Tuesday, August 10, 2010

comment that i've been waiting 4...hahahaha


Tq banyak2 Jan..akak betul2 rasa terharu sebab Jan sanggup luangkan masa menulis review aka post mortem yang panjang gila ni...takpe..panjang2 pon akak rela je baca..hahahha...tapi jangan ada yg kata saya upah Jan puji buku2 saya okeh...tak ada kerja saya & Jan nak buat macam tu...hahahha...saya suka komen yang baik dan membina..bukannya sampai menjatuhkan semangat...Kalau tidak suka dengan karya saya...it's ok..saya terima...selera kita memang berbeza-beza...Kalau karya2 saya ni hampeh..tak best pon..boring ke apa...sila beri komen yang membina, di mana saya boleh memperbaiki corak penulisan saya..bukannya...kutuk tak henggat tapi bila tanya..sila beri cadangan n pendapat, senyap pulak...adoi..malas saya nak layan pembaca macam ni...

Bacalah....sebijik sebuntal saya copy paste dr blog beliau...jahnscar
Assalamualaikum w.b.t,

Bertemu lagi kita di ruangan ini… terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada kak Dhiya Zafira kerana mengambil masa yang agak lama untuk me-review hot novel terbarunya, Jauh Kau Pergi (JKP).

Hmm, bagaimana nak saya mulakan yer, beginilah…

Kapten Haiyan Riqfi is sooooooo…… damn COOL!!!! (terima kasih kepada penulis kerana menambah koleksi jantan-jantan macho dalam novel)


Akhirnya saya terpaksa mengakui lelaki ini menewaskan Izz Karami (but wait, hanya dalam sesetengah perkara sahaja), sedih rasanya bila terpaksa mengakui ada lelaki lain yang sehebat Izz (huhh!) okaylah, kita tinggalkan Izz sebentar, lets focus more to Rif.


Kapten Haiyan Rifqi (Rif), dia adalah seorang komando, obviously. Yang sangat menyanjung tinggi kerjaya itu, yang sangat macho, yang sangat jantan, yang sangat menjadi kegilaan gadis-gadis, even mak cik-mak cik and isteri-isteri yang gilakan novel, yang tak henti henti membayang bagaimana jika suami mereka seperti Rif. Seperti saat Rif keluar dari bilik mandi bawah hanya bertuala dengan badan yang tidak dilap... (usah biarkan fikiran anda meleret ke arah itu, sila jangan!).

Rif seorang yang pada sayalah, sensitive (mamat Izz tu tak sensitive lak???), tidak boleh dicuit masa silamnya (samalah dengan Izz pun). Dia pandai berahsia (Izz pun sama, what?). Basically, kalau kita nak tengokkan dari segi luarannya, dia ni tak ada kurangnya, sikit pun tak (Izz pun sama, okay!!!). Cuma seperti novel-novel terdahulu, penulis menggunakan pendekatan dimana, masa silam yang pahit itu kalau disimpan dalam hati akan membawa kepada kesukaran hidup untuk bahagia pada masa akan datang (betul ke ayat aku ni?). Hal ini dapat kita lihat dengan jelas melalui Izz Karami (RBB), Amie Najla’ (RUD) dan sekarang, Rif (JKP). Kesemua mereka menjadi mangsa kisah silam yang menjerakan. Suka saya ulangi lagi kesukaan penulis, PTSD… Post Traumatic Stress Disorder… dalam JKP, penulis tidak menyatakan secara jelas tapi, mereka ini adalah tentera. Kita tahu tentera adalah individu-individu yang paling vulnerable terhadap masalah ini. Biasanya, selepas menjalankan misi, hal ini ada dinyatakan oleh penulis dalam novel ini; dimana, Kapten Najmi Hariri (hebat namanya…) hampir-hampir menumbuk@menampar Afi dalam igaunya. Dan Rif pula merembat muka Afi dalam keadaan separa sedar. Penulis mengarap perkara ini dengan lebih ringan, mungkin kerana beliau tahu yang pembaca sudah makin arif tentang perkara ini.

Saya nak bercerita lagi tentang Rif, entah kenapa saya cuba mengatakan yang Izz lebih baik. Tapi kenyataannya, tidak. Selepas selesai menelaah JKP saya dapati yang banyak kualiti yang menarik tentang Rif. Ada masanya dia boleh jadi lawak, ada masanya dia jadi pendiam, murung dan ada masanya dia jadi pemarah. Berlainan dengan Izz yang hampir sepanjang masa seorang yang dingin. Izz menyelamatkan Adni kerana cinta, Rif pula menyelamtkan Afi kerana tanggungjawab dan amanah. Perbezaan di situ saya cuba amati dalam-dalam. Saya cuba menyelami perasaan seorang Rif. Namun sampai separuh novel berjalan saya masih keliru dengan lelaki ini. Bukannya gaya penceritaan kak Dhiya susah difahami, cuma saya lebih kepada menyelami psychological Rif, sebenarnya. Jika benar manusia sebegini wujud, apakah yang dia fikir sebenarnya. Selepas klu tentang Nadia diketahui, saya menyimpulkan satu hipotesis, menyelamatkan Afi mungkin juga salah satu cara redemption yang dia lakukan untuk menebus rasa bersalah kerana tidak mampu melindungi Nadia. Walaupun pada akhirnya dia tewas dan ingatan terhadap Nadia makin kejap dia rasai. Sekaligus melukakan hati Afi. Yang dikejar takkan pernah dapat, yang dikendong tercicir begitu sahaja (panjang lebar kau membebel, hah!). Dalam novel ini, watak Rif dikembangkan dengan sangat cantik, sangat lancar sekali. Awalnya dia seorang yang dingin (@nampak dingin), dia kemudiannya berubah menjadi pak lawak sedikit (untuk menutup realiti yang sebenarnya dia terseksa dengan kenangan) dan akhirnya apabila semua terbongkar, dia bagai hilang punca (entah apa yang dia lakukan, semua nampak serba tak kena).

