Friday, October 01, 2010

TOP 10

Salam...

ALHAMDULILLAH...walaupun sudah hampir 3 bulan JKP berada di pasaran dan setelah pelbagai buku baru yang diterbitkan, JKP masih menjadi pilihan pembaca. Terima kasih kepada anda semua yang menyokong saya selama ini.

 





Carta Top 10 Novel di Unit Langganan, Grup Buku Karangkraf
(Dari 1.9.2010 - 30.9.2010)
1. Tanpamu Aku Rindu (Aleya Aneesa)
2. Takkan Pernah Jauh (Shanika Latisha)
3. Cinta 3 Suku (Herna Diana)
4. Sayang Sepenuh Hati (Eka Fahara)
5. Jauh Kau Pergi (Dhiya Zafira)
6. Cinta Tak Beralih (Hezzy Azra)
7. Realiti Kasih (Qursiah Hanum)
8. Cinta Jangan Sembunyi (Arfa Ardiya)
9. Cinta Aku Seadanya (Murni Aqila)
10. Ilusi Hati (Haiza Najwa)

Thursday, September 30, 2010

need my vacation now....rindunya nak dengar bunyi ombak.....




So...buat sementara waktu..I listen to this soothing sound...

Moonlight Resonance

Salam....

Saya sebetulnya sudah bercerai talak tiga dengan drama cina from TVB ni. Rasanya sudah bertahun-tahun saya tidak menonton mana-mana drama kantonis ini semenjak drama korea mengambil alih dalam hidup saya. Saya seakan terlupa dengan minat saya yang gemar menonton drama TVB ni. lama sebenarnya kalau hendak dikira sejak bila minat saya bermula.  Sejak saya masih disekolah rendah, menengah, U dan seterusnya. kiranya kalau hendak dikira berapa banyak drama yang saya sudah tonton memang tidak terkira. bermula Police story, A friend in need, yankee boys...A breaking Point, Rain in the Heart,threshold of an era...etc..etc...banyaklah tapi tajuk tak ingat dah. Kalau dulu setiap drama ditayangkan pada pukul 6, jadi memang tiada masalah untuk menontonnnya. Kini kebanyakkan dramanya bermula jam 7.jadi saya memang malas menonton pada waktu itu. Sudah waktu maghribnya singkat, bila iklan berdesup p solat. Arwah ayah pernah siap timing lagi waktu kami solat kerana hendak kejarkan drama cina ni. Dan memang setiap kali, jugaklah kena tegur dengan arwah ayah.  " Berdosa anak2..hangpa main2kan solat...baca lintang pukang.." hmmm...dulu main masuk telinga kiri keluar telinga kanan sajalah...itu belum lagi passing turn siapa kena solat dulu. " hang kakak..hang p dulu...pasai apa aku kena p dulu..." Ya ALLAH...berebut-rebut tak nak solat dulu. memang azab solat kami masa gila2 citer cina ni. Kalau mak lagi sadis..." tengoklah citer tu..esok hangpa mati..depa p tolong sedekah pakat baca sikit utk hangpa,"
Er...er...memang betulkan teguran mak ayah ni. hanya kerana tv, perkara yang wajib pun diabaikan. Kalau buat pun khusyuknya tidak ada. pakat nak cepat sudah saja. Yup...hiburan memang salah satu caranya, untuk melumpuhkan iman orang islam....aduhai....
Semenjak itu, minat saya terhadap cerita tvb pun kurang..memang tak boleh masuk dah dengan citer ni...Tapi seminggu sebelum syawal, kakak sulung saya sudah berlepak kt rumah. Suami operasi jadi buat apa nak duduk rumah sendirikan? Dia yang memperkenalkan balik citer Moonlight Resonance ni kepada saya. Mula-mulanya malas nak ikut tapi terpaksa ikut sebab pukul 7 je akak dah conquer remote sebab dia dah layan citer ni dr awal. Saya sekejap tengok..sekejap buat benda lain..malas sebenarnya...tapi sementara nak tunggu berbuka ni..mmg kena layan tv..baru rasa cepat sikit kan..so terpaksa tengok jugaklah. dan sampai sekarang saya dah tersampuk balik dengan drama ni. Mujurlah minggu depan, minggu terakhir. Saya tidak mahu meneruskan lagi selepas ini...Buat masa ni saya rujuk sekejap..lepas ni cerai balik okeh..hahahah

Wednesday, September 29, 2010

Maher Zain lagi???



