Friday, September 26, 2008

SALAM LEBARAN


Salam...
Dikesempatan ini, aku ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut hari lebaran kepada umat Islam, tidak kira di mana jua anda berada. Kepada sesiapa yang mengenaliku, aku ingin memohon ampun dan maaf andai disepanjang perkenalan kita, ada yang terguris dan tercalar hatinya. Maaf zahir dan Batin. semoga anda semua bergembira di AIDILFITRI ini.

Tuesday, September 16, 2008

tentang....diri

Salam....
Tahniah kepada Lynn Dayana yang baru sahaja menyudahkan manuskrip ke 3nya dan mss tersebut telahpun berada di tangan editor. Untuk tahun ini, Lynn sudah boleh menarik nafas lega. Di saat dia memberi mesej pada aku menyatakan bahawa mss sudah siap, aku turut sama bersemangat.
Turut sama bergembira kerana itulah yang kerap kami lakukan di saat mss sudah dicetak rapi serta menunggu masa untuk dihantar ke tangan editor. masing-masing berkongsi rasa debar dan harapan serta cemas menanti reaksi pembaca apabila buku sudah berada di pasaran nanti.
Bulan ni sudah separuh September berlalu. Umat Islam sudah berpuasa selama 16 hari. Syawal bakal menjelang dan seterusnya tanpa kita sedar tahun 2009 akan bermula. Tahun ini aku rasakan begitu pantas sekali masa berlalu. RBB sudah 3 bulan di pasaran. Sepatutnya ketika ini seharusnya mss ke 3 aku turut sama perlu berjalan lancar. Paling tidakpun sekurang-kurangnya suku sudah aku siapkan. Tapi....
Yang pasti pertanyaan yang bertalu-talu dari teman-teman yang bertanyakan mss terbaru semakin membuatkan aku resah sendiri. Ya...kali ini perjalanan mss tidak selancar yang aku mahukan. tidak semudah yang aku sangka. semenjak dari awal tahun, aku menulis seperti kura-kura. Bukan!!! hmmm..rasanya perbandingan itu tidak sesuai kerana aku yakin kura-kura lebih pantas dari aku. 9 bulan ini adalah bulan2 yang paling tidak produktif dalam hidup aku. Aku jadi begitu malas sekali untuk menulis. Ya...Masalah yang tiada penawarnya kalau diri sendiri tidak mahu berubah.
Aku menetapkan Disember ini untuk menyiapkan mss. tetapi dengan hanya beberapa puluh mukasurat itu berjayakah aku???

Monday, September 15, 2008

TERHANGAT DI PASARAN





KESUNGGUHAN Naim mempamer cinta membuatkan Adila mula melakar mimpi.
Malamnya disinari kerlipan bintang. Siangnya pula sentiasa dihiasi pelangi.
Kalaulah begini indah perasaan dilambung cinta, dari dulu lagi dilagukan rasa rindu. Biar bergema di seluruh alam.


Tiba-tiba mimpi yang indah itu hilang. Perginya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Terpisah dengan Naim menjadikan Adila seperti tidak keruan. Dia mencari dan terus mencari hingga akhirnya lelah sendiri. Jiwanya kacau, fikirannya bercelaru. Kemunculan semula Naim seakan terhenti putaran bumi. Sukar untuk Adila menerima hakikat yang namanya tiada dalam ingatan Naim. Namun, demi cinta yang harus dipertahankan, dia tidak akan sesekali mengalah. Sekali janji dilafazkan, dia rela dirinya diibaratkan perigi mencari timba. Cuma, tegakah hati untuk menerima? Ahh... Susahnya membina mahligai bahagia!




TIKA RINDU BERLAGU
Harga: RM19.90
Penulis: Lily Suriani
Halaman: 480
ISBN: 978-983-124-383-1

P/S - Tahniah untuk Lily Suriani.

Wednesday, September 03, 2008

Andaiku Tahu


Andai ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
tuhan tolong panjangkan umurku

Andaiku tahu
kapan tiba masa ku
ku akan memohon
tuhan jangan kau ambil nyawaku

(chorus)
Aku takut
akan semua dosa dosaku
aku takut dosa yang terus membayangiku

Andai ku tahu..
malaikat-Mu kan menjemputku
izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu

Ampuni aku dari segala dosa dosaku
ampuni aku menangis
ku bertaubat padaMu
Aku manusia yang takut nerakamu
aku juga tak pantas di syurga

Andai ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu

Tuesday, September 02, 2008

Softlaunch Rindu Belum Berhenti

Girls Power...hehehe. Terima kasih banyak2 untuk kak Eka, Lynn, Hezzy, Laila, kak Norz dan kak lily.

