Showing posts with label lain2. Show all posts
Showing posts with label lain2. Show all posts

Friday, August 05, 2011

4+1

Salam

Cerita 1
Malam ini bosan sungguh. Hendak menaip menyiapkan kisah Jimmy yang memang liat nak siap tu, tak ada mood pula. Hendak menonton tv, saya rasa malas. Jadi..seperti biasa, kalau bosan malam-malam,  bila mengadap pc...saya online sajalah sambil mendownload apa yang boleh didownload. Mood saya berubah-ubah. Hari tu baru lepas layan Grey's Anatomy 1-6. Citer ni ulang 100 kali pun saya boleh tengok lagi. Saya memang gila dengan cerita ni selepas Prison Break dan Alias. Dengar2 cerita, McDreamy tidak mahu menyambung kontrak lagi selepas season 8 nanti. Aduhai...kalau Sheperd tak ada..apa jadi dengan Mer ya? Adakah Mer juga akan mengundurkan diri? Tapi kalau Mer tiada, Grey's Anatomy terpaksa menukar namalah ya. Walaupun ada Lexie yang membawa nama Grey, tetapi karakter Lexie itu bagi saya rasa tidak cukup 'kuat', 'kukuh' dan 'gah' untuk membawa nama  yang menjadi tajuk cerita itu. Bila bercakap mengenai Grey's Anatomy...automatik orang akan ingat Meredith dan bukannya Lexie. Saya masih berharap greys akan terus bersambung hingga bila-bila. Rasanya tak best je rasa tak dapat melihat drama kesukaan saya ini. Tapi...apa pun setiap yang bermula pasti akan berakhir kan? Mahu tidak mahu kita terpaksa menerima kenyataan.

Cerita2
Ahad lepas, saya, adik dan emak ke bandai Taiping untuk mencari kain. Itulah kerja saya semenjak dua menjak ini..asal ada masa terluang kami pasti keluar mencari barang keperluan..(faham2 sajalah ya). Selepas mendaapat kain yang kami semua berkenan, saya terus hantar ke tailor. Masa dia minta contact number saya, saya pun berilah. Tiba-tiba dia tegur ' duduk KL ke?" saya kata taklah..duduk sini. "oh..sebab nombor tu nombor kl' saya angguk ajelah. dan terus cakap ' itu nombor masa saya belajar dulu..sampai sekarang mmg tak tukar2.." dan muka tailor tu ala2 terkesima kejap..hehhehe...
Yang betulnya..sememangnya nombor itu nombor yang saya gunakan semenjak dari tahun 2000 lagi. Wah setianya saya sehingga 11 tahun masih kekal nombor yang sama. Handset pertama saya adalah pada tahun 1999 part 3. Itupun selepas tokwan saya yang meninggal dunia tanpa saya ketahui. Kalau tidak kerana kejadian itu, memang saya tak nampak apa pentingnya membeli handset itu. nombor pertama yang saya guna ialah 0162981900. Saya pakai nombor ni sekejap je sebelum bertukar ke nombor sekarang. Jadi..atas dasar itu, poyokah saya kalau saya anggap diri saya ni seorang yang setia? ahaks...Digi patut beri anugerah pelanggan setia pada saya kan..?


Cerita 3
Kejap tadi saya kena leter dengan adik saya sebab baju-baju saya bersepah ( dalam erti kata lain tak berlipat). Saya diam ajelah sebab memang betul leteran dia pun. Saya memang tak suka lipat baju. Saya boleh basuh ( itupun pakai mesin) dan sidai baju sahaja. lepas pada itu saya surrender. Memang tak suka dan MALAS hendak melipat baju lebih2 baju kurung yang memang jadi pakaian harian pergi kerja itu. Kalau ada maid yang boleh menguruskan baju2 saya alangkah baiknya. Saya mengemas baju memang beberapa bulan sekali. Selebihnya saya masukkan ke dalam 2 kotak saya. satu baju kurung. satu baju selain baju kurung. kotak ni bertutup jadi tidaklah nampak bersepahnya. Kira kotak ini sebagai perhentian sementara(iya ke sementara) sebelum ia berjaya sampai ke tingkat atas beberapa bulan kemudian.hhahhahaha.... Iya..saya tahu apa dalam fikiran anda semua. sangat teruk dan pemalas ya rabbi kan...ya..saya akuinya...saya mmg tak suka lipat baju.