Salam....
Saya rasa saya terpaksa mengakui bahawa saya sukakan Maher Zain. Bila-bilalah masanya pun, setiap kali laptop saya ini dibuka, begitulah lagu2 di dalam senarai music saya ni, akan terpasang sentiasa. Silih berganti..walaupun saya mendengar kadang2 lagu yang sama setiap hari. Dan saya akui, lagu melayu tidak berapa ada di dalam senarai lagu kegemaran saya. Kebanyakkan lagu inggeris, korea, n latin n hindi....itu koleksi utama saya...lagu melayu..hmmmm...kalau mood saya datang baru saya dengar...lepas ni jangan kutuk-kutuk saya tak patriotik le..apa ke ya...halwa telinga saya...saya memilih lagu mana yang saya rasa sedap pada pendengaran saya.
Jadi..Maher Zain ini dimana kategorinya? Lagu inggeris? ya..sebab dia menyanyi di dalam bahasa inggeris. Tapi yang istimewanya, lagu2 beliau terletak di dalam kategori lagu2 pembangunan jiwa...(kira2 nasyid lah tu)...jadi tidaklah seperti lagu inggeris lain yang membuai2 perasaan jiwang tu. Ya ALLLAH, Apa yang saya nak cakap sebenarnya ni?...hahhaha...tak ada idea sebenarnya nih tapi kalau anda yang tidak pernah mendengar lagu2 MAHER Zain ini, apa kata anda cuba mendengar muziknya...gerenti suka....

Senyum seindah suria

Salam....

Selalunya perkara pertama yang saya lakukan bila masuk kerja ialah switch on my lappy n check emel. (itupun selepas bukak pintu, bukak lampu, clearkan meja yang bersepah..er..er..itu dah macam bukan perkara pertama je..inilah perkara ke seratus dah ni..hahahha)...Tapi faham-faham sendirilah ya....
Ok...lepas settle semua, saya memang akan check emel dahulu..n pagi ini, saya menerima text message from someone thru fb. So...apa lagi mesej yang boleh buat saya tersengih macam orang lalok kt depan skrin ni..tentulah about my novels kan. Kalau nak naik pangkat ke..nak naik gaji ke...mati hidup balik saya tak akan dapat emel tu kan..hahahhaha....
so..kepada Salina bidin...terima kasih kerana sudi membaca JKP..dan novel2 saya yang lain.
~ dhiya!!..~salam~i jus fnish ur 4th extrabookganza masterpiece. seriusly,its so cool. rif is totally a man from dream. cool.tough.stylio. and i love. and their frens too.and afi?i just love her. your story, your plot,characters and all are awsome! but still kudamba bahagia is my all time fav. still missing taufik~ @_@

your latest book = great. i love the conflict,the romance and the suspense and the emotional part. everything's is well blend. just part2 penderitaan mcm when the pregnant afi get caught tu yg x sampai aty nk bce.aishh.^^' rse sakit..hu3..btw,afi keep reminding me about you through the reading. a librarian somehow is still a new scope of work introduce in novel. and soldier too. this is interesting. + thrill.novelist usually use a common jobs such as bussinesman,doc ect.ect.

you are so good at your genre. keep it up. theres always someone supporting
you out here. :) ~
 
p/s - Sebenarnya saya menerima begitu banyak komen thru my fb n emel tapi saja tak paparkan kat sini....sebab kalau nak listkan apa yang saya dapat dr emel agak banyak..so kalau letak pun, mesti ada yang kata saya poyo kan? hahaha....takpalah...saat saya sedang berjuang menyiapkan NBF ini, emel seperti ini semakin menceriakan hari saya dan membuatkan saya makin bersemangat nak menulis...

Saturday, September 25, 2010

YO TE AMO ~ I LOVE YOU




En palabras simples y comunes yo te extraño
En lenguaje terrenal mi vida eres tu
En total simplicidad seria yo te amo
Y en un trozo de poesia tu seras mi luz, mi bien, el espacio donde me alimento de tu piel que es bondad
La fuerza q me mueve dentro para recomenzar y en tu cuerpo encontrar la paz
Si la vida me permite al lado tuyo
Creceran mis ilusiones no lo dudo
Y si la vida la perdiera en un instante
Que me llene de ti
Para amar despues de amarte , vida
Estribillo
No tengas miedos ni dudas, que tu seras mi mujer
Mira mi pecho, lo dejo abierto
Para que vivas en el
Para tu tranquilidad me tienes en tus manos
Para mi debilidad, la unica eres tu
Al final tan solo se que siempre te he esperado
Y que llegas a mi vida y tu me das la luz, el bien
Ese mundo donde tus palabras hacen su voluntad
La magia de este sentimiento q es tan fuerte y total
Y tus ojos q son mi paz
Si la vida me permite al lado tuyo
Creceran mis ilusiones, no lo dudo
Y si la vida la perdiera en un instante
Q me llene de ti
Para amar despues de amarte, vida
Estribillo (3)


