Monday, April 25, 2011

Ehem...ehem...

Salam...

Ingat cerita yang saya mahu ceritakan tapi agak keberatan mahu cerita? Huh..macam saspen je..tapi sebenarnya tak ada apa-apa pun...Kalau dulu kejadian ini hanya 'kita-kita' sahaja yang tahu, namun makin lama..makin terbongkar...jadi yang rahsia bukan menjadi rahsia lagi...hahaha...walaupun sebenarnya kejadian ini bolehlah dirahsiakan sebenarnya....hahahah...apa bendalah tu ya..takpelah..tak payah berteka teki lagi..just nak share gambar di bawah...faham2 sajalah ya...

                                                             Tarikh : 16 April 2011
                                                              Event : Saya dapat cincin...

Thursday, April 21, 2011

Jimmy & I

" Kenapa sampai jadi macam ni?" saya menegur dia yang sedang duduk menompang dagu. Wajahnya memang kelihatan suram dan mendung. Saya rasa sudah terlalu lama dia berkeadaan seperti itu. Bukan tidak ditegur dan dinasihatkan, namun reaksi yang diberikan tetap sama. Dia lebih senang mendiamkan diri dari berdepan dengan masalah yang melanda. Saya duduk di hadapannya. Ah..tiba-tiba sahaja saya seperti seorang pakar psikatri saja lagaknya. Dan seperti biasa, dia melarikan wajah. Mungkin malu..mungkin segan..atau mungkin juga seluruh pelosok hati dan jiwanya terbeban dengan rasa bersalah yang cukup tinggi. Saya tahu..saya tidak boleh membiarkan dia terseksa lebih lama begini.
" Jimmy...sampai bila? Sudah-sudahlah. Sampai bila nak terus salahkan diri sendiri? Pulanglah..semua orang tunggu awak kembali," pujuk saya separuh merayu. Mendengar kata-kata itu, saya lihat dia tersenyum sedikit. Senyuman yang tidak langsung terpancar di matanya.
" Rif...Afi...semua orang terluka dengan saya. Macam mana saya boleh balik? Nak pandang muka mereka pun saya tak sanggup." luahnya dengan penuh perasaan. Penuh derita. Saya hanya mampu mengeluh melihat dia yang tiba-tiba sahaja berubah menjadi manusia pesimis. Ini bukan Mejar Najmi Hariri yang saya kenali. Ini bukan juga lelaki yang saya tahu sanggup mempertahankan prinsipnya. Ya..semenjak kejadian itu, Jimmy berubah. Benar-benar berubah menjadi seorang lelaki yang lain. Lelaki yang tidak pernah saya kenali.
" Jimmy...percayalah...mereka semua sayangkan awak. Afi..Rif..Eddie, Luqman dan Helmi...tok dan tokwan...semuanya sayangkan awak..Ya...mereka juga terluka...bukan kerana apa yang telah awak lakukan tapi mereka terluka kerana mereka tidak mampu menolong awak. Mereka tidak mampu membawa awak keluar dari segala rasa yang awak alami sekarang. Jimmy...awak jangan lupa...kalau awak rasa derita di sini...mereka juga rasa perasaan yang sama. Mereka juga menderita. Jadi..awak jangan jadi manusia yang pentingkan diri sendiri. Jadilah lelaki sejati dan bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Awak kena betulkan kembali apa yang awak rosakkan." Nah..suara saya juga sudah semakin tinggi. Niat hati mahu berlembut dengannya nampaknya sudah tidak jalan lagi.
" Tapi..." Jimmy masih kelihatan serba salah.
" Awak sayangkan Afi?" Mendengar nama Afi untuk kesekian kalinya, saya lihat dia memejamkan mata. Dan dengan perlahan dia mengangguk.
" Cuba bayangkan kalau Afi ditempat awak sekarang? Awak rasa apa yang awak akan buat?" Matanya kembali terbuka dan wajahnya sedikit panik membayangkan keadaan itu. Dan saya hanya menahan senyum apabila dia bangun tiba-tiba. Ya...perangkap saya mengena umpannya. Senang sahaja mahu memujuk Jimmy dengan Rif rupanya. Sebut sahaja nama Afi..keduanya akan lembut seperti jeli. Sebelum melangkah keluar, Jimmy menoleh ke arah saya semula...
" Awak sengaja nak seksa saya, Dhiya. Awak buat pembaca akan bencikan saya sebab buat Afi dan Rif macam ni." Saya menggeleng. Saya tahu...pembaca akan tetap sukakan Jimmy seperti mana mereka sukakan Rif. Dan pembaca akan lebih sukakan Jimmy, sebaik sahaja Auni muncul.
" Auni..." Jimmy menyebut nama itu perlahan. Sekali lagi dia menggeleng.
" Dalam banyak-banyak konflik, kenapa perkara itu juga yang awak lemparkan pada saya?" soalnya dengan penuh kesal.
" Macam mana saya nak beritahu Auni yang saya...." kata-katanya mati di situ...Saya hanya tersenyum...Biarlah Jimmy berasa bimbang buat seketika. Saya ini pun bukannya kejam sangat orangnya...Walaupun derita..sungguhpun merana..yang pasti bahagia tetap milik mereka...dan Bahagia itu sudah Tertulis buat mereka...