Hmm, lagi? Tema novel ini. Daerah Paling Sepi di Dunia Adalah Hati Tanpa Cinta. Saya terfikir sejenak. Penggunaan kata yang begitu puitis, marvelous! Hahaha, but seriously, almost half of the novel, saya tak tahu nak me-refer-kan quote ni untuk Afi atau Rif. Hanya pada bahagian dimana Afi menatap gambar Rif (tanpa baju… lagi?), Rif memandang orang yang mengkap gambar itu dengan penuh rasa cinta. Di situ saya mula merasakan yang pasti ada seseorang yang pertama menjadi orang kesayangan Rif, sekaligus mengingatkan saya kepada prolog novel ini. Done.

Hmm, selain kerjaya sebagai komando angkatan tentera darat, dapat juga kita lihat lagi satu kerjaya yang berjasa buat Negara. Pustakawan. (Hahaha!!!) Like seriously, gelak kenapa? Tapi betullah cakap kak Dhiya, kerjaya sebagai pustawan ini memang kat Malaysia dipandang sebelah mata. Aku pun kadang-kadang terfikir gak. Heheh… (padahal kau suka jer sepah-sepahkan buku kat Lib, kan?) Ah, diamlah kau! Mereka ini adalah mereka-meraka yang berurusan dengan ilmu, sedikit sebanyak, ilmu yang kita nak guna, worse come to worse, kita kena jugak jumpa mereka ni one day nak minta tolong jugak… hmm, baiklah, selepas ini saya akan bersikap lebih baik terhadap pustakawan-pustakawan sekalian. Hahaha. Done.

Actually, saya tak nak cerita banyak sangat pasal novel ni, especially synopsis. (korang beli and baca sendiri. Lagi satu jangan harap nak pinjam dari aku setelah kau menjahanamkan RBB aku, kau tau sape kau!!!) Berbaloi beli novel ni, korang mencari penulis berbakat yang bukan nak menulis cerita meleleh-leleh semata-mata? Korang dah jumpa! Sila beli and baca novel ni. Cakap banyak tak guna. Done


Yes, the best part… yang aku tunggu tunggu.

Mari kita contrast and compare Izz Karami dengan Haiyan Rifqi:-

Similarities (sila note that ini adalah dari perspektif saya sahaja, yer. Sila jangan serang jika anda tidak setuju.)


1. Kedua-duanya hensem.

Aduh, kau pernah pulak baca novel membayangkan heronya bermuka tayar,kan? Kalau dulu aku ada mengatakan yang aku membayangkan Izz itu seperti Piolo Pascual. Dan ada yang membayangkan Izz seperti Kevin Costner waktu muda-muda. Sekarang mesti ada yang membayangkan Rif ni macam Jacob, kan… nak-nak tang six pack dia! Hahaha, bingo! (mungkin hanya six pack Jacob sahaja yang dibayangkan para pembaca.)


2. Kedua-duanya macho.

Sorang tu ex-convict, sorang tu lak komando. What do you expect? Dah konfem-konfem la mereka ini 2 manusia yang macho tahap gaban. Kalau Izz kita bayangkan pakai jaket kulit hitam, jeans lusuh, ada rambut (yess!!! Izz menang!!!!) dengan Berretta dia. Uuuiihhh, macho dowh! Rif? Korang dah tau-tau yang dia ni mamat tentera. Not just tentera LLP (bak kata penulis), komando okay. Itu dah cukup menunjukkan betapa machonya dia. Mesti best giler buat rappelling, abseiling tu sumer, kan. Duhhh!!!

3. Kedua-duanya tinggi.

Ini adalah personal confession dari penulis sendiri, bukan hanya Rif dan Izz sahaja. Jad dan Taufik juga. Nampaknya penulis sendiri menyukai lelaki bertubuh tinggi dan tegap. Hai…


4. Kedua-duanya hebat berlawan.

Rif, seorang komando yang konfem-komfem terlatih dengan TEMPUR TANPA SENJATA (TTS). Hehehe, kau tahu benda ni, dulu masa kat kem Khidmat Negara Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, aku ada belajar sikit-sikit. Best! Izz pulak, tidak diterangkan adakah dia belajar berlawan apa-apa martial art apa-apa pun. So, kita boleh cakap yang Izz is a natural-born fighter (yess, Izz menang lagi!!!)



 
MAJOR differences

1. Background.

Kita sedia maklum yang Izz datang dari keluarga ‘bahagia’, ada ibu, bapa dan adik. Dia juga bolehlah juga nak dianggapkan kaya jugak sebab mampu pergi belajar kat overseas. Rif pula, belajar di UTM, walaupun yuran UTM jauh lebih tinggi dari UiTM(seperti saya sekarang, hahaha!) tapi, kira murahlah kalau nak dibandingkan dengan Izz. Belajar dekat Sheffield, hah…selain itu, Rif adalah nak yatim piatu (kot…), sebab tu dia mintak tolong parents Helmi untuk meminang Nadia. See, mereka ini berbeza.


2. Pandai nyanyi.

Masih ingat lagi lagu ‘Wild World’ nyanyian Mr. Big yang menjadi lagu tema RBB? Dalam novel tersebut, Izz menyanyi lagu itu. Walaupun Adni ada berkata yang suaranya tidaklah semerdu Mr. Big tapi bolehlah terhibur. Ini menunjukkan yang suara Izz is not bad. Rif??? Anda nak dengar lagu GERAK KHAS? (mungkin bukan lagu Gerak Khas tv2 tu… mendengarkan lagu itu pun buat telinga ni tersumbat, inikan pulak lagu GERAK KHAS yang betul-betul tu. FAIL!!!! Izz menang!!!).


