Showing posts with label jalan-jalan Cameron. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan Cameron. Show all posts

Tuesday, January 03, 2012

Jalan-jalan Cameron

Salam..

Rasanya masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan selamat tahun baharu kepada anda semua. Kepada pengunjung yang masih setia melawat ke blog yang sesungguhnya bersawang ini, saya ucapkan terima kasih dan mohon berbanyak maaf kerana sudah lama blog ini dibiarkan sepi tanpa berita. cewaahhh...sesungguhnya beberapa bulan ini saya sedikit sibuk dengan urusan peribadi lalu blog yang satu ini telah diabaikan dengan tanpa perikemanusiaan. Jadi sempena tahun baharu ini, saya berharap agar blog ini tidak mengalami nasib seperti tahun lepas ya. mudah-mudahan selepas ini saya semakin rajin menulis...Aminnnn....
Banyak yang hendak saya ceritakan..bermula dengan majlis perkahwinan saya...percutian aka honeymoon saya dan baru-baru ini percutian saya dan keluarga ke Cameron Highland. Oleh kerana percutian ke CH ini lebih baharu, jadi lebih baik saya bercerita tentang itu dahulu. Kalau ada masa, saya akan bercerita pula tentang majlis saya itu.
Belum apa-apa dah posing dulu

posing gaya bebas..hehehhe

pandang manalah sarah tu
Sabtu lepas, 31 Dis saya dan seramai 21 orang anggota keluarga bertolak ke Cameron Highland. Kalau tahun lepas kami hanya seramai 16 orang ke langkawi, tahun ini keluarga kami bertambah apabila keluarga mentua saya ikut sekali.
Bila dah ramai-ramai begini, kami sepakat mahu membawa bekal. disamping dapat menjimatkan perbelanjaan, masakan yang dibawa sudah pasti menepati selera masing-masing. Emak menyediakan nasi ayam. Metty dan suami pula membawa nasi putih, bersama ayam masak kicap, sayur campur, sotong masak kunyit. Adik saya dan isterinya membakar kek coklat. Saya pula simple sahaja. Buat roti sardine untuk sarapan kami semua.
Pada malam sebelum bertolak, saya dan suami tidur di rumah makcik. Makcik meminta kami tidur ( menjaga) rumahnya untuk semalam kerana makcik dan keluarga bercuti di Melaka. Saya tidak kisah, jadi malam itu, saya dengan membawa bekalan roti, tin sardin dan bahan-bahan masakan yang lain berkampung di rumah makcik. kelakar pula kerana hanya kami berdua di rumah itu dan sama-sama memasak sardin. Siap lawan siapa lebih pandai potong bawang lagi.
Terus-terang, saya memang tidak pandai memasak. Tetapi untuk memasak sardin ini, saya masih ok lagi. Cuma agak sedikit nerveous apabila terpaksa memasak depan encik suami.( al maklumlah saya pernah kantoi depan dia apabila saya memasak sambil telefon adik bertanyakan resipi dirumah mentua)- malunya tak usah dicakap lagi. Tapi pasrah sahajalah sebab suami memang tahu saya tak pandai masak pun. huwaaaaaa.......

ehem-ehem...

emak dengan ijat dan husna
Hasil kerjasama kami, sardin berjaya dimasak dengan jayanya.sedap pulak tu.( bukan nak puji tapi mmg sedap) hehehehe. pukul 6 pagi kami bangun panaskan semula sardin dan packkan didalam plastik supaya senang diagihkan kepada semua family nanti.
nurin dengan qisya yang dah macam muka budak korea dah

emak dengan menantu dan cucu

Pukul 8, kami bertolak dengan 4 buah kereta. Metty dan keluarga dari tg.Malim. Jadi kami sepakat berjumpa di tol Simpang Pulai sahaja. Sampai di SP, jem teruk. Ingatkan apalah..rupanya polis buat sekatan jalan. Aduhai...ada rasa kurang cerdik sikit pak polisi berbuat demikian di kawasan tol dan trafik light. bayangkan kesesakan yang berlaku. Perjalanan kami berjalan lancar hingga sampai di kawasan Desa Authurium. Mujur bertolak awal kerana kami dapat mengelak kesesakan yang sememangnya sering berlaku di CH setiap kali waktu weekend dan public holiday ni. Check in apartment sepatutnya pukul 2 petang tapi kami sampai pukul 11. lebih. Mujur tuan rumah bagi masuk awal. kami sewa 2 apartment dan mujur dapat tingkat yang sama dan saling berhadapan. Lepas letak beg perkara pertama yang kami buat ialah makan dulu.