Cerita 4
Setiap kali saya tutup pc, adik yang sama akan bertanya..sampai mana hang menulis malam ni. bila saya jawab banyak itu dan itu, dia akan merungut. Berjam2 aku tengok hang dok mengadap benda tu, bilanya jimmy nak siap ni? dan bila aku boleh baca dengan lengkap ni?" soal dia dengan suara yang turun naik. Iya...memanglah Jimmy itu tidak akan siap kalau setiap malam saya seperti ini. huwaaaaa... Buka mss sekadar buka tapi lain yang saya buat. yang sebenarnya saya takde idea mahu menulis apa...(actually ideanya apa tapi semuanya berlegar dalam kepala sahaja dan bila hendak diterjemahkan daam bentuk tulisan, ianya tidak menjadi seperti yang saya harapkan)...sudahlah..saya mahu berhenti menulis. Lebih baik saya sambung menulis mss. Ada jugak faedahnya....ciao....


eh...Oh ya...saya sudah tambah satu blog baharu..Kief's Story. Ini projek yang akan saya tulis selepas Jimmy. Iya..jangan harap untuk baca apa-apa lagi sebab saya tidak menulis lagi..again..di dalam kepala ni surah sarat mahu memuntahkan segala-galanya mengenai kisah baharu ini. Ya...mungkin ada yang mengatakan..eleh..Jimmy pon tak siap2 kecoh je dengan citer lain..hehehhe..saya peduli apa kan..suka hati sayalah...sya sebenarnya tidak suka bekerja dengan tekanan (dlm penulisan)..tapi sebenarnya kadang kala tekanan itulah yang lebih baik buat saya...hmmmm....

Tuesday, March 29, 2011

kewl??? or cool?

Salam...

Aduh...rasanya blog saya ni dah bersawang bagai dah..jenuh nak menyapu habuk2...hehehhe...kepada yang rajin singgah ke blog saya ni... (hmmmm ada ke yg rajin singgah.hehhehe) minta maaflah ya...kerana tiada n3 baru. Tapi dek kerana nak meluahkan sesuatu perkara yang saya menganggu perasaan dan otak saya setelah sekian lama. Saya sudah tidak mampu untuk mendiamkan diri lagi..wah! Perkara apa tu...hehehhe...dan saya rasa mungkin ramai yang berkongsi perasaan dengan saya mengenai perkara ini. Ok..tak mau cakap banyak..kita layan video ini dulu...( kredit to IniAnwarHadi)

So...amacam...faham apa yang ingin saya sampaikan. Saya pun tak tahu kenapa saya kerap berasap di kepala kalau saya membaca tulisan yang berbunyi dan menggenakan ejaan yang entah apa-apa itu..Adik bongsu saya bercakap bahasa sms ni dengan kawan dia..saya selamba saja berkata..hang ni bercakap bahasa beruk ke? hahaha..memang bunyi kasar kan tapi kalau dah aq uk aq kewl..hmmm mmg macam beruk saya rasa..sorry ya kalau ada sesiapa yang terasa. Memang menjadi kepantangan saya kalau menulis bahasa yang macam ni. Bahasa saya pon bukanlah bagus sangat tetapi saya seboleh-bolehnya cuba menulis dalam ayat yang betul. Kalau setakat memendekkan ayat yang biasa seperti cth : yg, kg, bkt itu tidak mengapa sebab kependekan itu sudah diterima pakai oleh masyakat kita.
Satu hari seorang pembaca menegur saya di chat fb. dia tulis ' aswkeom'...aduhai...menyirap darah saya sekejap..saya tahu dia memberi salam..tetapi saya tak dapat menjawab salamnya kerana ditulis begitu sekali. Tolonglah...kalau ucapan salam sudah dipermudahkan begitu sekali...saya takut...nanti2 ayat bacaan quran pula ada yg buat shortfoamnya pula..na'uzubillah. Pembaca ini terus bersembang dengan saya dengan bahasanya itu..saya tegur..minta dia bercakap dengan bahasa yang betul sebab jujurnya saya mmg tak faham apa yang hendak dikatakan.
Mujurlah..selepas itu, apabila dia menegur saya dia menulis dengan bahasa yang lengkap. Syukur saya rasakan walaupun salamnya masih tidak berubah. Hmmm...
Yang peliknya...kebanyakaan mereka ini bercita2 mahu menjadi penulis. Ramai yang mahu meminta tunjuk ajar bagaimana mahu menulis. Ya..saya tahu...saya juga pernah berada ditempat yang sama. Tapi nasihat saya...kepada adik2 yang mahu menjadi penulis itu, tolonglah...betulkan bahasa anda dulu..menulislah menggunakan ejaan dan bahasa yang betul. macam mana kalau hendak menjadi penulis kalau menulis seperti ini ' aq cakit nie...dye cangat kewl...) aduhai...tolonglah..gunakan bahasa kebangsaan kita..cintailah bahasa..dan seperti kata P.Ramlee dalam filem Seniman Bujang Lapok ' Bahasa menunjukkan bangsa tau..'

p/s- Entri ini bukan bertujuan untuk menghina sesiapa. maaf andai anda terasa tetapi saya rasa masalah penggunaan bahasa seperti ini sudah berada ditahap yang membimbangkan...

Sunday, January 23, 2011

Menanti hari esok

Salam....

