Thursday, May 20, 2010

Review RBB & RUD

Salam...

Membaca mesej Fauzan dalam comment post membuat saya teruja. Jarang sebenarnya lelaki yang mahu mengulas hasil penulisan saya ini. Walaupan hanya mengenali Fauzan secara alam maya, tetapi saya benar-benar berasa terharu kerana mengenali dengan seorang pembaca yang begitu mengukai RBB (betul kan)..sampai sanggup baca berulang kali..sampai sanggup melukis grafik untuk watak hero n heroinnya. Apabila menulis RBB dan RUD, saya tahu saya mengambil risiko kerana kebanyakkan pembaca masih mengharapkan sebuah novel cinta 100%. Dan bila ada pembaca yang menyukainya...saya rasa lega...saya rasa seronok..saya rasa begitu tersentuh hati. dan saya tahu...saya tidak melakukan kesilapan mempertahankan genre yang saya minati ini...Apa2 pun...silalah baca komennya.....


Haaa...aku baru habis mengulang-kaji dua buah novel dari novelis kesukaan aku Dhiya Zafira...buat sesiapa yang tak tau tu...RBB is "Rindu Belum Berhenti"...and RUD is "Rindu Untuk Dia" yer...hehehe...





Okay la...dulu waktu aku mula-mula baca RBB, waktu sekitar part 5, waktu Diploma in Insurance lagi...dah lama dah, almost 2 years gitu kot. lantaklah tu...yang aku nak cakap here is that that is the first novel yang buat aku rasa macam,"oh no!!! i like this novel very much...", this is b'cuz most novel i read before bukan dari genre sebegini...sejujurnya, genre inilah yang aku suka sangat-sangat. in a love story i think the guy should be someone yang macho yang boleh diharapkan untuk menyelamatkan si pujaan hatinya. benda ni normal kot. Citer english pun banyak evolve around benda-benda yang macam ni...sebab tulah dorang punya fairytale sumer pasal prince selamatkan princess dorang..kan..kan..kan?? hehehe..Enough about that let get down to the review...





Okeylah...perbandingan antara RBB and RUD, camner nak mula ni...okey, similarity-nya adalah both bergenre action-romance (memetik kata-kata penulis sendiri), ada gaduh-gaduh sikit...ada orang jahat yang bukan just disebabkan persaingan dalam cinta. kak Dhiya pandai bermain dengan emosi pembaca bila sampai pada part-part yang tertentu, contohnya, prolog untuk RBB, first baca jer aku dah suspen...ni citer hantu ker?? dah baca baru tau yang ni bukan citer hantu...haha, aku pun gelak sendiri sebab ingatkan citer ni cerita hantu pulak...
Dalam RBB, penulis mengajak pembaca menyelami perasaan seorang lelaki yang jauh tersasar hanya disebabkan kecewa dalam bercinta, walaupun cinta itu tak pernah secara jelasnya, wujud. Izz Karami berubah menjadi Zack, si algojo yang tiada belas dengan musuh-musuhnya. camtu la yang dapat aku simpulkan sikit sebanyak. penulis secara sikit demi sedikit menukar watak itu menjadi seorang lelaki yang sangat sempurna sifatnya, bila cinta yang, kononnya kecewa itu tidak dapat dia lupakan...Izz with unquestionable determination telah mengambil keputusan drastik untuk menentang kawan-kawan sendiri setelah tahu mangsa adalah masa silamnya yang paling dalam dalam hatinya, in other word, awek pujaan hatinya lah, Adni Zuhayra.

 
So kita skip jer la...yer...korang nak tau lebih lanjut apa kata korang baca jer the novel itself...skang dah murah dah...RM18.00 jer...sila rembat di mana-mana kedai buku yer.
Adni Zuhayra?? Izz lebih memanggilnya dengan nama Dinie, nama manjalah ni kiranya. kita tahu direct translation dari bahasa Arab, Dinie derived from the word ad-Din@Din bermaksud 'pegangan'. ini memberi maksud yang penulis cuba memberitahu pembaca perasaan sebenar Izz terhadap Dinie...bukanlah berpegang sebagai agama, tapi menandakan betapa dia sangat menghargai gadis itu.
Adni/Dinie, adalah seorang perempuan yang sangat sempurna jika dilihat dari pandangan saya yang telah membaca novel ini, cuma dia jer yang 'kesian' sebab dah mak bapak dia meninggal, balak yang tak berapa nak balak pulak 'mati'. selepas tulah hidup dia jadi sangat kosong. ini tidak dijelaskan sangat dalam novel tapi, bila pembaca yang dah baca novel ni dengan bersungguh-sungguh, mereka akan rasa apa yang watak rasa, kadang-kadang apa yang penulis tak meant to feel about watak pun pembaca boleh rasa, tau. hebat kita ni semua wahai pembaca-pembaca novel sekalian...dah! kita sambung balik.
Novel ni walaupun berelemenkan (bak kata kak Dhiya lagi) kill kill, die die; tak meninggalkan tema kemanusiaan yang lain, contohnya tema kekeluargaan. sebagai contoh, salah faham antara ayah dah anak, pakcik Hisham dan anaknya, Izz Karami. Ke-tidak-ngam-an antara adik beradik, Izz Karami dan Khairy Hashimi...kasih ibu yang tak percaya anaknya sudah mati selagi tak jumpa mayat anaknya, Puan Zurina dan Izz Karami. semua ini menjadi rencah yang menambah perisa dalam novel RBB ini supaya ia tudak terarah kepada satu benda sahaja, pembaca melayu sekarang sudah cerdik dan mereka nak berfikir dengan lebih ligat lagi semasa membaca. tak nak cepat bosan katanya. hehe...
Antara scene yang paling saya suka ialah malam selepas Hadiff datang ke kediaman Izz. waktu Izz meluahkan "I love you" kepada Dinie. so romantic. lagi satu sebelum tu, kat dalam hutan, Dinie jatuh sebab kaki dia sakit, dia ingat Izz takkan datang tolong dia tapi tak. Izz ada kat depan dia waktu dia mendongak.
For action scene pulak, waktu mereka kena serang dekat rumah yang ada Tony sekali tu. Yang Tony kena tembak kat lengan tu...waktu Izz tolak Adni and jadikan diri dia sebagai perisai. I can picture that scene clearly. Hebat, seriously hebat!

Senang citer, novel ni best. Habis. Full stop.





RUD...hmm, takde yang gagalnya novel ni...cuma ianya less-action tapi more-romance dari RBB. Jad Imran memanglah tak semacho Izz tapi still macho, sebab dorang satu family..Izz dan Jad ni ada sedikit persamaan tapi banyak perbezaan, sanggup lakukan apa sahaja untuk orabg tersayang masing-masing..bezanya, Jad ni cepat sangat, ikut kepala dia jer dan pendek akal jugaklah kalau boleh dikatakan. tapi saya still picture Jad ni lelaki melayu yang normal, tak macam Izz, dia ni bukan typical malay guy...entah, tak tau kenapa..mungkin sebab ada sesuatu dalam mata dia...yang bahaya, sangat bahaya...chewah...