anjang dengan nurin dan qisya

Kali ini cuaca CH agak sejuk apatah lagi hujan lebat. Dah ditempat sejuk, apatah lagi mata pun masing2 layu je malas nak bergerak dah. Mujur pukul 4 hujan dah berhenti. Jadi kami keluar melawat kawasan sekitar. Sekali lagi menempuh jem Di Brinchang kerana pasar malam. Kami tidak pergi ke ladang teh sebab waktu agak lewat, jadi kami hanya berjalan2 di setiap kedai yang ada di sana. Cadangnya mahu ke ladang teh sebelah pagi ahad.
Waktu malam, kami hanya melepak di dalam apartment. cuaca memang sejuk giler masa ni. Jadi masing2 berkurung sahajalah. lepas solat subuh, metty call saya di bilik. suruh saya keluar cari sarapan. Aduhai....boleh pulak dalam sejuk2 hujan ni suruh saya keluar. sebelum ini sudah 2 kali saya ke CH, tapi cuaca tak sesejuk kali ini. Tapi saya ikutkan juga. Saya dengan suami pergilah ke pekan brinchang tu. lepas siap membuat order, saya berjalan dari kedai ke kedai untuk membeli gula. yang heran tu semua kedai kehabisan gula. Mujurlah dalam kami on the way nak balik ke apartment semula, ada sebuah kedai dibuka. Jadi sarapan pagi dan gula berjaya dibeli. yeay..misi tercapai.
Malam semalam kami semua berpakat mahu keluar awal untuk ke ladang teh, namun semua itu tidak menjadi keadaan kerana semuanya malas nak tarik selimut jadi kami hanya keluar apabila mahu check out sahaja. waktu dah tengahari. Jem teruk di di semua tempat. Singgah di Kea Farm nak membeli sayur dan buah-buahan. Rupanya parking dah di tempat baharu ya. Tidak boleh park sesuka hati di tepi jalan. pak polisi begitu rajin mahu menyaman. Sudahlah tempat parkingnya agak menyeramkan. menjunam ke bawah. Kami tak lama di sini...lemas dengan orang yang sangat ramai. Bergerak mahu ke ladang teh. tapi kami tersekat dalam jem yang sangat teruk, jadi kata sepakat diambil. Tak payah naik ke ladang teh yang memang sah2 akan lebih jem teruk lagi. Kami ptuskan untuk balik sahaja. bayangkan jem dari kea farm tu hingga ke kg Terla ke tringkap ke. mmg teruk. Menyesal pula datang masa public holiday ni tapi apa boleh buat. itu sahaja masa yang kami ada.
Sampai di Jelapang, jem teruk juga kerana kemalangan. Kami selamat tiba di rumah pada waktu maghrib. Alhamdulillah..semua selamat tiba. Metty sempat kata, inilah kali terakhir aku nak sampai CH. saya hanya gelak sahaja. itulah yang saya cakap bila pertama kali saya tiba di CH dahulu. dan kini dalam kata tiak mahu datang lagi, kini sudah 3 kali saya ke CH ini. hehehheheh