p/s - Hahahahha..jangan tertipu ya..ini bukan n3 baru Jimmy sebenarnya...Seperti biasa...saya ni suka merepek meraban macam ini. Seronok pula menulis perbualan saya dengan hero-hero saya ini. Sebelum ini saya pernah menulis ini dan ini..harap-harap anda semua terhibur ya...Doakan saya semoga kisah Jimmy ini berjaya tiba ke noktahnya...

Wednesday, April 20, 2011

Mari kita tengok siapa yang kena.....!



Salam...

Hai...agak-agaknya siapalah pembaca bertuah yang dapat hadiah daripada penulis2 ini ya...hehehheheh...dan agaknya siapa yang mendapat hadiah daripada saya..harap suka ya dengan apa yang diterima itu...

Monday, April 18, 2011

Datanglah beramai2...

Inilah jadual penulis ALAF 21 yang akan bertugas sepanjang PESTA BUKU ANTARABANGSA berlangsung...Jadi sila lihat jadual penulis kesayangan anda supaya anda tidak berasa ralat kalau masa anda hadir, penulis kegemaran anda bertugas pada hari lain pula....Saya hanya bertugas pada Hari SABTU 23 April dari Jam 1 hingga 7 pm...Jika saya tiada dalam masa yang ditentukan tu, sila tunggu sekejap kerana saya mungkin bersolat atau makan ya...Di sana, jangan segan2 menegur ya, kenalkan diri anda...dan bagi sesiapa yang belum lengkap mengumpul kesemua karya2 saya..silalah berbuat demikian ya..hehheeheh...InsyaALLAH...kita jumpa di sana....

REVIEW HBR lagi

Kali ini review dari Cik Ton. Terima kasih Cik Ton yang sudi membeli dan me review HBR...( Cik Ton, tak payahlah minta maaf sebab mengeluarkan beberapa petikan dari HBR tu..tak mengapa asalkan dinyatakan dari mana petikan itu, shud be ok je...(^_^)


Cik Ton kata,

Cik ton baru je menghabiskan kali ke3 membaca novel terbaru Dhiya Zafira HBR, pendapat cik ton novel memang sedap untuk dibaca..apa yang boleh dikatakan novel ini betul-betul buat jiwa cik ton rasa macam-macam yang sukar untuk dimengertikan....entah la mungkin sebab ASP Ziyad Sidqi..seorang polis yang betul-betul komited dengan kerjanya, seorang anak yang baik dengan ibu, seorang abang yang ambil berat tentang adiknya dan merupakan seorang suami yang benar-benar penyayang dan penyabar...

Membaca novel ini benar-benar membuat cik ton jatuh cinta pada semua watak hinggakan kepada pembunuh, turut sama rasa apa yang mereka rasa, dendam yang tak berkesudahan ,rasa sedih, gembira, rasa bersalah, cemburu, jauh hati, rasa cinta dan sayang, sayang orang ibu kepada anak dan rasa ibu yang memahami jiwa anak tak berkesudahan dan bermacam lagi rasa yang ada, yang pasti dalam sedih pandai Dhiya mencuit hati cik ton untuk ketawa juga.