English version : Bagi sapa yang tak faham (termasuk saya)
I LOVE YOU

In simple words, I miss you
In earthly language, you are my life
In total simplicity, i love you
The kindness is of your skin
The strength inside moves me to begin again
And in your body I find peace
If life permits me to be by your side
I have no doubt, my dreams will grow
If I were to lose my life in a second,
Let me be full of you
To live life after loving you.
Have no fears or doubts
This love is much to good
You will be my woman
I belong to you entirely
Look at my chest, It is open
For you to live in it
For your peace of mind, you have me in your hands
For you are my only weakness
to the end, I only know that I will wait for you
That you are my life, and give me your light, and goodness
The world where your words are your will
The magic of this feeling, that is so strong and complete
And your eyes are my peace
If life permits me to be by your side
I have no doubt, my dreams will grow
If I were to lose my life in a second,
Let me be full of you
To love life after loving you.
Have no fears or doubts
This love is much to good
You will be my woman
I belong to you entirely
Look at my chest, It is open
For you to live in it
Have no fears or doubts
Have no fears or doubts

Friday, September 24, 2010

PC & I

Salam...

Salah satu kegemaran saya ialah melihat kecekapan seseorang itu menaip. lebih-lebih lagi yang mampu menaip tanpa melihat keypad yang ditekan dan menggunakan sistem dan kaedah yang betul. lihat foto di bawah. Walaupun saya bekerja menggunakan komputer, dan kerja sampingan saya juga memerlukan saya menggunakan pc, namun saya tidak pandai menaip menggunakan langkah yang betul.
Saya tidak pernah belajar komputer semasa tamat SPM, walaupun itulah kursus yang menajadi pilihan semua teman-teman sekolah sementara menunggu result. Walaupun saya juga teringin untuk belajar, tetapi hajat itu tidak pernah kesampaian. Semasa saya menunggu result STPM, saya bekerja sebagai cashier di kedai kek. Penyelia saya tinggal dibahagian atas, sementara kedainya di bawah. Mereka sekeluarga ni memang hantu mengumpul komputer. Saya pernah naik ke rumahnya dan melihat satu bilik yang penuh dengan komputer. Hmmm...sebijik macam counter-terrorist unit je gayanya. hahaha..takdelah sampai banyak mcm tu. Tapi banyaklah bagi saya yang pada masa itu tidak mempunyai komputer langsung di rumah.
Satu hari, mereka membawa turun satu pc ke kedai. Mudah anak dia menonton cd, main games..yada..yada yada...dengan pc tu. So takdelah boring sangat bila customer tak ada. Saya semasa melihat pc tu mmg rasa excited sangat sebab...saya ketika itu sedang giat menulis cerpen. Ya..dengan menggunakan tangan. Oleh kerana tulisan tangan saya very the hazabedah, saya berniat mahu menaip menggunakan pc itulah kononnya. hmmmm...saya pandang je benda kotak mcam tv depan saya. dan pandang kotak tinggi sebelah kotak bentuk tv itu...( masa ni tak tahu ya apanya monitor n cpu itu...aduhai..teruk betul saya ni..)...macam mana nak on? melilau saya cari...oh...tekan benda hijau ni. ok dah on....lepas ni nak buat apa lagi? saya pandang skrin depan mata. saya gerak2kan mouse..sampai terangkat2 tangan sebab tak nak gerak arah yang saya hala....duhh...saya blur lagi. Nak menaip di mana? Tengah saya dok merenung pc depan mata tu, penyelia saya datang..berdesup saya offkan pc..(utk makluman, saya guna pc dia tanpa izin..hahahah)..lepas tu saya pura2 buat kerja...selamba je mcm tak ada apa yang berlaku...mana saya tahu...kena shut down properly dan bukannya main tekan button kt cpu tu...hahahha
Dan dek kerana tak pandainya saya menggunakan komputer ini, alangkah terkejutnya saya apabila saya ditawarkan Pengurusan sistem Maklumat di UITM. ER..ER...er..apa menatang sistem tu? sahih2 kena pandai guna pc kan? infact, mujur bukan saya seorang sahaja yang buta IT ni..masa kursus orientasi kt Fakulti..saya antara orang blur2 yg tanya senior sejauh mana kena pandai menggunakan pc ni...
Assignment pertama saya ialah utk subjek World of knowlegde, kalau tak silap saya. Saya buat di lab. pergi dengan kawan baik saya yang senior satu sem dari saya. noory...nak padam mcm mana? nak turun bawah macam mana...? eh...apasal jadi mcm ni? mana pergi yang aku taip ni...? wei..mehlah tolong aku.." Saya rasa noory mesti nak hempuk saya dengan pc kt lab tu malam tu. Ya ALLAH..memang azab cara saya menaip. satu satu...mata melilau mencari huruf..saya sendiri naik pening. sampai ada abang senior yang tengah buat kerja sebelah saya berhenti dan tegur..dik...tak belajar ke sebelum ni? hampagas sungguh abang itu.
Tapi betullah orang kata, practise make perfect...alah bisa tegal biasa..lama-kelamaan, saya sudah boleh menaip dengan baik. Saya masih ingat komen salah satu staf kepada saya masa saya di UPSI dulu. Saya sedang bercakap dengan dia, dan dalam masa yang sama, saya menaip. semasa menaip saya memandang muka dia..n tiba2 sham cakap " Fuyoo kak Mar, hebat...taip tak tengok depan pun..." Saya sengih je...tak rasa bangga pun sebab lepas dia keluar tu..saya terpaksa backspace balik sebab banyak ayat yg salah eja..hahahahhahhaa....Sehingga kini, saya masih menaip menggunakan cara yang saya selesa. Tak ada certain2 jari untuk certain2 huruf. Mana yang jari saya sampai, saya guna saja. Tapi yang saya pasti, jari kiri saya guna jari telunjuk dan kanan saya guna jari hantu dan bertukar2 dengan telunjuk. senangkan guna  2atau 3 jari saja..hahahhaha....
Hmmm..tak apalah tak ada kaedah yang betul pun...kerja saya jadi juga. Manuskrip saya siap jugakan....?