3. Awek.

Digambarkan yang awek Izz, Adni Zuhayra (Adni) adalah seorang wanita yang tinggi lampai. Dia juga sangat kaya. Sangat lawa. So, sangat sempurna. Afiqah Najwa (Afi) pula, berketinggian wanita melayu tipikal, rendah-rendah tinggi gitu. (pakai heels la kot…), lawa…bertudung. Lebih muslimahlah kot. Adni tidak dinyatakan sama ada bertudung atau tidak. Berbalik kepada Afi, dia seorang pustakawan, Adni pula pemilik resort.


Hmm, itu jerlah yang dapat saya compare and contrast buat masa ini. Sebelum saya lupa, dengar cerita, novel akan datang adalah cameo dari JKP. Siapakah dia? I’m thinking Kapten Najmi Hariri. Korang yang tak undi lagi, undi Jimmy tau!!!!!


By the way, Rif is cool but Jimmy rocks!!!!

Anyway, rasanya dah banyak dah saya mengarut ni. Kena say goodbye dulu. Kepada sesiapa yang belum baca JKP, sila baca sebab cerita ini sangat hebat and the best from Dhiya Zafira buat masa ini!

Tuesday, August 03, 2010

For The Rest Of My Life....Maher Zain


Aduhai...sedapnya lagu ni..Pertama kali saya mendengar atas cadangan Ika...sekali dengar terus tak boleh berhenti. Dok asyik replay sahaja dalam youtube ini...Ya ALLAH...kalaulah ada suami yang menyanyikan untuk saya melodi indah ini, mahu saya pitam dua tiga hari...tapi apa boleh buat...suami pun tak ada lagi...macam mana ni? hehehehe..tak apalah....takda orang nak sampaikan, saya tujukan lagu ni diri saya sendirilah..hahahah...nak dengar sila..silencekan lagu saya di bawah itu ya....

JKP No. 4...MPH



Salam...

Baru semalam saja saya masukkan kedudukan carta JKP dalam MPH...Tetiba tadi, saya tergerak mahu melihat semula kedudukan walaupun saya tahu selalunya MPH akan update website setiap hari rabu. Tapi bila saya buka sahaja, wah! sudah update list untuk bestsellers minggu lepas...ALHAMDULILLAH...kedudukan JKP bertambah baik....daripada kedudukan asalnya no.13 naik ke no. 9 dan kini ditangga ke 4 pula. Adakah JKP akan berjaya mencecah no 1? Saya tidak tahu...dan saya tidak berani memasang angan-angan yang begitu tinggi....Apa yang berlaku sekarang ini pun sudah buat saya rasa bersyukur sangat-sangat....
Seperti apa yang dikatakan oleh kakak saya semalam, kalaulah KDB, RBB dan RUD tu boleh bercakap, mesti mereka kecil hati diatas tumpuan penuh terhadap JKP ketika ini.
Ya..masa zaman mereka, saya tak mengenali facebook lagi...saya tak berminat untuk membuka akaun sekalipun, namun kini saya akui..fb adalah medium terpantas dan terbaik untuk saya mempromosi karya2 saya...dan feedback yang saya terima amat menggalakkan...syukur ALHAMDULILLAH...rezeki yang ALLAH kurniakan kepada saya....

Monday, August 02, 2010

JKP & MPH


Salam....Kedudukan JKP pada minggu lalu...ALHAMDULILLAH....naik 4 anak tangga....Mudah-mudahan kedudukannya minggu ini lebih baik. Kalau menurun sekalipun, saya bersyukur kalau hanya setakat itu rezeki yang ALLAH berikan...

Thursday, July 29, 2010

My Heroes & I

Salam....

Baru semalam saya menyambung manuskrip yang tertangguh 3 hari. aduh...saya kena kejar banyak page kalau mahu siap dalam masa 3 bulan ini...Hmmm..Lynn...kita ni mmg fail dengan MOU lah...hahahahah...seperti biasa, semalam saya mula menaip.....baru dapat 2 page saya diganggu lagi. Keadaan sama macam sebelum-sebelum ini. Kali ini lebih teruk lagi. Bukannya seorang tetapi 4 orang. Walaupun penuh dengan rasa cuak, saya melemparkan senyuman buat mereka. Walaupun terasa diganggu..saya akui, saya sedikit rindu kepada mereka. Salah seorang dari mereka menarik laptop saya dan cuba menjengah apa yang sedang saya tulis. Saya tempis tangannya....apa yang sedang saya tulis ini masih rahsia. Mana boleh mereka datang dan mengacau saya sesuka hati mereka. Saya cuba tidak endahkan mereka..pura-pura mereka tiada namun suara mereka semakin menusuk ke dalam telinga..kepala dan jiwanya. Saya tahu mereka sedang tidak berpuas hati tentang sesuatu dan mereka cuba berbalah tentangnya..dengan suara yang agak kuat.
Saya tahu...saya tidak boleh mendiamkan diri lagi. Saya berpaling dan memandang mereka seorang demi seorang.
" Ok...apa yang tak kena ni? Apahal nak gaduh-gaduh kat sini? Apa yang tak puas hati lagi ni?" soalnya saya tiba2 sahaja rasa pening kepala.

" Dhiya, Answer me one question, am i still ur favourite hero?" Izz bertanya sambil mata helangnya berterusan memandang ke arah saya. suaranya begitu tegas seolah-olah mencabar saya untuk mengatakan sebaliknya. mendengar soalannya itu, Rif ketawa. ketawa besar sambil disambut oleh Fik dan Jad Imran.

" Aku boleh tolong jawabkan...sorry ya Izz..takhta kau dah dirampas...siapa?..akulah tu.." balas Rif masih dengan ketawa. Saya merenung Rif sekilas..saya tahu dia berasa bangga dengan populariti yang dikecapinya baru-baru ini.