Beralih kepada heroinnya pula, Amie Najla', (sebutan dia A-mi Naj-la, yer...dah confimkan dengan penulis hari tu...), seorang perempuan yang...well, kesian...sebab jadi mangsa kepada manusia berhati binatang...dalam RUD, penulis nak bangkitkan kembali tema keganasan terhadap wanita (perkara tipikal yang akan berlaku dalam novel melayu). tapi story diolah dengan baik sekali... Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) (cambest jer kan nama!), ini adalah satu masalah mental yang membabitkan gangguan terhadap seseorang yang telah mengalami suatu pengalaman yang sangat buruk,teruk sehingga meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri mereka, personaliti boleh berubah disebabkan masalah ni. Serious jer bunyinya, tapi di Malaysia, takdenya ramai yang give a damn pasal benda ni...so, penulis berjaya meng-educate pembaca tentang perkara ini yer...sila berikan tepukan.

Apabila seorang perempuan itu (minta maaf, yer..) dirogol, dia akan merasakan diri mereka itu kotor, keji, hina, tak layak untuk sesiapa. Mereka jadi takut nak mengadu kepada sesiapa. Malu? Of course malu, korang tak kena kat batang hidung korang senanglah citer...cuba kena. Taulah korang. Tapi itulah silapnya, dengan rasa malu tulah si perogol tu masih bebas. Tapi tak boleh nak salahkan mangsa juga sebab, kita yang tak tahu apa yang berlaku kat dia, camner dia tanggung benda itu sendirian memang kita tak pernah fikir. Masyarakat pulak kadang-kadang bukan jenis yang supportive, yang kena rogol tu...kadang-kadang bukannya ditolong, dikejinya lagi ada. Inilah masyarakat kita yer, bukan orang lain. Dikatanya perempuan itu tak tau jaga diri, pakai terdedah sana sini. Tapi,kan...besar sangat ke dosa tidak menutup aurat secara sempurna tu kalau nak dibalas dengan dirogol...korang fikirlah sendiri...eh, membebel pulak aku...hehehe
Scene yang paling aku suka, at the ending of chapter 4...waktu Amie kena langgar tu...aku cuba bayangkan kenapa reaksi Amie sampai camtu sekali...dia macam kena pukau...bila nampak Jad...so aku tengok balik cover novel tu...

RINDU UNTUK DIA...dalam hatiku ada ingatan yang tak pernah mati terhadapnya...

Make sense!!! definitely make sense...dia jalan tu sebab itu minda di bawah sedar dia yang nak mendapatkan Jad...sama macam kenapa dia tiba-tiba beli banyak Campbell soup yang dia paling tak suka tu (makanan kesukaan Jad Imran)...dan Amie ada kata kat Hani, di akhir chapter 3, dia sendiri tak faham tindakan dia membeli soup tu semua...jadi dapat saya simpulkan di sini, Amie ada masalah jiwa selain PTSD...hahaha...dia terlampau sayangkan Jad sampai dia tak boleh berfikir dengan waras dan boleh mengelamun buat benda yang tak logik...
Hmm, memang dah jadi tabiat saya semasa membaca novel akan membayangkan camnerlah rupa mereka...kalu di buat filem or drama, saya rasa mereka ni sesuai kot menjadi pelakon-pelakonnya...

Izz Karami...tadi ada cakap yang dia ni bukan typical malay guy kan...so saya membayangkan Izz sebagai...jeng3...
 
Piolo Jose Nonato Pascual/Piolo Pascual…hensem ,kan?? Masa ni tengah obses giler ngan mamat ni... citer She-Wolf kat tv3 tu la... hahaha, sekali tengok hebat betul mamat ni. Sesuai ngan Izz...macho, badan tegap...sesuailah ngan Izz kesimpulannya…

Haa...meriah tak bila Adni Zuhayra tu dibayangkan sebagai Nur Fazura Sharifudin/Fazura...takleh nak cakap apa-apa, kan?? Memang Fazura lawa pun...dah heronya hensem...heroinnya mestilah lawa dalam kepala aku... yang sebenarnya aku yang suka Fazura...hehehe...

Apa korang nak kata bila Tiz Zaqyah aku bayangkan sebagai Amie Najla', memanglah hot... hahaha... Well, semua nak kena lawa...

Hari tu tengok Adamaya, episod akhir..tengok punya tengok. Eh, kalau Maya ni baik sikit orangnya sesuai pulak dengan Suraya. Muka sweet, bersih jer... sebenarnya aku memang suka kat Lisa, pun...hehe

 
Jad Imran, susah, payah nak cari siapa yang layak aku gambarkan sebagai mamat ni..dia sepatutnya hensem, tinggi, muka kena baik tapi kalau marah orang boleh takut instantly...siapa yer???aku tak dapat nak bayangkan siapa dia ni sampailah...

Zaquan Adha, tiba-tiba aku teringatkan mamat ni...so, what do you think???


 
itulah sahaja bebelan aku buat masa ni...kepada sesiapa yang belum baca RBB and RUD... sila baca sebab kedua-dua novel itu best...sekian, terima kasih...


p/s - Buat Fauzan...wah berimaginasi sampai mcm ni sekali ek....buat pengetahuan Fauzan..akak mmg tak pernah imagine muka2 orang melayu ni dalam mengambarkan watak..lebih2 artis Malaysia ni..hahah..tak tau kenapa...mcm tak best gitu..heheh..tapi sesiapa pun bebas mengambarkan siapa sahaja yang dia mahu bukan...jadi akak nak tunjukkan siapa yang akak bayangkan sebagai IZZ KARAMI ini..jeng jeng jeng...



Tuesday, May 18, 2010

KA & QA

Salam...


Tadi sementara jemari saya mahu berlari-lari berkejaran manja di atas keyboard, saya terasa bulu roma saya naik. Darah saya terasa berderau. Tiba-tiba jantung saya berdegup  kencang. Saya tidak mahu mengakuinya...saya takut hendak mengakuinya, tapi saya tahu..ada seseorang dibelakang saya. Seseorang yang sedang memerhatikan saya dan saya tidak perasaan akan kehadirannya itu.
Duduk saya semakin kaku. Saya tidak berani langsung mahu berpaling. Saya tiada kekuatan mahu melihat walau siapa pun dia yang berada begitu hampir dengan saya ini. Dari ekor mata, saya lihat dia menegakkan tubuhnya. Tinggi dan sasa. Itulah yang dapat saya bayangkan. Namun saya masih belum mampu bergerak. Tanpa sedar manik-manik peluh membasahi tubuh saya. Saya benar-benar ketakutan kini.
Dia yang bertubuh tinggi sasa itu mula melangkah. Derap kakinya sungguh perlahan, seolah-olah dia berjalan di atas karpet yang tebal. Langkahnya hampir2 sahaja tidak kedengaran, namun saya tahu dia semakin menghampiri saya. Saya memejamkan mata rapat-rapat. Saya beristifgfar di dalam hati. Ya ALLAH...siapakah dia ini? Apa mahunya dia daripada saya?

