Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru...CIKGU

Salam...

Hari ni hari guru. Semua orang tahu itu. Saya juga tidak mahu melepaskan peluang mengucapkan selamat menyambut hari guru kepada semua cikgu yang pernah mendidik saya semenjak saya bermula di tadika sehingga saya tamat tingkatan 6 dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti. Jadi entri kali ini saya mahu tributekan kepada insan-insan penting yang berjaya membantu mencorak hidup saya seperti ketika ini.


Tahun 1984

Saya tadika di Bt 4, Port Dickson - Nama gurunya saya tidak ingat lagi tetapi apa yang saya ingat, saya cukup tension dengan kelas tadika saya kerana cikgu ini kerap mengadakan aktiviti yang memerlukan saya memakai baju kurung. Aduhai...saya semasa kecil lebih lelaki dari budak lelaki itu sendiri. Saya pernah ponteng kelas ( tapi kantoi dengan ayah bila dia jumpa saya tengah lepak kat bus stop)..hahahah... - ini sejarah ponteng saya yang pertama..di tadika lagi..bila diingatkan2 semula memang kelakar. Nanti saya ceritakan pada n3 yg lain bagaimana saya boleh ponteng sekolah tadika. Saya juga ingat saya pernah lari dari sekolah sebab tak tahan dengan baju kurung yang saya kena pakai. Saya rasa begitu azab menunggu waktu sekolah habis sehingga tidak sabar menunggu waktu perbarisan balik. Semasa cikgu suruh beratur, saya sudah melarikan diri....
Kalau  saya berpeluang berjumpa cikgu ini semula, saya akan katakan..saya tidak alergik lagi dengan baju kurung.


Tahun 1987-1989 ( Sek. Keb Long Jaafar, Kamunting)

Cikgu Mohd Hadri Hj Gadzali - Cikgu kesayangan saya walaupun saya pernah kena tampar dengan dia sudah terlalu banyak kalau hendak dikira sebenarnya. Dia menjadi guru kelas saya dari darjah 3-6.
Perangai tomboy saya memang kekal sehingga ke sekolah. Saya ingat lagi dengan baju pinafour dengan rambut kontot saya bersama teman baik yang juga membawa gaya yg sama. Kami ini antara dua tomboy yang terkelas dalam kelas..sebab suka cari pasal dengan budak2 lelaki. Cikgu Hadri memang pening nak melayani karenah saya yang suka bergaduh. Kelas selalunya tertangguh sebab cikgu kena selesaikan masalah saya dulu.
Ya...kalau hendak dikira...memang banyak kali saya kena tampar dengan cikgu ini...(bukan tampar kuat...tampar2 sayang aje..hahah)...tetapi walaupun saya kena tampar..sya tetap hormat cikgu ini...dia antara cikgu yang betul2 ambil berat ttg saya. Dia sanggup hantar saya pulang ke rumah semasa kami kena bergotong royong...perkara yang tak pernah dibuat pada pelajar lain. Dia datang kerumah saya waktu malam semata-mata nak memberitahu majlis yang sepatutnya berlangsung lusa dipercepatkan pada keesokkan harinya.


Tahun 1990 ( SRB Mejar Jeneral Dato' Ibrahim, Kuching)

Ist time saya ke Sarawak...darjah 6. Cikgu kelas saya lelaki..tapi saya lupa nama dia. Dan saya tak suka dia. Ist time juga saya kena pakai baju kurung dan tudung ke sekolah. Saya sempat bersekolah sebulan di Long Jaafar masa darjah 6 sebelum berpindah ke sarawak. Tetapi kebanyakkan masa saya memang ponteng sebab saya boikot sekolah sebab pelajar darjah 6, kena pakai baju kurung dan tudung. Aduh..saya dan faridah..memang protes abis-abisan...pakai baju kurung tak apa lagi...nak pakai tudung...mak ai....
Berbalik pasal cikgu lelaki ni...tak taulah kenapa dia mcm anti dengan saya...mungkin sebab saya tak secantik patricia Farrah yang dilukiskan potretnya..atau mungkin juga saya ni kasar dan selalu melawan cakap dia..dia pernah halau saya dari kelas. Dia suruh saya berdiri di luar tapi saya tak nak. dia jerit kat saya suruh saya keluar..tapi saya degil..tetap duduk kt tempat saya..akhirnya dia sendiri pun tak boleh kawal marah dia..terus dia tarik saya dan letak saya kt luar kelas..aduhai...

Cikgu Azmi Ayob
Cikgu Sukan saya yang mana sekarang ini jadi abang ipar kawan baik saya. Masa tu cikgu nilah yang paling hensem sekali kt sekolah. Kawan saya budak sarawakian ni dia memang minat habis dengan cikgu Azmi ni. Aduh..budak darjah 6 syok kat cikgu. Tapi kawan saya ni badan dia macam budak tingkatan 3..memang tinggi dan besar. Pendek kata...mmg orang tak akan percaya kalau cakap dia darjah 6. Jadi..setiap harilah saya terpaksa menemani kawan saya ni  mengintai cikgu Azmi setiap kali dia datang ke sekolah...heheheh...ada ka patut...