" Huh...kau jangan nak perasan Rif, Aku hero pertama dhiya...apa pun aku tetap hero pertama dan favourite dia...." Adnan Taufik pula tidak mahu mengaku kalah. Dia memandang saya dan bibirnya mengukir senyuman. meleret-leret...aduhai Fik....

Saya menoleh ke arah Jad yang masih mendiamkan diri. Kening saya terangkat memandangnya dan melontar pertanyaan yang tidak terluah. Adakah dia tidak mahu turut serta dalam perbualan kami? Jad hanya menggeleng perlahan. Tangannya diletakkan atas bahu saya dan menepuk-nepuk perlahan.

" Saya tahu...dhiya sukakan kami semua..dhiya tak pilih kasih. Dhiya buat apa yang terbaik. Walaupun ada yang tak puas hati sebab saya sudah beristeri, tapi saya tak menyesal...saya tak menyesal mengahwini Suraya...saya buat apa yang saya fikir betul....dan Dhiya...terima kasih untuk Amie..." Balasnya jujur. Aduhai Jad...ya..antara mereka Jad yang paling lembut hati...Dia terlalu memikirkan kebahagian insan lain sehinggakan dirinya sendiri terabai..

Saya pandang kesemua mereka...apa yang perlu saya ucapkan untuk menenangkan hati mereka. mereka semua tetap hero pujaan saya...tidak lebih dan tidak kurang...
Saya pandang wajah Fik dan Jad. Kemudian saya pandang wajah Izz dan Rif. Mana boleh hendak saya samakan mereka. Karekter meraka masing2 berbeza. Jad seorang pensyarah...Fik pula seorang ahli perniagaan..kalau hendak dibandingkan dengan Izz yang ex-convict itu dan Rif, komando mmglah tidak terlawan. Tak perlu melihat secara nyata...secara kasarnya kita sendiri boleh bayangkan bagaimana perbezaan mereka sebenarnya....

Tapi yang pasti hero-hero saya ini..bukan mudah perjalanan hidup mereka. Masing-masing ada kisah silam yang memeritkan...esp Izz...namun syukurlah....keadaan semakin berubah...mereka bahagia dengan hidup masing-masing....sedang saya meladeni rasa pilu..cewah..tiba2 muncul lagi seorang...keempat-empat hero saya itu terbeliak biji mata. Saya pon sama apabila melihat MR.S menjengukkan muka. Dia hanya tersenyum. sedikit malu kerana mungkin menyedari dia seperti menganggu kami.

" Dhiya...saya dah sedia untuk beraksi..." tuturnya sambil melabuhkan punggung di hadapan saya.  Senyum saya semakin lebar...

Wednesday, July 28, 2010

Saya & Gua Hira'




Hentian sebelum turun ke Gua...lihatlah pemandangan sekeliling...angin masa ni bertiup kuat...nyaman

Pintu masuk ke Gua hira' memang sempit

Kambing si mata biru...takut saya dengan dia ni...macam nak sondol kamera saya je...


Salam...