Parahnya jiwa Afi, lebih parah jiwa Ari.

Orang Asing: "Bila orang kesayangan pergi, rasa macam separuh jiwa kita turut hilang, kan "

Sid: Ya...separuh jiwanya sudah pergi jauh meninggalkan dirinya

" Kalau Ari rasa apa yang saya rasa..saya yakin Ari akan faham perasaan saya..." " Kita kahwin, Ari?

Abang rindukan Ari tiga tahun ni. Rasa macam mimpi pula dapat tengok Ari depan mata abang,"


Abang cik ada benda nak cakap dengan ibu..Ibu ..abang cik dah kawin"

Sekarang ni...abang cik jumpa dia balik, ibu. Abang cik tak nak lepaskan dia pergi lagi"

Tak apa kalau Ari bencikan abang. Kasih dan sayang abang pada Ari cukup untuk kita berdua"

"Bila abang melamar Ari..abang sudah sedia atas segala-galanya. Segala buruk baik Ari, semua tanggungjawab abang. Ari, abang bukan lelaki sempurna. Abang juga ada kelemahannya. Tapi abang harap..segala kelebihan Ari dapat menutup semua kekurangan abang. Dan kelebihan abang juga dapat menutup semua kekurangan Ari."

Ari: Ari benci abang. sampai mati pun Ari akan benci abang"

"Ari tak pernah menangis sebelum ni. Tapi sejak Ari jumpa abang, Ari tak boleh berhenti menangis.

Ari sudah tidak sabar-sabar mahu melihat Kaabah. Matanya langsung tidak berkelip memandang nun disana..bangunan kotak empat segi berwarna hitam itu terlihat di pandangan mata.

"sebelum kita mulakan tawaf ni, Ari nak minta maaf daripada abang"

"Ari tak suka abang dengan Esya. Ari rasa sedih sangat"

"Ari rindukan abang!"

Selama ni, Ari fikir apa yang berlaku pada hidup Ari, semuanya balasan atas segala perbuatan Ari yag teruk dulu. Tapi...Ari yakin, Ari mesti lakukan sesuatu yang baik juga sebab Ari dapat abang. Ari dapat segala-galanya. Ari rasa sangat bertuah sebab Ari dapat abang ebagai suami. Jadi dalam tempoh hidup Ari selama 25 tahun ni, Ari mesti dah lakukan sesuatu yang baik".

Ibu: ...bawa lah dia pulang abang. Bawa menantu ibu pulang kesini

"Manusia mana yang tak lakukan kesilapan, abang. Ibu perempuan, Ari perempuan. Sedikit sebanyak ibu tahu apa yang Ari rasakan. Abang..jangan takut berjuang untuk mendapatkan hak kita. Jangan takut untuk mempertahankan insan yang kita sayang. Ibu tak ajar anak ibu mudah mengalah"

Zarin: Hatinya berbunga-bunga melihat Fauzan

Zarin: melihat abang cik merenung isterinya. Entah mengapa, sedih benar dia melihat wajah abang cik ketika itu.

"Abang cik.Tolong adik. Tolong Abang Jan. Lelaki itu tembak Abang Jan. Dia tikam Abang Jan.

Fauzan : "Berjuang sehabis daya mendapatkan apa yang menjadi milik kita pada awalnya , Sid. Kalau kau penat, kau berhenti sekejap. Kau berehat, tapi kau jangan berhenti terus. ALLAH pun tak mahu hamba-NYA mudah brputus asa"

Imad/Angel: Ayah, Imad dah tamatkan penderitaan ayah

Perempuan tu semua tak boleh dipercayai..mereka semua patut dibunuh

Fazil: "Jangan bimbang,Imad, Ayah akan jaga Imad, Biar apa-apa pun, kita akan hadapi bersama."

"Sebab kaulah Imad dah tak ada. Kerana isteri kaulah, anakk aku dibunuh

"Do you love me, Ari?"
"completely!"
"You want to be with me?"
"All the time."
"Janji jangan tinggalkan abang lagi?"
"Sayang abang sampai bila-bila?"
"Selama-lamanya".

