Thursday, October 05, 2006

Kenangan mengusik jiwa

Hari ni 12 Ramadhan. Hari ini bermakna telah 7 kali Ramadhan Arwah Tok wan meninggalkan kami sekeluarga. Tokwan pergi setelah mengalami demam dan sakit selama 2 minggu. apa yang aku amat kesali ialah pemergian tok wan ini aku ketahui hanya setelah seminggu jenazah tok wan dikuburkan.
ketika itu aku berada di semester 3 Uitm Shah alam. sebelum inipun tok wan kerap kali demam. malah semasa aku bercuti semester, aku dengan keluarga kerap balik menjenguk tok wan. kadang-kadang berselang sehari kami balik kampung. mujurlah kampung di bukit mertajam. hanya 1 jam sahaja dari taiping. aku tidak menyangka demam tok wan ini merupakan petanda dia akan dijemput Illahi. Walaupun mati itu pasti, aku tidak menduga bahawa nafas yang tok wan hela di dunia ini tidak lama. akibat terlalu kerap balik, menimbulkan satu perasaan yang tidak patut aku rasai. entah mengapa aku bosan dengan karenah tok wan. sampai aku pernah berfikir yang tok wan sengaja buat begitu kerana mahu ayah sentiasa balik menjenguknya. entahlah syaitan apa yang merasuk aku memikirkan kata-kata begitu. jin mana yang menyampuk aku. tidak patut aku mempunyai rasa seperti itu. dia tok wan aku. tok wan yang sporting. tok wan yang suka berpantun. malah setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya mesti berbunyi pantun. secara peribadi aku lebih menyayangi tok wan berbanding tok aku. aku tidak pernah bermasam muka dengan tok wan. jadi kenapa tergamak aku berkata begitu?
Untuk bercuti raya, aku telah berjanji dengan kakak aku yang belajar di UM untuk balik bersama. kami telah berjanji aku akan bertemu di kolejnya di kolej kediaman 10. dalam masa seminggu itu, aku tidak terfikir pun untuk menelefon ke rumah. satu lagi petanda yang aku tidak sedari. kebiasaannya aku akan menelefon ke rumah 2 hari sekali. tetapi tidak pada sepanjang minggu itu. lagipun ketika itu aku dan kakak tidak mempunyai handset. jadi memang agak sukar kami berhubung.
pada hari yang dijanjikan aku pergi ke um. semasa mengikuti short cut di fakulti bahasa, aku bertemu dengan kawan sekelas aku yang kini merupakan kawan kakak aku juga. dia terkejut melihat aku. terus dia tanya;
" Mar, ko tak balik lagi ke? kak aty dah balik minggu lepas. tok wan ko meninggal." Aku tak tahu apa reaksi aku ketika itu. yang pasti aku terkejut dan tiba-tiba perasaan marah melanda diri aku. aku berpatah balik semula dan terus mencapai telefon dan menghubungi rumah. Mak aku yang angkat. saat ni tiba-tiba aku merasa sebak. aku tak boleh bercakap. aku rasa sedih sangat. yang balik2 aku cakap " kenapa tak bagitau cek? lepas tu akak aku cakap ngan aku. terus aku letak ganggang. aku salahkan akak aku. kenapa dia tak boleh singgah di kolej aku dan beritahu? kenapa dia tak fikir yang mesti aku hendak balik sama. tak terfikirke dia yang mungkin tiada siapa yang beritahu aku lagi.....aku tahu dia pun terkejut. mungkin nak cepat2 sampai rumah je.mungkin dalam keadaan sedih tu dia terlupa tentang aku. ntahlah....yang pasti masa itu aku hanya mahu salahkan seseorang. aku mahu melepaskan rasa bersalah yang semakin menghempap jiwa aku.
aku terus pergi pudu. pergi kaunter Taiping holiday. terus mintak tiket( walaupun balik raya, aku mmg tak beli tiket lagi). agaknya macam manalah muka aku masa tu sampai akak tu terus capai walkie talkie dia dan suruh aku ke bawah sekarang. sampai di rumah aku menangis lagi. ayah pujuk aku. mak urut belakang aku perlahan-lahan. waktu in aku sudah bertenang. aku boleh terima alasan mereka. salah aku juga tidak meninggalkan apa-apa nombor jika berlaku sebarang kecemasan. saat ini aku juga terfikir, kenapa aku tidak seperti kawan2 lain yang
berkejar2 membeli handset bila loan masuk. kalau tidak pasti aku akan mendpat berita lebih awal.
Raya tahun itu kurang meriah. sedih melihat tok yang keseorangan. selama ini tok wan yang menemani dirinya. dan tiba-tiba dia sendiri. d hari raya pula tu. aku tidak pernah ke kubur. namun setelah tok wan, setiap kali raya pertama kami akan menziarahi tok wan. memang sunyi tanpa tok wan. tiada teman untuk bersembang semasa menonton tv. tiada lagi pantun dan syair yang tok wan selalu dengarkan. dan aku terpaksa menerima hakikat ini. kerana kata-kata ku, aku tidak sempat menemui tok wan di akhir hayatnya. kerana sikap aku mungkin Allah berniat mahu menberi pengajaran. dulu aku malas hendak balik kampung menjenguk tokwan dan sekarang tok wan pergi pun aku tidak berpeluang langsung untuk menemuinya. Itulah kesalan yang aku terpaksa tanggung sepanjang hayat.
Di hari yang mulia ini aku doakan Tok wan menemui penciptaNya dengan tenang. semoga Tok wan bahagia di alam sana. tok wan jangan bimbang. anak cucu tok wan rajin mengaji untuk tok wan. kalau di beri peluang, hanya satu yang aku mahu katakan pada tokwan " Maafkan cek."