Kali ni saya nak menyambung n3 saya di Mekah pula. Kali ini saya mahu menceritakan pengalaman saya menaiki Jabal Nur / Gua Hira' di mana RASULLULLAH SAW yang tercinta menerima wahyu pertamanya. Lawatan ke Gua Hira ini tidak termasuk di dalam pakej lawatan yang percuma. Untuk ke sana, saya dan kawan-kawan perlu membayar 20 Riyal seorang.
Sepatutnya kami pergi pada hari ahad 12 Julai, namun entah macam mana sebab World Cup Final malam tu, jadi kurang mendapat sambutan. Hmmmm....saya tak tahulah adakah itu penyebabnya, namun mungkin itu antara penyebabnya...Allahualam...
Jadi pada malam Isnin...saya mulanya berasa ragu-ragu. Hendak pergi atau tidak..hendak pergi atau tidak. Ika dan Kak Nor dah bersiap2 dah nak pergi..saya masih terbaring atas katil. Hmmm...masa tu timbul keraguan dari diri saya sama ada mampukah saya nak memanjat selama sejam itu untuk sampai ke Gua Hira'. Sudahlah saya ni sudah begitu lama tak bersenam, jadi tenaga tu memanglah kurang....
Dan saya pon tidak tahu kenapa saya tiba-tiba rasa tak nak pergi, walaupun sebelum itu saya memang teruja sangat. Mungkin mengingatkan keesokkan harinya saya akan meninggalkan Kota Makkah, menjadikan saya kehilangan mood untuk melakukan apa sahaja.
Bila Ika dah mengajak...saya bangun juga...Mandi sepantas kilat...Kat sini memang kerap mandi..hahah..boleh dikatakan setiap waktu  nak mandi....Malam tu kami bertolak dalam pukul 8 malam. Hanya 8 orang yang turut serta dan kesemua kami perempuan dan ditemani oleh seorang mutawif.
Hmmm...sebelum sampai, berasa berjalan di sekitar Makkah ini. tercegang jugaklah mengenangkan besar juga kotanya...Maklumlah sepanjang masa hanya berjalan dari hotel ke Masjidil Haram...tempat lain mmg tak berpeluang untuk pergi...tak terfikir hendak pergi pun...
Kami pergi menaiki van, melalui kawasan perumahan yang sempit dan berbukit. Ala ala macam scene dalam movie kt europe...muat2 hanya satu keta yang lalu...Nasib baik malam..memang terasa sikit gayatlah..dengan pemanduan drivernya yang membunyikan hon sesuka hatinya saja. Bila sampai di kaki bukit, van berhenti dalam keadaan menyenget. Aduh...kami kat salam van tu dah beristighfar dalam hati. Saya yang duduk di tepi sekali berderau rasa darah sebab saya rasa bila2 saja van tu boleh terbalik. Sudahlah kedudukan kami memang di jalan yang berbukit. Bila mahu membuka pintu, pintu van itu jammed pulak. Dalam hati mmg dah semakin kecut tapi masa tu hanya mampu mengucap dan istighfar banyak2...Akhirnya dapat buka juga pintu van,,,meluru kami keluar...takut punya pasal...
Dekat situ ada kedai runcit. Mutawif mencadangkan kami membeli tongkat untuk membantu pendakian kami. So,,masing2 menghulurlah 4 riyal seorang untuk membeli tongkat. dan dengan lafaz Bismillah..kami memulakan pendakian, di malam gelap.
Antara 8 orang itu, saya, ika, kak nor n kak ros satu kumpulan...dan 4 orang lagi tu, mereka kumpulan lain...oleh sebab matlamat yang sama mahu ke gua Hira...kami pergilah bersama2...Jadi bila mendaki itu, 4 orang remaja itu memang teruja..maklumlah..umur muda..tenaga pun banyak lagi...adeh...rasa macam orang tua pula saya ni...so..mereka mendaki dengan pantas...
Kumpulan saya pula...jalan setapak...bergambar...jalan setapak bergambar...dan lepas tu saya rasa penat...hahahahahha...asik2 berhenti berehat. untuk makluman, ini bukan sebarang bukit ya...tangga yang disediakan itu pun hanya dibuat ala kadar.....tak sama saiz...kejap tinggi..sampai nak melangkah pon payah...kejapnya pendek2....dalam keadaan menjunan...
Siapa yang berasa penat naik bukit tonggek kt Uitm tu...itu bukan apa-apa ok...hahahaha...saya dah rasa macam nak give up...tak nak teruskan..tapi tak boleh...sebab mutawif yang ikut hanya seorang....bahaya kalau hendak biarkan saya menunggu dibawah seorang2....Ya ALLAH...memang saya rasa payah sangat...bila panjang bawah...sayup2 je nampak.....sudahlah gelap..bila pandang atas...jauhnya lagi...Ika, kak nor n kak ros tak habis2 beri saya peransang..support saya...tak nak tinggalkan saya...saya dah beberapa kali dah cakap tak nak naik dah...tapi kak nor cakap..tak apa..langkah satu satu pon tak apa..akak tak akan tinggal dhiya...
Ya...atas dorongan tak putus-putus itu, saya naik juga...mujurlah kumpulan saya ini gemar bergambar..jadi masa berehat utk saya lebih lama....hahahhahah...sebelum naik, kak nor sudah berpesan; masa naik selalunya kita akan berjumpa dengan 3 binatang...kucing, kambing dan monyet...kalau jumpa monyet; dengar kata tak berapa baik..kalau jumpa yang dua ekor lagi tu...tak ada apa2lah...
So..kami memang bertembung dengan kucing dan kambing. hmmm..mata biru lagi kambing tu..dah rasa cuak dah bila dia datang dekat...kot dia karate saya kang, mmg tercampak kat bawahlah jawabnya...heheheh...kat sini ambil gambar mmg mencabar je...kat skrin hitam legam...tak nampak apa2 langsung objek yg nak ditangkap tu...mmg gamble..so..mmg banyak foto yg kepala hilang...badan separuh...hahahhah...
Akhirnya...sampai juga saya....angin malam tu bertiup kuat..nyaman betul rasa..suasana cukup hening...dari atas..melihat cahay2 di Kota Makkah...kita rasa...Ya ALLAH....bagaimanalah keadaan Rasulullah dahulu...
Kami terpaksa menunggu sebentar kerana ada kumpulan lain berada di dalam Gua..tempat terlalu kecil jadi memang kena bergilir-gilir....Untuk sampai ke gua itu, kena turun tangga yang agak curam dan tinggi...bagi orang2 yang berkaki pendek seperti saya dan ika..memang satu cabaranlah sikit...
nasib baik ada rail dan tongkat warrant..hehehe..silap..tongkat saja...heheheh..sebenarnya tangga ni hanya setahun lebih baru siap...bayangkan sebelum ni...mcm mana agaknya orang turun naik Jabal Nur ni..ish..gayat....bila puak turki ( kalau tak salah)..beredar, kami pun masuk. Aduh sempitnya...yang kurus senanglah...hahahaha..ada kena panjat2 sikit..kena kona baring sikit sebab nak lepas batu yang besar...silap2 haribulan ada yang tak lepas ni...hmmmmm.....
Bila dah tiba di Gua Hira itu, masing2 ambil peluang sembahyang sunat...kecil sahaja ruangnya. hanya untuk 2 orang sahaja...seorang solat didepan, sorang dibelakang....
Sya beryukur kerana sampai juga ke atas...saya beryukur...ada teman2 yang banyak mendorong dan menaikkan semangat saya masa saya tengah give up...tetapi saya kesal kerana Gua Hira' ini tidak terjaga...Samalah keadaan di Arafah...tempat kita berwukuf itu, keadaan kotor..penuh sampah...padahal kalau hendak diikutkan...tempat2 seperti inilah yang perlu dijaga dengan rapi....
Perjalanan turun lebih mudah..tetapi sukar untuk ika, sebab dia pulak gayat dengan tangga..hahhaah...apa pun kami selamat tiba...pergi pukul 8 sampai di hotel pukul 12 tengah malam...beg tak kemas lagi...esok dah nak balik msia dah....saya rasa nak pitam masa turun van sebab lapar sangat. last makan masa lunch pastu mendaki pula..mmg sahaj cari penyakit..hahahaha...
Sebelum turun, kami bertembung dengan jemaah lain yang baru hendak mula mendaki...semua bertanya...jauh lagi tak..jaug lagi tak..nak dekat sampai je..hahahha..panjang je jawapan lami..jauuuuuuuuuhhhhhhhh...tapi InsyaALLAH ..kalau ada semangat dan keazaman..boleh sampai ke atas...
Walaupun sukar dan penat, tapi saya suka suasana si situ..sunyi..hening...mendamaikan...susah nak cakap..patutlah Rasullullah..memilih untuk berdiam di sana...ALLAHHU AKBAR...