Wednesday, September 22, 2010

Bila semua hero n heroin berkumpul ( sneak peek NBF)

Saya sangat teruja menulis kisah scene di bawah ini kerana buat pertama kalinya kesemua hero dan heroin saya; Fik & Lia (KDB), Izz & Dinie (RBB), Jad & Amie (RUD) serta bakal hero untuk novel akan datang, Jimmy (JKP) berkumpul sekali. Yang tak ada cuma Rif & Afi (JKP), kerana kisah mereka masih baharu lagi. Jadi mereka ini saya rehatkan sebentar sebelum kembali semula dalam novel Jimmy. Ya..saya tahu ramai yang bertanyakan kenapa hero kesukaan ramai itu, tiada dalam NBF ini. Dan saya sudah menerangkan sebab-sebabnya. Saya mahu memberi keadilan pada kesemua watak2 yang muncul ini. Kalau ramai sangat, nanti takut nampak crowded pula. Dan paling yang saya takut, Sid & Ari (NBF) yang akan tenggelam...tidakkkkkkkk....so...pada yang sudi membaca silakan...nak tengok saja..silakan..tak ada paksaan untuk anda...hepi reading....

********************************************
Mereka berjalan seiring. Bagai sudah berjanji, Sid di sebelah kiri dan dia menuruti di belah kanan. Nah! Di hadapannya tersergam indah masjid itu. Ari menahan perasaan. Dadanya sudah terasa kembang. Dia jarang menangis. Dia tidak suka menangis. Dan dia dikenali sebagai seorang yang sukar mengalirkan air mata. Namun, di sini...dia sentiasa mahu menangis. Perasaannya bagaikan disentap-sentap menuntut agar air mata yang cuba ditahan ini dibiarkan mengalir.
Sampai di menara jam, langkah Sid berhenti. Dia cuba tidak memandang wajah Ari yang sedang menahan air matanya itu.



“ Nanti masa nak balik tunggu abang kat sini,” katanya. Ari pantas menggeleng.
“ Hotel depan mata je. Ari boleh balik sendiri.”
“ Ari....tunggu abang...kat sini,” Sid bertegas dengan kata-katanya.
“ Tak apa...”
“ Tunggu. Abang. Di sini.”


