Showing posts with label UMRAH 2010. Show all posts
Showing posts with label UMRAH 2010. Show all posts

Tuesday, August 31, 2010

~RINDU SAYA MASIH DI SANA~


Perkarangan Masjid Nabawi

Selepas Subuh...Jemaah berpusu-pusu melakukan tawaf

Perkarangan Masjidl Haram

Perkarangan Masjidl Haram ~ Selepas subuh

Kubah Hijau Masjid Nabawi ~ Hanya boleh melihat dari kejauhan. Begitu juga pintu Babul Salam. Ketika ini, untungnya menjadi lelaki

Wednesday, July 28, 2010

Saya & Gua Hira'




Hentian sebelum turun ke Gua...lihatlah pemandangan sekeliling...angin masa ni bertiup kuat...nyaman

Pintu masuk ke Gua hira' memang sempit

Kambing si mata biru...takut saya dengan dia ni...macam nak sondol kamera saya je...


Salam...

Kali ni saya nak menyambung n3 saya di Mekah pula. Kali ini saya mahu menceritakan pengalaman saya menaiki Jabal Nur / Gua Hira' di mana RASULLULLAH SAW yang tercinta menerima wahyu pertamanya. Lawatan ke Gua Hira ini tidak termasuk di dalam pakej lawatan yang percuma. Untuk ke sana, saya dan kawan-kawan perlu membayar 20 Riyal seorang.
Sepatutnya kami pergi pada hari ahad 12 Julai, namun entah macam mana sebab World Cup Final malam tu, jadi kurang mendapat sambutan. Hmmmm....saya tak tahulah adakah itu penyebabnya, namun mungkin itu antara penyebabnya...Allahualam...
Jadi pada malam Isnin...saya mulanya berasa ragu-ragu. Hendak pergi atau tidak..hendak pergi atau tidak. Ika dan Kak Nor dah bersiap2 dah nak pergi..saya masih terbaring atas katil. Hmmm...masa tu timbul keraguan dari diri saya sama ada mampukah saya nak memanjat selama sejam itu untuk sampai ke Gua Hira'. Sudahlah saya ni sudah begitu lama tak bersenam, jadi tenaga tu memanglah kurang....
Dan saya pon tidak tahu kenapa saya tiba-tiba rasa tak nak pergi, walaupun sebelum itu saya memang teruja sangat. Mungkin mengingatkan keesokkan harinya saya akan meninggalkan Kota Makkah, menjadikan saya kehilangan mood untuk melakukan apa sahaja.
Bila Ika dah mengajak...saya bangun juga...Mandi sepantas kilat...Kat sini memang kerap mandi..hahah..boleh dikatakan setiap waktu  nak mandi....Malam tu kami bertolak dalam pukul 8 malam. Hanya 8 orang yang turut serta dan kesemua kami perempuan dan ditemani oleh seorang mutawif.
Hmmm...sebelum sampai, berasa berjalan di sekitar Makkah ini. tercegang jugaklah mengenangkan besar juga kotanya...Maklumlah sepanjang masa hanya berjalan dari hotel ke Masjidil Haram...tempat lain mmg tak berpeluang untuk pergi...tak terfikir hendak pergi pun...
Kami pergi menaiki van, melalui kawasan perumahan yang sempit dan berbukit. Ala ala macam scene dalam movie kt europe...muat2 hanya satu keta yang lalu...Nasib baik malam..memang terasa sikit gayatlah..dengan pemanduan drivernya yang membunyikan hon sesuka hatinya saja. Bila sampai di kaki bukit, van berhenti dalam keadaan menyenget. Aduh...kami kat salam van tu dah beristighfar dalam hati. Saya yang duduk di tepi sekali berderau rasa darah sebab saya rasa bila2 saja van tu boleh terbalik. Sudahlah kedudukan kami memang di jalan yang berbukit. Bila mahu membuka pintu, pintu van itu jammed pulak. Dalam hati mmg dah semakin kecut tapi masa tu hanya mampu mengucap dan istighfar banyak2...Akhirnya dapat buka juga pintu van,,,meluru kami keluar...takut punya pasal...
Dekat situ ada kedai runcit. Mutawif mencadangkan kami membeli tongkat untuk membantu pendakian kami. So,,masing2 menghulurlah 4 riyal seorang untuk membeli tongkat. dan dengan lafaz Bismillah..kami memulakan pendakian, di malam gelap.
Antara 8 orang itu, saya, ika, kak nor n kak ros satu kumpulan...dan 4 orang lagi tu, mereka kumpulan lain...oleh sebab matlamat yang sama mahu ke gua Hira...kami pergilah bersama2...Jadi bila mendaki itu, 4 orang remaja itu memang teruja..maklumlah..umur muda..tenaga pun banyak lagi...adeh...rasa macam orang tua pula saya ni...so..mereka mendaki dengan pantas...
