Salam...
Menuju hari-hari terakhir saya di bumi korea. Hari-hari terakhir ini banyak dihabiskan dengan program membeli belah menghabiskan won yang ada. Antara tempat yang dibawa ialah ke Ginseng outlet. Seronok mendengar penerangan mengenai ginseng ini daripada staf yang merupakan rakyat malaysia tetapi sudah 8 tahun menetap di Korea. Aigoo oppa ni memang hensem tau...heheheh...yang bagusnya mengenai ginseng ini ia memerlukan memerlukan masa selama 6 tahun untuk menjadi ginseng yang tebaik dan matang. dan ginseng terbaik ini tidak akan dieksport ke negara luar. Ginseng ini hanya boleh dibeli di oulet ini sahaja dan seorang pemegang passport hanya boleh membeli sebanyak 7 kotak sahaja tak kiralah korang kaya tahap mana pun.
Trust me, ginseng ni bukan murah ya...proses menamnya pun memang dilakukan dengan sebaik2 penjagaan. Selepas ginseng ini berusia 2 atau 3 tahun, dia akan dikorek dan ditanam semula di tempat lebih baik dan tinggi sehingga berusia 6 tahun. ( hanya ginseng yang terbaik sahaja dipilih untuk penanaman semula utk proses matangnya...dan selepas dikeluarkan, tanah yang ditanam ginseng itu tidak boleh digunakan semula selama 15 tahun kerana segala zat2 tanah itu sudah diambil oleh ginseng. dan ia memerluakan tempoh selama itu untuk menjadi tanah yang subur semula. Jadi keseluruhannya untuk menghasilkan ginseng terbaik, ia memerlukan masa selama lebih kurang 21 tahun ya tuan puan sekalian. lama giler ek....
Saya tak ambil gambar sebab tak dibenarkan amik gambar, tapi selepas sesi penerangan, kami dibawa untuk sesi merasa ginseng yang ada. macam2 jenis ada..untuk wanita, utk lelaki,. utk kanak2 dan untuk kesihatan secara umum. dan menurut oppa inipun putera Naruhito pon terpaksa makan ginseng ini untuk menghasilkan sperma yang lebih berkualiti setelah beberapa tahun kahwin dengan puteri masako tanpa dikurniakan anak...hasil memakan ginseng ini, dan sudah tentu rezeki dr ALLAH, maka mereka dikurniakan zuriat.
Sebenarnya membeli ginseng ni memang tak termasuk dalam senarai saya pun. Sebab utamanya, saya memang sukar makan benda2 alah macam ni. Tapi bila dia bagi rasa ginseng dan depa pon dah improvised ginseng tu dalam bentuk kapsul so why not lah kan....Saya beli ginseng yang boleh dimakan dalam tempoh 6 bulan.(bukan lepas 6 bulan tak boleh makan..suma tempoh consume dia adalah cukup utk 6 bulan sahaja dan harganya 500 USD. bukan won dan bukan ringgit ya. dan itu yang paling murah.
jeling2 dr juwita dan ahli rombongan yang lain masing2 berkotak2 beli dan terfikir mak aiiii..banyaknya duit depa nih..huwaaaa.....hahhahahahah....
lepas tu kami ke area ittaewon untuk lunch dan solat di Masjid Seoul.
Kat sini dangerous zone sikit kata Jamilah sebab banyak warga asing esp african. Kat Ittaewon ini juga sedang mencari makanan halal untuk apa sahaja masa kami pergi tu baru selesai solat Jumaat, jadi memang banyak bertembung dengan foreigner kat sana. Bagi yang berkereta hanya ada satu laluan sahaja untuk naik ke parking masjid ni. Itulah jalan keluar, itulah jalan masuknya. tapi yang takjubnya...walaupun berlaku pertembungan antara keluar dan masuk, proses itu tetap smooth sahaja. Tak ada siapa bunyi hon kat sesiapa. tak ada sesiapa yang marah2 sebab tak sabar. semuanya pakat beralah. bagus betul
Selepas itu, kami akan ke Seoul Cinema untuk menonton JUMP SHOW. sebenarnya semasa dapat itenary dari TA, saya terfikir alahai kenapa ada jump show ni pula...tapi dah ada dalam plan so...pasrah ajelah. Kami tengok show pukul 4.30 petang. dalam ni juga tak boleh rakam atau tangkap gambar. kami dalam seat vip dah depan sekali....tiket berharga dalam 40k won ( rm 120) tapi itu termasuk dalam pakej...jadi takdelah ralat nak keluarkan duit sebanyak tukan...