Friday, November 06, 2009

Cameron lagi







Sabtu dan Ahad lepas, sekali lagi aku ke Cameron Highland. Masa pertama kali aku pergi masa cuti tahun baru cina awal tahun aritu aku dah tekad, aku tak akan jejakkan kaki ke Cameron. Bagi aku Cameron bukanlah sebuah tempat yang menarik. Kalau aku ni gila bunga mungkin aku boleh tutup sebelah mata tetapi pemandangan di sana amatlah tidak mesra pada mata aku ni. Dalam kata lain Cameron ni kotor. Aku pergi melalui Simpang Pulai lalu Kg Raja, Terla, Tringkap, Brinchang dan seterusnya Tanah rata. Dalam semua laluan ni, hanya Tanah rata sajalah yang nampak bersih sedikit. Yang lain2 tu...hmmmmm....
Walaupun aku dah malas nak pergi, tapi untuk kali ini aku pergi juga memandangkan aku harus menemani emak yang ada urusan di sana. Ditambah pula Sarah yang tidak pernah pergi, jadi aku pun tak kisahlah membawa dia ke sana. Kalau dulu kami pergi dalam 12 orang kali ni aku pergi berempat. Aku tinggalkan emak di Villa Dahlia dan aku menginap di Tanah rata.
Perjalanan kali ini lebih lancar. Kereta pun tak banyak sangat. Aku sudah membayangkan keadaaan sesak teruk seperti tahun baru cina aritu namun mujurlah ianya tak berlaku. Bila lepas check in ( konon2nya), aku lepak2 dulu sebab ingat nak berjalan lepas asar. Lepak depan tv dengan diselimuti toto yang tebal. Kali ni Cameron lebih sejuk dari dulu. Suasana di luar biasa saja namun di dalam apartment memang boleh jadi beku, walaupun tanpa kipas atau aircond.( memang tak adapun benda alah ni).
Aku juga tidak bercadang nak bawak Sarah ke ladang teh sg. Palas, sebab aku tak berani drive dengan jalan yang cukup sempit. Tapi mengenangkan hanya tempat itu sajalah yang membuatkan perjalanan ke Cameron ini berbaloi..aku beranikan diri juga.( dulu masa pergi adik lelaki aku yg pandu).
Mujur...kereta pun tak banyak, jadi perjalanan kami memang lancar. Aku drive terus ke atas sebab hujan lebat turun. Nak parking bawah memang jenuh nak berjalan hujan2 begitu. Walaupun ada amaran jangan parking kat situ...aku buat2 tak nampak ajelah...
Masa perjalanan balik memang mencabar adrenalin aku..masa tu orang semakin ramai...dan kereta yang masuk semakin banyak. Siap dengan beberapa buah bas lagi. So..kalau sesiapa yang dah ke sana..bolehlah bayangkan bagaimana kereta bertembung dengan bas. Kereta aku pun hampir2 terlanggar batu besar dek kerana nak beri laluan punya pasal. Dan semasa berjaya memandu keluar...aku pasang tekad semula...that's it..aku tak akan datang sini lagi dah....hahahha...

Wednesday, February 04, 2009

cuti2 malaysia - Cameron Highland













Salam...
Minggu lepas aku bersama keluarga bercuti ke Cameron. Niat aku hendak membawa emak ke sana. iyalah emak ni kira hantu bunga. so...bila kami adik beradik bercadang nak bawak dia ke sana...emak dah tersenyum sampai ke telinga.
Aku dan emak belum pernah sampai ke sini. Dan harapan aku semasa dalam perjalanan hanyalah yang indah2 sahaja. Aku mengharapkan pemandangan yang indah2 dan tenang seperti yang aku pernah lihat di tv dan baca di dalam buku. Namun sebaik sahaja tiba di Kampung Raja( aku ikut Simpang pulai), tringkap, terla, dan brinchang, harapan yang menggunung jatuh merudum. hampir sejam lebih kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sedangkan aku tahu jarak perjalanan satu tempat ke satu tempat yang lain tidaklah jauh mana.
Emak sampai mengadu suruh patah balik sahaja. namun aku kata dah alang2 sampai mesti teruskan.(heheheh mak memang pantang berjalan dalam keadaan jem). sampai kat apartment di tanah rata dalam pukul 11 lebih. mujur senang nak cari. kami mengambil kesempatan untuk berehat sebelum memulakan perjalanan selepas solat zohor.
Perjalanan pertama kami mencari tempat bunga. senyum mak semakin mekar. masa ni hujan turun dengan lebatnya. namun memikirkan kami ni orang taiping, jadi hujan tidaklah menjadi masalah yang besar. selepas itu kamu bergerak ke kea farm pula. emak kata...emak boleh bangkrap kalau datang ke cameron ni. semua pokok bunga emak hendak beli. aku ikutkan saja asal mak gembira.
Apa yang kekal dalam ingatan aku ialah pengalaman memandu ke sini. setiap seminit aku bagaikan diserang sakit jantung dengan ragam pemandu-pemandu yang tidak memikirkan keselamatan pemandu lain. sudahnya semasa perjalanan balik, adik lelaki aku pula yang mengambil alih. memandu memasuki ladang teh Boh juga satu dugaan. huhuhu...jantung aku rasa nak putus setiap kali kereta bertembung dengan kenderaan lain. dan mujurlah bukan aku yang duduk di kerusi pemandu.
Apa-apa pun, aku seronok kerana hajat nak membawa emak berjalan tercapai juga.

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...