Hari ini sudah 23 Jan. Sudah 23 hari tahun 2011 berlalu. Dan semenjak beberapa tahun yang lalu, masa berlalu cukup pantas. Saya rasa mix feeling tentang apa yang berlaku ketika ini. Ada masanya saya harap masa akan berjalan lebih perlahan dan mungkin dapatkan dihentikan buat seketika. Tetapi adakalanya pula, saya mahu biarlah masa cepat berlalu kerana saya sendiri sudah tidak sabar mahu melihat HBR diterbitkan. Kalau masih dikekalkan terbitan pada bulan Mac ini, ada dua perkara happy yang akan berlaku kepada saya. Selain HBR, kalau tiada halangan, awal Mac nanti saya mahu berjalan2 ( actually kena terbang dulu sebelum berjalan) dengan beberapa rakan penulis...hoorey...memang tak sabar nak menanti detik itu. Dah lamanya rasanya kami tak hang out ramai2 dengan teman2 yang mempunyai minat yang sama...Sebenarnya dari tahun lepas sesi jalan2 ini telah dirancang sebenarnya...Dari Korea ke Perth ke UK..ke German..hahah..macam2 plan...antara kesemua itu, saya lebih teruja mahu ke korea. Lagipun sudah berjanji dengan teman untuk ke sana. Kawan2 lain lebih excited mahu ke Perth..hahhaha..nampaknya jodoh saya dengan Perth tak berapa nak ada. Tahun lepas mahu ke sana, namun saya dan ika menukar haluan untuk menunaikan umrah pula. Tahun ini sekali lagi Perth dicadangkan, namun saya mahu ke korea...ke UK pula..saya tidak berapa mahu sangat kerana itu negara yang tidak saya ingin sangat mahu pergi...
Last sekali hanya kak eka n family yang ke UK n Paris hujung tahun lepas. Aleeya pula sudah sampai ke Korea juga bulan 10 aritu. Perth masih tiada kata putus...Korea pula saya terpaksa tangguhkan dulu kerana adik saya mahu ikut. Asalnya mahu pergi bulan 3...saya tangguhkan ke bulan 6-9..tapi nampaknya terpaksa ditangguhkan lagi...namun insyaALLAH..saya mahu jejakkan kaki juga di korea tahun ini...kalau diizinkan ALLAH. Last2 apabila semula plan tak jadi...dan di saat AA mengadakan zero farenya...kami sepakat ke tempat ini. Tak jauh..dekat sahaja...pergi pun weekend sahaja..heheheh...ya..sungguhpun saya tidak mahu masa pantas berlalu..tetapi saya sudah tidak sabar menanti Mac menjengukkan wajahnya...

Monday, January 17, 2011

COKLAT BERBENTUK NOVEL???

Salam...

Pagi tadi saya keluar dengan emak untuk pelbagai urusan. Dan berpinar sekejap biji mata kerana terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk memperbaharui cukai jalan dan insurance kereta. Sudahlah gaji minggu depan baru nak dapat..huwaaa.....dan sehingga tiba hari gaji nanti...saya kena berpuasa membeli buku..membeli cd..tapi mungkin saya tak akan puasa makan kot...hahahha.

Balik sahaja ke rumah, saya melihat sekotak bungkusan di atas sofa. Saya sudah tersengih-sengih kerana bungkusan yang saya tunggu sudah tiba. hoyey..hoyey...mahu tahu apa yang sedang saya nantikan...silalah lihat gambar di bawah ini...apamacam? hehehhe...fyi, ini bukannya buku2 saya dalam versi buku yang sebenarnya, tetapi buku saya dalam versi coklat yang dibuat istimewa oleh sahabat saya nowwa yang pernah saya ceritakan di sini.

Cantikkan coklat ni. Memang sayang je nak makan..
hehhehe





Kalau dahulu, saya menghadiahkan coklat untuk editor saya, kali ini saya pula mendapat hadiah yang amat-amat special ini. Saya sudah merasanya dah ternyata memang sedap...(ini bukan ayat puji ya..tapi memang sedap). Saya bukannya seorang pemakan dan penggemar coklat. Jadi..bila saya rasa sedap tu...bagi saya benar-benar sedaplah....Kepada sesiapa yang teringin merasa coklat buatan sendiri...yang dibuat oleh orang kita..yang dijamin halalan toyyibanya ini...silalah mencuba sendiri.
Kepada Nowwa..terima kasih kerana bersusah payah membuat coklat yang saya sendiri rasa sayang nak makan ni...hahahha..nasib baik ko post sekali dengan coklat2 kecil tu..hehehhee...

Wednesday, December 08, 2010

Bahana JKP...

Salam...