"Kita berjuang mendapatkan kembali hak yang hilang. Kita takkan pernah berhenti berjuang mempertahankan insan yang tersayang. Perjuangan tidak akan berhenti selagi tidak beroleh kemenangan hakiki. Kita akan sentiasa berjuang kerana yang takut berjuang itu insan yang jiwanya telah mati."

*Cik ton minta maaf sebab salin banyak sangat kata-kata dari Novel Dhiya* ( Tak apa Cik Ton, hehehhe)

REVIEW HBR

Salam...

Ya sekali lagi lagi bersawang...ada cerita sebenarnya tapi saya tak pasti sama ada saya perlu bercerita di dalam blog ini..tengoklah nanti macam mana ya..Sambil-sambil layanlah komen dari Farhana ( Sorry Farhana, lambat sangat letak reviewnya..padahal dah lama dia komen ni. Maaf sekali lagi  ya...) Bagi yang belum mendapatkan HBR, sila dapatkan segera di pasaran...saya tak boleh copy n paste apa yang dia tulis, jadi kalau anda mahu baca, silalah ke blognya...just folllow this link...


Wednesday, April 13, 2011

KLIBF 2011




Bahang pesta buku semakin terasa. InsyaALLAH saya akan berada di sana pada hari SABTU, 23 April 2011 dari jam 1 - 7 PM. Jom pakat ramai-ramai singgah di dewan Tun Dr. Ismail PWTC di mana GRUP KUMPULAN KARANGKRAF berada. Harap2 dapat jumpa anda semua...(^_^)


Tuesday, March 29, 2011

kewl??? or cool?

Salam...

Aduh...rasanya blog saya ni dah bersawang bagai dah..jenuh nak menyapu habuk2...hehehhe...kepada yang rajin singgah ke blog saya ni... (hmmmm ada ke yg rajin singgah.hehhehe) minta maaflah ya...kerana tiada n3 baru. Tapi dek kerana nak meluahkan sesuatu perkara yang saya menganggu perasaan dan otak saya setelah sekian lama. Saya sudah tidak mampu untuk mendiamkan diri lagi..wah! Perkara apa tu...hehehhe...dan saya rasa mungkin ramai yang berkongsi perasaan dengan saya mengenai perkara ini. Ok..tak mau cakap banyak..kita layan video ini dulu...( kredit to IniAnwarHadi)

So...amacam...faham apa yang ingin saya sampaikan. Saya pun tak tahu kenapa saya kerap berasap di kepala kalau saya membaca tulisan yang berbunyi dan menggenakan ejaan yang entah apa-apa itu..Adik bongsu saya bercakap bahasa sms ni dengan kawan dia..saya selamba saja berkata..hang ni bercakap bahasa beruk ke? hahaha..memang bunyi kasar kan tapi kalau dah aq uk aq kewl..hmmm mmg macam beruk saya rasa..sorry ya kalau ada sesiapa yang terasa. Memang menjadi kepantangan saya kalau menulis bahasa yang macam ni. Bahasa saya pon bukanlah bagus sangat tetapi saya seboleh-bolehnya cuba menulis dalam ayat yang betul. Kalau setakat memendekkan ayat yang biasa seperti cth : yg, kg, bkt itu tidak mengapa sebab kependekan itu sudah diterima pakai oleh masyakat kita.
Satu hari seorang pembaca menegur saya di chat fb. dia tulis ' aswkeom'...aduhai...menyirap darah saya sekejap..saya tahu dia memberi salam..tetapi saya tak dapat menjawab salamnya kerana ditulis begitu sekali. Tolonglah...kalau ucapan salam sudah dipermudahkan begitu sekali...saya takut...nanti2 ayat bacaan quran pula ada yg buat shortfoamnya pula..na'uzubillah. Pembaca ini terus bersembang dengan saya dengan bahasanya itu..saya tegur..minta dia bercakap dengan bahasa yang betul sebab jujurnya saya mmg tak faham apa yang hendak dikatakan.
Mujurlah..selepas itu, apabila dia menegur saya dia menulis dengan bahasa yang lengkap. Syukur saya rasakan walaupun salamnya masih tidak berubah. Hmmm...
Yang peliknya...kebanyakaan mereka ini bercita2 mahu menjadi penulis. Ramai yang mahu meminta tunjuk ajar bagaimana mahu menulis. Ya..saya tahu...saya juga pernah berada ditempat yang sama. Tapi nasihat saya...kepada adik2 yang mahu menjadi penulis itu, tolonglah...betulkan bahasa anda dulu..menulislah menggunakan ejaan dan bahasa yang betul. macam mana kalau hendak menjadi penulis kalau menulis seperti ini ' aq cakit nie...dye cangat kewl...) aduhai...tolonglah..gunakan bahasa kebangsaan kita..cintailah bahasa..dan seperti kata P.Ramlee dalam filem Seniman Bujang Lapok ' Bahasa menunjukkan bangsa tau..'

