yang nakalnya memang membuatkan jantung boleh berdegup kencang..namun hidup tak bererti tanpa mereka....izz zayyad yang baju biru tu...melanyak katil asu depa...
Pn Hajjah Ramlah..tanda tangan anda diperlukan...

Dah macam nak berkelah pulak...bilik ni quite sempit utk 4 orang...tak mcm kat kolej kenanga aku kt shah alam dulu lebih besar n selesa.

Salam....
Bersambung balik pada kisah hujung tahun lalu..aiseh..dah hampir 2 minggu expired tapi sukahati akulah nak cerita ek...Pagi Ahad...seperti biasa lepas aje sembahyang subuh, jurujual kuih muih ni datang bertandang lagi. Kali ni kami memesan supaya dia membawa nasi lemak sahaja. Senang, kejap perut sikit sementara nak tunggu masa lunch. Macam semalam..kami keluar rumah dalam pukul 10.30 pagi jugak. Kali ini perjalanan tak adalah jauh. Cuma dalam setengah jam saja dari rumah kakak aku. Kat area Arau ni banyaklah jugak pusat2 pengajiannya. Dekat-dekat pulak tu. Adik dah cuak..lalu sini sikit dah teka tu ke uitm? lalu sana sikit dok main teka lagi. Ish..ghimaih betulkah budak sorang ni. Dah belum sampai ke tempat yang dituju, tentu jawapannya tidak kan? itupun nak main teka2 lagi.
Sampai kat pintu besar uitm ni...kami berhenti sekejap untuk mendapatkan nombor pass utk kereta ( Orang dapat sticker utk sebuah kereta aje, kami sampai 3 kereta..sebab semua nak ikut sekali). Kat situ adik dapat nama kolej untuk dia mendaftar, jadi senanglah nak mencari. jalan pula main lurus aje..sebab pihak sana dah sediakan laluan yang mudah diikuti. Rupanya kesemua pelajar baru ditempatkan di dalam satu kolej yang sama. Oklah tu...senang sikit nak uruskan budak2 ni masa minggu wawasan siswa ( er...ntah apa dia panggil ntah sekarang..MWS ni masa aku belajar dolo2)...
Adik dapat tingkat 2. Sebilik ada 4 orang. Dia orang terakhir yang sampai untuk bilik tu, jadi dia dapat katil, almari, meja belajar yang bertanda no. 4. hahahah..kelakar pulak..macam budak2 sekolah aje depa ni. Tapi...dr sudut positifnya..tak adalah sapa2 nak berebut nak katil atas bawah lah...nak meja itulah..kan..so...adik suka katil atas..n bila dpt kat atas..tak adalah kompelin dia.
Nak tolong dia berkemas pon..rasa macam tak best sebab bilik sempit. penuh dengan mak bapak n family orang lain. Kami aje dah 14 orang..bayangkan..hahahahaha...lepas tu sekor2 budak kecik buat perangai..nak airlah..laparlah..aduh...lepas tu bila dah pernah main..bergaduh dan nangis...Masa sampai tu..adik kena isi bermacam2 borang. Emak pun kena isi borang untuk buat pengesahan. Orientasi start pukul 4 petang, jadi kami kena balik sebelum tu. Tak adapun nak tunggu lama2...mahu meraung budak2 ni. Masa tengah nak turun tu, Kakak aku yang dh sampai bawah tanya nampak izz zayyad tak? dah...mana pulak budak tu pergi? Separuh dr kami turun kat bawah untuk cari..aku dan sarah cari kat atas....Aku sempat tanya salah seorang manusia yang kt atas tu " nampak tak budak kecil pakai baju biru, putih2..chubby2 sikit..? "Ada...dia lari ikut tangga sana..." - jawapan yang aku terima. Rupanya2 pelarian si izz zayyad ni menjadi saksi banyak pihak...masing2 tanya..nak cari budak baju biru tu ke? Aish...naik malu pun ada.
Aku pun cari ikut arah yang dituju..tengah mencari...dapat tahu dah jumpa. Ya ALLAH..budak ni...memang berderau darah dibuatnya. Mujurlah kat kolej itu aje..kalau kat shopping complex macam tu...tak ke naya. Izz zayyad ni memang hyper active sikit. patang lepa..memang lesaplah dia...masa kat GK pun jenuh pak cho berkejar dengan dia sebab sepanjang jalan nak berlari...laju pulak tu. memang menyirap darah sikit dengan budak ni. Dahlah masa dia lesap tu selamba badak aje dia muncul ikut jalan lain. bukannya ada orang dewasa yang bawak dia kat kami. Hairan bin ajaib pun ada...sebab setiap budak2 tu ditugaskan sorang dewasa menjaga depa...mungkin dalam dok kalut2...tu dia berjaya melesapkan diri. hahaaha...
Jadi...bila dah letak suma barang adik..kami bawak dia pergi lunch dulu..dalam kampus aje dan otw nak antar dia balik ke kolej balik aku salah jalan..( aku lead)..tersesat sampai ke pusat palapes..lepas tu kena pusing balik sebab jalan turun namun mujurlah Polis trafik yang berkawal tunjukkan kami jalan yang betul so..sampai jugaklah kami.
Sebelum balik tu...kami usik adik kata...hang nangis tak nanti dik..dia jawab mana ada adik nangis...buat apa nak nangis..cis...tengok2 bila dia bersalam dengan mak hujan turun dengan lebatnya..hahahah...tak nangis konon...Mak pun macam sebak aje...iyalah...she's the last one to go n the hardest to give away...dia mana pernah berpisah dengan mak. Masa form 1 masuk asrama pun setahun aje boleh tahan..lepas tu mintak tukar sekolah. Asrama dia pun 5 minit aje dr rumah. bukannya jauh pun tapi hari2 mengadu..mak, mailah tgk adik...mak, baju sekolah adik hilang...mak, adik tak lalu makan..aduh memang manja..bergaduh dengan mak pun dia jugaklah yang paling kerap pon..hahahah..abislah mak..regu dia dah duduk jauh...bila otw balik tu singgah pekan jitra sekali lagi (salah satu sebabnya..arumi n daiful pulak nak beli spender ben 10 sepaket 6 helai tu - masa mandi kat GK, sumanya pinjam izz zayyad punya) hahahahhaha...balik rehat jap n lepas asar bertolak ke Taiping semula...dan esoknya ke Ipoh pulak uruskan hal Sarah...penatnya..ceritanya nanti ya...