Kumpulan saya pula...jalan setapak...bergambar...jalan setapak bergambar...dan lepas tu saya rasa penat...hahahahahha...asik2 berhenti berehat. untuk makluman, ini bukan sebarang bukit ya...tangga yang disediakan itu pun hanya dibuat ala kadar.....tak sama saiz...kejap tinggi..sampai nak melangkah pon payah...kejapnya pendek2....dalam keadaan menjunan...
Siapa yang berasa penat naik bukit tonggek kt Uitm tu...itu bukan apa-apa ok...hahahaha...saya dah rasa macam nak give up...tak nak teruskan..tapi tak boleh...sebab mutawif yang ikut hanya seorang....bahaya kalau hendak biarkan saya menunggu dibawah seorang2....Ya ALLAH...memang saya rasa payah sangat...bila panjang bawah...sayup2 je nampak.....sudahlah gelap..bila pandang atas...jauhnya lagi...Ika, kak nor n kak ros tak habis2 beri saya peransang..support saya...tak nak tinggalkan saya...saya dah beberapa kali dah cakap tak nak naik dah...tapi kak nor cakap..tak apa..langkah satu satu pon tak apa..akak tak akan tinggal dhiya...
Ya...atas dorongan tak putus-putus itu, saya naik juga...mujurlah kumpulan saya ini gemar bergambar..jadi masa berehat utk saya lebih lama....hahahhahah...sebelum naik, kak nor sudah berpesan; masa naik selalunya kita akan berjumpa dengan 3 binatang...kucing, kambing dan monyet...kalau jumpa monyet; dengar kata tak berapa baik..kalau jumpa yang dua ekor lagi tu...tak ada apa2lah...
So..kami memang bertembung dengan kucing dan kambing. hmmm..mata biru lagi kambing tu..dah rasa cuak dah bila dia datang dekat...kot dia karate saya kang, mmg tercampak kat bawahlah jawabnya...heheheh...kat sini ambil gambar mmg mencabar je...kat skrin hitam legam...tak nampak apa2 langsung objek yg nak ditangkap tu...mmg gamble..so..mmg banyak foto yg kepala hilang...badan separuh...hahahhah...
Akhirnya...sampai juga saya....angin malam tu bertiup kuat..nyaman betul rasa..suasana cukup hening...dari atas..melihat cahay2 di Kota Makkah...kita rasa...Ya ALLAH....bagaimanalah keadaan Rasulullah dahulu...
Kami terpaksa menunggu sebentar kerana ada kumpulan lain berada di dalam Gua..tempat terlalu kecil jadi memang kena bergilir-gilir....Untuk sampai ke gua itu, kena turun tangga yang agak curam dan tinggi...bagi orang2 yang berkaki pendek seperti saya dan ika..memang satu cabaranlah sikit...
nasib baik ada rail dan tongkat warrant..hehehe..silap..tongkat saja...heheheh..sebenarnya tangga ni hanya setahun lebih baru siap...bayangkan sebelum ni...mcm mana agaknya orang turun naik Jabal Nur ni..ish..gayat....bila puak turki ( kalau tak salah)..beredar, kami pun masuk. Aduh sempitnya...yang kurus senanglah...hahahaha..ada kena panjat2 sikit..kena kona baring sikit sebab nak lepas batu yang besar...silap2 haribulan ada yang tak lepas ni...hmmmmm.....
Bila dah tiba di Gua Hira itu, masing2 ambil peluang sembahyang sunat...kecil sahaja ruangnya. hanya untuk 2 orang sahaja...seorang solat didepan, sorang dibelakang....
Sya beryukur kerana sampai juga ke atas...saya beryukur...ada teman2 yang banyak mendorong dan menaikkan semangat saya masa saya tengah give up...tetapi saya kesal kerana Gua Hira' ini tidak terjaga...Samalah keadaan di Arafah...tempat kita berwukuf itu, keadaan kotor..penuh sampah...padahal kalau hendak diikutkan...tempat2 seperti inilah yang perlu dijaga dengan rapi....
Perjalanan turun lebih mudah..tetapi sukar untuk ika, sebab dia pulak gayat dengan tangga..hahhaah...apa pun kami selamat tiba...pergi pukul 8 sampai di hotel pukul 12 tengah malam...beg tak kemas lagi...esok dah nak balik msia dah....saya rasa nak pitam masa turun van sebab lapar sangat. last makan masa lunch pastu mendaki pula..mmg sahaj cari penyakit..hahahaha...
Sebelum turun, kami bertembung dengan jemaah lain yang baru hendak mula mendaki...semua bertanya...jauh lagi tak..jaug lagi tak..nak dekat sampai je..hahahha..panjang je jawapan lami..jauuuuuuuuuhhhhhhhh...tapi InsyaALLAH ..kalau ada semangat dan keazaman..boleh sampai ke atas...
Walaupun sukar dan penat, tapi saya suka suasana si situ..sunyi..hening...mendamaikan...susah nak cakap..patutlah Rasullullah..memilih untuk berdiam di sana...ALLAHHU AKBAR...