Tadi semasa saya di pejabat, saya mendapat panggilan dari seseorang. Seseorang yang saya tak jangka akan menerima panggilan daripadanya. Fuh! saspen tak? hahahah..yang pasti bukan dari editor saya ya....saya juga seperti anda semua yang menanti kata putus mengenai NBF. hahaha..konon-kononnya macam ramai je yang menunggu NBF ni kan..hahahhaha...tak apalah...kepada pembaca yang masih berminat membaca karya saya, kita tunggu sama-sama okay?
Berbalik kepada panggilan telefon yang saya terima pagi tadi. datangnya dari teman yang sama-sama bekerja di library UPSI dahulu. Ya..sudah 4 tahun lebih saya meninggalkan library itu. Dan bermakna, hanya beberapa kali sahaja saya bertemu mereka sepanjang waktu itu. Tadi selepas memberi salam tadi, kak Ina Bolly @ bollywood ( dia mmg mcm hindustan..sebab tu namanya dipanggil begitu)...ayatnya, " Mar, kau tahu tak..kat sini tengah hot dengan sesuatu..." saya tanya hot tentang apa..." JAUH KAU PERGI!" jawabnya...saya ketawa je...sebab saya tahu kenapa kesemua staf library itu bercerita ttg JKP itu. tak lain tak bukan sebab saya menggunakan library UPSI itu sebagai salah satu latar tempat dalam JKP. Sudah lima bulan JKP dah terbit..depa baru perasan..hahhahahaa...
Masing-masing mencari sama ada nama mereka digunakan sebagai karekter di dalam JKP..ya...ada yang saya gunakan..saya yang tidak..ada yang saya tukar sahaja nama namun karekter sebenarnya saya kekalkan..hehehhe..kepada siapa yang membaca..mungkin tahu siapa yang saya maksudkan...
Jangan bimbang..saya tidak mengutuk atau mengaibkan sesiapa...saya hanya menggunakan latar library dan Tanjung Malim itu kerana saya sendiri selesa bercerita tentangnya. Saya dapati bercerita menggunakan latar tempat, masa..dan menulis tentang sesuatu yang saya arif..adalah lebih mudah dan nampak lebih 'real'. Saya akui kerja saya menjadi lebih mudah. Saya menerima banyak feedback dari student UPSI sendiri yang sukakan JKP kerana latar yang saya gunakan. Malah ada student lelaki yang begitu beria-ia mencari di mana letaknya Happy Garden, tempat tinggal Afi, yang satu-satunya latar tempat yang saya reka. Easy cafe..Garden Seafood, kedai makan Abuya..Medan, library, BSM itu sendiri semuanya benar belaka...
Dan bagi yang tahu pekerjaan saya, akan mengaitkan Afi itu saya. Saya tidak menulis Afi berdasarkan karekter saya. Sungguh jauh panggang dari api. saya hanya meminjam pekerjaan yang saya tahu sahaja. bukan mahu meletakkan diri sendiri di dalam cerita. Payah sebenarnya mahu menyudahkan JKP kerana saya terpaksa membuat kajian tentang pekerjaan RIF n the gang. Saya pernah stuck di situ sehinggalah seorang komando yang baik hati sudi membantu saya..jadi..atas kesukaran yang saya hadapi itu, saya mengambil jalan senang dengan menggunakan Tg. Malim dan kerjaya pustakawan yang saya begitu familiar sekali. Dan setelah saya melepasi tahap sukar itu, segala-galanya menjadi begitu mudah sekali.
Jadi..kepada nama-nama staf yang saya pinjam itu...jangan marah ya...heheh..( saya yakin tak ada siapa yang marah..hehehhehe)...anda sesungguhnya memudahkan saya kerana tidak perlu memikirkan lagi nama karekter tambahan. Kepada staf yang sedang membaca JKP, selamat membaca...nanti lepas2ni bolehlah senaraikan siapa staf yang berjaya memegang watak dalam JKP ni..hehehhe...

Tuesday, October 05, 2010

Self-pity

That's me...for the past few days...


So....I've been listening to Pachelbel's Canon in D + Ocean sound repeatedly


 But in the end...it always comes to this...ALHAMDULILLAH...I still have HIM...

Friday, September 24, 2010

PC & I

Salam...