Antara Hadirin yang sempat bergambar bersama.


Ambil gambar dulu sebelum mulakan majlis


Lynn Dayana - AJK tempat dan makanan. fuh serius je


Tetamu jemputan istimewa - Carrie kirana dan Pokcik Mersik

Salam...
Alhamdulillah, akhirnya Majlis soflaunch RINDU BELUM BERHENTI @ makan-makan @ ramah mesra selamat dilangsungkan pada 30hb ogos ( Sabtu lepas) di Pizza Hut Maju Junction. Tak sangka sungguh majlis yang dirancangkan pada saat-saat akhir akhir ini berjaya seperti yang dirancangkan.
Terima kasih tidak terhingga pada Hezzy Azra n Haha, Pokcik Mersik, kak zarina, kak ija ( ALAF FC), Carrie kirana, dyea, sil ( geng kicap), Rinn, suhaila, Honey, naza, Aida, Halida, shafiq, anis( anak kak lily), Diyana n Sarah ( anak kak eka) yang sudi hadir memeriahkan majlis ini.
Istimewa buat kak Norz, kak eka, kak lily, lynn dan Laila....hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa kalian. Terima kasih kerana membantu merealisasikan impian ini menjadi kenyataan.
Kepada semua, seandainya ada kekurangan dan cacat cela sepanjang majlis berlangsung, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Insyaallah, akan datang, segala kekurangan itu akan diperbaiki.
p/s - Aku agak terkedu apabila mendengar soalan carrie yang berbunyi " apakah mesej yang aku cuba sampaikan lewat karya aku."
Sejujurnya, aku tidak pernah terfikir mesej apa yang aku cuba sampaikan pada para pembaca. sungguh. perkara ini langsung tidak terlintas dalam fikiran aku. Yang pasti apabila, coretan-coretan yang aku hasilkan bertukar menjadi manuskrip dan seterusnya dibukukan, hanya satu sahaja yang terlintas pada fikiran; Aku mampu menulis. Aku mampu mencabar impian aku untuk menjadi kenyataan. aku mampu mencabar kemampuan aku sendiri. Iya...semuanya tentang aku dan aku. Aku jadi lupa pada pembaca2 yang membaca karya aku. Apakah mesej yang aku cuba sampaikan. sejauh mana karya aku mampu memberi impak pada pembaca?
Aku serahkan pada pembaca sendiri. Aku tidak boleh menentukan mesej apa yang hendak aku sampaikan. semuanya terpulang pada penerimaan masing-masing. Aku mungkin menekankan sesuatu isu itu sebagai mesej penting aku, tetapi mungkin pembaca lain tidak berpendapat sedemikian. mungkin mereka mempunyai idea dan pandangan mereka tersendiri. Pendapat boleh jadi sama ataupun berbeza. yang pasti aku yakin pembaca cukup matang untuk menilai sesuatu karya itu. sama ada mesej yang diluahkan secara jelas ataupun tersembunyi, hanya pembaca sahaja yang dapat menilainya. Pembaca bebas untuk membuat interpretasi masing-masing.

RAMADHAN AL MUBARAK


Salam...

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan dan kesabaran kepada anda semua. Semoga Ramadhan kali ini memberikan sesuatu yang manis buat anda dan keluarga.

Kelebihan Ramadan

Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :

(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :

(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)

Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah,

kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ).

Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh.......

berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang,
firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka!

Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya,

berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)

Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.

Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).

Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)

Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)

Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)

- Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
- Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
- Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
- Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
- Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
- Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)

Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.

Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam

Lailatul Qadar.
"Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)
"Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
"Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

"Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)

Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.

Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya.

Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Friday, August 22, 2008

satu catatan perjalanan VI

Nama tempat ni Parc Guiel ( Nanti aku rujuk balik betul tak ejaannya). Nak sampai memang azab. Pertama kami sesat sebab salah baca map. kedua, hampir kena rompak dalam lif metro n ketiga nak sampai ke sini kena panjat bukit. huarghhhh...penat. Seeloknya korang pergi ke sini pada waktu pagi sebab tak adalah rasa penat sangat. Time kami dulu dahlah cuaca 40'c n waktu tengahari lak tu. kat sini penuh orang. masa kami sampai tu manusia memang berterabur seluruh kawasan ni. Sekejap ke kami kat sini sebab masa dah suntuk sangat.