Thursday, July 22, 2010

RINDU



Suasana selepas Subuh...Dalam pukul 4 Pagi...Rindu saya masih di sana...Bilalah saya dijemput ke sana lagi....

Monday, July 19, 2010

Raudhah

Salam...

Saya menyambung kembali kisah saya di bumi Rasullulah...

Pagi itu setelah siap bersarapan, semua jemaah dengan diketuai mutawif melangkah menuju Masjid Nabawi yang begitu dekat dengan hotel penginapan kami. Di perkarangan masjid, mutawif memberi penerangan dan membacakan doa...kami terpaksa dipisahkan antara lelaki dan perempuan. Yang sedihnya, kerana perempuan tidak dibenarkan melihat makam Rasulullah SAW.. Kami hanya boleh berdoa di Raudah yang kami tahu hendak berdoa di sana cukup payah....
Untuk memasuki Raudah, perempuan hanya boleh masuk ke situ; kalau tak silap saya..6-9 pagi, selepas zohor sampai pukul 2 dan malam 9-11. Ya...masa begitu singkat lebih2 lagi terpaksa bersaing dengan jemaah dari negara lain....
Masuk ke masjid, kita kena bersedia dicheck oleh pegawalnya...sebarang kamera, telefon berkamera tidak dibenarkan masuk. Kalau dulu dirampas tak dipulang..tapi kini kita boleh menyimpan di pejabat mereka...kecuali kamera..mmg tidak dibenarkan masuk...
Saya...walaupun tidak berniat untuk merakam gambar di dalam tetapi tetap juga membawa kamera dan handset kerana dalam perjalanan pulang, atau ke mana2...saya boleh merakam gambar mana yang saya mahu...tidak perlu berulang alik ke hotel semata2 mahu mengambil kamera...
Mana saya seludup? hahahahhha...pandai2 lah simpan, agar pengawal tu tak tahu...
Pertama sekali masuk, kami menunaikan solat tahiyatul masjid...dan solat sunat yang boleh kami buat....mujurlah saya dan ika ditemani oleh kak Nor, yang mempunyai pengalaman yang cukup banyak...dengan beliau, cukup mudah kami menuju peluang ke Raudah...
Ya....begitu ramainya orang mahu mengambil peluang memijak karpet hijau itu. Giliran terpaksa dibuat...manusia memang berebut2 mahu bersolat dan berdoa ditempat yang paling hampir dengan makam Rasulullah SAW.
Saya turu mengintai peluang...apabila grup kali dilepaskan untuk ke Raudah..keadaan menjadi kelam kabut....saya dan ika dan beberapa teman terpaksa mengawal diri sesama sendiri keana takut dirempuh dengan jemaah lain yang lebih kasar, taksub dan pelbagai lagi...
bila salah seorang dr kami bersolat...kami mengawal tempat...tapi cukup payah...jemaah belakang menolak2 sampai ika yang sedang bersembahyang pun hamoir tersungkur dengan tolakan yang keras...terus-terang saya katakan, jemaah Malaysia ini yang paling bersopan santun...dengar arahan...yang lain..nauzubillah...takut melihat mereka walaupun mereka juga perempuan seperti kami....
Saya berpeluang ke depan dan bersolat...selepas tu saya berdoa..memberi peluang kepada orang lain untuk bersolat juga...bila berdoa...saya tumpukan sepenuh perhatian...saya tidak peduli dengan tolakan..saya dalam dunia saya sendiri...saya cuba sampaikan doa untuk diri..keluarga dan teman-teman...air mata ketika itu tak usahlah dicakap...mmg sebak...selama ini hanya mendengar orang bercerita dan kini saya dapat merasainya...
sedang saya dalam kesedihan itu, tiba-tiba ada seorang jemaah memanggil saya untuk bersolat. Ya ALLAH...keadaan yang pada mulanya cukup payah itu menjadi mudah tiba-tiba. Saya tidak kenal siapa jemaah berbangsa arab itu namun, dia dengan rela hati memberikan ruang kepada saya untuk bersolat di barisan pertama...Ya Rabb....saya betul tak mampu untuk bercakap apa dah...saya terus bersolat dan berdoa...selagi peluang dan ruang yang diberikan itu ada, saya mengambilnya dengan penuh kesyukuran...ALHAMDULILLAH....ALLAH permudahkan saya di Raudhah....