*********************************

“ Sempat jemaah subuh tadi?” Ari yang sedang membancuh teh panas, segera berpaling ke sebelah. Wajah bersih Kak Alia ditatapnya dengan senyuman. Dia mengangguk senang. Lega.
“ Jom, makan dengan akak. Kalau dah sudah nanti, pergi sana ya?” Alia menunjukkan tempat duduknya. Ari melihat dan sekali lagi dia mengangguk. Bagus juga kalau bersarapan dengan Kak Alia dengan yang lain. Sekurang-kurangnya tidaklah dia berasa seperti orang bisu saja di sini. Hendak bercakap dengan Sid, bergaduh sahaja kerjanya. Tidak! Dia tarik balik kenyataan itu. Rasanya dia saja yang kerap mencari fasal dengan lelaki itu, sedangkan Sid begitu tenang dan sabar melayani kerenahnya yang tidak menentu itu. Alah... biasalah. Kalau dah buat salah, memang kena begitu. Cemuhnya dalam diam memikirkan sikap Sid yang baharu. Sampai dia sendiri naik pening bagaimana mahu berhadapan dengan lelaki itu.
“ Assalamualaikum.” Belum sempat dia memberi salam, Adni terlebih dahulu menghulurkan salamnya. Ari pantas menjawab dan menghulurkan tangan bersalaman dengan wanita itu. Amie yang duduk di sebelah wanita itu turut menghulurkan tangan. Inilah pertama kali mereka memperkenalkan diri secara rasmi semenjak Alia memperkenalkan nama mereka yang bermula dengan huruf A itu.
“ Wah! Finally...” Amie bersuara. Sejak diberitahu tentang persamaan yang dimiliki mereka, dia sememangnya sudah tidak sabar-sabar lagi mahu mengenali si huruf A yang seterusnya.
“ Finally!” masing-masing ketawa. Amie menoleh sekilas mencari suaminya, takut-takut Jad menunggunya untuk bersarapan bersama. Dia mengangkat tangan apabila melihat Jad juga sedang melihat ke arahnya. Jad hanya mengangguk apabila dia memberi isyarat bahawa dia mahu makan bersama teman-teman perempuannya. Di sisi Jad, kelihatan Izz, Taufik dan juga Sid. Tanpa sedar dia ketawa.
“ Kita meeting kat sini...suami kita kat sana,” tegurnya apabila melihat pertanyaan pada muka masing-masing. Lantas kesemua mereka berpaling. Para suami yang sedang khusyuk berbual sesama sendiri berhenti dan seperti tahu diri mereka sedang diperkatakan, kesemuanya mereka berbalas pandang. Ari menahan rasa apabila tiba-tiba Sid mengenyit mata ke arahnya. Kemudian dia melihat Sid tersenyum seperti sedang teringatkan sesuatu rahsia saja. Darahnya sudah menyerbu ke muka. Apa kena dengan Sid ni? Ari sudah tidak senang duduk. Alangkah baiknya kalau dia skip breakfast untuk hari ini.
“ Sarah sorang je tak ada suami,” selamba Sarah menuturkan ayat itu, sekali gus memeranjatkan mereka semua. Alia melopong mendengar kata anak daranya. Amboi...Sarah...dah gatal ya?
“ Mama, Sarah ambil uncle tulah,” balas Sarah tanpa mempedulikan pandangan yang bertukar antara semua manusia di meja panjang itu. Alia sudah tidak tahu mana hendak meletak mukanya. Sudahnya dia hanya ketawa sahaja. Dengan Sarah yang banyak mulut ni, memang dia kalah sentiasa.
“ Uncle mana, Sarah?” Adni mencelah. Suka dia melihat wajah Sarah yang comel itu. Serta-merta teringatkan anaknya Iman yang ditinggalkan dengan ibu bapa Izz. Kalau Iman sudah sebesar ini, sudah pasti Iman akan dibawa sekali.
“ Uncle yang duduk sorang tu. Yang macam muka orang putih tu. Yang muka kacuk macam mama tu,” balasnya selamba. Sekali lagi pandangan mereka menghala arah yang sama. Benar seperti yang dikatakan oleh Sarah, uncle yang diperkatakannya itu sedang duduk bersendirian. Agak terasing dari jemaah yang lain. Wajahnya yang muram memang seperti sedang bersedih. Ataupun mungkin sedang memikirkan masalah yang sungguh berat.
Ari menatap lama. Nampak gayanya macam seorang askar saja. Melalui potongan rambut itu, dia tahu lelaki ‘kacukan orang putih’ seperti kata Sarah itu pastinya seorang tentera. Hmmm...raut wajahnya saja iras mat saleh, namun kalau diikutkan kulitnya, tidaklah putih sangat. Ari ralit memerhati. Tall, dark and handsome. Mungkin itu terma yang sebetulnya. Kenapa ya wajahnya sedih begitu? Dia teringatkan peristiwa yang berlaku bertahun dahulu. Detik pertemuannya dengan Sid. Dia pernah bertanya kepada Sid, apa yang membuatkan lelaki itu menegurnya di bench itu 3 tahun lepas. Jawapan Sid pendek sahaja. Kerana air mukanya yang kelihatan cukup sedih. Seperti lelaki inikah?
“ Oh...uncle tu. Itu uncle Jimmylah, Sarah,” terang Adni sekali gus mematikan pertanyaan dibenak masing-masing siapa gerangan lelaki yang masih belum dikenali mereka itu. Boleh dikatakan mereka sudah mengenali kesemua jemaah yang sekumpulan dengan mereka cuma lelaki ini sahaja yang lebih selesa menyendiri.
“ Mana tahu nama dia Jimmy?” Ari pula menyoal. Aduhai..macam mana mereka boleh bergosip di bumi Madinah ini? Kalaulah Jimmy itu tahu, mati mereka. Adni hanya tersenyum.
“ Dengar masa kat Airport kelmarin. Ada lelaki panggil dia Jimmy...jadi rasanya nama dia itulah kot,” jawab Adni masih lagi dengan senyuman. Empat kepala mengangguk serentak.
“ Kalau Sarah nak ngorat uncle tu, kena buat macam auntie dulu. Cuba tanya uncle Izz, macam mana auntie ngorat dia dulu,” tambahnya lagi sambil ketawa memikirkan cinta monyetnya yang bertukar menjadi cinta sejati. Tanpa sedar pandangannya kembali kepada suami tercinta. Izz mengangkat keningnya sedikit bertanyakan apa yang berlaku. Perlahan dia menggeleng. Namun rasa yang sedang membuak-buak di dada menceritakan kisah yang tersendiri.
“ Dah..dah. Jangan bagi idea kat Sarah ni. Mati Lia, kalau papa dia tahu. Ingat papa dia nak lepas anak dara sorang ni awal-awal lagi?” Mereka ketawa lagi.