p/s- Entri ini bukan bertujuan untuk menghina sesiapa. maaf andai anda terasa tetapi saya rasa masalah penggunaan bahasa seperti ini sudah berada ditahap yang membimbangkan...

Friday, March 18, 2011

Review HBR

Salam....ini antara komen2 sekali yang saya terima di inbox fb saya...Saya rasa bersyukur sangat dan berasa lega kerana HBR ini diterima ramai pembaca. Komen-komen yang saya terima juga positif. ALHAMDULILLAH...Syukur kepada ALLAH yang memberi saya ilham untuk terus menulis. Kepada Noraini..Nana dan Izan terima kasih ya...


Komen 1 ( Noraini)

Salam Dhiya...firstly, tqvm for ur auto n bookmarks...I really luv it!

Bila tghari smlm kerani kat office sy kata ada parcel dari Perak saya terus rasa teruja..Saya tahu novel2 yg saya pesan dah sampai, direct dari penulisnya! Sampai je kat umah saya terus buka walaupun syg nak koyakan bungkusan yg kemas tu...

Lepas maghrib saya terus membaca HBR dan saya x berhenti sehingga habis membacanya pada jam 12tgh mlm. Dhiya, saya sangat suka dgn plot2 dlm HBR. Saya mmg ulat buku time skool lg. Saya dh baca byk novel dari ramai penulis tapi saya mmg teruja dgn penulisan awak! flashback yg awk buat mmg bagus..rasa2nya dlm ramai2 penulis awk mmg yg terbaik utk menghasilkan flashback. Selalunya novel hanya ada prolog n epilog but u done it better. Bab2 dlm HBR seolah-olah mcm action movie jer..really! Rasa2nya awk pon sesuai jd film director! Watak2 pon pelbagai dan real. Tp maaf saya rasa HBR more like hollywood movie so watak Sid pon sy imagine cam aktor Hollywood jgk. Saya suka HBR sbb ianya bukan kisah cinta semata-mata..tp bukan jgk hanya kisah hero..mesti awk suka arm-forces kan..hehehe..HBR jd real sbb cara awk menulis mmg real...info2 yg awk bg terutama ttg jenis2 senjata, operasi ug dilakukan,mimik muka dan segalanya semuanya jelas dan seolah-olah ianya benar. Kesimpulannya mmg HBR antara novel terbaik yg saya pernah baca..khayalan awk sbg penulis mmg berjaya direalisasikan dlm HBR. Cuma saya rasa titile Hati Bergetar Rindu sedikit romantik n jiwang untuk novel yg penuh aksi ni. Teruskan berkarya Dhiya..saya akan terus menjadi peminat setia tulisan awak..
p/s : maaf jika komen saya pjg sgt.

All the best....
 
Komen 2 ( Nana)

saya tatau nak comment ape. tp yang pasti rindu bergetar lagi( hati bergetar rindu, nana) sangat hebat dgn unsur triller. i dont like triller,action plot/storyline but when it come to your story, i love it.