1991-1992 ( SMKA MATANG 2)

Siapa sangka saya bersekolah agama? Hmmm..masa lepas keluar result upsr..cikgu pun mengedarkan borang2 kemasukkan ke asrama penuh dan sekolah agama. Saya memang tak berniat pun nak masuk asrama. Tak pernah pun terfikir kat kepala ni nak duduk asrama. Jadi saya tak pedulikan langsung kata2 cikgu. Saya tak cakap dengan ayah sebab saya tahu kalau saya cakap, saya akan suruh saya mohon. Jadi baik saya diamkan saja. Tapi...anak buah ayah saya di kem yang memberitahu ; " anak tuan tak minta sekolah agama  ke...borang dia dah lama keluar...nak lepas pun tarikh tutupnya..anak saya minta juga..." Balik rumah..ayah marah saya sebab tak cakap...terus ayah pergi jabatan pelajaran nak mengambil borang. Walaupun permohonan dah ditutup tapi borang saya diterima juga...dan beberapa minggu lepas tu, anak buah yang sama cakap pada ayah saya..." tuan, saya dah check..anak tuan dgn anak saya dpt sekolah tu..." Duh...saya dah panik...dahlah asrama..sekolah agama plak tu...
Kat sekolah ni..saya dengan guru biasa2 saja. Tak adalah yang begitu rapat sangat. Cuma saya rapat dengan isteri ustaz saya. Masa tu saya form 2..isteri ustaz baru 19 tahun...cantik sangat...setiap petang jumaat saya lepak umah dia sebab nak tgk hindustan...hahahha. Dia pun mmg sentiasa tunggu kedatangan saya...


1993 (SMKA SHEIKH HJ MOHD SAID, SEREMBAN)
Saya hanya setahun sahaja di sekolah ini. Tetapi saya masih ingat uztazah Mahaya yang mengajar saya bahasa Arab. Saya bila time subjek ni memang saya cukup takut. 1. sebab saya lemah Arab. 2. Sebab ustazah Mahaya suka panggil nama saya. Memang tak sah kalau nama saya tak dipanggil untuk menjawab atau menulis di papan hitam. Saya ingat lagi selain nama saya, nama kawan baik saya( yg abang iparnya cikgu azmi itu), Noory Saadah memang selalu saja disebut. Kalau tak nama dia, nama saya yg akan disebut dulu. Pendek kata..tak sah kalau ustazah Mahaya ni tak sebut nama kami berdua.
Yang kedua..Cikgu Karthigesu - beliau ini coach bola tampar saya. Saya ingat dia sebab dia tak reti nak menyebut nama saya. Sudahnya dia panggil saya Mars...(mcm coklat tu).hahaha..

1994-1997 - STPD
Saya lama ni disini...dari fom4 - form 6. Akhirnya berjaya juga saya mengeluarkan diri dari sekolah asrama.
Cikgu Rabiah :  Cikgu BM. Yang mula-mula sekali mengesan kebolehan saya dalam penulisan. Dia pernah membantu saya memasuki pertandingan penulisan mengenai negara Korea Selatan peringkat kebangsaan masa saya di lower six. Dia yang menyuruh saya masuk..Walaupun tak menang, tapi di situ...saya tahu mana minat saya mengalir sebenarnya.

Cikgu Abdul Rahim : Cikgu yang meninggalkan efek yang paling dalam bagi saya. Cikgu yang paling saya sayang. Mengajar saya kesusasteraan Melayu dan Sejarah Islam di form 6. Saya jatuh cinta dengan sastera dan penulisan dengan lebih mendalam apabila berjumpa dengan cikgu ini. Cikgu ini juga mempunyai nama pena sebagai PAK TAM...dia juga seorang sasterawan sekolah...selalu menghasillkan puisi yang mengisi majalah sekolah...saya suka membaca karya2nya....Saya katakan pada kawan saya..kalaulah saya tahu beginilah dia mengajar, saya sanggup meninggalkan kelas sastera inggeris saya untuk masuk ke kelas sastera melayunya semasa form4-5. Saya cuba mencarinya namun dengar kata dia sudah berpindah sekolah...sayangnya..bila saya ke PD...bila lalu di STPD ini...terus saya jadi terkenang pada dia..pada kesungguhan dia memberi ilmu pada kami semua...


1999-2001 ( UITM SHAH ALAM)
En. Norman Masrek mengajar kelas System analyst.  Dia, saya lihat seperti LIN DAN...angkuh..kerek...bangga...tapi saya tetap suka pada dia. Pertama kali saya berjumpa dengan dia...memang meninggalkan kesan. Dia menunggu kami di kelas. Dia lecturer tiba dahulu dari kami studentnya...dengan wajah yang sedikit sombong..dia menerangkan kejayaannya menjadi pelajar diploma, degree dan master terbaik di kelasnya. Pertama kali..memang saya terkejut..amboi berlagak nak mampus laki ni..tetapi semakin hari..kelas dialah yang paling saya tunggu2. Saya tahu kenapa dia begitu. Dia mahu mencabar kami semua untuk menjadi seperti dia...dia mahu kami mendapatkan apa yang kami mahukan...heheh...untuk projek final year...saya dan 2 orang grup saya membuat sistem untuk kedai cermin mata di Plaza Alam Sentral. untuk Projek ini kami semua mendapat A...wah bangganya saya. sebab memang susah nak dapat A untuk kelas dia..tapi apapun..walaupun ramai yang tidak suka dengan dia..tapi masa tu saya ada rasa sikit angau pada dia..hahahaha


Itulah sedikit sebanyak tentang mereka yang bergelar pendidik yang masih saya kenang sehingga kini. Walau apa pun saya tetap menyanjung tinggi arwah ayah dan emak saya yang saya rasa PENDIDIK yang paling hebat yang pernah saya temui. Tiada siapa pun yang mampu menyaingi apa yang telah ayah dan emak lakukan kepada saya dan adik beradik yang lain....