Salah satu kegemaran saya ialah melihat kecekapan seseorang itu menaip. lebih-lebih lagi yang mampu menaip tanpa melihat keypad yang ditekan dan menggunakan sistem dan kaedah yang betul. lihat foto di bawah. Walaupun saya bekerja menggunakan komputer, dan kerja sampingan saya juga memerlukan saya menggunakan pc, namun saya tidak pandai menaip menggunakan langkah yang betul.
Saya tidak pernah belajar komputer semasa tamat SPM, walaupun itulah kursus yang menajadi pilihan semua teman-teman sekolah sementara menunggu result. Walaupun saya juga teringin untuk belajar, tetapi hajat itu tidak pernah kesampaian. Semasa saya menunggu result STPM, saya bekerja sebagai cashier di kedai kek. Penyelia saya tinggal dibahagian atas, sementara kedainya di bawah. Mereka sekeluarga ni memang hantu mengumpul komputer. Saya pernah naik ke rumahnya dan melihat satu bilik yang penuh dengan komputer. Hmmm...sebijik macam counter-terrorist unit je gayanya. hahaha..takdelah sampai banyak mcm tu. Tapi banyaklah bagi saya yang pada masa itu tidak mempunyai komputer langsung di rumah.
Satu hari, mereka membawa turun satu pc ke kedai. Mudah anak dia menonton cd, main games..yada..yada yada...dengan pc tu. So takdelah boring sangat bila customer tak ada. Saya semasa melihat pc tu mmg rasa excited sangat sebab...saya ketika itu sedang giat menulis cerpen. Ya..dengan menggunakan tangan. Oleh kerana tulisan tangan saya very the hazabedah, saya berniat mahu menaip menggunakan pc itulah kononnya. hmmmm...saya pandang je benda kotak mcam tv depan saya. dan pandang kotak tinggi sebelah kotak bentuk tv itu...( masa ni tak tahu ya apanya monitor n cpu itu...aduhai..teruk betul saya ni..)...macam mana nak on? melilau saya cari...oh...tekan benda hijau ni. ok dah on....lepas ni nak buat apa lagi? saya pandang skrin depan mata. saya gerak2kan mouse..sampai terangkat2 tangan sebab tak nak gerak arah yang saya hala....duhh...saya blur lagi. Nak menaip di mana? Tengah saya dok merenung pc depan mata tu, penyelia saya datang..berdesup saya offkan pc..(utk makluman, saya guna pc dia tanpa izin..hahahah)..lepas tu saya pura2 buat kerja...selamba je mcm tak ada apa yang berlaku...mana saya tahu...kena shut down properly dan bukannya main tekan button kt cpu tu...hahahha
Dan dek kerana tak pandainya saya menggunakan komputer ini, alangkah terkejutnya saya apabila saya ditawarkan Pengurusan sistem Maklumat di UITM. ER..ER...er..apa menatang sistem tu? sahih2 kena pandai guna pc kan? infact, mujur bukan saya seorang sahaja yang buta IT ni..masa kursus orientasi kt Fakulti..saya antara orang blur2 yg tanya senior sejauh mana kena pandai menggunakan pc ni...
Assignment pertama saya ialah utk subjek World of knowlegde, kalau tak silap saya. Saya buat di lab. pergi dengan kawan baik saya yang senior satu sem dari saya. noory...nak padam mcm mana? nak turun bawah macam mana...? eh...apasal jadi mcm ni? mana pergi yang aku taip ni...? wei..mehlah tolong aku.." Saya rasa noory mesti nak hempuk saya dengan pc kt lab tu malam tu. Ya ALLAH..memang azab cara saya menaip. satu satu...mata melilau mencari huruf..saya sendiri naik pening. sampai ada abang senior yang tengah buat kerja sebelah saya berhenti dan tegur..dik...tak belajar ke sebelum ni? hampagas sungguh abang itu.
Tapi betullah orang kata, practise make perfect...alah bisa tegal biasa..lama-kelamaan, saya sudah boleh menaip dengan baik. Saya masih ingat komen salah satu staf kepada saya masa saya di UPSI dulu. Saya sedang bercakap dengan dia, dan dalam masa yang sama, saya menaip. semasa menaip saya memandang muka dia..n tiba2 sham cakap " Fuyoo kak Mar, hebat...taip tak tengok depan pun..." Saya sengih je...tak rasa bangga pun sebab lepas dia keluar tu..saya terpaksa backspace balik sebab banyak ayat yg salah eja..hahahahhahhaa....Sehingga kini, saya masih menaip menggunakan cara yang saya selesa. Tak ada certain2 jari untuk certain2 huruf. Mana yang jari saya sampai, saya guna saja. Tapi yang saya pasti, jari kiri saya guna jari telunjuk dan kanan saya guna jari hantu dan bertukar2 dengan telunjuk. senangkan guna  2atau 3 jari saja..hahahhaha....
Hmmm..tak apalah tak ada kaedah yang betul pun...kerja saya jadi juga. Manuskrip saya siap jugakan....?

Monday, September 06, 2010

citer saya II

Salam...

Baru semalam je kata kat rumah ni tak buat apa-apa biskut lagi. Tapi bila bangun tido je tadi, mak n adik dah siap bancuh adunan untuk buat kuih semprit. hmmm itu biskut kesukaan emak saya. setiap tahun wajib ada..bertuah punya sayakan...bila dah berkumpul ramai-ramai ni saya suka ambil kesempatan bangun lewat dr biasa. Lepas subuh orang mengaji tapi saya baca novel. Bangun tido sebelum turun bawah, sambung balik baca novel...hahaha..nasib baik suara mak tak melaung sampai ke atas kejut saya bangun.
Tahun ni memang saya malas segala-galanya. Malas nak membakar biskut. Memang berbeza dengan tahun lepas. Saya dengan adik memang all out bakar biskut sambil membuka buku resepi. Memang macam-macam jenis yang saya buat. yang tak pernah dengar pon saya cuba. Nasib baik jadi n sedap...bolehlah makan..Hhaaha..Saya memang tak pandai memasak. Kalau nak suruh saya memasak, mmg kena rujuk resepi. Kecualilah kalau memasak masakan yang saya selalu masak dan yg saya suka saja..dan jumlahnya pon aduhai...malu saya nak sebut. Sebab itulah kalau saya masuk dapur ada je mulut yang berbunyi.." kalau hang masuk dapur, aku tau dah hang nak masak apa" ..hmmm...selamba rock je kena kutuk dengan siblings yang lain. Tapi memang saya akui, saya tidak pandai dan tidak rajin ke dapur.  
Takpe..nanti saya belajar rajin-rajinkan diri masuk dapur ya...apa-apapun tahun ni makan biskut tunjuk-tunjuk ajalah...(^_^)

Saturday, August 28, 2010

single n hepi

Salam...

