Salam...
Anda tahu apa dia Solat Sunat Tasbih?
Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih adalah solat yang disyariatkan dan dilakukan empat rakaat . Solat Tasbih adalah solat yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Mutallib .
Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam,sekiranya tidak dapat melakukan pada tiap malam,kerjakanlah sekali seminggu,andaikata tidak sanggup sekali seminggu usahakan sekali sebulan,sekiranya tidak sanggup sekali sebulan,cukup dengan sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.
Solat Sunat Tasbih waktu siang hari dilakukan empat rakaat dengan satu salam
Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam,sekiranya tidak dapat melakukan pada tiap malam,kerjakanlah sekali seminggu,andaikata tidak sanggup sekali seminggu usahakan sekali sebulan,sekiranya tidak sanggup sekali sebulan,cukup dengan sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.
Solat Sunat Tasbih waktu siang hari dilakukan empat rakaat dengan satu salam
Lafaz niat
Usolli Sunnatal Tasbiihi Arba'a Raka'aatin Lillaahi Ta'ala ,Allahu Akbar
"Sahaja aku Solat Sunat Tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala "
Solat Sunat Tasbih waktu malam, dilakukan empat rakaat dengan dua salam, iaitu tiap dua rakaat dengan satu salam
Lafaz niat
Usolli Sunnatal Tasbiihi Rak'ataini Lillaahi Ta'ala , Allahu Akbar
" Sahaja aku Solat Sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Pada setiap rakaat ucaplah Al-Fatihah dan selepas itu surah mengikut pilihan sendiri. Selepas doa Iftitah, Al-Fatihah dan surah sebelum ruku' ucaplah tasbih 15 kali iaitu :
"Mahasuci Allah dan segala puji bagi Allah , dan tiada Tuhan yang hak disembah melainkan Allah,Allah Maha Agong dan tiada daya dan tiada kekuatan (bagi kita) melainkan dengan (bantuan) Allah yang maha tinggi dan maha agong"
Ruku', dan setelah melafazkan tasbih ruku', ucapkan tasbih di atas sebanyak 10 kali, kemudian Itidal. Selesai tahmid I'tidal terus melafazkan tasbih tersebut 10 kali dan kemudian sujud. Ketika sujud selesai tasbih sujud kemudian membaca tasbih 10 kali dan kemudian duduk antara dua sujud.
Selesai tasbih duduk antara dua sujud ucapkanlah 10 kali lalu sujud kedua
Setelah selesai mengucapkan tasbih sujud kedua, kemudian menyebut tasbihnya 10 kali sebelum berdiri melakukan rakaat kedua, hendaklah "duduk sekejap" dan melafazkan tasbihnya 10 kali .
Dari seluruh tasbih yang dibaca pada rakaat pertama berjumlah 75 kali tasbih, bererti 75 X 4 rakaat = 300 tasbih .
Hendaklah ingat ketika duduk tahyat akhir, sebelum membaca tahyat hendaklah melafazkan tasbihnya dahulu sebanyak 10 kali.
Selesai Tahyat ,memberi salam. Lakukan cara yang sama pada rakaat ketiga dan keempat Sekiranya lupa menyebut tasbih di satu-satu tempatnya, bolehlah digantikan di tempat berikutnya, sehingga jumlahnya tetap 300 tasbih .
Selepas salam ucapkanlah doa :
Ertinya: "Ya Allah wahai yang maha pengasih dan penyayang wahai yang hidup selama-lamanya, wahai yang mempunyai kebesaran dan kepemurahan "
Setelah itu berdoa pula sebanyak lima kali
Ertinya: "Wahai ahli takwa dan ahli keampunan wahai yang mengingat orang-orang yang mengingat, berilah aku taubat nasuha dan tambahlah kurnia rahmatmu kepadaku, tambahlah nur dan kejelasan untukku wahai kekasih-kasih yang mengasihi.
p/s - Sebenarnya aku sendiri sudah terlalu lama tidak melakukan solat tasbih ini. kalau adapun dulu2 masa aku bersekolah asrama. aku dan kawan2 akan buat qiamullail. bangun malam-malam dalam keadaan mengantuk sampaikan sembahyang pun tak berapa khusyuk. yang selalu aku kerap dilakukan hanyalah solat sunat hajat dan sekali-sekala solat taubat.
Kadang-kadang rasa malu pada diri sendiri. Rasa malu pada Allah SWT. Banyak yang aku mahukan dalam hidup ini dan satu persatu Tuhan makbulkan walaupun adakalanya ia mengambil masa yang agak lama. diduga sedikit aku melatah. aku rasa sedih dan hampa. aku lupa pada kebesaranNYA. Aku lupa bahawa Allah tak akan menguji hambaNya jika DIA yakin kita tidak mampu menghadapinya. tapi aku sebagai manusia ni kadang2 lupa.
hanya mengingatiNYA ketika aku berduka. dan melupakanNYA ketika aku bahagia, sedangkan aku sepatutnya tahu semua itu tak akan berlaku tanpa izinNya. kita sering alpa dan mudah mengambil kesempatan kerana kita sentiasa tahu bahawa pintu taubat masih terbuka. Allah sentiasa akan mengampunkan dosa walau sebesar manapun kesilapan yang telah kita lakukan. Namun persoalannya, masihkah ada masa untuk kita bertaubat? sempatkan kita?