Thursday, January 07, 2010

layan gambar kat AS( ALOR SETAR ye)

Sarah : Yin..acik pinjam 2 minit aje..dah lama acik tak naik..ntah2 acik tak reti naik dah
Nurin: Acik..acik belilah basikal acik sendiri. Yin nak naik basikal Yin. nanti acik naik tayar pancit mcm mana?
Arumi : Nape mi sorang2 aje ni? mcm mana mi nak naik? brek takde, angin tayar pon tak de..sapa nak tolong mi ni?

Hadiff : adik punya mana? nape stereng ni tercabut? mcm mana adik nak naik keta ni?



Pak cho : budak ni..keta stereng tercabut pon nak naik. dahlah kepala macam upin ipin aje..
Hadiff: ni keta adik la pak cho...(dibaca dengan gaya Hadiff yang very familiar)

Adik : cantik tak adik senyum?
Nurin: asu dengan Yin sama2 cantik kan? eh silap..Yin lagi cantik dr asu.
Daiful : Ben 10..ben 10..ben 10...
Izz zayyad : adik nak naik basikal adik....

Izz zayyad : abang..abang bagi adik naik pulak..tu basikal adik..
Daiful : boleh blah...

Nurin : yey yey..Yin dah dapat balik basikal dr acik
Hadiff : yey yey..adik naik basikal mi...
Pak Cho: yey yey..hangpa tengok apa?

* Scene berlaku pada petang hari Jumaat di mana aktiviti berbasikal dilakukan setelah kesemuanya gigih mencari comot si kucing yang hilang....

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...