" Buat apa ni?" Saya segera membuka mata apabila mendengar dia bersuara. Saya tergamam. Saya terpaku. Lalu untuk beberapa saat itu, saya tidak ubah seperti patung sahaja layaknya.
" Takutkan siapa?" Soal dia lagi. Saya masih tidak mampu bersuara. perlahan tangan saya mengurut dada. Aduh..dia hampir sahaja menyebabkan saya mendapat serangan jantung...saya melihat dia membelek buku-buku nota saya di atas meja. Dengan pantas saya menepis tangannya yang berjari runcing itu. cantik jarinya. Saya sendiri terkesima memandangnya.
Dia hanya ketawa dengan reaksi saya. Saya menutup mata...aduhai..merdu sekali suaranya.
" Takkan tak boleh tengok?" dia bersuara lagi. Nampaknya dia tetap tidak putus asa apabila saya tidak langsung menjawab segala pertanyaannya.

" Mana boleh! tak siap lagi." Jawab saya sambil melarikan jauh buku2 nota saya daripadanya.
" Ala..sekurang-kurangnya beritahulah siapa heroinnya. Sampai bila nak berahsia ni?" Dia terus memujuk dan saya terus menjeling. Mana boleh beritahu. Belum masanya lagi.
" Dhiya...make sure ya saya dapat teman yang saya inginkan....saya mahukan gadis yang lembut tetapi lasak. Yang berwajah sedih tetapi teguh pendiriannya. Dia yang tahu apa yang dimahukannya. Dia yang tak takut berjuang untuk mendapatkan apa yang dimahukannya. Er..Dhiya..kalau boleh..biarlah ada tahi lalat kecil pada bibir kirinya...bolehkan?"

" Amboi, demand nampak?" keluh saya kepada dia. Suka hati sayalah mahu mencorak temannya yang bagaimana. pandai2 sahaja nak tetapkan kriteria ya. Kalau saya bagi yang kontras terus..naya saja..hahahahha...

" KA...pergilah! jangan ganggu saya. kalau awak ada..macam mana saya nak tulis ni?" rayu saya pada dia. Dia berterusan ketawa. Tanpa saya sedar dia meletakkan tangannya di atas kepala saya. Perlahan dan mesra. Tiba-tiba saya rasa diri saya amat disayanginya. Tiba-tiba saya terasa tidak kisahlah kalau KA mahu terus menganggu saya.

" KA..." panggil saya apabila saya melihat dia seakan mahu beredar pergi...KA memandang saya. renungannya cukup redup.

" Jangan lukakan hati QA...dia sudah lama menderita. Jangan hampakan dia lagi setelah apa yang berlaku dulu..." pesan saya satu persatu. Tidak mahu KA salah anggap dengan pesanan saya itu...untuk seketika, saya melihat KA menunduk. Wajahnya muram seperti memikirkan sesuatu. Kemudian dia mengangkat wajah dan memandang saya...

" Saya tahu." balasnya hampir2 tidak kedengaran. Penuh sarat dengan penderitaan. Saya terpaku namun  bayang KA sudah lenyap...hilang ....

" KA...." saya seru namanya perlahan....




p/s - Itulah dialog yang berlangsung secara telepati antara saya dan KA (hero novel ke 5 saya)..apamacam...? pandai ya KA demand nak heroin yang macam dia mahu...huh! tak semudah itu...Sebelum mereka bahagia...saya akan deritakan mereka habis-habisan..wah! kejamnya saya....Macam mana nanti ya QA?

SUDAH TIBA!!!

Salam..

ALHAMDULILLAH!!!...Syukur saya kerana manuskrip saya sudah tiba di tangan editor. Leganya saya sukar nak diucapkan. Pagi tadi saya hampir-hampir meninggikan suara pada seorang staf di pej pos itu kerana masalah saya masih belum selesai, namun mujurlah...SABAR saya masih meninggi. Setelah mss saya berjaya dikesan, staf tersebut menelefon memaklumkan bahawa ianya akan dihantar pada esok hari.
WTH??? jam masih pukul 10 pagi tetapi mss akan dihantar esok? kenapa tidak hari ini? kenapa masih mahu ditangguhkan sedangkan sudah hampir seminggu ianya tertangguh? Namun mujurlah...saya meminta tolong..dengan suara sedikit memujuk...saya meminta mereka menghantar hari ini. Kata kunci saya..." Kesalahan ini pihak pos yang mulakan..kenapa saya yang perlu menanggungnya? hahahha...selepas itu terus staf berjanji akan menghantar hari ini juga.
Dan sms dari editor semakin membuatkan saya menarik nafas lega...ALHAMDULILLAH....

Monday, May 17, 2010

bolehkah saya bakar pej pos Shah Alam pula???

Salam....

Geram saya masih belum berakhir. Manuskrip saya masih belum tiba di tangan editor. Pagi tadi saya berurusan dengan pej pos Shah Alam pula. Mujurlah..manuskrip saya sudah tiba di sana tetapi ditahan seketika kerana alamat salah...memanglah salah...sebab salah mereka juga. Sekarang ini...salah seorang staf mereka sedang mengesan posmen yang menguruskan manuskrip saya. Hmmm...Mengesan? MIAkah posmen itu? Sukar sangatkah untuk dihubungi? Tiada telefonkah? Saya tak rasa posmen itu tiada telefon...Saya tengah bengang sekarang ini...Sudah dekat tetapi seakan jauh. Kalaulah saya dekat..memang sudah sampai agaknya saya ke pej pos itu. Biar saya cari sendiri..Aduhai....Kenapa payah sangat ni? SABAR...SABAR....SABAR....

China vs Malaysia


Salam...