Permandangan dari atas bukit. nun sayup2 korang dapat lihat pantai Barcelona. Kalau ada masa kami nak sampai ke sini tapi sebab nak sampai parc gueil pun dan makan masa so...melepas.
Kalau korang yang tengok rancangan America's next top model cycle 7 ( pemenangnya Caridee), sinilah tempatnya yang buat runway untuk final episodnya. heheheh...syoknya aku. Ramai orang waktu ni jadi aku tak boleh nak buat runway aku sendiri. hihihihihi


Bangunan gereja yang mengingatkan aku pada cerita hensel n gretel. mcam kek n ice krim je aku tgk. kalau korang nak tau, GAUDI jugak yang reka tempat ni. Kira gaudi ni memang terkenallah. Lepas tu Gaudi sering dikaitkan dengan cicak. sebab apa...jangan tanya aku. agaknya binatang kesayangan dia cicak kot.hahahahha..

satu catatan perjalanan V

Ketika baru sampai di Barcelona. Belakang tu stesen bas dan belah kanan tu stesen keretapi. waktu ni kira2 pukul 7 pagi.


Laluan tangga yang menggayatkan di dalam bangunan Sangrada Familia. Separuh tangga ada dinding kedua belah, separuh lagi yang sebelah dinding saja. wow..memang gayat. laluan tangga memang muat2 untuk seorang. PESANAN ! JANGAN PANDANG BAWAH....heheheheh


Di luar bangunan. ukiran patung2 jelas kelihatan di setiap ruang bangunan.


Sangrada Familia, hasil rekaan arkitek terkenal iaitu GAUDI, yang katanya tak pernah siap2 dari dulu sampailah sekarang.

Salam...
hmmm...hampir seminggu aku tidak menulis apa-apa di blog ni. Tiada alasan melainkan diri ini terlalu malas untuk memperuntukkan sedikit waktu untuk menjenguk ataupun menulis n3 terbaru. Walau apa pun aku kini kembali dengan sambungan cerita yang entah bilalah nak habis kan....? heheheheheh

Seperti n3 aku sebelum ini, aku menceritakan bagaimana aku berjalan di sekitar Madrid. Kali ini perjalanan aku akan diteruskan ke Barcelona.

Barcelona ini senarai tempat yang wajib kami pergi lebih2 kakak aku yang nak sangat ke sana. Dulu sepanjang setahun dia di sini, dia tidak mempunyai peluang untuk berjalan2 di Barcelona. Jadi, kali ini by hook or by crook, kami mesti sampai sana.
Kami menaiki bas dari Madrid pada jam 11.30 malam dan tiba di sana lebih kurang pukul 6.30 pagi. Lepas tu terus cari Metro. Kami melakukan kesilapan apabila tersilap naik teren dan tidak turun di tempat yang sepatutnya. last2 tren bawa kami sampai ke last station. Nasib baik jaraknya tak terlalu jauh. tetapi membuang masalah jugak sebab kami hanya ada 7 jam sahaja untuk berjalan2 di Barcelona.
Tempat pertama yang dituju ialah Sangrada Familia. Oleh kerana kakak aku nak pergi sangat, jadi tempat ni memang dalam senarai teratas. lepas tu kalau ada masa baru beranjak ke tempat lain. Rupanya mudah saja nak sampai ke SF ni. Naik metro n turun di stesen SF. keluar metro, n bangunan yang menjulang ni terpacak depan mata.
Harus diingat, kalau boleh mulakan perjalanan seawalnya kerana tempat ni memang menjadi perhatian ramai. buka pukul 9 pagi dengan bayaran 10 euro seorang. kalau student dapat diskaun 2 euro.Kalau nak pakai guide, bayaran lebih tinggi akan dikenakan.
Nak naik ke tingkat atas ada 2 cara; sama ada naik lif atau tangga. Rasanya semua akan naik lif. bayaran dikenakan sebanyak 2 euro. bila nak turun, kita boleh pilih jugalah n selalunya orang akan turun dengan menggunakan tangga. ada dalam lebih kurang 300 anak tangga.( tak pasti).
Di atas, korang akan dapat lihat permandangan bandar Barcelona. Kat sini nak lepak lama2 memang payah sebab laluannya sempit. kalau nak bergambar sakan, jenuh orang belakang nak tunggu. cara yg terbaik, bagi mereka lepas dulu.
Turun pulak ok je..tak ada masalah. tapi bagi yang lemah semangat dan gayat janganlah gatal2 nak pandang bawah ye..ehheheh..seperti gambar di atas, tangga yang hanya ada sebelah sahaja pemegangnya. fuh...aku risaukan kakak aku je. dia ada dinding dua2 belah pun asyik menjerit gayat. Tapi alhamdulillah, selamat sampai ke bawah juga. mujur kami tiba awal, sebab masa kami nak keluar, line beraturnya teramatlah panjangnya.
samb...

Wednesday, August 13, 2008

satu catatan perjalanan IV

dengan Metty lepas kuar dari Museo del Prado


Depan bangunan apartment Ina. tak sabar nak jelajah Madrid


Bangunan ni Banco de Espana ( Bank) cantikkan? aku suka


DI pintu masuk Museo del Prado. nanti aku cite apa yg ada dalam ni.

Salam....
Mari kita sambung perjalanan yang seterusnya.

Perjalanan Ke Madrid lebih menderita sebab aku duduk bahagian Aisle. depan aku mat saleh. belakang aku mat saleh. kanan aku mamat india n sebelah aku mamat negro. Yang tak tahan bila waktu lunch n pelbagai waktu di antaranya puak2 ni mesti pesan arak. adoi...baunya, mau nak pejam mata 10 hari. busuk. aku tak faham mcm mana orang suka benda haram ni.

Perjalanan waktu petang memang panas. air cond pun tak rasa. bukak je window tu hatta satu tingkap je...satu tempat tu cerah. dah cerah, panas lak tu. so...memasing tutuplah tingkap. dah jadi mcm malam lak. Aku masa tu dah pening2 lalat dah. orang bangun aku tido. orang tido, aku pon tido jugak.hahhahahaa.

Aku sampai airport Barajas dalam jam 8.30 malam ( petang? sebab cerah lagi). Masa beratur siap hafal ayat spanish yang akak aku ajar. mana tau dapat yang tak pandai cakap BI.
Mi hermana aqui. estudiando universidad Salamanca. ( kakak saya ada di sini. student universiti Salamanca)...hmm mcm tu lah lebih kurang. ejaan aku ntah betol ke idak. sebenarnya banyak yg dia ajar tapi itu yg aku ingat pon. hahahahahah

Aku kira2 macam minah sepanyollah masa tu. siap nak bercakap tup2 selamba je laki yang check passport aku tu. pandang muka aku n terus cop. Mak ai...senangnya. dah lepas aku terus p ambil luggage. Dalam hati mcm2 perasaan yang aku rasa. excited, berdebar2, syukur sesangat sebab selamat sampai. aku cuba bertenang sebaik mungkin. aku tak nak kakak aku nampak muka aku dalam keadaan pucat ke, takut2 ke.

Bila aku keluar, ramai manusia dah tunggu kat luar. berhimpun mcm buat perhimpunan haram lak. mata aku terus nampak kakak aku. aku lambai dia. nak tau apa yang dia cakap masa 1st time dia nampak aku keluar? dia kata; " apasal muka hang kerek sangat?" hahahhahahaha

Masa tulah aku kenal dengan Sabrina ( kakak aku kenal masa transit kt doha). dia Guru bahasa sepanyol di KUITTHO. tapi dia di universiti Madrid. kitaorang teruskan perjalanan ke mendez allvaro ( stesen bas). naik metro. yang bestnya Metro depa ni direct boleh terus pergi stesen bas dari airport. Plan asal kitaorang nak ke Barcelona dulu. Stay semalam kat sana balik Ahad n jenjalan kat Madrid lak. itu plan asal. tapi yang jadinya....hheheheheeh

turun naik metro akhirnya sampai gak ke tempat yang dituju. manusia memang ramai masa tu. weekend katakan. masalah nilah purse aku kena curi tapi aku still tak sedar. tanya suma kaunter bas ke barcelona penuh. yang ada pun pukul 6 petang esok. Kakak aku n Sabrina dah frust sebab tak beli tiket awal2. tapi kalau beli pun kalau flight aku delayed mcm mana kan. so kami bergegas lak ke charmatin ( stesen ketapi). ( kira malam tu berpluh2 kali jugaklah kitaorang turun naik metro. tren ni pilihan akhir sebab harganya mahal. tapi tren pun penuh jugak. ada pun untuk esok. pergi balik seorang 100 euro ( rm500). kalau bas 50 euro.

kami rehat sat fikir mcm mana na buat. Sabrina cadangkan pergi Barcelona balik hari. Hari Sabtu tu berjalan area Madrid dulu n malam ambil tiket ke Barcelona. Ahad kena balik sebab Isnin depa ada kelas. Aku frust jugak sebab aku tau Barcelona tu jauh. 7 jam perjalanan. kalau balik hari tempat apa yang boleh kami pergi? Tapi nak buat mcm mana kan? dalam kes ni masa memang tak ada sebab kakak aku n sabrina ada kelas. So kami patah balik ke mendez Allvaro beli tiket hari sabtu pukul 11 malam.

So..malam tu, sabrina ajak stay dekat stesen aje sebab nak jimat duit. aku dah geleng kepala. dah lebih 24 jam aku tak mandi. kepala aku dah start buat perangai. Sabrina ni umah dia di Madrid tapi oleh kerana dia plan nak ke Barcelona, maka housemate dia bawaklah boyfriend dia balik tido umah.( housemate nepal n cina. bf mamat spain). so...dia sendiri segan nak balik umah dia sendiri. hahahahahah. lagi satu kalau dia nak balik dia kena seludup aku n akak. stail menyewa umah kat sepanyol ni pelik sikit. tak boleh bawak kawan p rumah. bf spain tu boleh masuk sebab bangsa dialah katakan.dahlah tuanrumah tu rumahnya depan umah si Ina ni.
fuh memang mencabar sungguh adegan seludup tu. Naik lif kena sorang2. 1st si ina. then aku n kakak. si ina akan buka pintu umah dia siap2. then depend pada kepantasan kami nak masuk umah sebelum tuan umah dia sedar. bercakap dalam umah pun pelan2 sebab dekat sangat umahnya. Misi berjaya. Alhamdulillah.

bersambung lagi...

Tuesday, August 12, 2008

Satu catatan perjalanan III





Kak Eka n Laila.
Antara makanan yang dihidangkan. tak berapa sedap pon. bolehlah kalau tengah lapar. hahahhaha
Suasana kat Airport Doha. Kecil je. sekali pusing dah abis. aku suka part sini. perfume. suma jenis ada. murah jugak tapi tak beli pun.
Masa ni aku bosan tahap cipan. sampai screen ni pon nak ambil gambarnya. Masa ni dok tertanya2 bilalah gate nak bukak. bila gate nak bukak.


Kali ini aku nak berundur sedikit. berundur ke masa aku hendak memulakan pengembaraan ( cewah) seorang diri sebelum bertemu dengan kakak aku di Madrid.


Seperti yang diketahui, flight aku pada 18 Julai jam 3.35 pg. Cadangnya aku hendak mengambil ERL saja ke Klia. yeah...memang aku kena datang awal sikit kerana tren yang terakhir pun pukul 12 tgh malam. so, aku dah memang rasa aku akan berjanggut menunggu masa nak check in n boarding.
Tup2 Laila Kamilia call cakap dia nak antar aku ke klia. aku apalagi. pucuk dicita ulam mendatang. rezeki jangan ditolak. legaaaa..kerana ada Laila, aku taklah bosan seorang diri. kira azab menunggu tu jadi kurang. hahahha. bertambah baik lagi bila laila cakap kak Eka Fahara nak ikut sama.
Sebelum sampai klia, kami lepak dulu kat r&r nilai. minum2. yg sebenarnya aku cuak jugak. yelah inilah kali pertama semenjak 15 tahun aku naik kapal terbang. Kali terakhir dulu masa aku tingkatan 3(lama gila kan). Pastu sorang2 lak tu. bukan p Sabah ke, sarawak ke tapi Sepanyol. Takutlah jugak sebab aku asyik tgk program national geographic' crash investigation' je.
Kakak aku dah bagi amaran siap2. Dekat doha orang yg bertugas kat airport sana sangat strict. Dia sampai kena tunjukkan bukti surat tawaran belajar sebab mereka tak percaya. Ala...saja je. dahlah surat tawaran tu dalam bahasa sepanyol. mcmlah depa faham sangat.
Nasib Aku baik dapat jumpa dengan seorang kakak ni( aku terlupa nak tanya nama dia). orang kita yang bekerja di Doha. dia sama flight dengan aku. oleh kerana kaunter check in lambat sangat bukak dan masa tu dah pukul 12 lebih, kak eka n laila terpaksa beransur dulu. iyalah kesian sebab esok Laila kerja.
Perjalanan aku ok. smooth je. pilot tu memang terer. Masa take off n landing memang tak terasa langsung. Aku sampai dalam pukul 5.30 pagi waktu Doha. masa tu dah memang terang benderang dah. kedai2 dalam airport dah memang beroperasi. Misi pertama aku sesudah menjejaki kaki di bumi Qatar ini adalah untuk menelefon emak n kakak aku.

Tapi Malangnya phone aku tak berfungsi walaupun sebelum pergi aku dah buat roaming terlebih dahulu. full bar tapi services limited. hampeh betul digi. konon iklan i will folow you...ni keluar msia sikit pon takleh pakai dah.

Aku dah tension. 1st aku tak mau emak n kakak aku risau kalau tak dapat berita dari aku. oleh kerana ada 7 jam...so aku rilek dulu. lepak2 sambil menghilang mengantuk. Sesungguhnya keadaan amatlah membosankan bila kita bersendirian. tak ada teman nak berbual. dalam hati aku menyesal tak bawak laptop tapi mengenangkan azab nak mengendong benda alah tu ke hulu ke hilir lagi aku tak sanggup. Aku siap ambil sarapan percuma, yang disediakan untuk penumpang transit. tapi oleh kerana perut yang masih kenyang, aku tak abis makan.

Aku merayap lak ke Tandas. hehehe. nak mandikan muka n kepala. biar nampak segar sikit. settle je suma, aku mulakan misi nak call umah. kat sini public phone suma pakai kad. Aku tanya kad sorang cleaner tu kat mana nak beli kad. dia cakap dia ada jual kad tapi 10 dolar. fuh sahih menipu tu. Aku mulanya sanggup nak beli tapi bila fikir2kan balik kot2 kad tu dalam bahasa arab mati aku.

Aku pusing2 jalan dalam aiport yg tak berapa nak besar tu. adalah dalam 40 kali aku pusing sebelum aku nampak ada kad phone yang tertinggal dalam phone tu. aku dah excited. dengan gaya2 orang yang nak buat panggilan, aku terus je angkat gagang n dail nombor ntah apa2. dekat kad tu ada baki dalam 17 riyal. Dalam hati aku dah tersengih dah. aku teruskan lakonan( kot2 ada yg dok peratikan kelakuan aku) letak gagang n keluarkan kad. n dengan selamba pergi ke arah lain.

Akhirnya, aku berjaya call emak. fuh legaaaa.....pukul 12 aku beratur utk boarding. mulut aku terkumat kamit baca salah satu ayat dalam surah Yaasin, mohon urusan aku dipermudahkan. yg check passprt aku mamat negro. Bila dia tau aku dari Msia, dia suruh aku keluar barisan. Aku tetap cool walau dalam hati rasa nak nangis je. Takut kot2 dia tak bagi aku masuk. rupanya dia nak check ic. hmmm nasib baik aku bawak ic. kalau tak tak tahulah mcm mana. yang herannya, klau dah ada passport kenapa nak tgk ic lagi? ntahlah biarlah dia. asalkan aku lepas udahle.

p/s- next aku akan sambung lagi ya...tulis banyak2 pon ada ke org yang baca..hehehehhe

Friday, August 08, 2008

Jawapan Kuiz RBB

1. Apakah nama tempat peranginan yang diusahakan oleh Adni Zuhayra?
Bella Rossa

2. Kenapakah Izz merahsiakan kepulangannya daripada pengetahuan keluarga dan Adni?
Kerana kecewa Adni bertunang dengan adiknya dan kerana Khairy sendiri tidak menerima kepulangannya.

3. Berapa lamakah hukuman sebenar yang dijatuhkan ke atas Izz?
9 tahun

4. Apakah hubungan sebenar antara Pot dan Murni?
Adik beradik. Pot abang kepada Murni

5. Berapa lamakah tempoh pertunangan Adni dan Khairy?
6 Tahun

6. Sebab apakah yang membuatkan Izz merasakan Pot mempunyai komplot bersama Murni?
Kerana ternampak gambar Murni bersama Pot.

7. Apakah yang menyebabkan identiti sebenar Zack terbongkar?
Apabila memanggil Adni dengan nama manjanya; Dinie.

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...