Sid- skrg sy da mcm jatuh hati dgn anggota polis teutamanya ASP haiyan rifqi.(ASP ZIYAD SIDQI nana,  hehehe..obses sungguh dgn rif..ahaks) Anda sangat macho oke. but knp la lelaki ni asek menitiskan air mata( actually hanya 2 kali saja dia menangis ya...hehhe). mungkin next time dia kena jadi lebih tabah walauapepun org yg dia syg perkatakan. sid seorang yang banyak besabar,betabah dan telalu menyanyangi isteri dia serta ibunya juga adik perempuannya. Dia sangat menyanjung wanita. Ada lagi ke org mcm ni dkt zaman skrg ni.Tapi tatau knp rase watak Riff lagi menusuk hati sket may be sbb rif dia mcm ade sense of humor tp Sid dia mcm straight mungkin sbb hati dia terluka kot.

Ari - tatau knp mula2 mmg sgt sedeh dkt dia ni,yela dgn mak dia xnak dia,papa dia plak macam tu. tapi bl lama lama baca rase mcm nak sekeh je minah ni.semua benda bagi dia,dia je yg betul. ya betul org sekeliling dia banyak melukakan hati dia,tapi mungkin kalau dia pandang dr sudut yg lain mesti dia rase idup dia sgt menarek. sbb Allah xkan uji umatnya kalo umatNya x mampu kan. Overall,watak Ari sangat menarek dengan mainan emosi beza dgn Afi yang mcm lebeh pasrah.

Yin & mak - teringin sangat punye adek perempuan mcm yin yang sgt comel yang sentiasa memahami abg dia. Dia tahu rase hormat pd abg dia even dlm keadaan merajuk yang kkonon nak lari rumah tu padahal alahai sekangkang kera je. yin yin anda sgt comel.

Mak pula merupakan emak yang terbaek mungkin dlm setiap novel akk rasenye novel ni la peranan emak sgt banyak di ketengahkan. Emak,walau seteruk mane pun anak lakukan dia tetap akan memikirkan cara terbaek utk menyatukan kembali pasangan ni. sangat comel bila emak tersenyum srg2 time makan bl pk kan sid yg dgn motor dia and ari mungkin menungging duk kt blkg smbil bawa baby drg. hehe.. I adore you emak for being a good mom for Sid and mother in law for Ari..

Jan - anda sgt macho la bl kena tikam and kna tembak tu sbb boleh lagi tenangkan ari dgn yin. but hey dia xbole control ke kalo yin mnagis teruk? hahahaa... rase nak gelak guling2 time ni. dahla kna dating dkt dgn umah last2 nk pujuk awek kna pgl abg awek tu plak dtg. hahaha..Tapi jan sangat sesuai jadi kawan baek sid. susah senang bersama. sakit gembira besama. jan tahu mane nak letak diri dia dalam hidup Sid. Semoga jadi kawan yang baek kpd Sid slamanya jan.~

and the last not least Angel & Fazil - Ade lagi eh org kejam sampai macam ni. Inagtkan Angel yang kluakan jantung dan hati mangsa dan rancang semua pembunuhan rupenyer mastermind sgala2 nya adela ayah dia sndri Fazil. Angel mmg sangat kejam sampai rasa macm xbrani dah nk g mne srg2 lagi2 lalu lorong sunyi. Pergh boleh fobia baca citer ANgel ni. Tekanan perasaan yang melampau dia ni. Fazil mcm mne dia bole betahan atas wheelchair slama ni. Pura2 lumpuh tuk menagih simpati tapi rupanya dia lg kejam dr anak dia. Sanggup bunuh zuraidah yang byk bejasa kat dia. Angel mmg terbaek kak tapi dia sgt kejam bg sy, nmpk nye watak angel ni mmg sesuai tuk imad :)

As a conclusion,novel ni anmpak matang dari novel sebelum ni but like i said b4,why eh sy xnanges bace novel ni macm RUD. RUD buat sy nanges banyak kali bila baca but HBR buat saya baca lebeh dr 5x. Yeay tahniah dkt sy kaka. saya sgt suke hero2 yang hensem berpakaian seragam ni. hahaha. tahniah kak sbb bjaya hasilkan satu lg novel yang sgt padat dgn informasi yg bole buat pembaca mcm sy ni tahu serba sedikit ttg dunia badan beruniform ni dengan tugas mereka.