( GURU OH GURU - USMAN AWANG)

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Rurouni Kenshin - SAMURAI X



Cerita yang saya tengah layan sekarang ini. Susah sangat nak tengok kat tv. Dulu-dulu pernah ditayangkan kt tv 2 tak silap saya...tengah best2 saya ikuti siri ni, tiba-tiba lenyap tanpa berita. RTM ni kadang-kadang memang menyakitkan hati. Sudah banyak kali cerita bersiri yang saya tengok sometimes hilang macam itu saja. Lepas tu baru-baru ni, saya lihat cerita ini ditayangkan di saluran ANIMAX astro 715. Setiap pukul 6.30 petang. Alahai bertembung dengan siri ADAMAYA lah pulak. Tetapi oleh kerana saya sedikit sakit hati dengan watak MAYA berselingkuh dengan DANI...jadi saya menonton cerita samurai x ini. Sampai emak saya kata..cerita ADAMAYA ni setengah jam ke..hahahhah..( saya hanya buka pada pukul 7).
Oleh kerana cerita ini diulang kembali pada 9.30 malam, saya beralah dengan emak...(hahahha). Tapi saya tetap tidak berpuas hati. Cerita ini tak pernahnya saya dapat tengok dari siri pertama hingga akhir. Selalunya sudah sampai pertengahan. Jadi...minggu lepas, saya ke kedai cd di Taiping Sentral...tak berniat pun mahu membeli dvd ini tetapi bagaikan tersurat pula...tiba-tiba dvd ini memang betul-betul berada di hadapan saya..jadi..nak tak nak, saya terpaksa beli...hahaha...
Mak saya kata..tak sangka pula saya ni minat kartun...hahahah...saya ini bukanlah semua kartun pun saya rembat. Macam cerita korea dan jepun ataupun apa sahaja ceritalah. Saya tidak tangkap muat..Apa yang saya suka memang saya suka betul-betul....
Menonton Kenshin Himura dalam samurai x ini, seperti biasa saya akan imagine macam manalah nanti saya hendak melukis watak hero saya yang akan datang. Kalau Kenshin ini digelar Battosai the Menslayer dengan pedang mata terbaliknya...hero saya mahu pegang apa? hahahaha.....

Friday, May 14, 2010

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

Salam...

Hari ini Hari Jumaat. Hari yang penuh keberkatan. Hari yang dimana kalau boleh...saya mahu apa yang berlaku hanya baik-baik sahaja. Tetapi hari ini bermula dengan panggilan editor saya yang mengatakan manuskrip yang sudah saya edit masih belum sampai ke tangannya. Saya pelik kerana saya menjangkakan hari Khamis sudah seharusnya tiba di pejabat Alaf 21.
Saya telefon bahagian pos laju di pejabat pos Taiping, untuk bertanyakan status penghantaran. Pada hari selasa..saya membuat penghantaran kepada 2 tempat. satu di Shah alam dan satu lagi ke Melaka. Bungkusan yang saya kirimkan ke shah alam itu sudah diterima oleh pihak mereka, sedangkan Di Melaka, bungkusan saya masih tersekat di pejabat pos Alor gajah.
Selepas itu saya call editor balik dan dia mengatakan dia menerima bungkusan lain dan bukannya manuskrip saya. Aduhai...kepala saya sudah mula berpinar. Saya tahu pejabat pos Kamunting sudah melakukan kesilapan dalam menghantar 2 bungkusan saya itu. Bungkusan ke Melaka tiba di Shah alam dan Bungkusan yang sepatutnya tiba di Shah Alam..tersekat di Alor Gajah.
Saya menelefon kembali pejabat pos Taiping untuk menyelesaikan masalah itu dan mereka berjanji akan membantu saya menjejaki kembali manuskrip itu supaya dapat dihantar semula ke Shah Alam. Ya...Tetapi saya tidak suka duduk sahaja menunggu mereka menyelesaikan masalah yang tidak sepatutnya dilakukan. Saya cuba menjejaki sendiri manuskrip saya itu. Bila saya mengadu pada pejabat pos besar di Melaka..mereka kata akan menolong saya...Saya minta nombor telefon pej. pos Alor Gajah...saya telefon berulang kali...sama ada tak angkat ataupun enggage. Aduh...saya sudah naik darah. Geramnya saya apabila memikirkan mungkin staf di sana sengaja tidak mahu menjawab panggilan telefon. Buktinya..setiap kali saya menelefon dan ada nada dail..tetapi pihak disebelah sana akan cuba reject panggilan saya. Namun saya ni tidak kenal erti putus asa..saya telefon lagi..mereka tetap macam itu juga...angkat tetapi tak nak bercakap..dan mereka cuba memutuskan talian tetapi tidak berjaya apabila saya tetap memegang gagang.
Last sekali, saya bersuara..." jawablah..." dengan suara yang agak keras..dan seorang lelaki menjawab panggilan saya.
Kalau ikut kepala saya yang sudah hampir bertanduk masa tu, memang mahu saja saya meluahkan rasa marah saya...( saya tak pandai marah sambil maki..cuma kalau saya marah....suara saya akan menjadi keras dan tegang..hahahaha)...
Saya minta mereka mencari kembali manuskrip saya..dan confirm manuskrip saya terlantar jauh ke Melaka.
Saya call pejabat pos besar sekali lagi memandangkan pejabat di Alor Gajah tidak boleh membuat apa-apa tindakan tanpa kebenaran pej pos besar. Saya call dan meminta mereka menghantar manuskrip saya ke Shah Alam...mereka tanya adakah saya mahu membuat aduan...kerana kalau saya mahu membuat aduan..saya terpaksa membuat aduan bertulis kepada pihak mereka.
Kata saya...saya tak ada masa nak buat aduan..saya hanya nak manuskrip saya sampai dengan selamat ke Shah Alam. Walau apa pun yang terjadi..saya mahu mss sampai ke tangan editor saya.
Esok saya akan menelefon lagi untuk bertanyakan status...saya beri mereka peluang untuk membetulkan kesilapan mereka. kalau mereka masih belum bertindak....hahahaha...memang nak kenalah jawabnya....
Sya sendiri tak tahu macam mana kesilapan itu boleh berlaku...ya...saya faham..kesilapan kadang kala tidak disengajakan. tetapi manuskrip yang saya hantar itu tebal dan besar. Alamatnya pula saya tulis dengan marker pen di atas kertas a4...saya yang rabun inipun boleh membaca tulisan itu. Inikan pula kakitangan yang memang selalu menjalankan tugas berkenaan. Nak kata waktu tu ramai orang sampai dia sendiri kelam kabut..memang tak..cuba saya salahkan dia sebab tak berhati-hati membuat kerja. cuai...leka...aduh..bermacam-macam lagi saya kata sebab geramkan lelaki yang menguruskan kiriman saya itu....
Lepas ni saya dah taubat..malas nak ke pej pos kamunting lagi...lebih baik berurusan di pej pos taiping yang lebih mesra pelanggan....