Beberapa hari lepas, seorang kawan saya menyambut ulangtahun perkahwinannya yang ke 14. Bila saya baca kenyataan itu di wall FBnya, saya terkedu sekejap. 14 tahun? 14 tahun? benarkah? selama itukah tempoh perkahwinannya? Aduhai..saya tahu tidak mustahil. tempoh itu menunjukkan beliau langsung berkahwin sebaik sahaja tamat SPM iaitu tahun 1995. 14 tahun lepas apa yang saya lakukan? Hmmm..apa yang saya ingat sebaik saja tamat kertas akhir SPM, saya bungkus kain baju dan menuju kampung saya di Pulau Pinang. Ketika ini saya masih menetap di Kem Garisson, PD...( Ya..kalau siapa baca JKP..scene afi mengali lubang itu rumah sayalah tu).
Masa ini saya tidak sabar mahu bekerja. Selama ini mana pernah menyimpan duit sendiri. Selalunya kalau nak apa-apa minta pada PAMA sajalah. Jadi...saya bertekad mahu bekerja. Infact saya baru lepas operatian kaki n tanpa menunggu peluang kaki saya itu sembuh, saya balik kampung. Di kampung saya kerja kilang, buat mesin kira. Hmmm..hari pertama kerja...yakni 5 jam selepas saya membuat mesin itu, saya bertekad. saya katakan pada diri saya sendiri yang..saya mesti masuk U. saya tak mahu kerja kilang selama-lamanya. Saya bukan menghina orang yang bekerja di kilang, tetapi saya tahu saya tidak akan dapat bertahan lama dengan kerja begini. Tak sampai sebulan, saya lari balik P. Dickson balik..melepak duduk rumah sahaja tunggu result. Tapi..nasib saya tak berapa baik, saya gagal masuk U. Jadi, cara lain...ambil form 6.
2 tahun di form 6, adalah saat n kenangan persekolahan yang paling saya suka dan kenang sekali. Saya mula minat dengan penulisan. Saya mula serius menulis cerpen2. Habis STPM, saya kerja kedai kek. Disitu saya semakin aktif menulis. Masa ini, saya tak tahu langsung menggunakan komputer. Malah nak onkan pc tu pun tak pandai. Jadi..cara saya menulis adalah cara yang paling konvensional sekali iaitu menggunakan tangan. Tulisan saya buruk. Saya akui itu. Saya ngeri melihat tulisan saya sendiri. Selalu cerpen saya itu perlu ditulis berkali2 sebab ada masanya saya sendiri tidak dapat membaca tulisan saya. hahaha..kelakarkan...
Alhamdulillah..tekad saya nak masuk U, akhirnya berjaya juga. Belajar 3 tahun, saya grad. Saya bertukar 3 tempat kerja sebelum saya kekal dengan kerja sekarang. Dan 3 bulan lagi, saya akan berumur 32 tahun. Ya..itu sedikit dan secebis kisah saya sepanjang 14 tahun ini. Kalau kawan saya itu sudah mempunyai 4 anak. Malah kebanyakkan teman-teman saya sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri sedangkan saya masih lagi kekal bujang.
Kenapa saya masih belum berkahwin?
Hahaha..satu soalan yang sampai hari ini saya tidak tahu bagaimana hendak menjawabnya. Jawapan klise, tak ada jodoh lagi. Ya..kedengaran memang amat2lah klise namun itulah sebenarnya. Jodoh saya masih belum sampai. Dan jangan ada yang menambah pula dengan mengatakan saya terlalu memilih ataupun kenapa tak mencari. Saya malas menjawab soalan yang agak kurang cerdik itu.
Sedihkah saya dengan keadaan ini? Ya...kalau orang lain boleh berkongsi cerita ttg suami n anak2 masing2..saya tidak mampu berbuat demikian. Nak bercerita ttg anak kucing pon tak boleh sebab saya tak suka bela kucing..hahaha
Kalau mahu difikirkan..ya sudah tentu saya sedih dan sdikit terasa. Kalau seandainya sampai ajal saya nanti, saya masih sendiri, saya sudah hilang satu antara 3 bekalan nikmat yang boleh saya bawa iaitu doa anak2 saya.