Monday, July 26, 2010

Lagi komen JKP

Salam Kak Dhiya (waaaaaaa……….. lembutnya panggil akak gitu) terpengaruh ngan nvl ke? Huhu. Kak, best gilerz la novel akak. Tak sabar nak habiskan... Tapi kena baca pelan-pelan sebab saya menggunakan pendekatan mengalami-menghayati. Akak, tepat kol 2.13 pg td, saya telah mengkhatamkan novel keempat akak.



Secara keseluruhannya, saya amat teruja untuk membaca novel akak setelah membaca komen-komen di blog akak. Memang tak sabar nak dapatkan. Jumaat aritu, saya cari di popular, macam frust sebab depa tak pamerkan di “new arrival”. Hampir putus asa, sebab ingat tk dipasarkan lagi. Tapi, saya bijak(hehehe..) puji diri sendiri nampaknya. Saya tanya, dan ada... yey dapat!!!!!!!



Wah........... saya suke sangat citer akak yang ni... len kali wat ctr macam ni lagi tau kak... Ape ek perasaaan saya? Rasa macam nak cari boyfriend komando plak lepas ni...kihkihkih... Pandai akak gambarkan Haiyan Rifqi. Jatuh cinta dibuatnya dengan karisma yang ditunjukkan. Sangat kuat dan pandai.. huhuhu...



Saya pun suke jea ngan Afiqah Najwa.. akak menggambarkannya dengan berkesan. Tapi dia cengeng... kalo akak sambung, citer Najmi Hariri, bagitau perkembangan dia tau... Akak bayangkan siapa ek masa tulis watak dia?? Saya dapat merasakan pergolakkan jiwa yang berlaku terhadap Afi.



Apa ye yang akak nak tau lagi.... ok, saya dapat tau pasal tugas-tugas seorang anggota komando. Saya, suke jea ngan persahabatan yang ditunjukkan oleh Eddie, Luqman, dan lain-lain. Sangat memahami dan tahu ape yang perlu dilakukan walaupun dengan bahasa mata.




Kritikan yang akak tak nak dengar ialah... jangan kecik hati tau... contohnya penggunaan kata sendi nama ‘di’. Kalo diikuti dengan tempat, ditulis sebagai ‘di hati’. Kena jarak... kan? Saya dah tanya GC Bahasa. Ada beberapa kesalahan yang sama dilihat dalam novel akak ni.



Yang kedua, ejaan untuk ‘baru’. Kalo untuk yang ‘new’ ejaannya ‘baharu’. Kalo ‘baru’ yang membawa maksud ‘just’ ejaannya baru. itu yang saya belajar semasa di IPGMBM. Dan saya telah semak kamus. Akak, cuba lah tanya orang yang lebih pakar.

( Tu dia...cikgu BM dah tegur dah...Terima kasih atas teguran...akak akan cuba memperbaiki penulisan akak...)


Hah... lagi satu, saya tak suke lah watak mariya tue.saya baik tau. Bukan suka mengambil kesempatan macam JKP tu. Geram jea. Dah lah bersuami. Saya single-mingle lagi tau. Akak ikut dan aje ek. Letak yang elok2 ckit. Len kali bagi watak heroin tau. Kahkah...( Amboi..demand watak heroin tu...dulu kata apa pun tak apa...hahahhhaa)

 

Secara tuntasnya, ceh..ceh..ceh macam dalam karangan, saya sangat suke ngan novel akak yang ini, masih terbayang-bayang di ingatan. Rasa macam nak kahwin jea...



Tp, boyfriend pun takdak lagi.( Rif dah tak available..najmi pun sama...)

Ada apa dengan RUD?

Salam....

Aduhai..seronoknya bercuti hari ni...Jangan jeles ya...saya memang bercuti setiap ahad dan Isnin...Jadi....pagi-pagi ni saya nak sambung balik pasal novel ke 3 saya iaitu RINDU UNTUK DIA....



Inilah rupanya novel RUD ini. Cantik cover dia...setiap kali saya melihat cover ini, serta merta ingatan saya jatuh pada Alhambra..pada kenangan saya di sana. Kalau sesiapa yang mahu tahu, apa yang berlaku kepada Amie semasa di Alhambra itu sebenarnya berlaku kepada saya. Tetapi Rsaya tidaklah berjumpa dengan Jad...hahahaha....kalau jumpa Jad di sana, memang saya bawak balik dia..hahahah

RUD ini diterbitkan pada tahun 2009, bulan 8. Nasibnya juga  bertambah baik...ianya hanya mengambil masa selama 5 bulan untuk diterbitkan. Saya ingat lagi saya dengan kelam kabutnya menghantar pada editor setelah melanggar entah berapa banyak dateline yang diberikan.

Ramai pembaca yang membandingkan RUD dengan RBB. kisah RUD ini kisah romantis-thriller ke 2 saya. Tentu saja ada perbandingan antara kedua buah buku itu. Dan yang pasti heronya juga menjadi perbandingan yang hebat. Ada yang kata Jad tak mampu bersaing dengan Izz...ada yang sukakan Jad. Macam2 pendapat yang saya terima. Tapi yang pasti, pembaca tak gemarkan Jad yang sudah berkahwin...aduh...( jgn rasa teragak2 ya dengan kenyataan Jad yang sudah berkahwin---anda akan tahu sebab apa dia bertindak sedemikian rupa)...