Akhirnya kita tahu milik siapa Piala Thomas kali ini. Ya..pemiliknya masih sama. Tetap tidak berubah sejak beberapa tahun yang lalu. China terlalu hebat untuk dikejar oleh pasukan Indonesia..apatahlagi..Malaysia yang begitu beria-ia mahu merampas kembali setelah kehilangan piala itu selama 18 tahun.
Saya bukan tidak patriotik dan bukan saya mahu memperlekehkan kemampuan pasukan Malaysia, namun tak payahlah memdabik dada mencanang satu Malaya, bahawa Piala Thomas itu akan dirampas semula kalau corak permainan semuanya menjadi sebegitu rupa. Melihat corak permainan Indonesia semalam lebih-lebih lagi pasukan beregu mereka...Setiawan dan Kido..ternyata bukan lawan kita. Tahap permainan pemain kita begitu jauh ketinggalan.  
Kalaulah kita masih menggekalkan corak yang sama...saya yakin sampai bila-bila pun Piala itu tidak akan tiba ke tangan Malaysia.
Melihat perlawanan semalam..saya terfikir..apa yang dilakukan oleh jurulatih China dan Indonesia sehingga pemain mereka menjadi begitu hebat sekali? Apa yang mereka lakukan? Latihan apa yang mereka jalankan? Jati diri bagaimana yang mereka terapkan sehingga menjadikan semangat juang mereka begitu tinggi.
Ada apa dengan pasukan kita? Apa yang berlaku sebenarnya? Saya melihat sepanjang perlawanan...apa yang boleh saya simpulkan...pemain kita manja...mudah putus asa...kalah dengan tekanan dan apa yang paling penting istilah BERJUANG HABIS-HABISAN itu tiada dalam diri mereka.
Mereka kalah sebelum berjuang..malah semasa baru memasuki gelanggang, mereka sudah tewas sebenarnya...
Apa pun berbalik pada diri kita. dalam hati kita. corak pemikiran kita. Orang boleh kata kita lemah..orang boleh kata kita bodoh..orang boleh kata kita apa saja tetapi bagaimana kita menerima segala kata-kata orang itu yang penting. Orang hanya boleh tewaskan kita andai kita membenarkan mereka menewaskan diri kita sendiri.
Berbalik kepada kekuatan pasukan China semalam....mereka boleh tewas sebenarnya. Terbukti pasukan Uber mereka tewas pada korea selatan. Tetapi...kalau awal-awal lagi kita sudah meniup mantera tembok besar China sukar ditewas...jadi kita tewas.
Namun...walaupun berat untuk saya katakan..China membina tembok besar itu sebagai kubu untuk berlindung serangan daripada puak Mongol. Pembinaan pada masa 200 SM itu masih kekal sehingga kini. China bukan sekadar membina tembok yang sukar ditawan secara nyata..namun mereka juga membina pertahanan yang cukup tinggi dalam jiwa rakyat-rakyat mereka. Pertahanan yang cukup sukar digugat oleh mana-mana negara. Tengok sahajalah penguasaan China di pentas sukan dunia...
Kalau kita tidak mampu menjadi seperti pemain China..cukuplah kalau kita juga mempunyai semangat juang seperti mereka.
Tahniah China..anda memang layak untuk bergelar juara. Untuk Malaysia...Kita perlu BERUBAH....

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru...CIKGU

Salam...

Hari ni hari guru. Semua orang tahu itu. Saya juga tidak mahu melepaskan peluang mengucapkan selamat menyambut hari guru kepada semua cikgu yang pernah mendidik saya semenjak saya bermula di tadika sehingga saya tamat tingkatan 6 dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti. Jadi entri kali ini saya mahu tributekan kepada insan-insan penting yang berjaya membantu mencorak hidup saya seperti ketika ini.


Tahun 1984

Saya tadika di Bt 4, Port Dickson - Nama gurunya saya tidak ingat lagi tetapi apa yang saya ingat, saya cukup tension dengan kelas tadika saya kerana cikgu ini kerap mengadakan aktiviti yang memerlukan saya memakai baju kurung. Aduhai...saya semasa kecil lebih lelaki dari budak lelaki itu sendiri. Saya pernah ponteng kelas ( tapi kantoi dengan ayah bila dia jumpa saya tengah lepak kat bus stop)..hahahah... - ini sejarah ponteng saya yang pertama..di tadika lagi..bila diingatkan2 semula memang kelakar. Nanti saya ceritakan pada n3 yg lain bagaimana saya boleh ponteng sekolah tadika. Saya juga ingat saya pernah lari dari sekolah sebab tak tahan dengan baju kurung yang saya kena pakai. Saya rasa begitu azab menunggu waktu sekolah habis sehingga tidak sabar menunggu waktu perbarisan balik. Semasa cikgu suruh beratur, saya sudah melarikan diri....
Kalau  saya berpeluang berjumpa cikgu ini semula, saya akan katakan..saya tidak alergik lagi dengan baju kurung.


Tahun 1987-1989 ( Sek. Keb Long Jaafar, Kamunting)

Cikgu Mohd Hadri Hj Gadzali - Cikgu kesayangan saya walaupun saya pernah kena tampar dengan dia sudah terlalu banyak kalau hendak dikira sebenarnya. Dia menjadi guru kelas saya dari darjah 3-6.
Perangai tomboy saya memang kekal sehingga ke sekolah. Saya ingat lagi dengan baju pinafour dengan rambut kontot saya bersama teman baik yang juga membawa gaya yg sama. Kami ini antara dua tomboy yang terkelas dalam kelas..sebab suka cari pasal dengan budak2 lelaki. Cikgu Hadri memang pening nak melayani karenah saya yang suka bergaduh. Kelas selalunya tertangguh sebab cikgu kena selesaikan masalah saya dulu.
Ya...kalau hendak dikira...memang banyak kali saya kena tampar dengan cikgu ini...(bukan tampar kuat...tampar2 sayang aje..hahah)...tetapi walaupun saya kena tampar..sya tetap hormat cikgu ini...dia antara cikgu yang betul2 ambil berat ttg saya. Dia sanggup hantar saya pulang ke rumah semasa kami kena bergotong royong...perkara yang tak pernah dibuat pada pelajar lain. Dia datang kerumah saya waktu malam semata-mata nak memberitahu majlis yang sepatutnya berlangsung lusa dipercepatkan pada keesokkan harinya.


Tahun 1990 ( SRB Mejar Jeneral Dato' Ibrahim, Kuching)

Ist time saya ke Sarawak...darjah 6. Cikgu kelas saya lelaki..tapi saya lupa nama dia. Dan saya tak suka dia. Ist time juga saya kena pakai baju kurung dan tudung ke sekolah. Saya sempat bersekolah sebulan di Long Jaafar masa darjah 6 sebelum berpindah ke sarawak. Tetapi kebanyakkan masa saya memang ponteng sebab saya boikot sekolah sebab pelajar darjah 6, kena pakai baju kurung dan tudung. Aduh..saya dan faridah..memang protes abis-abisan...pakai baju kurung tak apa lagi...nak pakai tudung...mak ai....
Berbalik pasal cikgu lelaki ni...tak taulah kenapa dia mcm anti dengan saya...mungkin sebab saya tak secantik patricia Farrah yang dilukiskan potretnya..atau mungkin juga saya ni kasar dan selalu melawan cakap dia..dia pernah halau saya dari kelas. Dia suruh saya berdiri di luar tapi saya tak nak. dia jerit kat saya suruh saya keluar..tapi saya degil..tetap duduk kt tempat saya..akhirnya dia sendiri pun tak boleh kawal marah dia..terus dia tarik saya dan letak saya kt luar kelas..aduhai...

Cikgu Azmi Ayob
Cikgu Sukan saya yang mana sekarang ini jadi abang ipar kawan baik saya. Masa tu cikgu nilah yang paling hensem sekali kt sekolah. Kawan saya budak sarawakian ni dia memang minat habis dengan cikgu Azmi ni. Aduh..budak darjah 6 syok kat cikgu. Tapi kawan saya ni badan dia macam budak tingkatan 3..memang tinggi dan besar. Pendek kata...mmg orang tak akan percaya kalau cakap dia darjah 6. Jadi..setiap harilah saya terpaksa menemani kawan saya ni  mengintai cikgu Azmi setiap kali dia datang ke sekolah...heheheh...ada ka patut...