Namun semenjak 5 tahun lepas, saya sudah menerima kenyataan. Saya tidak mahu bersedih...saya tidak mahu mempersoalkan kenapa saya tak dapat itu, kenapa saya tidak dapat ini. Saya tawakal. Saya reda bahawa semuanya ketentuan ALLAH. Segala-galanya tidak akan berlaku tanpa izin ALLAH..malah setiap nafas yang saya tarik dan hembus ini tak akan berlaku kalau ALLAH tidak mengizinkan. Jadi, siapa saya untuk mempersoalkan setiap yang berlaku? Saya ini bukanlah siapa-siapa.
Ini bukan berkaitan dengan jodoh sahaja. Ini berkaitan pada semua perkara yang berlaku dalam perjalanan hidup saya. Kalau dulu saya sering mempersoalkan apa sahaja..kenapa orang tu dapat, saya tak dapat. kenapa saya berusaha teruk, tapi dia yng dapat nama? kenapa mudahnya hidup orang itu sedangkan saya payah? kenapa buku dia keluar dulu sedangkan saya yang hantar dulu? kenapa dia boleh dapat RM50,000 sedangkan saya nak sebut apa yang pernah saya dapat pun malu dan ya..kenapa saya belum mendapat jodoh lagi. Banyakkan persoalan?
Makin saya berumur, saya semakin matang..dan saya melihat keadaan dengan pandangan yang berbeza. Saya cuba membetulkan diri saya. Mungkin apa yang berlaku..silapnya pada diri saya juga. Mungkin ibadat saya selama ini tak betul. Mungkin keikhlasan saya selama ini hanya dibuat-buat. Mungkin walaupun hati berkata reda, tapi saya masih tetap mahu merungut. Mungkin juga, saya tidak cukup berdoa...saya manusia..khilaf saya melata-lata banyaknya.
Kini...saya faham erti reda dan tawakal yang sebenar-benarnya. Saya cuba memperbaiki diri saya sedikit demi sedikit. dan saya mulai berasa kesannya. Apa yang berlaku kepada saya, ALHAMDULILAH saya boleh menahannya...saya masih kekal sabar..saya jadi tabah..saya reda. Saya tidak mahu menghabiskan hayat saya dengan berasa sedih dan menyimpan dendam pada semua orang. saya mahu mencari bahagia saya sendiri.
Adakah dengan berkahwin itu saya akan bahagia? Anda yakinkah? Kadang2 orang yang berkahwin pun lebih banyak derita dan dugaannya. Jadi...tanggapan bahawa kalau kita berkahwin dan mempunyai keluarga itu, hidup kita lebih bermakna dan lengkap sudah pastinya tidak benar bukan? Mungkin ada betulnya tetapi bukan itu konklusinya.
 Dan  Adakah hidup saya akan berterusan derita kalau saya terus kekal bujang? Siapa yang boleh memberi jaminan saya tidak boleh bahagia? Tak ada siapa bukan. Kerana kita bukan TUHAN. bukan kita yang mencorak bahagia deritanya hidup seseorang itu.
Saya tidak menolak institusi perkahwinan itu walaupun saya sedikit gerun untuk berkahwin dengan segala macam permasalahan yang berlaku dalam masyaralat kita hari ini. Kalau ada jodoh, saya tetap mahu berkahwin dan mempunyai anak sendiri. Kalau pun tiada...kalaupun sebenarnya jodoh saya bukan di dunia ini..kalau ditakdirkan saya hanya sendiri, saya reda. Jika itu takdir hidup saya, saya terima. Saya tetap masih mahu bahagia. Saya tetap gembira. Saya masih ada keluarga. yang penting saya tetap ada ALLAH. saya serahkan segala-galanya padaNYA. Saya tidak akan memenatkan diri saya dengan memikirkan benda yang bukan-bukan. Saya tidak mahu melihat dunia ini dengan warna hitam dan gelap sedangkan saya tahu ada warna yang lebih menarik di dunia ini. Saya mahu bersikap positif. Jadi..kenapa siapa yang kerap bertanyakan soalan ini kepada saya...hentikan soalan tersebut. Jangan tanya saya. Saya tiada jawapannya, okay???

