Showing posts with label Jalan-jalan Pangkor. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan Pangkor. Show all posts

Thursday, January 24, 2008

TELOK DALAM RESORT, PANGKOR


Pemandangan kat sini memang superb. tenang dan mendamaikan. 1st time datang aku dok berkira-kira bila masa aku boleh terjun ke laut / kolam. sayang sekali jadual kursus memang pack sampai aku tak berpeluang langsung menikmati keindahan ciptaan Tuhan ini. Foto ni dirakam pun in between classes dan on the way ke kelas. Aku sempat mandi sekejap melepaskan gian. Ajak kekawan semuanya tak mau. masing2 nak rehat sebab malam pun ada kelas. pertang sabtu ada masa luang sejam sebelum dinner. Aku memang tak tahan kalau tgk air...so sorang2 aku pergi ke pantai. konon2 tak nak mandi. hanya nak menikmati pemandangan tapi hahaha...aku terjun jugak. tak sampai sepuluh minit asalkan gian aku lepas. lagipun maghrib nak masuk. aku seorang pulak tu...kekadang tgk laut yang tenang pun jadi takut jugak..hahahaha


Ni satu lagi pemandangan yang membuatkan aku nak terjun walaupun tengah berbaju kurung sekalipun. Aku cukup dengki dengan budak lelaki yang terjun ke kolam walaupun dah pukul 11 malam. Aku...sayang tak ada geng...kalau nak kerana malu, harus aku join budak lelaki tu sama.


Ni kawasan chalet, laluan ke tempat aku menginap. Waktu malam memang cantik sebab lampu akan menyelusuri setiap jalan n lampu luar chalet akan menyala. Tetapi keadaan agak gelap kalau bilik kita tu jauh sikit pada orang ramai...seram beb...dahlah kelas habis pukul 3 pagi.

Ni chalet aku. Bilik 124. Aku duduk dengan bos aku. hihiihih...



Satu lagi pemandangan yang indah. sebenarnya banyak lagi gambar aku ambil. Siapa nak nak cari ketenangan, memang kat sinilah tempat yang sesuai. Kalau anda penulis, nak cari ilham...hihihi datanglah kat sini.

Thursday, January 17, 2008

pangkor




Salam...
Aku tidak akan online dari esok sehingga ahad kerana kursus di Pulau Pangkor. yey...yey...kursus sambil bercuti..hihihih. Dalam pada tu frust jugak sebab ari ahad ni adik lelaki aku akan bertunang. Aku dah memang plan nak pi ke Baling tapi tup2 dapat call semalam, jadi terpaksalah... "SAYA YANG MENURUT PERINTAH'. Apa pun kita berjumpa minggu depan. Doakan aku selamat pergi dan balik...

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...