p/s - kalau selepas ini..memang benar pej pos kamunting itu terbakar..itu hanya kebetulan sahaja ya...luahan ini sebagai alibi saya..sekiranya kebakaran itu benar2 berlaku..hahahahah

Thursday, May 13, 2010

ADA APA DENGAN...???


amaran - n3 agak panjang..nak lepas gian..heheheh

Apa apa dengan 2 benda ini? Sudah namanya manusia yang diberikan nafsu, memang tidak dapat lari dari segala macam kehendak. Sama ada kehendak itu bagi melengkapkan keperluan ataupun tidak, ianya selalu berada di tempat terakhir sekali apabila kehendak itu sudah melebihi segala-galanya. Ya...pada yang mempunyai wang, tentu saja tidak mempunyai masalah untuk menunaikan segala kehendak yang diingini. Dan...sebagai manusia juga, perkataan puas dan syukur itu jarang-jarang ada dalam diri sendiri. Sudah dapat itu, mahu yang ini pula. Sudah dapat ini, mahu yang itu pula.
Saya turut tidak dapat lari dengan keadaan itu. Banyak sebenarnya yang saya mahukan...dan apa yang selalu saja saya mahukan itu diluar kemampuan saya. Kata emak...selalu ukur baju di badan sendiri. Kalau tak tak ada duit itu, buatlah cara tak ada duit. hahahah...saya faham maksud emak itu. Emak cukup bimbang kalau saya boros menguruskan duit saya. Bagi emak...setiap kali saya dapat cek, cek itu haruslah terus dimasuk ke dalam ASB saya. Kalau mahu guna pun, sikit-sikit sahaja. Simpan untuk masa depan. Simpan kalau jadi apa-apa. Ya...saya tahu emak saya risau dengan perangai boros saya. Dan emak risau kalau2 nanti kami adik beradik mendapat penyakit yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Sebab itulah emak selalu menyuruh kami menyimpan duit. Ayah meninggal kerana penyakit kansernya. Selama 7 tahun ayah berperang dengan penyakitnya...(ayah sembuh 5 tahun sebelum ia menyerang kembali)...sudah berpuluh ribu duit simpanan ayah habis kerana penyakitnya itu.
Emak juga mempunyai penyakit jantung. Rawatan emak juga memerlukan belanja yang tinggi, namun mujurlah emak memegang kad pesara arwah ayah. Jadi...rawatan yang memerlukan emak membayar RM2OK, emak hanya perlu bayar RM8 sahaja. Walaupun anak-anak emak semuanya bekerja sebagai kakitangan kerajaan, tetapi emak tetap bimbang. Simpan duit...itu pesan emak.
Tetapi bagi saya pula...ya..saya tahu kepentingan menyimpan duit itu. Saya juga takut andai sesuatu berlaku kepada saya dan saya tidak mampu menampungnya dek kerana duit habis kepada benda2 yang kurang penting. Saya tahu itu. Tetapi...saya juga tidak mahu.. kerana terlalu menyimpan duit sampai keinginan saya sendiri terpaksa dipadamkan. Tup2 kalau duit saya sudah berpuluh2 ribu sekalipun, tetapi kalau ketika itu..saya sudah tidak mampu untuk melakukan apa yang saya suka...apa gunanya jugakan?
Saya kata kepada emak...saya akan terus menyimpan..saya akan memastikan akaun bank saya sentiasa berbaki...tetapi saya mahu terus juga mencapai keinginan dan minat saya.
Saya suka berjalan2 tengok negara orang sebenarnya. Kalau dulu bila orang tanya apa hobi saya..saya tak berani nak cakap melancong sebab macam tak kena saja...nak kata suka melancong tapi buku merah itu pun saya tak ada...Jadi saya pendamkan minat. Dulu2 berjalan pun sekitar Malaysia...paling jauh sabah dan sarawak sahaja, itupun sebab arwah ayah tentera. Kalau tak...sampai sekarang agaknya saya tak berpeluang ke sana.
Bila saya menjadi penulis, barulah saya menyimpan impian kembali. Rezeki menulis membuatkan apa yang dulunya terasa begitu jauh dan sukar dicapai...menjadi lebih mudah.
Menulis..saya cuma baru memasuki tahun ke 4..Adakah saya terkenal seperti penulis-penulis senior yang sedia ada? Tidak...
Adakah karya-karya saya bestseller seperti sesetengah penulis? Mungkin tidak. Saya ini penulis biasa-biasa sahaja. Pembaca suka buku saya..saya bersyukur. Pembaca tak suka buku saya...saya nilai balik, di mana silap saya...
Jauh sungguh saya lari dari apa yang ingin saya cakapkan sebenarnya...
saya sebenarnya berangan-angan nak membeli kamera kt bawah ni. Dulu saya sudah hampir mahu mencapai...tapi emak menghalang. Niat nak membeli tu datang berkobar-kobar selepas kamera saya rosak. emak kata beli kamera biasa sudah...kalau nak beli pun tak payah sampai 2-3 ribu. membazir. Saya call akak, dia sependapat macam emak. dia kata mahal sangat. saya kata ok..nanti saya fikir balik. Tahu kakak saya kata apa..." hang jangan beli sebab aku tahu kalau mai gila hang, satgi mmg hang akan beli punya.." hahahah..adik-beradik mmg tahu perangai saya.
Tak dapat sokongan dari kakak..saya call adik yang sekepala dengan saya. saya ajak dia share..dia kata ok..tapi dia support dalam rm300...saya ketawa..itu bukan share tu...sepanjang berjalan dengan emak, kepala saya ligat berfikir..beli..tak beli...beli..tak beli...akhirnya saya ikut juga nasihat emak sebab fikirkan saya akan ke (nanti saya cakap ya) lepas ini. Mungkin memerlukan belanja yang tinggi.
Saya pendamkan keinginan hati...sama ada perlukah saya membeli kamera yang mahal begitu sedangkan kalau sekadar mahu mengambil gambar, kemera biasa juga boleh mengambil gambar. Atau adakah saya turut terpengaruh dengan teman-teman yang sudah memiliki kamera tersebut? Dengan harga 2-3 ribu itu juga mampu menampung duit tiket saya ke Korea..hahahahah.





