Sehari dua ni aku rasa runsing dan bimbang. buat kali ke 4 dalam masa beberapa bulan, ayah masuk hospital lagi. Aku tak tahu sama ada penyakit lama ayah berulang tetapi hendak tak hendak aku tak dapat nafikan kemungkinan itu yang berlaku. setelah genap 2 bulan selepas operation, ayah masih lemah. kadang2 ayah bangun menyapu laman. kadang2 ayah subuh di surau seperti mana yang dilakukan sebelum sakit dulu. dalam sekelip mata ayah sihat dan dalam sekelip mata juga ayah terbaring di tilam. pertama kali ayah pergi surau, kami adik beradik memanjat kesyukuran. hari ke 2 ayah dah terima surat perlantikan kembali sebagai imam. ayah kata masakan dia mampu memimpin jemaah untuk solat dengan keadaannya yang lemah. setakat 2 rakaat dia masih mampu berjemaah. selebihnya ayah buat dirumah. lagipun, ayah kata dia tidak boleh jadi imam selagi sembahyang yang tertinggal sepanjang masa sakit dulu tidak habis diganti.
Hati aku sebak masa pertama kali ayah dapat solat dengan sempurna. ayah menangis. mungkin kerana bersyukur. mungkin kerana insaf dengan keadaan diri. mungkin kerana masih dapat peluang sujud padaNYA.
Dan buat kesekian kalinya kami adik beradik berumahtangga di hospital. bergilir datang menjaga ayah. Doktor pernah kata, kanser tetap kekal dalam badan ayah. ayah terlalu lemah untuk dibedah lagi. terlalu lemah untuk menjalani chemo dan radioterapi. doktor pernah cakap, biarlah ayah hidup dengan happy. jangan bagi ayah susah hati. hmmmmmmmm....
Mati itu kenyataan. Mati itu pasti. tiada seorang pun dapat melarikan diri. tetapi sakit bukan jaminan hayat seseorang itu tidak lama. sihat bukan bermakna akan sihat selamanya. Aku yakin, ajal maut ditangan ALLAH. doktor boleh kata ayah tak akan sembuh. doktor boleh kata apa-apa sahaja tetapi aku yakin dengan KETENTUANNYA...aku redha.