1991-1992 ( SMKA MATANG 2)

Siapa sangka saya bersekolah agama? Hmmm..masa lepas keluar result upsr..cikgu pun mengedarkan borang2 kemasukkan ke asrama penuh dan sekolah agama. Saya memang tak berniat pun nak masuk asrama. Tak pernah pun terfikir kat kepala ni nak duduk asrama. Jadi saya tak pedulikan langsung kata2 cikgu. Saya tak cakap dengan ayah sebab saya tahu kalau saya cakap, saya akan suruh saya mohon. Jadi baik saya diamkan saja. Tapi...anak buah ayah saya di kem yang memberitahu ; " anak tuan tak minta sekolah agama  ke...borang dia dah lama keluar...nak lepas pun tarikh tutupnya..anak saya minta juga..." Balik rumah..ayah marah saya sebab tak cakap...terus ayah pergi jabatan pelajaran nak mengambil borang. Walaupun permohonan dah ditutup tapi borang saya diterima juga...dan beberapa minggu lepas tu, anak buah yang sama cakap pada ayah saya..." tuan, saya dah check..anak tuan dgn anak saya dpt sekolah tu..." Duh...saya dah panik...dahlah asrama..sekolah agama plak tu...
Kat sekolah ni..saya dengan guru biasa2 saja. Tak adalah yang begitu rapat sangat. Cuma saya rapat dengan isteri ustaz saya. Masa tu saya form 2..isteri ustaz baru 19 tahun...cantik sangat...setiap petang jumaat saya lepak umah dia sebab nak tgk hindustan...hahahha. Dia pun mmg sentiasa tunggu kedatangan saya...


1993 (SMKA SHEIKH HJ MOHD SAID, SEREMBAN)
Saya hanya setahun sahaja di sekolah ini. Tetapi saya masih ingat uztazah Mahaya yang mengajar saya bahasa Arab. Saya bila time subjek ni memang saya cukup takut. 1. sebab saya lemah Arab. 2. Sebab ustazah Mahaya suka panggil nama saya. Memang tak sah kalau nama saya tak dipanggil untuk menjawab atau menulis di papan hitam. Saya ingat lagi selain nama saya, nama kawan baik saya( yg abang iparnya cikgu azmi itu), Noory Saadah memang selalu saja disebut. Kalau tak nama dia, nama saya yg akan disebut dulu. Pendek kata..tak sah kalau ustazah Mahaya ni tak sebut nama kami berdua.
Yang kedua..Cikgu Karthigesu - beliau ini coach bola tampar saya. Saya ingat dia sebab dia tak reti nak menyebut nama saya. Sudahnya dia panggil saya Mars...(mcm coklat tu).hahaha..

1994-1997 - STPD
Saya lama ni disini...dari fom4 - form 6. Akhirnya berjaya juga saya mengeluarkan diri dari sekolah asrama.
Cikgu Rabiah :  Cikgu BM. Yang mula-mula sekali mengesan kebolehan saya dalam penulisan. Dia pernah membantu saya memasuki pertandingan penulisan mengenai negara Korea Selatan peringkat kebangsaan masa saya di lower six. Dia yang menyuruh saya masuk..Walaupun tak menang, tapi di situ...saya tahu mana minat saya mengalir sebenarnya.

Cikgu Abdul Rahim : Cikgu yang meninggalkan efek yang paling dalam bagi saya. Cikgu yang paling saya sayang. Mengajar saya kesusasteraan Melayu dan Sejarah Islam di form 6. Saya jatuh cinta dengan sastera dan penulisan dengan lebih mendalam apabila berjumpa dengan cikgu ini. Cikgu ini juga mempunyai nama pena sebagai PAK TAM...dia juga seorang sasterawan sekolah...selalu menghasillkan puisi yang mengisi majalah sekolah...saya suka membaca karya2nya....Saya katakan pada kawan saya..kalaulah saya tahu beginilah dia mengajar, saya sanggup meninggalkan kelas sastera inggeris saya untuk masuk ke kelas sastera melayunya semasa form4-5. Saya cuba mencarinya namun dengar kata dia sudah berpindah sekolah...sayangnya..bila saya ke PD...bila lalu di STPD ini...terus saya jadi terkenang pada dia..pada kesungguhan dia memberi ilmu pada kami semua...


1999-2001 ( UITM SHAH ALAM)
En. Norman Masrek mengajar kelas System analyst.  Dia, saya lihat seperti LIN DAN...angkuh..kerek...bangga...tapi saya tetap suka pada dia. Pertama kali saya berjumpa dengan dia...memang meninggalkan kesan. Dia menunggu kami di kelas. Dia lecturer tiba dahulu dari kami studentnya...dengan wajah yang sedikit sombong..dia menerangkan kejayaannya menjadi pelajar diploma, degree dan master terbaik di kelasnya. Pertama kali..memang saya terkejut..amboi berlagak nak mampus laki ni..tetapi semakin hari..kelas dialah yang paling saya tunggu2. Saya tahu kenapa dia begitu. Dia mahu mencabar kami semua untuk menjadi seperti dia...dia mahu kami mendapatkan apa yang kami mahukan...heheh...untuk projek final year...saya dan 2 orang grup saya membuat sistem untuk kedai cermin mata di Plaza Alam Sentral. untuk Projek ini kami semua mendapat A...wah bangganya saya. sebab memang susah nak dapat A untuk kelas dia..tapi apapun..walaupun ramai yang tidak suka dengan dia..tapi masa tu saya ada rasa sikit angau pada dia..hahahaha


Itulah sedikit sebanyak tentang mereka yang bergelar pendidik yang masih saya kenang sehingga kini. Walau apa pun saya tetap menyanjung tinggi arwah ayah dan emak saya yang saya rasa PENDIDIK yang paling hebat yang pernah saya temui. Tiada siapa pun yang mampu menyaingi apa yang telah ayah dan emak lakukan kepada saya dan adik beradik yang lain....



( GURU OH GURU - USMAN AWANG)

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Rurouni Kenshin - SAMURAI X



Cerita yang saya tengah layan sekarang ini. Susah sangat nak tengok kat tv. Dulu-dulu pernah ditayangkan kt tv 2 tak silap saya...tengah best2 saya ikuti siri ni, tiba-tiba lenyap tanpa berita. RTM ni kadang-kadang memang menyakitkan hati. Sudah banyak kali cerita bersiri yang saya tengok sometimes hilang macam itu saja. Lepas tu baru-baru ni, saya lihat cerita ini ditayangkan di saluran ANIMAX astro 715. Setiap pukul 6.30 petang. Alahai bertembung dengan siri ADAMAYA lah pulak. Tetapi oleh kerana saya sedikit sakit hati dengan watak MAYA berselingkuh dengan DANI...jadi saya menonton cerita samurai x ini. Sampai emak saya kata..cerita ADAMAYA ni setengah jam ke..hahahhah..( saya hanya buka pada pukul 7).
Oleh kerana cerita ini diulang kembali pada 9.30 malam, saya beralah dengan emak...(hahahha). Tapi saya tetap tidak berpuas hati. Cerita ini tak pernahnya saya dapat tengok dari siri pertama hingga akhir. Selalunya sudah sampai pertengahan. Jadi...minggu lepas, saya ke kedai cd di Taiping Sentral...tak berniat pun mahu membeli dvd ini tetapi bagaikan tersurat pula...tiba-tiba dvd ini memang betul-betul berada di hadapan saya..jadi..nak tak nak, saya terpaksa beli...hahaha...
Mak saya kata..tak sangka pula saya ni minat kartun...hahahah...saya ini bukanlah semua kartun pun saya rembat. Macam cerita korea dan jepun ataupun apa sahaja ceritalah. Saya tidak tangkap muat..Apa yang saya suka memang saya suka betul-betul....
Menonton Kenshin Himura dalam samurai x ini, seperti biasa saya akan imagine macam manalah nanti saya hendak melukis watak hero saya yang akan datang. Kalau Kenshin ini digelar Battosai the Menslayer dengan pedang mata terbaliknya...hero saya mahu pegang apa? hahahaha.....