Saya & NBF

Ruangan mencari ilham....hmmm..kerusi karat tu perlu ditukar
ganti...sapa nak tolong support..hahahah

Salam...

Alhamdulillah...seminggu dua ni saya rasa seronok sangat kerana mood menulis saya sudah kembali. Kalau seminggu sebelum raya, saya sudah menyerah kalah dan bercuti menulis, namun kini saya temui apa yang saya hilang dulu. Alhamdulillah...Alhamdulillah...all praises to ALLAH..all Praises to Allah ( Sila nyanyikan seperti lagu Maher Zain ya). Kalau dahulu saya peruntukan 2 page sehari kerana keringan idea untuk menulis, tetapi saya tidak mahu terus berhenti kerana idea akan bertambah kontang nanti. Kini target saya semakin naik. Dari 5 page hingga ke 10-12 page sehari. Ya..itu sudah cukup buat saya. Cukup sangat-sangat. Walaupun begitu, saya tahu saya tidak akan berjaya mencapai MOU pada 20 Oktober ini, namun sekurang-kurangnya biarlah hasil manuskrip saya itu lebih dari separuh.
Sementara saya sedang dilimpahi idea dan semangat rajin untuk menulis, saya akan pulun habis-habisan kerana saya kenal diri saya. Kalau sekali mood merudum...saya boleh menulis berbulan-bulan lamanya. Jadi..sebelum perkara itu berlaku, saya akan berusaha sehabis daya. Doakan ya...
Manuskrip yang sedang saya tulis....mudah-mudahan ALLAH
permudahkan saya untuk menyiapkan manuskrip ini dalam masa
terdekat. Aminnn


Thank U ALLAH ~ Maher Zain

Monday, September 20, 2010

RAYA AT THE ZOO

Salam...