Cerita ini cerita korea pertama yang saya tengok. Masih kekal antara drama yang paling saya suka. Kerana cerita inilah saya dan sarah ( adik) mengidam nak pergi Korea. Nak kata saya die hard fan korean drama, tak adalah sangat...sebab saya memilih cerita. Tapi kalau dah jumpa cerita yang saya benar-benar suka, sampai bila-bila pun saya akan suka...itu style saya.. Sekarang ni saya kemaruk tgk drama Cinderella' stepsister kat KBS 303. Fuh!..selalunya saya lebih suka cerita yang agak matang..kena dengan usia saya tapi kali ni citernya memang saya suka walaupun pelakon ala2 muka kanak2 ribena.
saya bajet tahun depan saya nak ke Korea pula...tapi Sarah masih tak dapat menyimpan duit. Maklumlah baru 5 bulan bekerja...kalau saya nak pergi bulan 3 / 4 mmg dia tak sempat kumpul duit punya.... dan saya pulak tak sanggup nak menunggu...Nak pergi sorang..alahai...buhsan je nanti...cadang2 nak ikut Apple holiday muslim pakej tu...hmmmm...macam mana ni...ada sapa2 nak ikut saya tak...sarah? tinggalkan dia..kalau tak cukup duit..hahhaha... Kalau saya guna bajet kamera itu..bermakna saya boleh ke korea...kalau saya beli kamera...hmmm..saya mungkin masih boleh pergi korea tapi tadahlah telinga dengar emak berleter....Pergi Spain 2 tahun lepas masih tak habis2 leterannya..."kalaulah hang simpan duit tu"...er..er..er..saya tak menyesal langsung berhabis semata2 nak ke spain...Ada scene di ALHAMBRA diabadikan dalam RINDU UNTUK DIA...saya suka..hehehhe


Hahaha...itulah yang sebenarnya..saya ada banyak keinginan..tapi kalau dapat yang dua ini....hmmmm..saya sudah cukup puas hati.( er..er..er..ye ke?)


MALAYSIA BOLEH

Salam...

Semalam untuk pertama kalinya selepas berbelas tahun (amboi lamanya), saya menonton perlawanan badminton semula. Saya kalau masa sekolah dulu memang suka betul menonton siaran langsung pertandingan sukan ni. Sama ada badminton, bola sepak ataupun tenis. Dulu kalau Steffi Graf masuk final dengan Monica Seles, waktu tengah malam pun saya sanggup tunggu. Salah satu sebabnya saya peminat setia si Steffi ni. Hahahaha..
Kalau bola n badminton ni pula arwah ayah yang cukup minat. Jadi bila ayah conquer tv untuk sukan-sukan ni, saya tak ada pilihan lain kecuali menonton bersama-samanya. Saya masih ingat Perlawanan Piala Thomas 1992, di mana pasukan Malaysia mengalahkan Indonesia...Fuh! Waktu tu..rumah saya riuh rendah setiap kali pemain melakukan smash..bola tanggung etc...walaupun cuma menonton di kaca televisyen saja, namun keasyikan, keseronokan, keterujaan dan debaran perlawanan itu tetap saya rasai. Bagi saya apa yang telah dicapai oleh pasukan Malaysia pada tahun 1992 itu, tidak percah berjaya diulangi sehingga sekarang. Untuk tahun-tahun selepas itu, pasukan badminton Malaysia bertambah lesu. Minat saya untuk menyokong pemain kita juga sudah berkurangan.
Namun itu tidak menjejaskan minat saya untuk bermain badminton. Kalau dulu setiap kali ada pertandingan, saya dan adik beradik pasti mengangkat raket dan bermain bersama setiap petang. Masing-masing bila dah kena demam badminton, mulalah rajin memegang raket yang dulunya lebih lama tergantung di dinding.
Semasa di UPSI, saya selalu juga masuk pertandingan badminton antara staf. Saya mewakili jabatan perpustakaan. Selalunya saya bermain regu. dan selalu juga saya mendapat tempat naib juara. hahahah...aduh..dah melalut pula cerita saya ni...berbalik pula pada perlawan semalam...
Malaysia menentang Denmark. Kita menang 3-2. Sebenarnya saya tidak berhajat pun menonton perlawanan ini. Minat saya untuk menonton yang hilang bertahun dahulu..belum berjaya dipulihkan kembali..tetapi semalam...semuanya berubah.
Semalam rumah saya riuh rendah dengan suara saya dan adik. Walaupun hanya kami berdua saja, emak sampai naik terkejut bila tiba-tiba kami menjerit ( samada seronok dan marah)...
Saya suka melihat perlawanan Wong Choong Hann. Walaupun dia tewas kepada Jorgensen, tetapi dia menunjukkan permainan yang baik. Dia bejuang sehingga ke akhir, dan walaupun dia tewas..saya cukup puas hati dengan prestasinya semalam.
Beregu kedua Malaysia pula saya lihat..macam kelam kabut sedikit. kerap kali melakukan kesalahan yang sepatutnya boleh dielak. Mungkin ketiadaan Fairuzizuan yang direhatkan menyebabkan gandingan Zakry dan Hoon Thien How tidak berapa menjadi. Namun, saya memuji prestasi mereka di saat akhir perlawanan. Walaupun pasukan Denmark sudah di dalam match point, pasukan Malaysia tetap memberi tentangan yang sengit.
Bila kedudukan menjadi 2-2, Hafiz pula yang diharapkan menjadi wira untuk membawa Malaysia ke separuh akhir. Terus-terang, saya agak skeptikal untuk menonton Hafiz bermain disebabkan prestasinya yang agak menurun dan mengecewakan semasa menentang jepun.
Tetapi apabila berhadapan dengan  Joachim persson yang nampak kalut dan mengelabah itu, saya tahu Hafiz boleh muncul sebagai wira yang menyelamatkan Malaysia. Ternyata...semalam Hafiz tidak mengecewakan harapan dan doa rakyat Malaysia...
Saya sudah tidak sabar menonton perlawanan Malaysia dengan China nanti. Saya mengharapkan Piala Thomas menjadi milik Malaysia kali ini setelah 18 tahun hilang dari genggaman. Tetapi apa yang lebih penting, saya mengharapkan pemain-pemain Malaysia bermain bersungguh-sungguh. Itu yang lebih penting. Jangan mudah putus asa dan tertekan dengan segala macam cabaran. Kalau ditakdirkan Malaysia tewas sekalipun, biarlah tewas BERMARUAH. Tewas setelah memberikan SEHABIS DAYA.
Apa-apa pun saya mendoakan kejayaan MALAYSIA...MALAYSIA BOLEH!!!