Thursday, July 22, 2010

Malang tak berbau

Salam....

Semalam jantung saya hampir terputus. Semalam saya tak pernah berasa gabra tahap maksima....buatlah apa pun, saya boleh kawal lagi perasaan takut dan gementar saya tapi semalam....Fuh....
Pagi-pagi lagi saya tidak masuk lib saya..saya pergi ke Selinsing dan Bukit Jana untuk melawat Lib2 bawah seliaan saya. tepat pukul satu saya keluar dr Bukit Jana...so...saya malas nak balik rumah untuk lunch sebab tahu emak saya pon keluar dengan kakak saya. Jadi, saya ke Taiping sentral utk beli lunch. On the way nak balik lib saya, ( saya ikut pej pos Kamunting), saya dengar bunyi dentuman masa saya nak masuk kiri. Saya ingat saya dah langgar tembok tepi jalan tu...tapi bila saya pandang belakang, jantung saya mmg terhenti saat tu bila melihat seorang budak lelaki tersembam ke jalan.
Saya tekan brek. Ya..ALLAH...mmg terkejut dah saya...saya mmg tak nampak dia langsung...saya tak tahu salah siapa..tetapi saya anggap saja ini salah saya sebab dia budak sekolah...hmmm...
Saya tgk dia boleh bangun..dengan kaki terjengket-jengket...saya terus pergi dekat dia...minta maaf..tanya keadaan dia....saya terus ajak dia pergi klinik. Nasib baik kawan dia ada kat situ. Kawan dia tolak motor dia n parking sementara kat sekolah All Saints dan dia naik kereta saya. Hmmm....waktu launch...hari tu pulak semua klinik tutup. Aduh...saya melilau cari klinik di seluruh kawasan kamunting tu. Last..saya tanya dia..nak pergi hospital tak...sebab kalau tgk keadaan dia pun mmg bukan dilayan di wad kecemasan pun..abis-abis kerana beratur ambil nombor jugak.
Dia kata, dia ok...hmmm..mmg banyak soalan saya tanya dia...nak pitam tak..pening tak? macam-macamlah saya tanya...( hmmmm tiba-tiba feeling saya ni mcm Afi tanya Rif mcm2 bila dia eksiden..hahahahhahaha)
lepas tu saya buat benda yang paling takut saya nak kena buat....jeng...jeng..jeng....telefon emak dia. saya dah memang rasa cuak dah...takut emak dia serang saya...tapi ALHAMDULILLAH..bila saya terangkan keadaan sebenar, emak dia tenang...tetap lembut...aduhai...saya pula rasa terharu.....
Saya parking kat klinik...so...saya dengan dia decide tunggu sampai klinik tu bukak pukul 2.30. Saya beli dia air n roti...isi perut dulu la kan...dah pukul berapa ni...kot2 budak tu pengsan..naya saya...
Hahaha...tgh2 dok gelabah tu...saya call emak suh dtg hantar duit...( Ya ALLAH...teruk betul saya ni)...maklumlah...gaji masuk hari ni...bru balik umrah pulak...baru lepas bayar bil telefon beratus2 yg kena block..lepas tu beli JKP kt Alaf beratus ringgit juga..so...saya mmg sengkek ketika itu. Emak yg mmg ada kt luar datanglah hulur duit kat saya...tq mak..nanti cheq ganti balik..hehehehhe....
Sementara menunggu tu parent budak tu datang...emaknya kerani di KEMTA...ayahnya cikgu..hmmmm..nampak bapak eh saya dah kecut balik..tapi sama pula mcm emaknya...tetap baik..cakap pun sopan saja...aduhai...baik2nya keluarga ni....
Masa jumpa doktor saya masuk sekali..hehehe..selamba badak je saya ni..macamlah ahli keluargakan?...dr tanya settle ke kes ni sebab kalau nak report polis dia tak nak terima...dia suh p hospital...dan emaknya kata...tak apalah doktor..settle kat sini saja..anak saya pun tak teruk sangat...Ya Allah...legaaaaaaaaaaa......
seperti biasa bila dah rasa bersalah ni...segala bil perubatan sayalah yang bayar...tak banyak mana pun.....bila saya offer nak repair motor dia, ayahnya kata tak apa...sikit je..siap tanya keta saya teruk tak...wah!......
Saya kata...jgn bimbanglah dengan keta saya tu...bengkok ke kemek ke..boleh di ketuk...kalau budak tu yg kemek..mahu saya depression sampai mati...aduhai....
Tadi..saya call emaknya tanya keadaan budak tu...emak dia kata ok...tak apa-apa...saya semakin lega...
Yang pasti...sekarang ni saya memandu mmg macam nenek tua sikit..heheheh....hmmmmm...nampak je motor saya fobia...aduhai.....

Sunday, March 01, 2009

Aku tak tahu apa yang terjadi pada blog aku ni. tetiba je jadi macam ni...adus...oklah...aku nak hibernate sekejap...TENSIONNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!!!!!

Wednesday, February 06, 2008

sekitar di PD

Aku, Lynn, Laila dan Rose di rumah kak Eka. Perhentian ke 3 selepas ke alaf 21 dan lunch kat umah Laila. pukul 2.30 kak Eka datang menyerbu rumah Laila apabila kami tak bergerak lagi. Hahaha...bila bersembang macam tak ingat dunia. Itu belum masuk kak Lily Haslina. agaknya kalau ada bertambah gamatlah kami.
Pemandangan ketika lewat petang. Aku dan Lynn baru sampai. tahu2 pula kondo kami bersambung dengan terrace belakang...so..apalagi 2 orang fotographer tak bertauliah begitu kalut mengambil gambar. hihihihi


Duduk kat sini dengar bunyi ombak cukup mendamaikan hati. sayang aku tak bawak laptop. si Lynn lepas subuh terus lepak dengan laptopnya depan sliding door. ialah bertemankan bunyi ombak, idea memang mencurah-curah. Memang seronok bercuti dengan Lynn. terfikir pula kata kak eka..nanti kita bercuti ramai2 untuk sesi brainstorming mss akan datang. hmmm...idea yg bagus. Aku akan menanti detik itu.

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...