Hari ini kebanyakkan orang dah kembali berkerja lepas cuti yang cukup panjang...( kalau siapa yg ambil cuti direct lah ya). Seperti biasa saya cuti hari ni...saya dah start balik kerja Jumaat lepas. perggh...dah lama cuti, bila dah masuk kerja tu rasa malas sangat. bukan apa...adik beradik yang masih cuti best je lepak kat umah tapi saya..kena kerjalah pulak. Hmmmm..Tak apalah..cuti lama-lama pun kadang2 bosan jugak.
Raya ke 3 lepas, saya dan adik beradik yang lain pergi ke zoo. Bukannya apa..kasihan kat haiwan-haiwan tu semua nak beraya jugak...tapi takde siapa yg nak celebrate raya dengan mereka..so...dalam kami yang seramai 10 orang...pergilah menyambut syawal dekat Zoo. Wah..tak sangka..ramai rupanya pengunjung yang sama macam kami. beratur jugaklah masa nak beli tiket tu.
Kalau beberapa tahun lepas, caj masuk zoo berbeza pada yang mahu berjalan ataupun mahu menaik tren. Tetapi entah sejak bila ntah kalau tak nak naik tren pun, caj dia tetap sama. Kami dah berasa semua..jalan kaki n menaiki tren. Naik tren best..tak penat tapi tak boleh lama2 usha haiwan. Jalan kaki best tapi biasalah penat.
Kali ini kami berniat mahu berjalan kaki sahaja. Maklumlah, nak jugak buang lemak2 ketupat..rendang...segala macam mak nenek yang dah disumbat dalam perut ni. Sekurang-kurangnya dapat jugaklah execise kan..hahahahaa....
Hmmm...Dalam setahun ni rasanya ini kali ke 2 kami pergi zoo kut. Alahai...budak2 kat rumah nilah yang suka sangat tgk haiwan. Dah ramai2 ni memg jangan haraplah boleh tarik diri walaupun haiwan2 tu semua sama je...
Kebanyakkan haiwan pasif je. Nak jugaklah dengar Harimau atau singga mengaum. Barulah ada thrill kan? Ini balik2 terlentang, macam penat sangat...hahahahaha...semasa berjalan kat area orang utan, ada sekor ni yang kesian je muka dia..Bila dia nampak my nephew makan lolipop, dia hulurkan tangan dia minta makanan pada kami. Aduhai..mmg kesian betul. Bila kami tak bagi...tiba-tiba dia buat muka merajuk. Seriously..tak tipu..mulutnya muncung macam orang merajuk..hmmm...dah mmg nama dia orang utan pun kan..tentu dan ala ala orang sikit sikapnya..hahahaha
tengah berjalan tu, dengar bunyi harimau mengaum...wah...bestnya...tapi masa tu perjalanan kami lama lagi nak sampai..so...berpoya2 dululah dengan lain2 haiwan. Bila sampai area B.A.B.I...kawasan jalan tu telah dikuasi oleh monyet2 liar. Monyet2 ni memang suka mengacau pengunjung lebih-lebih lagi yang pegang makanan di tangan. Jadi..saya yang sedang memegang 100 plus tu memang diancan oleh monyet2 ni. Ya ALLAH...sebenarnya kami sekeluarga memang ada pengalam ngeri dengan species ni. Dulu masa saya sekolah rendah, kami adik beradik pernah dikejar beruk yg bontot merah tu dalam zoo yang sama. sampai kami luka2 sebab nak lari punya pasal..lepas tu mmg fobia dengan species haiwan ni.
Jadi..bila dah diancam tu..saya stop..keras kejap sebab kt kiri kanan saya ada anak saudara yang penakut. Adik lelaki saya dah jalan kt depan...kakak n adik saya kat belakang..jadi mereka pon terperangkap jugak ngan monyet2 ni...monyet tu dok keliling saya..jadi saya pon dok berpusing2 360 darjah nak mengelak daripada dia...hmmm..mmg agak memalukan gaya saya n anak saudara berpusing2 tu..sebab yang lain pon tak berani nak halau si monyet2 tu...last2 ada 3 orang mamat yg jadi hero..jadi lepas lah kami ni dari sekatan monyet2 tu...hmmmm...memang monyet betullah monyet2 ni...hahaha...
Jadi...kami terus meneruskan perjalanan..tak sempat nak tgk haiwan oink..oink tu...bukan apa..setiap kali tgk species ni, saya terfikir..mcm manalah ada orang sanggup makan benda ni...aduhai....
Kami tiba area singa...hmmm...poyo je singa2 ni...tak abis2 aksi berehat dia...ada tidur gaya kual lentang lagi..isk..tak senonoh betul..Harimau pun sama..tgklah jugaklah dia berendam dalam air. Kawasan harimau ni tak berpagar langsung. hanya di letakkan kolam kecil sebagai penghadang...hmmm..kalau harimau ni boleh berenang, sampai ke tengah, ada harapan tak dia melompat naik...uish..ngeri...ngeri...
Masa lalu kat harimau kumbang best..sebab ada sekor ni yang agak reckless sikit. dia mcm tgh badmood. Dia asik berpusing je..macam org tgh marah...saya syak dia nilah yang berbunyi tadi...tapi bila kami sampai, dia tak berbunyi pun..jadi anak2 saudara saya p kacau dia..depa suruh dia mengaumkan..tapi dia buat bodoh...n still nampak marah..dia datang dekat kami..berhenti sekejap n terusan dengan jalan2 dia. dia mengeram sekejap2..mulut tak bukak pon..tapi dia dengar dia mengeram macam tu...ada rasa kecut jugak hati ni..saya suruh budak2 ni diam..satgi..dia tension kang..mana tu..pagar tu dirempuhnya kang..rasa2nya sapa yg dia tuju dulu?er..er..er.
dah separuh perjalanan, budak2 tu dah bising penat. Jadi terpaksalah auntie diaorang nilah mendukung diorang sampai habis. Kalau ringan tak apalah jugak..ini..hmmmmm....
Apa yang aku kesalkan dan yang boleh aku perhatikan ialah sikap tak bertanggungjawab sesetengah pengunjung yang selamba sahaja membuang bekas2 makanan ke dalam kawadan habitat haiwan tu. Menyirap darah jugak bila paper cup selamba je diaorang campak dalam kolam beruang....campak makanan kat haiwan walaupun dn diberi amaran jangan beri makanan. Bukannya apa..takut diet haiwan ni terganggu..n kalau sakit mcm mana? Dahlah haiwan kt zoo ni mcm ala2 nak pupus je...yg tak nampak pupus, si monyet yang mengacau...hahaha..Itulah serba sedikit lawatan cik Mardhiyah ke zoo..hahaha...

Saturday, September 11, 2010

citer raya saya

Salam....