Wednesday, May 12, 2010

I'm back

Salam....

Fuh...jenuh saya membuang sawang-sawang dan habuk-habuk yang memenuhi rumah saya ini. Rasanya sudah sebulan lebih saya tidak menulis sebarang entri. Bukan apa...bila datangnya rasa malas dan tidak tahu mahu bercerita apa...maka rumah ini dengan sendirinya terbiar tidak berjaga. Aduh! sepanjang bulan April hanya ada satu sahaja entri yang saya tulis? Teruk betul saya ni...tak apa..saya akan cuba memperbaiki tahap kemalasan saya selepas ini..hehehehhe
Minggu lepas editor saya menelefon memberitahu bahawa dia sudah membaca dan mengedit manuskrip saya. Bungkusan mss saya terima pada hari Jumaat minggu lepas, namun saya tidak menyentuh langsung kerana hari Jumaat dan Sabtu itu, saya begitu sibuk dengan persiapan dan berlangsungnya aktiviti@perpustakaan yang julung-julung kalinya diadakan di perpustakaan Taiping. Selalunya, aktiviti@perpustakaaan ini dijalankan di perpustakan IPOH sahaja. Dengar-dengarnya, aktiviti ini akan diteruskan sehinga ke perpustakaan cawangan lain. Bagusnya kalau aktiviti seperti ini dapat dijalankan selalu. Melihat sambutan pada hari sabtu lalu, saya sendiri berasa seronok kerana aktiviti ini berjaya mencapai matlamatnya.
Ok...bersambung kepada mss saya itu. Walaupun badan penat, tetapi lepas sahaja balik dari perpustakaan, saya terus mengoyak bungkusan. tidak sabar mahu melihat apa komen-komen editor saya. Walaupun sebelum ini, beliau sudah memberikan komen melalui telefon namun...melihat dan membaca sendiri komen2 tersebut lebih mengujakan.
Editor memberi saya masa selama seminggu untuk menyiapkan segala pembetulan yang diperlukan. Jadi untuk beberapa hari ini, saya menelaah manuskrip sendiri. Semalam, saya siap segala-galanya dan pagi tadi saya sudah mengepos laju mss tersebut. Hmmm..mungkin ianya akan sampai pada esok atau lusa. Tidak mengapa...asalkan saya tidak langgar dateline yang diberikan.
Bilakah buku saya akan diterbitkan?Hmmm...saya sudah diberikan bayang2nya, tetapi biarlah saya rahsiakan dulu ya...Apa-apa pun InsyaALLAH, novel saya yang ke 4 ini akan keluar tahun ini juga.

Tuesday, April 06, 2010

cerita ceriti

SALAM...