Friday, May 14, 2010

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

Salam...

Hari ini Hari Jumaat. Hari yang penuh keberkatan. Hari yang dimana kalau boleh...saya mahu apa yang berlaku hanya baik-baik sahaja. Tetapi hari ini bermula dengan panggilan editor saya yang mengatakan manuskrip yang sudah saya edit masih belum sampai ke tangannya. Saya pelik kerana saya menjangkakan hari Khamis sudah seharusnya tiba di pejabat Alaf 21.
Saya telefon bahagian pos laju di pejabat pos Taiping, untuk bertanyakan status penghantaran. Pada hari selasa..saya membuat penghantaran kepada 2 tempat. satu di Shah alam dan satu lagi ke Melaka. Bungkusan yang saya kirimkan ke shah alam itu sudah diterima oleh pihak mereka, sedangkan Di Melaka, bungkusan saya masih tersekat di pejabat pos Alor gajah.
Selepas itu saya call editor balik dan dia mengatakan dia menerima bungkusan lain dan bukannya manuskrip saya. Aduhai...kepala saya sudah mula berpinar. Saya tahu pejabat pos Kamunting sudah melakukan kesilapan dalam menghantar 2 bungkusan saya itu. Bungkusan ke Melaka tiba di Shah alam dan Bungkusan yang sepatutnya tiba di Shah Alam..tersekat di Alor Gajah.
Saya menelefon kembali pejabat pos Taiping untuk menyelesaikan masalah itu dan mereka berjanji akan membantu saya menjejaki kembali manuskrip itu supaya dapat dihantar semula ke Shah Alam. Ya...Tetapi saya tidak suka duduk sahaja menunggu mereka menyelesaikan masalah yang tidak sepatutnya dilakukan. Saya cuba menjejaki sendiri manuskrip saya itu. Bila saya mengadu pada pejabat pos besar di Melaka..mereka kata akan menolong saya...Saya minta nombor telefon pej. pos Alor Gajah...saya telefon berulang kali...sama ada tak angkat ataupun enggage. Aduh...saya sudah naik darah. Geramnya saya apabila memikirkan mungkin staf di sana sengaja tidak mahu menjawab panggilan telefon. Buktinya..setiap kali saya menelefon dan ada nada dail..tetapi pihak disebelah sana akan cuba reject panggilan saya. Namun saya ni tidak kenal erti putus asa..saya telefon lagi..mereka tetap macam itu juga...angkat tetapi tak nak bercakap..dan mereka cuba memutuskan talian tetapi tidak berjaya apabila saya tetap memegang gagang.
Last sekali, saya bersuara..." jawablah..." dengan suara yang agak keras..dan seorang lelaki menjawab panggilan saya.
Kalau ikut kepala saya yang sudah hampir bertanduk masa tu, memang mahu saja saya meluahkan rasa marah saya...( saya tak pandai marah sambil maki..cuma kalau saya marah....suara saya akan menjadi keras dan tegang..hahahaha)...
Saya minta mereka mencari kembali manuskrip saya..dan confirm manuskrip saya terlantar jauh ke Melaka.
Saya call pejabat pos besar sekali lagi memandangkan pejabat di Alor Gajah tidak boleh membuat apa-apa tindakan tanpa kebenaran pej pos besar. Saya call dan meminta mereka menghantar manuskrip saya ke Shah Alam...mereka tanya adakah saya mahu membuat aduan...kerana kalau saya mahu membuat aduan..saya terpaksa membuat aduan bertulis kepada pihak mereka.
Kata saya...saya tak ada masa nak buat aduan..saya hanya nak manuskrip saya sampai dengan selamat ke Shah Alam. Walau apa pun yang terjadi..saya mahu mss sampai ke tangan editor saya.
Esok saya akan menelefon lagi untuk bertanyakan status...saya beri mereka peluang untuk membetulkan kesilapan mereka. kalau mereka masih belum bertindak....hahahaha...memang nak kenalah jawabnya....
Sya sendiri tak tahu macam mana kesilapan itu boleh berlaku...ya...saya faham..kesilapan kadang kala tidak disengajakan. tetapi manuskrip yang saya hantar itu tebal dan besar. Alamatnya pula saya tulis dengan marker pen di atas kertas a4...saya yang rabun inipun boleh membaca tulisan itu. Inikan pula kakitangan yang memang selalu menjalankan tugas berkenaan. Nak kata waktu tu ramai orang sampai dia sendiri kelam kabut..memang tak..cuba saya salahkan dia sebab tak berhati-hati membuat kerja. cuai...leka...aduh..bermacam-macam lagi saya kata sebab geramkan lelaki yang menguruskan kiriman saya itu....
Lepas ni saya dah taubat..malas nak ke pej pos kamunting lagi...lebih baik berurusan di pej pos taiping yang lebih mesra pelanggan....

p/s - kalau selepas ini..memang benar pej pos kamunting itu terbakar..itu hanya kebetulan sahaja ya...luahan ini sebagai alibi saya..sekiranya kebakaran itu benar2 berlaku..hahahahah

Thursday, May 13, 2010

ADA APA DENGAN...???