Macam mana sambutan hari raya anda semua? seronok? tak seronok? membosankan atau sama saja seperti tahun-tahun lepas? Saya menaip n3 ini ketika menontong cerita Dilwale Dulhania Le Jayenge. Kalau dahulu cerita ini yang saya tunggu-tunggu, tetapi malam ni fikiran agak merewang ke merata-rata tempat..lebih-lebih lagi bila budak2 kat rumah ni main kejar-kejar. lepas tu bergilir-gilir pula menangis bila kena usik.
Semalam...Selepas sembahyang raya, ( saya tak pergi sebab tiba2 pening kepala), jadi hanya emak, kakak n adik saja yg pergi sementara saya menjada budak2 kat rumah. Istilag jaga saya ialah...bukak tv rancangan kartun untuk mereka dan saya tido atas sofa...hahahaha..memang tak tahan sakit kepala n tambah pula dengan rasa mengantuk yang amat sangat....
Lepas semua balik solat, kami pergi menziarahi pusara arwah ayah. Sama saja seperti tahun-tahun lepas...kawasan perkuburan kat taman ni memang meriahlah..kalau selama setahun sebelum ni, ada sesetengah kubur yang sampai tak nampak mana kuburnya dek semak samun yang meliar, barulah nampak bersih dan kemas sikit. Alhamdulillah, pusara ayah tetap terjaga...tetap bersih dan terhindar dari semak samun.
Tengahari tu, saya dan keluarga konvoi balik guar perahu. Tahun ini tahun pertama beraya tanpa tok. Arwah tok meninggal bulan Jun lepas. Jadi, saya sudah tidak mempunyai tok n tokwan di kedua-dua belah keluarga.
Raya kami sekeluarga mengikut rutin yang sama seperti tahun-tahun sudah. Rumah yang sama...dan masanya juga sama. Walapun hanya menziarahi 4 buah rumah, namun perjalanan kami memakan masa hampir satu hari. Guar perahu, Naga lilit, kedah, sg ular Kedah dan Butterworth.
Perjalanan ke Naga lilit n sungai ular, perjalanan yang tidak dirancang. Selalunya kalau pergi, sepupu atau family di area utara yang bawa kami, namun kali ini hanya kami sahaja yang pergi. Berbekalkan peta yang dilukis, kami pergi. Hahahah...sebenarnya tidaklah susah sangat pon, tapi oleh sebab sudah terlalu lama tidak singgah dan hanya bertemu di tempat lain menyebabkan memori ni agak berkarat. Namun, ALHAMDULILLAH...dengan mudah kami tiba di sana...nasib baik saya ada sarah, co pilot saya yang memang celik peta...nak harapkan yang lain..hehehehe...
Lepas lepak2 kat sana, kami bertolak ke sg. lar pula...selalunya pergi ke sini, kali ikut jalan lain...tidak pernah ikut lagi jalan dari naga lilit ini...sekali lagi lukis peta...berjaya sesat sedikit..tak lama pon..tapi jumpa juga akhirnya...hahahha...selepas tu patah balik ke butterworth...Masa ni mata pon dah tak larat nak bukak...perut pun dah rasa sebu je..maklumlah..sini buat mee kuah..yang ni buat laksa...sini buat nasi tomato...pukul 9.30 malam baru bertolak balik taiping..kali ni saya bawak perlahan je sebab dah kena tegur dengan pemandu dua buah kereta yg ikut sekali..iaitu adik lelaki n kakak n abang ipar saya yg kata saya bawak kereta laju sangat...hmmmmm....
Bila dah bawak perlahan tu...mata ni mulalah nak lelap...fiil saya ni memang berbahaya betul...kalau saya bawak kereta perlahan..saya cepat mengantuk...mulalah fikiran fikir benda yang bukan-bukan..contohnya plot novel akan datang ke..tak ke bahaya tu...tapi kalau bawak laju pun bahaya juga....hmmmm...
Sampai rumah...yang berkahwin terus masuk bilik..yang bujang2 ni tidur berjemaah je..bentang toto depan tv..dan terus zzzzzzz......nasib baik dah solat siap2...
Adik beradik saya yang perempuan memakai tudung depan ipar lelaki. Jadi..bila ipar lelaki balik memang kami 'wajib' menjaga aurat...kadang2...alahai..rasa leceh je nak bertudung dalam rumah sendiri tapi bila dah hukum...nak tak nak terpaksa ikutkan...alah bisa tegal biasalah kan...sebelum abang ipar masuk bilik saya sempat pesan..esok pagi bangun lambat sikit...lepak kat bilik lama2 sikir sebab boleh kami rileks kt bawah...hahahah..
Hari ni raya kedua...rumah saya diserbu oleh student adik saya...kesemuanya lelaki...berturut-turut tetamu datang ke rumah...dan yang pasti..tetamu saya memang tak ada..hahahah...sedih betul saya ni...hahahaha...
Emak saya pula sibuk dengan ketupat yang perlu dimasaknya untuk majlis jamuan raya kawasan rumah kami ni...Jadi. nak tak nak kena tolonglah jugakkan walaupun rasa malasnya......
Malam ni...baru boleh rileks sambil tgk citer hindustan..tapi kepala ni sah rasa sakit...aduhai.....

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...