Kalau ada yang pernah membaca RUD ini, pasti anda tahu kisah apa yang sebenarnya saya cuba coretkan. Saya suka meneroka subjek POST TRAUMATIC STRESS DISORDER. Jadi...buku RUD dan kisah AMIE ini adalah berkenaan dengan kesan psikologi itu. Ada juga penulis yang mengolah plot yang serupa...(heroin diperkosa), namun serasa saya tiada lagi yang menulis apa kesannya sebenarnya menjadi salah seorang mangsa rogol ini. Justeru, saya rasa terpanggil untuk mencuba meneroka kemelut jiwa Amie Najla'. Memang payah. Entah berapa banyak bahan bacaan dan rujukan yang saya terpaksa buat hanya untuk mendalami jiwa Amie...dan saya juga mengambil risiko menulis RUD ini..Dengan heronya yang sudah berkahwin, heroinnya diperkosa..hahahah..memang rumit rasanya kan....Tapi...usaha saya serasa berbaloi apabila ada pembaca yang menghargai usaha saya itu..hahahahha....
Kepada sesiapa yang belum membaca RUD...mungkin anda boleh cuba membacanya selepas ini...

Saturday, July 24, 2010

Ada apa dengan RBB?

Salam....

Jangan hairan ya kenapa saya mahu bercerita tentang kesemua novel-novel saya. hehehehe...Almaklumlah...novel makin bertambah ( baru 4 dah kecoh), tapi rasa macam saya mengabaikan pula buah hati saya yang terdahulu ini..Jadi..kali ini saya sambung pula dengan RINDU BELUM BERHENTI.


Inilah rupanya novel kedua saya yang diterbitkan pada bulan Jun 2008. Dengan RBB, saya tidak perlu menunggu lama. Hanya 6 bulan setelah saya menyerahkan manuskrip kepada editor, ianya diterbitkan. Ya...saya lega RBB tidak menerima nasib seperti KDB.
Apa istimewanya RBB ini. Aduhai...terlalu banyak yang hendak saya senaraikan. Antaranya ialah...inilah karya pertama saya bergenrekan ROMANTIS-THRILLER. Ini adalah percubaan pertama saya. Jadi semasa menulis kisah ini, ianya seperti menulis novel pertama sahaja gayanya.
RBB lahir seiring KDB. Semasa KDB diterbitkan, RBB sudah pun 70% siap. Tajuk asal yang saya letak adalah AKU AKAN MENANTIMU...namun setelah sampai ke tangan editor saya menyenaraikan RBB sebagai pilihan kedua saya dan RBB diterima. Tajuk RBB serasa saya sangat menarik, bukan? hehehehe...
Istimewanya RBB kerana ada Izz Karami. hahahaha...saya tahu ada pembaca yang angau dengan Izz ini. Ramai pembaca yang jatuh cinta dengan Izz...Saya pula semasa menulis kisah ini, juga angau dengan Izz ini dan sehingga kini angaunya masih belum hilang. Aduh..teruk betul saya ni. Apabila Izz muncul, saya sukar menulis karekter hero yang kalau tidakpun melebihi, cukuplah setara dengan karekter Izz ini. Ramai yang kata Izz masih belum ditandingi. Dan ada pula yang kata, Rif, hero JKP mampu bersaing dengan Izz. Bagaimana dengan anda semua?
Ya...saya mengambil risiko dengan RBB. Feedback yang saya terima, memang banyak. Rata-rata menyenangi hasil penulisan saya ini. Saya lega...benar-benar lega kerana RBB diterima pembaca. Bukan senangnya seorang penulis wanita hendak memecahkan tanggapan bahawa penulis aksi dan thriller itu adalah penulis lelaki sahaja.
Saya bukan mahu melawan atau menyaingi. Saya hanya mahu memeriahkan/ menyemarakkan kelompok penulis-penulis Thriller yang amat sikit bilangannya di Malaysia ini. Saya meminati karya Abdul Rahim Awang dan Ramlee Awang Murshid. Saya harap, saya mampu menjadi seperti mereka. Saya berharap, karya-karya saya mampu menjadi sebutan seperti karya mereka berdua. Dan saya berharap jualan karya saya juga seperti RAM & ARAR yang seperti pisang panas itu...Aminnnnn....
Kepada pembaca yang masih takut membaca karya saya, cubalah baca dan nilaikan sendiri. Mungkin ada boleh mengubah tanggapan anda bahawa tak semua karya Thriller itu hanya serius, berat dan men-depressedkan anda apabila membacanya....
Saya tidak mempunyai masalah dengan pembaca yang sukakan thriller di dalam novel. Mereka dapat menerima RBB seadanya. Masalah saya ialah pembaca yang mahukan kisah cinta semata-mata. Kisah cinta seperti KDB. Bagaimana ya formula untuk menarik minat pembaca untuk membaca pelbagai genre? Hmmm....Susah sebenarnya ya....

Friday, July 23, 2010

Ada apa dengan KDB?

Salam...

Beberapa hari ini, apabila saya masuk ke fb ataupun forum, ada beberapa pembaca yang bertanya, tidakkah saya mahu mengarap kisah seperti novel pertama saya KUDAMBA BAHAGIA?
Ada yang berkata mereka lebih prefer KDB dari novel-novel saya yang kini berlainan genrenya. Dan mereka mahu saya menulis seperti itu semua. Jawapan saya? Hmmm....pertamanya saya diam tidak terkata. Kemudiannya saya memberikan reason kenapa saya rasa saya tidak mampu menulis seperti KDB lagi...