amaran - n3 agak panjang..nak lepas gian..heheheh

Apa apa dengan 2 benda ini? Sudah namanya manusia yang diberikan nafsu, memang tidak dapat lari dari segala macam kehendak. Sama ada kehendak itu bagi melengkapkan keperluan ataupun tidak, ianya selalu berada di tempat terakhir sekali apabila kehendak itu sudah melebihi segala-galanya. Ya...pada yang mempunyai wang, tentu saja tidak mempunyai masalah untuk menunaikan segala kehendak yang diingini. Dan...sebagai manusia juga, perkataan puas dan syukur itu jarang-jarang ada dalam diri sendiri. Sudah dapat itu, mahu yang ini pula. Sudah dapat ini, mahu yang itu pula.
Saya turut tidak dapat lari dengan keadaan itu. Banyak sebenarnya yang saya mahukan...dan apa yang selalu saja saya mahukan itu diluar kemampuan saya. Kata emak...selalu ukur baju di badan sendiri. Kalau tak tak ada duit itu, buatlah cara tak ada duit. hahahah...saya faham maksud emak itu. Emak cukup bimbang kalau saya boros menguruskan duit saya. Bagi emak...setiap kali saya dapat cek, cek itu haruslah terus dimasuk ke dalam ASB saya. Kalau mahu guna pun, sikit-sikit sahaja. Simpan untuk masa depan. Simpan kalau jadi apa-apa. Ya...saya tahu emak saya risau dengan perangai boros saya. Dan emak risau kalau2 nanti kami adik beradik mendapat penyakit yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Sebab itulah emak selalu menyuruh kami menyimpan duit. Ayah meninggal kerana penyakit kansernya. Selama 7 tahun ayah berperang dengan penyakitnya...(ayah sembuh 5 tahun sebelum ia menyerang kembali)...sudah berpuluh ribu duit simpanan ayah habis kerana penyakitnya itu.
Emak juga mempunyai penyakit jantung. Rawatan emak juga memerlukan belanja yang tinggi, namun mujurlah emak memegang kad pesara arwah ayah. Jadi...rawatan yang memerlukan emak membayar RM2OK, emak hanya perlu bayar RM8 sahaja. Walaupun anak-anak emak semuanya bekerja sebagai kakitangan kerajaan, tetapi emak tetap bimbang. Simpan duit...itu pesan emak.
Tetapi bagi saya pula...ya..saya tahu kepentingan menyimpan duit itu. Saya juga takut andai sesuatu berlaku kepada saya dan saya tidak mampu menampungnya dek kerana duit habis kepada benda2 yang kurang penting. Saya tahu itu. Tetapi...saya juga tidak mahu.. kerana terlalu menyimpan duit sampai keinginan saya sendiri terpaksa dipadamkan. Tup2 kalau duit saya sudah berpuluh2 ribu sekalipun, tetapi kalau ketika itu..saya sudah tidak mampu untuk melakukan apa yang saya suka...apa gunanya jugakan?
Saya kata kepada emak...saya akan terus menyimpan..saya akan memastikan akaun bank saya sentiasa berbaki...tetapi saya mahu terus juga mencapai keinginan dan minat saya.
Saya suka berjalan2 tengok negara orang sebenarnya. Kalau dulu bila orang tanya apa hobi saya..saya tak berani nak cakap melancong sebab macam tak kena saja...nak kata suka melancong tapi buku merah itu pun saya tak ada...Jadi saya pendamkan minat. Dulu2 berjalan pun sekitar Malaysia...paling jauh sabah dan sarawak sahaja, itupun sebab arwah ayah tentera. Kalau tak...sampai sekarang agaknya saya tak berpeluang ke sana.
Bila saya menjadi penulis, barulah saya menyimpan impian kembali. Rezeki menulis membuatkan apa yang dulunya terasa begitu jauh dan sukar dicapai...menjadi lebih mudah.
Menulis..saya cuma baru memasuki tahun ke 4..Adakah saya terkenal seperti penulis-penulis senior yang sedia ada? Tidak...
Adakah karya-karya saya bestseller seperti sesetengah penulis? Mungkin tidak. Saya ini penulis biasa-biasa sahaja. Pembaca suka buku saya..saya bersyukur. Pembaca tak suka buku saya...saya nilai balik, di mana silap saya...
Jauh sungguh saya lari dari apa yang ingin saya cakapkan sebenarnya...
saya sebenarnya berangan-angan nak membeli kamera kt bawah ni. Dulu saya sudah hampir mahu mencapai...tapi emak menghalang. Niat nak membeli tu datang berkobar-kobar selepas kamera saya rosak. emak kata beli kamera biasa sudah...kalau nak beli pun tak payah sampai 2-3 ribu. membazir. Saya call akak, dia sependapat macam emak. dia kata mahal sangat. saya kata ok..nanti saya fikir balik. Tahu kakak saya kata apa..." hang jangan beli sebab aku tahu kalau mai gila hang, satgi mmg hang akan beli punya.." hahahah..adik-beradik mmg tahu perangai saya.
Tak dapat sokongan dari kakak..saya call adik yang sekepala dengan saya. saya ajak dia share..dia kata ok..tapi dia support dalam rm300...saya ketawa..itu bukan share tu...sepanjang berjalan dengan emak, kepala saya ligat berfikir..beli..tak beli...beli..tak beli...akhirnya saya ikut juga nasihat emak sebab fikirkan saya akan ke (nanti saya cakap ya) lepas ini. Mungkin memerlukan belanja yang tinggi.
Saya pendamkan keinginan hati...sama ada perlukah saya membeli kamera yang mahal begitu sedangkan kalau sekadar mahu mengambil gambar, kemera biasa juga boleh mengambil gambar. Atau adakah saya turut terpengaruh dengan teman-teman yang sudah memiliki kamera tersebut? Dengan harga 2-3 ribu itu juga mampu menampung duit tiket saya ke Korea..hahahahah.





Cerita ini cerita korea pertama yang saya tengok. Masih kekal antara drama yang paling saya suka. Kerana cerita inilah saya dan sarah ( adik) mengidam nak pergi Korea. Nak kata saya die hard fan korean drama, tak adalah sangat...sebab saya memilih cerita. Tapi kalau dah jumpa cerita yang saya benar-benar suka, sampai bila-bila pun saya akan suka...itu style saya.. Sekarang ni saya kemaruk tgk drama Cinderella' stepsister kat KBS 303. Fuh!..selalunya saya lebih suka cerita yang agak matang..kena dengan usia saya tapi kali ni citernya memang saya suka walaupun pelakon ala2 muka kanak2 ribena.
saya bajet tahun depan saya nak ke Korea pula...tapi Sarah masih tak dapat menyimpan duit. Maklumlah baru 5 bulan bekerja...kalau saya nak pergi bulan 3 / 4 mmg dia tak sempat kumpul duit punya.... dan saya pulak tak sanggup nak menunggu...Nak pergi sorang..alahai...buhsan je nanti...cadang2 nak ikut Apple holiday muslim pakej tu...hmmmm...macam mana ni...ada sapa2 nak ikut saya tak...sarah? tinggalkan dia..kalau tak cukup duit..hahhaha... Kalau saya guna bajet kamera itu..bermakna saya boleh ke korea...kalau saya beli kamera...hmmm..saya mungkin masih boleh pergi korea tapi tadahlah telinga dengar emak berleter....Pergi Spain 2 tahun lepas masih tak habis2 leterannya..."kalaulah hang simpan duit tu"...er..er..er..saya tak menyesal langsung berhabis semata2 nak ke spain...Ada scene di ALHAMBRA diabadikan dalam RINDU UNTUK DIA...saya suka..hehehhe


Hahaha...itulah yang sebenarnya..saya ada banyak keinginan..tapi kalau dapat yang dua ini....hmmmm..saya sudah cukup puas hati.( er..er..er..ye ke?)


MALAYSIA BOLEH

Salam...