ALHAMDULILLAH...saya sudah baik dari demam, batuk, selesama dan sakit tekak yang menyerang saya sebaik sahaja saya tiba di Taiping. Kata orang, saya demam pesta buku yang berakhir pada hujung minggu saya ke sana. Kata Hezzy pula, saya demam sebab berpoya-poya ( hehehhe...hanya mereka yg tahu sahaja apa yg berlaku)...tetapi saya fikir saya mungkin terkena virus lynn yang turut demam bila kami bertemu. Tetapi walau apa pun, saya terima keadaan ini dengan lapang dada. Ditimpa musibah sekecil ini, harap-haraplah dosa-dosa saya turut sama terhapus. Saya mc 3 hari. Hari pertama demam saya kerja half day. Memang tak larat langsung nak bekerja. Esoknya saya ke klinik. Telan ubat dan hampir sepetang jugalah saya terlelap dek penangan ubat batuk dan ubat selesema yang memang membuatkan kita rasa mengantuk. Mak siap beri amaran pada saya. Nak makan ubat tunggu sampai rumah dulu...nanti ada yang tidur sambil pegang stereng karang.
MInggu lepas metty balik dan bercuti panjang hingga ke hari rabu ini. Almaklumlah, dia memang lama betul tak balik. rasanya dah dekat sebulan ke 2 bulan...saya sendiri tak pasti. Semalam saya ke klinik untuk urusan saya utk bulan Jun ini. Metty pula harus ke Klinik ibu dan anak untuk check kandungan dia. Jadi..setelah menurunkan dia kat Klinik tu, saya terus ke kedai gambar. Kami keluar awal2 pagi, jadi tak banyak kedai yang dah buka...mujurlah satu kedai gambar ni dah buka. Jadi...saya terus pergi untuk menangkap gambar. Sebelum pergi, emak sudah berpesan, pakai tudung gelap tapi saya degil. Saya malas nak iron tudung 2 3 kali jadi terus juga memakai tudung putih. Sampai kat sana..apek tu kata...kena pakai tudung hitam...aduh....nasib baik kedai dia siap ada sediakan tudung hitam yang kejung tak beriron. Nak tak nak saya terpaksa pakai. Dalam hati rasa menyesal...inilah bahana tak mendengar cakap ibu. Tak tahulah macam mana rupa saya nanti. Tapi tak apalah...elok ke tak elok ke dah memang muka saya kan....terima sajalah ya tak...
Lepas tangkap gambar, saya ke hospital untuk bertanyakan mengenai suntikan ACYW 135. Ingatkan bolehlah dapat buat percuma sebab masa emak ke menunaikan haji beberapa tahun dahulu, suntikan itu diberikan percuma. Tetapi bagi kes saya...saya kena buat di klinik biasa. Harapan saya untuk mendapat suntikan percuma memang tipis. Jadi...saya drive ke Klinik Katijah dekat arked mara tu terus minta untuk buat suntikan. Mujur saya tidak perlu menunggu lama. Sebenarnya semasa saya ke klinik minggu lepas saya turut order untuk mendapatkan suntikan di klinik yang lain, tetapi terpaksa menunggu...sehingga sekarang saya sudah mendapat suntikan tetapi klinik itu masih belum menghubungi saya. Jadi...rezeki duit suntikan sebanyak RM95 itu saya laburkan di klinik khatijah.
Aduhai...dah lama rasanya  saya tidak dicucuk. Seriau juga memikirkan macam manalah nanti. Tapi mujur..tak rasa sakit langsung...Lepas selesai urusan saya dan Metty, kami bergerak pula ke butik ANAKKU kat Kamunting. Metty nak shopping barang2 baby dia yang belum dibeli. Due dia awal bulan Jun nanti, jadi persiapan sekurang-kurangnya ketika ini haruslah lengkap...biar senang. Mana tahu dia bersalin lebih awal dari yang sepatutnya.
Balik rumah tangan saya yang diinjek mula terasa lenguh. Ada sedikit bengkak pada bekas cucukan namun memikirkan kata Dr. Khatijah itu adalah normal. jadi saya hanya biarkan. Cuma...sepanjang malam saya tak boleh mengiring ke kanan bila tidur...lenguhnya....Nasib baik bila bangun pagi ini..lenguh tu dah kurang...legaaaa.....

Monday, March 29, 2010

PBAKL dah abis....





Salam,

Saya sudah pulang ke Taiping. Macam mana PBAKL kali ini. Hmmmm....penuh sesak..penuh resah dan serba serbi tak kena. Niat saya mahu membeli buku tercapai...lihat antara buku yang saya beli semasa ke pesta buku sabtu lepas. Hajat mahu ketemu rakan-rakan...? Yeah..itu yang membuatkannya segala-galanya menjadi lebih teruja.
Kali ini Alaf menyewa sebuah dewan besar untuk keselesaan pengunjung2 untuk membeli dan beramah mesra dengan penulis yang hadir sama. Namun ruang yang luas itu bagaikan tiada ertinya apabila ruangan tetap sesak lebih2 lagi kaunter bayaran dan rak2 yang mempamerkan pelbagai jenis buku dan novel. Aduh...adakah Alaf perlu meyediakan ruang yang lebih besar pada masa akan datang? atau keadaan masih kekal sama? ALHAMDULILLAH, sungguhpun terpaksa bersusah payah, berpeluh, berebut dan bertolakan sesama sendiri, apa yang saya lihat pada hari itu, ialah Alaf masih lagi menerima sokongan daripada pencinta2 novel. Pengunjung yang gila membeli buku bagaikan hilang kewarasan sebentar kerana begitu teruja melihat judul2 baru yang hangat di pasaran. Lebih-lebih lagi, bagi kakitangan kerajaan, gaji baru saja masuk, jadi..memang lupa dirilah sekejap ya...( cerita ini merujuk kepada diri saya sendiri)...Oleh kerana saya tidak bertugas...(again), saya berpeluang menjengah ke setiap booth pameran. Seronok betul bila masa tengah melihat buku2 sendiri, ada terdengar suara seseorang yang menyuruh temannya membeli buku saya kerana " best sangat citer ni" ( mengambil ayat sebenar). Heheh...kembang sekejaplah masa tu.
Cadangnya saya mahu berada 2 hari di sana. sabtu dan ahad. Sudah berjanji untuk berjumpa dengan penulis Hani Fazuha pukul 2 namun saya terpaksa membatalkan saat akhir.
Kepala saat sakit tiba-tiba. mungkin kesan berasak-asak dan cuaca yang cukup panas, menyebabkan hajat saya mahu berbelanja lagi tidak tercapai. Mungkin itu ada baiknya...Duit saya selamat...Seperti biasa...saya berpusing-pusing sekejaplah di area Kl tu sebelum jumpa jalan keluar untuk ke utara. Aduh...bilalah nak terer ingat jalan di area kl ni?

p/s -bilalah saya boleh khatam kesemua buku tu?