Inilah dia novel pertama saya. Buah hati yang saya tatang begitu lama berbanding adik2nya yang lain. Kalaupun nanti saya panjang usia dan dianugerahkan ALLAH ilham yang banyak, dan banyak sudah novel yang saya tulis, KDB tetap istimewa dalam hati saya. Dia yang PERTAMA. 3 tahun saya menulis. Dari 2002-2004. 3 tahun saya menunggu KBD diterbitkan. Tajuk asalnya SEHINGGA TERUKIR SENYUMANMU...(2004-2007).
Antara watak hero n heroin, saya paling lama dengan Fik & Alia. Aduhai apa yang boleh saya katakan dengan hero n heroin pertama saya ini. Sesungguhnya saya senang dengan kedua-duanya. Tetapi mungkin sudah tersurat, nasib KDB tak sebaik nasik adik-adiknya yang lain....ia terpaksa menanti dengan begitu lama. Sudah berapa kali saya terpaksa merombak dan membetulkan jalan cerita. Kalau dulu, saya hampir saja merajuk dan putus asa untuk terus menulis kerana menunggu terlalu lama. Saya sampai terfikir..apa buruk sangatkah STS ini sampai susah sekali hendak diterbitkan? Ya...Manuskrip saya berbolak balik antara saya dan editor. Saya sudah tidak tahu mahu menjawab apa apabila keluarga dan kawan-kawan bertanya. Malu pun ada..hahahhaha
Tahun 2005..Alaf memanggil saya berkursus. Di situ saya kenal Lynn Dayana, Laila Kamilia,Mariya Alina, Durrah Fatihah dan Ayu Emelda. Di sana, manuskrip kami masing2 dibedah editor. Banyak yang saya belajar selama 2 hari itu. dan yang paling banyak..saya kena belajar banyak bersabar.
Semasa saya menulis STS, tidak banyak sebenarnya novel yang berkisahkan masalah rumahtangga di pasaran. Namun dalam tempoh 3 tahun, kisah yang sama tumbuh bagaikan cendawan. Selepas 3 tahun menunggu, dan tepat 2 minggu selepas arwah ayah meninggal dunia ( arwah penyokong utama saya dalam penulisan ini), editor telefon menyatakan manuskrip saya akan diterbitkan.
Adakah saya berasa kesal kerana masa yang panjang? Dari satu segi, saya hanya berasa ralat kerana arwah ayah tak sempat langsung melihat hasil karya saya. Itu yang saya kesalkan sehingga ke hari ini. Namun, dari satu segi...saya bersyukur saya terpaksa menunggu kerana hasil KDB dalam bentuk buku adalah sangat berbeza dengan naskah asal yang saya tulis dahulu...dari segi garapan...penggunaaan bahasa..plot cerita..ya...dalam 3 tahun itu...saya berpeluang menggilap bakat saya yang tidak seberapa itu. Tulisan saya lebih matang. Bukan mahu memuji diri sendiri tapi kalau saya tgk balik draf tulisan KDB dulu..nak gelak pon ada..Ya...ALLAH...dengan bahasa skema...bahasa dialog pun skema...serba serbi kaku...
KDB sebuah kisah cinta...kisah keluarga...tiada langsung aksi di dalamnya. Ya...bagi sesiapa yang berminat dengan genre sebegini..KDB memang menjadi pilihan. Alia yang lembut...Fik yang romantis...tapi oleh kerana sedikit salah faham, mereka berdua menderita. Ini..kisah cinta biasa..tapi bagi saya tetap luar biasa sebab walaupun kisahnya seperti kisah yang ada di pasaran, namun KDB, Fik & Alia tetap ada keistimewaannya.
Mampukah saya mengulangi kisah cinta seperti mereka. Kalau ditanya sekarang, saya hanya menggeleng. Ya..saya tidak mampu. Saya tak pasti sama ada saya mampu untuk menulis seperti ini semula lantaran minat yang mendalam, dalam penulisan bercorak romantis-thriller.
Saya menulis untuk mencari kepuasan peribadi. Saya rasa bangga melihat hasil tulisan saya memenuhi rak-rak buku di kedai. hmmm...siapa yang tak bangga ek...? dan kepuasan peribadi itulah hasil tulisan saya yang bergenrekan romantis-thriller itu. Jangan kata saya tidak bangga dengan KDB....saya sangat bangga dengan kisah itu...biarlah orang kata saya syok sendiri..memuji novel sendiri tapi...dah memang best nak buat macam mana kan..hahahahahaaahahahahahahahahahaahahahah.......tapi buat masa ini..cukuplah KDB hanya sebuah itu sahaja....Mungkin satu hari nanti...saya mampu menulis seperti itu semula..sebuah kisah yang sweet..yang boleh membuatkan anda rasa berbunga dalam hati..yang buatkan anda tersengih2 seorang diri....InsyaALLAH....

JKP di MPH



Salam...

Akhirnya JKP masuk carta MPH minggu lepas. Ditempat ke 13. Oklah ek..dari tak masuk list langsung..hahahaha...Actually...saya tak kisah pon ( er ye ke)..hahaha...kalau tak masuk dalm list, tapi biarlah buku saya sentiasa ada yang membacanya. Tak perlulah jadi bestseller pon kalau pembaca lain menghentam tak hengat. Aduhai...takut kiranya hasil tulisan saya ini tidak memenuhi selera pembaca. Yang sukakan genre Thriller, ya...Alhamdulillah mereka semua dapat menerima JKP dengan baik. Yang sukakan love story...ada mix review yang diterima. Ada kata ceritanya baik tetapi dia prefer KDB lagi. Ada yang kata...sesiapa yang sukakan citer aksi akan sukakan JKP...setiap komen saya terima seadanya. Saya mahu anda baca dan komen. Suka atau tidak..itu hak anda sebab anda sudah membacanya. Tapi janganlah pula mendengar dari mulut pembaca yang mengatakan cerita ini tidak bagus..tidak kena selera..bukan kisah cinta memadamkan minat anda untuk membeli JKP...pinta saya...bacalah dahulu....dan nilaikan sendiri....ok....

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...