Semalam untuk pertama kalinya selepas berbelas tahun (amboi lamanya), saya menonton perlawanan badminton semula. Saya kalau masa sekolah dulu memang suka betul menonton siaran langsung pertandingan sukan ni. Sama ada badminton, bola sepak ataupun tenis. Dulu kalau Steffi Graf masuk final dengan Monica Seles, waktu tengah malam pun saya sanggup tunggu. Salah satu sebabnya saya peminat setia si Steffi ni. Hahahaha..
Kalau bola n badminton ni pula arwah ayah yang cukup minat. Jadi bila ayah conquer tv untuk sukan-sukan ni, saya tak ada pilihan lain kecuali menonton bersama-samanya. Saya masih ingat Perlawanan Piala Thomas 1992, di mana pasukan Malaysia mengalahkan Indonesia...Fuh! Waktu tu..rumah saya riuh rendah setiap kali pemain melakukan smash..bola tanggung etc...walaupun cuma menonton di kaca televisyen saja, namun keasyikan, keseronokan, keterujaan dan debaran perlawanan itu tetap saya rasai. Bagi saya apa yang telah dicapai oleh pasukan Malaysia pada tahun 1992 itu, tidak percah berjaya diulangi sehingga sekarang. Untuk tahun-tahun selepas itu, pasukan badminton Malaysia bertambah lesu. Minat saya untuk menyokong pemain kita juga sudah berkurangan.
Namun itu tidak menjejaskan minat saya untuk bermain badminton. Kalau dulu setiap kali ada pertandingan, saya dan adik beradik pasti mengangkat raket dan bermain bersama setiap petang. Masing-masing bila dah kena demam badminton, mulalah rajin memegang raket yang dulunya lebih lama tergantung di dinding.
Semasa di UPSI, saya selalu juga masuk pertandingan badminton antara staf. Saya mewakili jabatan perpustakaan. Selalunya saya bermain regu. dan selalu juga saya mendapat tempat naib juara. hahahah...aduh..dah melalut pula cerita saya ni...berbalik pula pada perlawan semalam...
Malaysia menentang Denmark. Kita menang 3-2. Sebenarnya saya tidak berhajat pun menonton perlawanan ini. Minat saya untuk menonton yang hilang bertahun dahulu..belum berjaya dipulihkan kembali..tetapi semalam...semuanya berubah.
Semalam rumah saya riuh rendah dengan suara saya dan adik. Walaupun hanya kami berdua saja, emak sampai naik terkejut bila tiba-tiba kami menjerit ( samada seronok dan marah)...
Saya suka melihat perlawanan Wong Choong Hann. Walaupun dia tewas kepada Jorgensen, tetapi dia menunjukkan permainan yang baik. Dia bejuang sehingga ke akhir, dan walaupun dia tewas..saya cukup puas hati dengan prestasinya semalam.
Beregu kedua Malaysia pula saya lihat..macam kelam kabut sedikit. kerap kali melakukan kesalahan yang sepatutnya boleh dielak. Mungkin ketiadaan Fairuzizuan yang direhatkan menyebabkan gandingan Zakry dan Hoon Thien How tidak berapa menjadi. Namun, saya memuji prestasi mereka di saat akhir perlawanan. Walaupun pasukan Denmark sudah di dalam match point, pasukan Malaysia tetap memberi tentangan yang sengit.
Bila kedudukan menjadi 2-2, Hafiz pula yang diharapkan menjadi wira untuk membawa Malaysia ke separuh akhir. Terus-terang, saya agak skeptikal untuk menonton Hafiz bermain disebabkan prestasinya yang agak menurun dan mengecewakan semasa menentang jepun.
Tetapi apabila berhadapan dengan  Joachim persson yang nampak kalut dan mengelabah itu, saya tahu Hafiz boleh muncul sebagai wira yang menyelamatkan Malaysia. Ternyata...semalam Hafiz tidak mengecewakan harapan dan doa rakyat Malaysia...
Saya sudah tidak sabar menonton perlawanan Malaysia dengan China nanti. Saya mengharapkan Piala Thomas menjadi milik Malaysia kali ini setelah 18 tahun hilang dari genggaman. Tetapi apa yang lebih penting, saya mengharapkan pemain-pemain Malaysia bermain bersungguh-sungguh. Itu yang lebih penting. Jangan mudah putus asa dan tertekan dengan segala macam cabaran. Kalau ditakdirkan Malaysia tewas sekalipun, biarlah tewas BERMARUAH. Tewas setelah memberikan SEHABIS DAYA.
Apa-apa pun saya mendoakan kejayaan MALAYSIA...MALAYSIA BOLEH!!!

Wednesday, May 12, 2010

I'm back

Salam....

Fuh...jenuh saya membuang sawang-sawang dan habuk-habuk yang memenuhi rumah saya ini. Rasanya sudah sebulan lebih saya tidak menulis sebarang entri. Bukan apa...bila datangnya rasa malas dan tidak tahu mahu bercerita apa...maka rumah ini dengan sendirinya terbiar tidak berjaga. Aduh! sepanjang bulan April hanya ada satu sahaja entri yang saya tulis? Teruk betul saya ni...tak apa..saya akan cuba memperbaiki tahap kemalasan saya selepas ini..hehehehhe
Minggu lepas editor saya menelefon memberitahu bahawa dia sudah membaca dan mengedit manuskrip saya. Bungkusan mss saya terima pada hari Jumaat minggu lepas, namun saya tidak menyentuh langsung kerana hari Jumaat dan Sabtu itu, saya begitu sibuk dengan persiapan dan berlangsungnya aktiviti@perpustakaan yang julung-julung kalinya diadakan di perpustakaan Taiping. Selalunya, aktiviti@perpustakaaan ini dijalankan di perpustakan IPOH sahaja. Dengar-dengarnya, aktiviti ini akan diteruskan sehinga ke perpustakaan cawangan lain. Bagusnya kalau aktiviti seperti ini dapat dijalankan selalu. Melihat sambutan pada hari sabtu lalu, saya sendiri berasa seronok kerana aktiviti ini berjaya mencapai matlamatnya.
Ok...bersambung kepada mss saya itu. Walaupun badan penat, tetapi lepas sahaja balik dari perpustakaan, saya terus mengoyak bungkusan. tidak sabar mahu melihat apa komen-komen editor saya. Walaupun sebelum ini, beliau sudah memberikan komen melalui telefon namun...melihat dan membaca sendiri komen2 tersebut lebih mengujakan.
Editor memberi saya masa selama seminggu untuk menyiapkan segala pembetulan yang diperlukan. Jadi untuk beberapa hari ini, saya menelaah manuskrip sendiri. Semalam, saya siap segala-galanya dan pagi tadi saya sudah mengepos laju mss tersebut. Hmmm..mungkin ianya akan sampai pada esok atau lusa. Tidak mengapa...asalkan saya tidak langgar dateline yang diberikan.
Bilakah buku saya akan diterbitkan?Hmmm...saya sudah diberikan bayang2nya, tetapi biarlah saya rahsiakan dulu ya...Apa-apa pun InsyaALLAH, novel saya yang ke 4 ini akan keluar tahun ini juga.

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...