Thursday, March 25, 2010

Siap juga AKHIRNYA!

Salam...


Hari ini saya rasa bersyukur sangat-sangat sebab akhirnya...akhirnya manuskrip saya siap juga. ALHAMDULILLAH. Sebelum lunch tadi saya sudah emelkan kepada editor, yang soalan 'bila nak hantar mss' itu tidak pernah lekang dari mulutnya. Saya sudah selalu sangat melanggar dateline sendiri. Kononnya saya mahu menyiapkan sebelum masuk tahun baru, namun tidak berjaya. dateline saya sentiasa berganjak-anjak sehinggalah hari ini. Ya..saya bertekad mahu siap sebelum saya ke KL esok hari. Saya mahu melepaskan kepenatan, kelelahan, kerunsingan yang melanda sepanjang saya menulis SKB/BTD ini. Saya mahu berseronok /berpoya2( istilah kami rakan2 penulis utk aktiviti weekend nanti) dengan perasaan yang lapang dada.
Bilakah mss saya akan diterbitkan? Saya tidak tahu. Sesungguhnya saya tiada jawapan itu. Apa pun tunggu editor saya membaca terlebih dahulu. Mungkin juga ada pembetulan yang perlu saya lakukan. Mungkin juga terpaksa menunggu giliran yang panjang...Harap2 saya...mudah-mudahan keluarlah tahun ini juga. Saya kalau boleh, mahu terus mengekalkan rekod saya dengan sebuah buku setahun. Nampak tidak cantik pula kalau ada tahun yang berselang bukan?
Saya mahu berehat sebentar sebelum meneruskan dengan penulisan mss ke 5 saya. Saya mahu pergi ke suatu tempat untuk menenangkan perasaan. Harap2nya apa yang saya inginkan itu tercapai...doakan ya...

Wednesday, March 17, 2010

Moh kita ke sana....PBAKL 19-28 MAC 2010


Salam...
Kepada pembaca-pembaca tegar dan ulat-ulat buku sekalian, jangan lupa untuk hadir pada program tahunan yang amat-amat dinantikan ini. Kepada sesiapa peminat novel dan penulis ALAF 21, sila lihat jadual diatas supaya anda boleh merancang jadual untuk hadir. Nanti tidaklah anda terkecewa kerana tidak dapat bertemu dengan penulis favourite anda semua...Heehe..jangan cari muka saya ya sebab memang tak ada di atas sana. Buku baru tak ada..jadi memang tak berpeluang menduduki kerusi panas di pesta buku tersebut. Ingatan buat saya..kalau mahu ke sana, pastikan buku boleh siap pada masanya...Aduh...kalau begini kisahnya memang rasanya muka saya sentiasa tidak akan ada...hmmmmmm...
Tidak mengapa...tak bertugas pun saya tak kisah yang penting saya juga mahu menyibuk di sana. Manuskrip terbaru saya juga hampir selesai, jadi minggu terakhir pesta buku saya akan turun juga mahu berbelanja. Saya mahu lepaskan tekanan kerana berbulan-bulan mengadap manuskrip yang tidak siap-siap. Wah! sudah lama rasanya saya tidak membeli buku baru. dan sudah terlalu lama saya tidak membaca buku. Saya sudah ketagih. Saya sudah tercium bau2 wangi buku2 di sana. Tak sabarnya saya mahu ke PWTC. Selain dari membeli buku, saya mahu juga bertemu rakan-rakan yang telah lama saya tidak ketemui.
Jadi...kepada penggemar buku sekalian...apa lagi...seranglah PBAKL kali ini.

Wednesday, March 10, 2010

LATEST HOT NOVEL - CINTA EDISI TERHAD


YEAH!!!...Latest hot novel akan datang menemui anda di Pesta Buku Antarabang KL..
CINTA EDISI TERHAD...hasil karya terbaru teman akrab saya dalam dunia penulisan CIK LYNN DAYANA. Saya tumpang seronok untuk dia kerana hampir separuh dari naskah ini disiapkan ketika Lynn menghadapi dugaan paling hebat dalam hidupnya. Siapa sangka dalam berulang alik ke hospital menjalani dialisis yang menyakitkan, Lynn mampu menyiapkan karya hebat ini. Thumb up untuk Lynn yang tidak lelah untuk berusaha.
Ok, untuk melihat sinopsis...anda boleh ke blog Lynn sendiri. Entah apa bengongnya blog saya ini sampai tidak boleh copy n paste lagi...Aduh...blog ini memang perlu diubahsuai...saya sudah bosan....
Melihat hasil karya kawan, saya jadi tidak sabar untuk melihat karya sendiri diterbitkan. Jangan bertanya di mana status penulisan saya sekarang. Saya masih berhempas pulas untuk menulis. Ya...saya sudah melanggar dateline yang diberi editor bulan 2 yang lalu. Dan kini sudah masih minggu ke2 bulan 3, dan manuskrip saya masih belum sampai ke titik nokhtah lagi. Tidak banyak lagi yang perlu disiapkan. Cuma saya memang agak perlahan dalam mengarap cerita kali ini. Saya tidak mahu kelam kabut atau rakus semata-mata mahu menyiapkan mss dengan cepat. Saya takut nanti hasilnya saya sendiri tidak sanggup untuk membacanya...Buat teman2 dan pembaca yang bertanya...Insyaallah...dalam masa terdekat ini saya akan menemui titik noktahnya. Doakan saya ya?

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...