Salam....
Perkembangan terbaharu yang tidak berkembang langsung. Sungguh dukacita kerana deadline yang diberikan oleh editor kepada saya telah dilanggar dengan jayanya. Sepatutnya saya perlu menghantar manuskrip pada hujung februari jika hendak terbit pada pesta buku nanti. Ketika mendapat deadline tersebut, saya sesungguhnya berusaha keras ingin menyudahkan cerita yang tidak sampai 100 muka surat sahaja lagi.
100 muka surat sememangnya kedengaran sedikit dan mudah sahaja untuk dihabiskan. Tetapi apabila kisah ini mempunyai kaitan dengan novel Jauh Kau Pergi, saya tidak boleh menulis dengan sewenang-wenangnya. fakta harus betul dan selari dengan cerita dahulu. Aduhai..tidak mudah rupanya mahu menulis sequel. Saya akui, ada sampai satu tahap, saya menangis sebab tertekan. Ini semua mengejar deadline punya fasal. Bila dikenangkan rasa lucu pun ada. Mana tidaknya, tengah saya duduk diam memikirkan plot cerita, tanpa sedar air mata saya mengalir. Hahaha..terkejut jugaklah Mr K tengok saya macam tu. Sya pun tak tahu kenapa tiba-tiba sahaja boleh menangis macam tu. Saya ni jika menangis, hanya perlu dibiarkan sahaja kerana makin dipujuk makin saya akan berasa sedih. Pertama kali saya menitiskan air mata kerana tertekan dengan manuskrip.
Jenuh juga Mr K memujuk saya. Dan mujur juga saya tak menangis kuat-kuat. Kalau tidak mesti dia makin gelabah agaknya. Tengah saya dok layan sedih tu, tiba-tiba Mr K nanyikan lagu Obat Hati dendangan Opick buat saya. Kebetulan saya dengan Mr K sebelum ini begitu rancak sekali meng download lagu Opick ini. Saya yang tengah sedih terus ketawa. Memang macam kebetulan pula lagu itu dengan situasi saya. Saya perlu memperbanyakkan lima perkara ini untuk menenangkan hati saya.
Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Alloh mencukupi
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Alloh mencukupi
Ya...mungkin ada kekurangannya dipihak saya kerana menerima ujian sebegini. Walaupun bersungguh dan bertekad, namun saya masih tidak dapat menyudahkannya sehingga kini. Saya tahu, pembaca yang menanti (cewah) mungkin kecewa. Lama mereka menanti. HBR diterbitkan bulan 3 tahun lepas. Ini bermakna sudah lebih setahun saya tidak muncul dengan karya baharu. Jangankan anda, saya yang menulisnya memang berasa amat-amat kecewa. Saya tahu, saya tidak dapat memaksa diri saya untuk mengejar deadline. Antara mahu mengejar pesta buku dan kualiti, saya lebih pentingkan kualiti novel saya. Iya, boleh sahaja saya tulis dan lepaskan untuk cepat diterbitkan, namun saya tak sanggup menghadapi apabila pembaca semua mengkritik karya saya. Saya tak kisah, dikritik sebenarnya walaupun saya menulis dengan sepenuh jiwa raga saya. Tetapi saya tidak mahu dikritik kerana kesilapan dan kecuaian yang saya lakukan. Yang mana kesilapan yang boleh dielakkan.
Jadi, awal Mac lalu, saya menelefon editor mengatakan saya masih belum siap lagi. Dan dengan beratnya saya terpaksa menerima kenyataan bahawa untuk pesta buku tahun ini, buku baharu saya tidak akan diterbitkan. InsyaALLAH mungkin bulan-bulan selepas itu akanlah terbitnya. Dan khabar berita yang saya dengar, ada penulis lain yang akan menggantikan slot saya untuk bulan April ini. Sedih? Kecewa? Tentu sekali. Tetapi siapa yang boleh saya persalahkan melainkan diri saya sendiri? Buat mereka yang menanti Jimmy's story....tolong jangan jemu menanti...
