Saturday, July 17, 2010

Hati tertinggal di SANA....




Salam,

Saya mahu mencoretkan sedikit perjalanan saya menunaikan umrah 2 minggu lalu. Mungkin ceritanya sudah basi tetapi perjalanan saya ke Madinah dan Makkah tak akan pernah saya lupakan....Sehingga kini, hati saya masih tertinggal di sana....Alangkah indahnya kalau saya masih di sana....menyerah diri dan segala-galanya kepada YANG ESA dan tak perlu fikirkan apa-apa pun. Hanya beribadat semata-mata.

3 Julai 2010

Saya bersama 33 jemaah lain bertolak ke Madinah...Flight pukul 10.30 pagi. Hmmm...saya ingatkan saya boleh cool masa bersalaman dan memeluk emak, namun keluar juga air mata ni. Tiba-tiba rasa syahdu. Manalah tahu kan...kata orang, perjalanan ke Tanah Suci ni banyak ujian....
Dan saya menerima ujian pertama saya.....
Hampir 8 jam lepas tu, kami tiba di Bahrain...transit selama 4 jam. Elok2 masuk waktu zohor ( masa Bahrain), kami semua bergilir2 mahu bersolat. Tetapi sebelum tu saya ke tandas dahulu dan sesuatu berlaku yang membuatkan saya cukup hampa dan sedih....Saya period.
Keluar dari tandas, saya mmg dah nak menangis dah...Saya rasa tertampar dengan ujian yang ALLAH berikan... Dalam hati saya berkata, Ya ALLAH, Engkau sudah menjemput aku ke sini, maka permudahkanlah urusan saya. 
 mood saya merudum. Sayu saja rasa hati melihat teman2 yang lain berpusu2 pergi solat sedangkan saya ditugaskan menjaga beg semua jemaah....Aduhai...dalam hati tak henti2 saya berzikir. Saya beristighfar agar ALLAH ampunkan kesalahan saya yang saya tidak nampak....
Lepas 4 jam, jemaah menuju ke Jeddah...perjalanan selama 2 jam lebih. Dalam pada itu, macam-macamlah nasihat yang ketua rombongan berikan...bagaimana menangani orang2 Kastam Jeddah yang merumitkan...
Sampai di Jeddah,, Alhamdulillah, urusan kami semua dipermudahkan. Lepas saja mengambil beg, kami keluar menuju ke bas...Mutawif sudah sedia menunggu. Kami akan memulakan perjalanan selama 7 jam ke Madinah. Namun sebelum tu kami singgah di satu tempat untuk menunaikan solat jamak isyak n maghrib dulu. Seperti biasa saya menunggu di bas.
7 jam perjalanan...saya sekejap jaga sekejap tidur...penerangan mutawif ttg sejarah Madinah...benar2 membuatkan saya sedih..lebih2 lagi mengenangkan nanti saya mungkin tidak berpeluang menjengah Masjid Rasulullah SAW, masjid Nabawi.
Bila masuk ke kota Madinah, Mutawif memberitahu bahawa, ziarah ke masjid Nabawi akan bermula pukul 6.30 pagi. Jam ketika itu sudahpun 3 pagi....sepanjang perjalanan ke hotel saya menangis dan berdoa...meminta period saya dihentikan....sepanjang masa...hati saya berbicara...lebih2 lagi melihat sinar gemilangnya masjid Nabawi itu...Ya ALLAH...MAHA BESAR....
Roomate saya yang seramai 3 orang lagi bergegas mandi untuk mengambil peluang solat subuh berjemaah. Saya...hanya mampu memandang....Hanya ALLAH sahaja yang tahu apa yang saya rasa ketika itu....Bila ditinggalkan sendirian, saya membersihkan diri. Dan ....Kuasa ALLAH...saya bersih dari period saya...saya segera mandi dan menunaikan solat syukur di bilik. Nak menyertai solat subuh memang sudah tidak sempat, jadi saya hanay bersolat di bilik.
Dan pukul 6.30 itu, dengan dada yang lapang, jiwa yang penuh kesayuan...saya melihat Masjid Nabawi sebenar-sebenarnya di depan mata saya buat pertama kali....


p/s - bersambung nanti...hmmm..menulis n3 inipun air mata mengalir lagi...

Friday, July 16, 2010

Berita baik untuk pembaca JAUH KAU PERGI (JKP)....



Salam...

Berita baik untuk pembaca JAUH KAU PERGI (JKP)....

Anda mahukan cenderahati di atas? Unta yang comel, gelang ataupun tasbih?

Mahu???...kalau ya...sila baca arahan yang seterusnya....

Oleh kerana cenderahati yang saya sediakan ini adalah BEGITU TERHAD, maka tidaklah senua pembaca yang akan dapat cenderahati berkenaan...namun...saya ulangi lagi..namun anda semua boleh melakukan sesuatu untuk mendapatkannya...dan ianya bergantung pada tindakan anda,

Jadi, apa yang perlu anda lakukan? jeng..jeng..jeng....Tak susah cuma...anda perlu;

1. Menjawab soalan di bawah

Soalan-soalannya ialah;

1. Kenapa Anda mahu membaca JKP?

2. Pendapat / komen anda mengenai JKP?

3. Apa yang anda suka dan tak suka mengenai JKP?

4. Bagaimana saya boleh memperbaiki corak penulisan saya?

5. Saya suka membaca karya DHIYA ZAFIRA kerana.......( tidak kurang dr 20 patah perkataan...hahahahhhaahaha)


Ok...itu adalah soalan2 yang perlu anda jawab untuk memungkinkan anda mendapat cenderahati itu. Oleh kerana jumlah yang terhad dan mungkin penyertaan yang banyak, jadi saya akan memilih komen dan jawapan yang terbaik sahaja (kalau ramai yang emel jawapanlah ya...)kalau tak, semua boleh dapat....hehehhehe....

Jadi...cepat-cepatlah emelkan pada saya ; dhiya_zafira@yahoo.com

Anda akan saya hubungi sekiranya anda bertuah untuk mendapat cenderahati di atas...Apa lagi...bacalah JKP dan bersaing merebut peluang yang ada.....

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...