clockwise..lunch di little india, kedai makan warga indonesia dan di hadapan masjid seoul |
Bahagian sisi, tempat amik wuduk wanita, laluan untuk kereta dana pemandangan sekitar |
Selepas itu, kami akan ke Seoul Cinema untuk menonton JUMP SHOW. sebenarnya semasa dapat itenary dari TA, saya terfikir alahai kenapa ada jump show ni pula...tapi dah ada dalam plan so...pasrah ajelah. Kami tengok show pukul 4.30 petang. dalam ni juga tak boleh rakam atau tangkap gambar. kami dalam seat vip dah depan sekali....tiket berharga dalam 40k won ( rm 120) tapi itu termasuk dalam pakej...jadi takdelah ralat nak keluarkan duit sebanyak tukan...
Pukul 4.30 show start dan i was speechless. 1 jam berlalu macam seminit. that was really amazing show. persembahan ni ala2 comedy martial art performance. Dalam ni ada kisah sepasang suami isteri bersama ada gadis mereka, tinggal bersama adik lelaki yang suka mabuk dan seorang atuk lelaki. Anak gadis ni bercinta dengan seorang pemuda yang agak nerd dan specky. tapi pemuda ni setiap kali spek mata dia terbukak, dia akan berubah karekter menjadi kuat dan jahat..ala2 superman le...dan rumah mereka ini akan dimasuki 2 orang perompak yang salah seorangnya bodoh2 alang...Ya ALLAH..memang tersangaattttttttttttttt best persembahan mereka.
Di seoul cinema, menunggu masa tayangan dan selepas tayangan. sesi bertemu peminat |
Setiap hari akan ada 3 show..dan setiap show pelakon berlainan. saya tertarik hati dengan karekter atuk tu. entah mengapa rasa suka dengan dia walapun dia sememangnya berpakaian seperti orang tua. lepas abis show..kami berkesempatan minta autograf atau bergambar dengan semua pelakon. Tapi dalam masa 10 minit sahaja. saya kejar atuk tu..hahaha..berjaya bergambar dengan dia...dan rupa2nya atuk tu oppa yang sangatttttttttt hensem....kuikuikui...enhe suami pasrah ajelah tgk bini dia dok usha mamat lain...
pelakon yang terer dalam martial art..sempat begambar dengan harabuji.... |
inilah rupa sebenar harabuji ni..adoiiii mmh hensem hehehe...kat kanan tu senarai semua pelakon dia |
lepas keluar tu memang dah gelap..so menuju ke tempat makan untuk dinner. Setelah beberapa hari makan indian food, malam ini kembali ke korean food pula. Kali ini kami makan nasi ayam ginseng.
Memang sedap. Sup ginseng tu dah siap direneh selama 4 jam dah bersama seekor ayam kecil yang dalamnya disumbat dengan nasi. Bagi saya sedap. makan sampai licin okeh..hahhahaha...lepas tu kami tak terus balik hotel. kami singgah di Dongdaemun dulu untuk shopping souvenir. Kami pergi pasar raya DOOTA. kat sini kalau nak beli souvenir murah sila ke tingkat lima ada kedai bernama Arirang. kat sini memang murah. infact memang rambang biji mata tengok. orang punyalah ramai. saya, sarah n enche suami masing2 pegang bakul nak letak souvenir. Kami siap buat list lagi nak beli apa dan bagi apa. Saya juga perlu cari hadiah untuk pememenang peraduan review TBK..jadi ya Allah...memang rasa macam sewel kat sana kan tengok souvenir yang murah dan cantik2. seriously mmg rambang mata okeh. kami balik dengan 4 buah beg besar okeh penuh dengan souvenir.
Balik hotel jenuh nak sumbat ke dalam beg. kami dah kena start packing sebab esok dah nak balik ( uwaaaaa sedihnya)...
No comments:
Post a Comment