Thursday, July 23, 2009
genting
Thursday, July 16, 2009
The Final Break

Alahai Michael scofield. Selama 4 season aku menonton tanpa tertinggal hatta satu episod pun namun isnin lepas, apabila menyiarkan episod terakhirnya, buat pertama kalinya aku tidak dapat menonton gara2 seluruh kawan kamunting black out. Aku betul2 hangin. Malam tu dengan cuaca yang panas dan ditemani nyamuk yang mencari darah aku hanya pasrah menanti detik 10.30 malam berginjak ke 11.30. Selalunya kalau blackout masanya hanya seketika sahaja tapi kali ini seluruh kawasan perumahan aku bergelap lebih kurang 5 jam lamanya. Sudahlah waktu petang pun masalah yang sama terjadi. Aku betul2 ralat. Tak dapek den nak ucapkan gudbye secara properly dengan scofield pujaanku...huhuhuhu..isk..isk..isk..
ceritera aku
Tuesday, July 07, 2009
ESQ 165 ANGKATAN 35

(Surah As-Syam)
Demi matahari
Dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi malam Apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah..Subhanallah
Allah...Subhanallah
Allah mengilhamkan
Sukma kefasikan dan ketakwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya
Allah..Subhanallah
Allah...Subhanallah
Thursday, June 25, 2009
Jawab tagged kak Eka

Apa yang berada dalam beg tangan aku ;
1. Dompet
2. Handphone Nokia E63
3. Kunci Kereta, rumah dan ofis
4. Pendrive - Untuk simpan apa saja maklumat yang diperlukan
5. Bedak compact maybelline
6. Lip Gloss maybelline
7. perfume Amor Amor, Cacharel - dalam banyak2 perfume kat dunia ni, hanya jenama ini sahajalah yang sesuai dengan aku selain dari Noa dr cacharel jugak ( sudah tidak dipasarkan di Malaysia). Perfume yang lain kerap buat aku pening kepala.
8. Lip Ice
9. Vick vaporub - penting sebab kalau aku asik pening, aku suka hidu baunya(w/pun ia sebenarnya utk selesema. Ini m'gantikan minyak cap kapak...sebab rasanya dah beratus aku beli minyak cap kapak, asik hilang je...
10. Kipas tangan from spain..hehhehe dan akhir sekali
11.Pen
p/s- ini dah tolak kamera dan buku2 yang sedang dibaca. Aku terpaksa mengasingkan 2 benda ni sebab beg aku akan menjadi terlalu padat.
Friday, June 19, 2009
ceritera 1

Thursday, June 18, 2009
Mills n boon



Aku apa lagi terus capai bakul yang disediakan. dengan kelajuan maksima aku membelek mencari penulis dan genre aku aku gemari. sekejap je bakul dah penuh. Adik aku dah bagi amaran. jangan beli banyak sangat. buku yang bersusun kat rumah pun belum habis baca lagi. aku tahu...aku sedar. Dalam membeli buku ni aku memang kali terbawa dek perasaan. koleksi buku2 aku di dalam bilik dah semakin menjadikan bilik tidur aku semakin sempit. hmmmmmm...
Tuesday, June 16, 2009
MAJLIS PERTEMUAN PENULIS ALAF 21



LATEST HOT NOVEL

SINOPSIS
ORANG kata, bercinta dengan dengan golongan artis amat membahayakan kerana hubungan pastinya tidak akan kekal lama. Namun bagi Kyra, dia percaya kepada Ariff kerana amat mengenali lelaki itu, jiran sebelah rumahnya. Tidak mungkin Ariff sanggup mempersendakan cinta dan kasih sayang mereka.Namun, langit tidak selalunya cerah. Hubungan mereka yang sudah mendapat restu daripada keluarga tidak bermakna lagi buat Kyra. Kenyataan Ariff yang terpampang di dada akhbar benar-benar merobek hatinya. Sanggup lelaki itu menafikan hubungan mereka ketika disoal media dan menyatakan bahawa Kyra hanyalah jirannya.Gadis itu lantas membawa diri yang lara. Dia nekad tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu.Namun, dunianya yang sudah tenang dikocak pula dengan berita Ariff ditangkap khalwat. Bencinya terhadap lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi.Ariff baru tersedar akibat daripada peristiwa hitam itu. Dunianya pula semakin gelap tanpa Kyra di sisi. Dia harus memperisterikan Kyra kerana masih lagi menyayangi gadis itu.Namun, apa yang dibimbanginya... adakah gadis itu masih mahu bertamu di hatinya sedangkan mendengar suaranya pun sudah tidak sudi lagi?
P/S-bagi pembaca yang rindukan hasil tulisan novelis EKA FAHARA, sila dapatkan novel ini di pasaran dengan kadar segera. Apa yang lebih menarik, sekiranya anda membeli secara online daripada penulis sendiri, anda akan mendapat cenderahati yang istimewa. Apa tunggu lagi???
Tuesday, June 09, 2009
mandi manda
Adik lelaki aku n abang ipar meneruskan pencarian. sepuluh minit kemudian, mereka turun dan mengatakan 'kami dah jumpa'. Jadi dengan langkah yang semakin bersemangat, kami meneruskan perjalanan melalui jalan yang curam dan licin dan akhirnya....Fuh..aku memang tidak mahu keluar2 lagi.
Tuesday, June 02, 2009
Tahniah Metty n Mahazir
.jpg)
.jpg)
OFFER HATI BERGETAR RINDU
OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss) termasuk pos throwback 🔙 novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...
-
# throwback 🔙 yang seterusnya ✌🏻 Kali ini tentang novel # jauhkaupergi Terbit Julai 2010. Saya masih ingat lagi masa ni saya dah...
-
Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjua...