Wednesday, April 09, 2014

Ulasan SDN - Que Razali



Link asal di sini

Alhamdulillah. Habis bca dalam masa sehari. Seperti biasa, aura Dhiya Zafira tak pernah hilang walau setahun tak keluarkan novel. Dan, seperti biasa saya tak teragak2 bagi novel beliau kali ini 5 bintang. Kisah Ara dan Dzar yg sungguh syahdu. Plot penceritaan yang disusun baik membuatkan kisah ini benar-benar hidup. Dan, sentuhan thriller DZ x pernah hilang. I love it! Kita sangka dia pembunuh tu, di akhirnya, lain pula yg muncul! Apa2 pun, suka dengan kemunculan Sid dan Izz. Ini bukan kisah cinta biasa! Tapi, sebuah naskah yg punya teladan tersendiri! Selamilah... Buat DZ, saya menantikan karya seterusnya...


Terima kasih Que... :)

Monday, April 07, 2014

ALHAMDULILLAH...SYUKRAN YA ALLAH

SALAM...


Terima kasih untuk anda dan anda dan anda yang menyokong perjalanan saya sebagai seorang penulis...


REVIEW SDN daripada Noraini dan Nur Amirah Syafiqah


Noraini Abd Aziz


Review untuk novel Setiap Detik Nafasku {SDN }
Assalamualaikum…
erikan ulasan ( terasa macam pengulas pro la pulak) sekali lagi tahniah kepada Dhiya dengan penghasilan novel terbaharu ini, yg secara otomatiknya telah menjadikan novel hasil garapan Dhiya kini 7 buah kesemuanya. Well done ! Lebih setahun me
Sebelum saya mem
bnanti buah tangan dari Dhiya Zafira selepas terhasilnya TBK akhirnya pada hari Selasa yang lalu (1/4/2014), SDN telah berada di tangan saya. Perasaan saya,..tentunya sgt teruja. Sungguh! Melihat cover SDN sahaja membuatkan saya tidak sabar-sabar untuk membaca SDN…it so tempting!
SDN secara peribadinya bagi saya sangat SPECIAL & RARE . Sebelum membaca saya membayangkan SDN seperti 3 novel Dhiya sebelum ini TBK, HBR & JKP (Action-pack). Jangkaan awal saya meleset. Rupa2nya SDN adalah sebuah novel cinta. Novel cinta yg bukan biasa2 tetapi special! Kerana novel cinta ini lain dari yg lain. Jika 3 novel Dhiya yg terdahulu hero2nya merupakan LAW ENFORCEMENT sebaliknya SDN heronya adalah EX-CONVICTED!.Ini menjadikan keinginan saya utk mengetahui kenapa si pesalah diangkat sebagai hero semakin membuak-buak.
DZAR THALHA karakter baru ciptaan Dhiya mmg RARE. Dingin di luar hangat didalam! Saat saya membaca novel ini hilang terus bayangan Jimmy mahu pun Rif. Walaupun Izz & Sid ada diselitkan dlm SDN namun watak Dzar Thalha sgt menyerlah. Dia seorang lelaki jika ada di alam nyata akan menarik perhatian ramai wanita..really! Harus membaca SDN untuk mengenali Dzar Thalha. Watak AZRA QAIRINA pun sangat menarik. She’s a fighter in her own way. Ara sangat outspoken.Thumbs-up utk Dhiya yg selalu menjadikan heroin novelnya seorang wanita yg kental. Walaupun Ara tidak hebat beraksi spt Auni, tapi saya suka Ara yg alert dan berterus-terang. Dhiya always made us proud being a woman.
Sejujurnya, SDN menjanjikan ceritera yang menarik. Setiap helaian perlu dibaca utk kesinambungan cerita. Flashback Dhiya Zafira mmg superb! Sangat teratur lokasi & kejadiannya. Bahasa dan ayat yang digunakan ringkas tetapi bermakna. SDN sebenarnya sebuah novel cinta yg luar biasa. RARE. Tidak hairanlah kenapa Dhiya Zafira mengambil masa yg lama menyiapkannya kerana SDN really something. Kisahnya bukan sekadar kecewa kerana menunggu, tidak juga berbalah kerana cemburu ada orang ketiga bukan juga tentangan keluarga kerana darjat dan harta. SDN ada isu yang lebih besar yang membuatkan pembaca craving for more. Momentum disetiap bab membuatkan saya teruja untuk menyelak helaian seterusnya! . Overall, SDN mmg berbaloi untuk dimiliki. SDN ada segalanya. 582 mukasurat yang dipenuhi pelbagai emosi. Ada rasa cinta,humor,aksi,kasih sayang,pengkhianatan,penyesalan,cemburu,dendam. Semuanya telah diolah dengan baik oleh Dhiya Zafira. Syabas dan tahniah sekali lagi untuk Dhiya Zafira. Semoga Dhiya akan terus menghasilkan karya yang bermutu seperti ini. All the best.
p/s – suka jgk dgn watak tempelan staff Bella Rosa II…mcm comel je kan


salam kak dhiya zafira.

Saya nak buat review juga boleh? Hihi. Dalam masa 4jam saya habiskan utk baca novel terbaru akak. Couldnt stop sebab habis je satu bab rasa macam tertanya2 apa jadi strsnya. Ni nak baca kali kedua pulak. Hehe
Seriously, saya suka karya akak! Dzar dan Ara complete each other. Baca bab 1 pun dah rasa suspen. Tak terjangka pun yg sbnrnye dzar tu anak hisham. Dan yg jht sbnrnye izhar bkn rashid. Jalan cerita yg xdjgka. Masa baca, skjp senyum2, karang tba2 airmata mengalir. Lagi2, part yg Ara luahkan perasaan dia dekat .mak da pasal Alin. But seriously good job! Membuatkan lagi tertarik nak beli is cover novel ni. Tangan yg terikat dan rose, macam sesuatu! Suka layanan Dzar. Malu tapi mahu dekat Ara. Novel SDN akan jadi favourte saya. Sama macam JKP & TBK yang dah macam nak lunyai sebab asyik repeat nak baca. Haha. Tahniah kak dhiya! Good luck in others upcoming novels.

Dhiya ~ Saya terpaksa highlite beberapa perkataan utk memastikan pembca yang masih belum membaca tidak hilang rasa suspennya..hehehe
Untuk kedua mereka ini saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana menyokong karya saya...mudah2an anda juga berasa perasaan yang sama ketika membaca SDN ini.

Thursday, April 03, 2014

SDN - Lin Adnil n Normasliza Elyani 's reviews




Kepada kedua insan ini... terima kasih banyak-banyak kerana menyokong perjalanan saya sebagai seorang penulis...

Lin Adnil


Assalamualaikum wbt
Yeay..tiba masa utk mengomen..hihihi..haritu ckp ngan akak nk bc lps isya' kan..tapi jadipun..sbb apa? Tulah masalahnya bila sy berdpn dgn nov dhiya zafira..saya akan berdebar semacam smpai takut nak bc..
Hahaha melampau sungguh itu perasaan..

Baru je dpt selesaikan sdn..pertama kali berkenalan dgn dzar..saya dpt rasa aura misteri pd dzar..dzar berjaya diangkat sbgai hero sebaris hero2 akak yg lain..karakter tersendiri..hai camne nak ckp lagi ye..tapi apa yg pasti bila dzar ckp kat ara xpe saya ada ms xtvt snorkling tu..entah kenapa bibir saya yg menguntum senyum..angau sekejap..hahaha melting tau..dzar kurang bercakap pada mulanya..tapi bila dia bercakap saya yg angau..oh tidakkk
Apepun kak dhiya..tahniah atas penghasilan action nov yg superb..banyak nilai2 murni yg kita blh dpt dr sini..semangat kekeluargaan..kasih syg antara keluarga..kepercayaan..semua perkara yg menjadi tunjang dlm mencari kebahagiaan...dan yg paling pentig nilai sebuah kemaafan..
Dan satu perkara yg paling saya pasti..akak mmg bijak mewujudkan watak2 nov sebelum ni dan blend ngan cerita baru dgn baik sgt...buat saya rindu dgn sid..bila ingt sid..ingat juga ari..jan dan zarin..bila melepas rindu ngan sid pula..ingat pulak rif afi..n the geng geng..hahaha
Saya suka semua hero2 akak..masing2 ada keistimewaan sendiri..walaupun rif ttp no 1 di hati..hahaha... Mereka bukanlah lelaki yg begitu romantic..tapi mereka romantic dgn cara mereka sendiri.. Dan heroin yg sentiasa menjadi tunjang disebalik hero..the 'A' team.. X sbr nk jumpa another A..
Rasanya pjg lebar dah sy merepek..ntah ada isi ke tidak..saya bukanlah org yg pandai menyusun ayat dan kata2..apa yg pasti karya akak saya suka..tetap saya sokong..n pls dont stop tulis action nov.. Terapkan nilai2 islam dan elemen dakwah dlm penulisan..mudah2an akak trus berjaya lepas ni...adakah lps nih kief akan beraksi????
Saya akan setia menanti..congrats again kak!!!!

Normasliza Elyani
Setiap detik nafasku...membaca tajuknya sahaja membuatkan mas teruja untuk membaca. A novel with black colour and a touch of red as a cover is kind a mysterious for me. Dan ianya sangat mengujakan naluri mas sebagai seorang pembaca. You know what..actually i'm posting this comment right after kali ketiga mas ulang baca. Baca sampai 3 kali bukan kerana susah nak dihadam...tetapi kerana jalan ceritanya terlalu indah pada pandangan mas. The way kak Dhiya Zafira blends the story sangat2 interesting. Dzar Talha...watak yang pada mas sangat tulus dan how should i say yer..ermmm..i think the words is very charming. Yup...charming in his own way. Tersentuh hati bila dia berjumpa dengan bapa Azra Khairina...kata2 dia buat mas menangis sambil baca (ms 288) yang mula dengan ayat "jika tengku izinkan "itu. And honestly.. mas rasa macam dah jatuh cinta pulak kat si Dzar nih...Dzar Talha seolah2 biasan Izz Karami..but he's more gentle than Izz. And Azra pula seperti biasan Adni Zuhayra..but not as sedegil as Adni..she's more to lembut sikit dari Adni.. oooppss..jgn konpius yer..bagi yg tak pernah lagi baca karya kak dhiya..Adni dan Izz adalah watak dlm novel kak dhiya yang sebelum2 nih..begitu tu juga dengan watak inspektor Ziyad Sidqi. Mas suka sangat cara kak dhiya linkkan watak novel2nya..secara tak langsung sambil baca yang baru..mas ingat balik jalan cerita novel lama kak dhiya.. setiap penulis novel ada caranya tersendiri..dan ini antara sebab kenapa mas suka baca novel kak dhiya..the link..the thrill and the question mark yang berlegar dalam kepala masa baca makes the most interesting things to explore.. walaupun kak dhiya tak menulis hampir setahun..but the 'touch' that she has tak pernah hilang. Good job kak dhiya... i luv so much this new novel. Keep it up.. to you and to all my favourite novelist... please dont stop writting...coz your writting has the power to inspired me a lot...and it does touched my heart deeply...

# maaf sbb guna bahasa rojak. Bila mas teroverexcited with something...ini lah jadinya..hehehe!

Wednesday, April 02, 2014

Review SDN lagi

Salam...

Kali ini saya menerima ulasan daripada SECONDHAND NOVEL dan Melawati Ali.... Mudah2an ulasan ini mampu menarik minat anda semua untuk mendapatkan SDN...


Ulasan Secondhand Novel


Tajuk: Setiap Detik Nafasku 
Penulis: Dhiya Zafira 
Penerbit; Alaf 21
Mukasurat: 582 
ISBN: 978-983-124-938-3

Dzar Thalha seorang bekas banduan yang baru sahaja dibebaskan setelah mendapat pengampunan dari hukuman penjara seumur hidup sempena Hari Keputeraan Yang Di-pertuan Agong. Dia mendapat pertolongan dari rakan baiknya Izz Karami (nak tahu kisah Izz boleh baca Rindu Belum Berhenti) menguruskan sebuah chalet di Pulau Perhentian. Azra Qairina dipaksa kahwin dengan anak kenalan ibu tirinya. Bertindak membawa diri setelah ditunangkan dia ke Pulau Perhentian. Disitu Dzar dan Ara bertemu dan mula melakarkan sebuah lagi kisah yang bakal merungkai segala persoalan terutamanya kes dan motif pembunuhan Rashid yang mengheret Dzar dihukum selama 7 tahun dipenjara serta hubungan kekeluargaan yang lama terputus akibat dendam...
Saya suka naskah ini dan antara kenapa saya suka setiap karya Dhiya Zafira, penulis selalu menimbulkan persoalan yang membuatkan saya akan terus menyelak mukasurat seterusnya. Teknik imbas kembali dan masa sekarang yang diatur dengan baik bagi setiap persoalan yang timbul. Satu demi satu akhirnya terbongkar dengan baik dan pastinya ada kejutan yang tidak disangka pada watak antagonisnya. Kemunculan Izz Karami + Dini dengan cameo Ziyad Sidqi (Hati Bergetar Rindu) buat saya nak ulang baca semula kisah mereka 


Agak kurang aksi berbanding 3 buah novel aksi-thriller-romance (Jauh Kau Pergi, Hati Bergetar Rindu dan Tertulis Buat Kita) penulis sebelum ini, namun SDN masih dapat membuatkan saya tidak lekang mengadapnya sepanjang malam. Tahniah utk penulis - 4*
p/s: utk sid dan jimmiy....sepertinya tergugat sudah ranking dihati saya untuk dzar isi hehe.....
p/s/s: cover novel alaf yang sangat cun, serius!! 5* utk graphic designer.



Komen Melawati Ali

SETIAP DETIK NAFASKU....sebuah lagi karya Dhiya Zafira yg sememangnya tak pernah mengecewakan. Terasa ketat dada apabila menyelami kisah Dzar, dia dihukum diatas kesalahan org lain. Pengorbanan yang dilakukan amat berat. 
Ara...dipaksa menjadi galang ganti untuk memuaskan hati si ibu tiri...akhirnya membawa diri...

Dzar dan Ara bertemu dan terbongkar satu persatu rahsia yg tersimpan. Kisah silam kembali terbongkar.....kehadiran dua hero kita menambah perisa dlm SDN, kehadiran Izz karami dan kemunculan Asp Ziyad Sidqi....pasti membuat pembaca tersenyum walau pasti ada airmata yang mengalir. Tahniah bust dhiya kerana telah melahirkan nvl yang hebat ni...pada yang belum miliki, dapatkan ye... , rasa mcm tak sabar nak tunggu nvl seterusnya.

Sunday, March 30, 2014

REVIEW SETIAP DETIK NAFASKU


Salam.....

Terima kasih atas ulasan yang cukup manis Nithia Rajah... :)


Setiap Detik Nafasku (SDN) another masterpiece from you kak Dhiya Zafira..... You make me cry again ( but i like it )....Dzar Thalha ..terasa amat sakit dengan kisahnya.... Seolah - olah saya berada di tempatnya dan merasai segala kesakitannya.... Olahan dan ungkapan setiap ayat amat menggetarkan Jiwa.....Demi kasih sayang terhadap ibu dan adik perempuannya... Lelaki ini terpaksa mengharungi lorong hitam dalam kehidupannya..... bukan untuk sehari dua tetapi selama TUJUH tahun.... Amat perit..... Tan Sri Hassan Basri , aku harap sangat kau tak wujud dalam dunia ini... Nama aje dah tua, tapi lelaki tak sedar.... Agung - agungkan dunia kewangan sehingga lupa terhadap yang mana betul dan yang mana salah... Hanya kerana harta dan darjat sanggup lakukan perkara terkutuk yang tidak terduga...... bodoh gilerrr.... Ara..... you are simply superbbb girl...... I like you sooo much..... Glad to see Sid, Izz Karami n Dinie again... Kak Dhiya you have proven it again.. You are still the best kak.... (P/s : Saya suka semua hero - hero akak.... But my Abang Rif still the best among the best... Nobody can deny it... Anum Nurhanumsetuju tak ??????? Now im waiting for you next karya kak Dhiya Zafira,,,, ( tamaknya saya....)
BUAT PEMINAT - PEMINAT KAK DHIYA ZAFIRA DAN PEMINAT - PEMINAT NOVEL YANG BELUM MEMPEROLEHI Setiap Detik Nafasku.. Sila dapatkan dengan segera........ Anda tidak akan rugi... I bet it.......
Anum Nurhanum waiting for your komen... 

Friday, March 21, 2014

SETIAP DETIK NAFASKU

Salam....


Buku Terbaharu saya sudah siap dicetak. Sudah berada di stor dan kemungkinan akan berada di pasaran pada minggu depan. Kepada yang membeli secara online dengan saya, diminta bersabar ya kerana saya juga sedang menanti kiriman buku2 itu daripada pihak Alaf 21. Menurut maklumat, SDN yang sebanyak 150 naskah itu akan dipos kepada saya dalam minggu depan. Harap2nya hari isnin sudah boleh dibawa keluar. Jadi, mohon kepada semua memberi masa kepada saya ya. Jangan bimbang, sebaik sahaja SDN berada di tangan saya, saya akan segera pos lajukan kepada anda semua bersama sedikit cenderahati SDN yang berbentuk fridge magnet.



Wednesday, November 20, 2013

~ HIATUS~

Salam...


Lamanya saya meninggalkan blog ini..Tahun ini saya sungguh tidak produktif langsung menulis di dalam blog. Mojo dah hilang agaknya...InsyaALLAH akan cuba membuang sawang yang semakin liat dan ketat untuk dibuang...Kepada anda yang masih sudi berkunjung di blog yang tak seberapa ini...terima kasih saya ucapkan....

Tuesday, September 03, 2013

ULASAN TBK n JKP





Kedua-dua ulasan ini dibuat di dalam grup FB BUKU LIMA oleh Shahrul Nizam Zulkifli. Terima kasih banyak-banyak atas ulasan ini dan senyum saya bertambah mekar apabila pembaca lelaki boleh menerima karya2 saya. 


Tajuk : Tertulis Buat Kita
Penulis : Dhiya Zafira
Muka surat :566
Terbitan : karangkraf


Tertukis buat kita adalah sambungan daripada novel Jauh Kau Pergi..mengisahkan Mejar Najmi Hariri yang berkahwin dengan Auni..cinta yang dipupuk membawa mereka ke jinjang pelamin..namun kebahagiaan x lama..rupa-rupanya Auni yang dikahwini Mejar Najmi bersangkut paut dengan sejarah silamnya..dan sejarah inilah yang membawa bah dalam rumah tangga pasangan ini..

Dalam novel ni x banyak sangat aksi tempur..tapi disulam dengan cinta..one thing yang saya belajar dr novel ini ialah..kemaafan mampu menghapus luka..nak puji sikit novel ni sebab berjaya dihabiskan dalam masa sehari sahaja..ada banyak mid point untuk kita berhenti membaca..x seperti novel yg awal..satu bab terlalu panjang..yang ni mudah dan menyenangkan saya nak bacanya..

Tahniah kak dhiya sebab bukan senang nak menghadirkan sifat seorang lelaki dr sudut pandangan seorang wanita..lelaki yg dipilihnya adalah komando..ye barangkali kita boleh kata ia adalah fantasi..tapi pada saya..semua dalam novel ini benar belaka..sedih plak bila da habis baca..

Saya tertarik dengan bahagian tinta penulis..saya menyokong prinsip akak..harap terus menulis begini..abaikan cara orang lain menulis..yg pasti akak ada cara akak sendiri..dan jangan takut jika x ada orang beli novel akak..shah tetap beli..hehe





Tajuk : Jauh kau pergi
Penulis : Dhiya Zafira
Muka surat : 520
Terbitan : Alaf21

Mengisahkan tentang kehidupan tentera..antara cinta..dendam..airmata..tugas..mempertahankan kedaulatan negara..apakah yang kalian rasa apabila satu2 nya keluarga yg anda ada meninggal dunia tanpa mengucapkan selamat tinggal??dan apa pula rasanya setelah setahun berlalu yang meninggal itu rupanya.......................(hehe)..pada saya novel ni kene dengan jiwa sebab ada aksi bertempur dan ada misi menyelamatkan kedaulatan negara..one thing yang saya discover about this novel..kemanisan berumah tangga (begituuuuuuuuu)..3 1/2 bintang buat penulis ini..bukan senang nak tulis cerita berkisarkan hati seorang lelaki lebih2 lagi askar yg bergelar komando..tapi jangan kita lupa..komando juga manusia..punya hati dan perasaan..

#tiada siapa boleh lari dari masa silam..dan tiada sesiapa yg hidup di dunia ini tidak mahu berteman dan tidak pernah mengidamkan kebahagiaan.....

Friday, July 12, 2013

Ramadan Mubarak



Salam...

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Mulia kepada seluruh umat Islam...Semoga amal ibadat kita semakin bertambah dan kekal bertambah di bulan mulia ini..Aaminn...

Thursday, June 13, 2013

Kita terbang lagi...



InsyaALLAH...esok pagi. Ya ALLAH...kau permudahkanlah perjalanan kami pergi dan balik. 

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...