Well let's counting for jimmy story back :) 


Komen 3 ( Izan)
 
Salam dhiya...

Alhamdulillah...finally sid & ari dah selamat dikhatamkan..hehe..fuhh..mmg saspen sungguh! dah bertaubat x nak baca novel dhiya sampai kul 2 pagi..huhu..seram sungguh..hehe..congrats coz berjaya menyeramkan cerita nih...izan terpaksa bace 4 lagi novel dhiya utk compare ngan HBR..hehehe...dari segi 'kesuspenan' mmg HBR yg paling berjaya..izan paling suke part dekat Mekah..sayu sgt bila tgk ari buat sid cam tuh..tak patut kan! suke sgt bila semua watak dikumpulkan bersama...habislah anak dara fik & lia..sarah dah mula nk menggoda uncle jimmy...hahaha..idea yg sgt bagus dhiya! plot cerita dhiya mmg tak pernah menghampakan...izan suka sgt tapi sori sgt dhiya antara afi & ari..izan lebih suke afi..hehe...but sid & rif..adoiiiilaaaaa..x nak la curang kat riff...huhuhu..mmg dua2 sama hebat! aura lelaki yg mmg jadi idaman perempuan! huhu..so now stil tak leh decide nak pilih yang mana satu...uwaaa...mmg sid & rif terbaikkk!!! so teruskan usaha dhiya utk jimmy's story...do ur best! izan akan sokong dhiya..:))

Thursday, March 17, 2011

KIta-kita berjalan di Temasik



Salam....lihat gambar sajalah ya..saya ketiadaan mood mahu bercerita..yang pasti trip ke temasik ini bersama 'kita-kita' memang best. Walaupun ada sesuatu yang tidak memuaskan hati sebelum bertolak ke sana, namun bila kembali semula ke tanah melayu tercinta, kami mendapat khabar gembira..ALHAMDULILLAH....

Friday, March 04, 2011

Hari Lahir dia...

Salam....

Hari ini 4 Mac 2011. Hanya hari-hari biasa yang perlu dilalui oleh setiap umat manusia setiap tahun sepanjang mana peluang bernafas di muka bumi ini masih ada. Hari ini... arwah abang berusia 30 tahun. Cuma dia tidak sempat dan berpeluang untuk mencapai usia tersebut. Tadi telefon arwah berbunyi...reminder hari lahirnya. Emak dan isteri abang sudah terdiam seketika. Dan emak dalam gaya sedih tapi masih senyum untuk menunjukkan ketabahan berkata..." susahnya nak percaya dia telah tiada." Saya diam sahaja. Tak tahu nak memberi reaksi yang bagaimana. Berharaplah sebanyak mana sekalipun, yang pasti dia tidak akan kembali lagi. Esok pula genap 40 hari dia pergi. Sudah 40 hari rupanya...saya sudah lama tidak membilang hari. Dan 27 Mac ini pula, arwah ayah genap 4 tahun pemergiaannya. Ya ALLAH...3 bulan pertama dalam tahun ini benar-benar menguji ketabahan hati kami sekeluarga. Januari...abang pergi menyambut panggilan Illahi...Februari pula, bulan ayah dilahirkan...dan Mac pula...hari lahir abang dan hari pemergian ayah pula. Saya bukannya mahu menolak takdir. Saya terima apa yang berlaku. Sungguh saya reda. Dan saya bukanlah mahu merungut dengan musibah yang melanda keluarga saya ini..tetapi dengan menulis begini... saya dapat melegakan perasaan sendiri. Saya tidak pandai meluahkan rasa sedih seperti mana keluarga yang lain..mereka boleh sahaja mengalirkan air mata..senang saja bercerita, tetapi saya bukan seperti itu. Saya meluahkan kesedihan dengan penulisan...Ini sahaja yang mampu saya lakukan untuk tangani rasa perit..derita dan sedih.
Mungkin ada yang perasaan, kebanyakkan n3 saya bernada yang sama sahaja. Bersabarlah dengan saya.. Benarkan saya untuk berasa sedih. Saya kehilangan insan yang saya sayangi.  Hari ini hari lahir dia...namun dia sudah tiada. Al-Fatihah

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...