Wednesday, October 04, 2006

Satu Ingatan untuk anak-anak



HAPPY 1ST BIRTHDAY!!!
IZZ ZAYYAD HAQEEMI....AND
MOHAMMAD DAIFULLAH
AND
HEPI 6TH BIRTHDAY!!!
NURIN ZUHAYRA....
SELAMAT HARI JADI UNTUK ANAK-ANAK SAUDARA AKU. WALAUPUN UNTUK NURIN DAH BELATED, NAMUN AKU TETAP NAK UCAP JUGAK KAT CNI...SEMOGA KALIAN MENJADI INSAN YANG CEMERLANG DALAM HIDUP YANG PENUH PANCAROBA INI. SUKSES SELALU OK...
salam sayang...
anjang

A Good Story to Share

Too many times, we face challengers at work, at home and at all other occasions. Maybe we can learn from this story:


A group of alumni, highly established in their careers, got together to visit their old university professor. Conversation soon turned intocomplaints about stress in work and life.


Offering his guests coffee, the professor went to the kitchen and returned with a large pot of coffee and an assortment of cups:porcelain, plastic, glass, crystal, some plain looking, some expensive,some exquisite - telling them to help themselves to hot coffee.


When all the students had a cup of coffee in hand, the professor said:"If you noticed, all the nice looking expensive cups were taken up,leaving behind the plain and cheap ones. While it is but normal for youto want only the best for yourselves, that is the source of your problems and stress.


What all of you really wanted was coffee, not the cup, but you consciously went for the best cups and were eyeing each other's cups.Now if life is coffee, then the jobs, money and position in society are the cups. They are just tools to hold and contain Life, but the quality of Life doesn't change.


Sometimes, by concentrating only on the cup, wefail to enjoy the coffee in it."So, don't let the cups drive you... enjoy the coffee instead !

Tuesday, October 03, 2006

hari baru

Assalamualaikum,
Semasa aku menulis n3 ini aku sudah berada di TAIPING. dan hari ini merupakan hari pertama aku memulakan tugas di tempat baru. tempat baru dan semuanya baru. pc pun tak connect dengan internet lagi. wah...wa....wa...bab tu yang tak best nyer. nasib baik kat umah aku ada line...bolehlah aku merayap ke mana-mana. Aku pun terpaksa menunggu balik dari kerja untuk nak post apa-apa. dalam masa sehari aku dapat buat conclusion (ceh wah) tentang kebaikan keje di tempat baru dan di upsi. tapi aku tak nak ceritalah kat korang. biar aku sorang jer yang tahu. tapi yang pastinya, disebalik kekurangan kecil ini, aku tidak menyesal bertukar tempat kerja.
memang tidak dapat dinafikan, bekerja di perpustakaan UPSI, gah bunyinya Senang. nak buat kerja segala macam sumber yang diperlukan memang senang nak dapat. yerla...organisasi besar, bajet pun besar. pelanggannya pun besar. bermacam karenah terpaksa dihadapi. baik studentnya. baik staffnya. memang memerlukan kesabaran yang tinggi. sungguhpun begitu selama 3 tahun di sana bukan sedikit ilmu yang dapat aku bawa. sedikit sebanyak aku memang terhutang budi pada UPSI.
semasa menulis n3 ini juga aku baru lepas memasak juadah berbuka puasa. huargh.....penatnya. hajat mak aku nak aku balik take over memasak memang tercapai. hahaha....padan muka aku. dulu asyik membeli saja. sekarang berpeluh kat dapur. lintang pukang dapur dibuat aku. yg sadisnya, aku buat sepah...nanti aku yang kena kemas balik....bila aku jeling adik aku suh tolong..dia bagi alasan...adik ada homework....adik nak blajar. yerlah...aku nak paksa tak boleh gak...dia nak spm...terpaksalah aku berkorban sket. tapi yang herannya tu, time aku nak bersilat kat dapur je, time tulah dia ada keje sekolah. hmmmm..???
Tadi, ayah aku p beli kuih. seperti biasa popia basah ada dalam senarai. tapi bila aku tgk jer luaran popia tu macam tak sedap jer rasanya. nak tak nak aku terpaksa memaksa mak aku masuk dapur balik untuk membuat popia sehari dua ni. aku rasa, kalau pokcik mersik rasa popia basah mak aku, sure dia akan menetap kat taiping. tak pun mungkin dia akan separuh gila lagi mencari popia basah sesedap mak aku kat merata tempat. tak pun, mungkin ada sebiji batu belah terpaksa memakan seseorang lelaki dek kerana frustnya pokcik tak dapek popia. tapi oleh kerana pokcik suka makan popia goreng so, kegilaan dia tu tak kemana lah...hahahha....
okler...aku pun tak faham apa yg aku cuba sampaikan nih..letak jari main taip jer. so...selamat berbuka posa yer....cau cin cau.....

Thursday, September 28, 2006

cian kat pokcik....

Semalam aku dan akak aku bukak blog pokcik mersik. saja dah lama tak tinggal jejak walaupun hari2 aku akan jengah. mengekek aku n akak aku ketawa bila baca n3 pokcik tentang kempunan makan popia goreng bersalut sambal. lahai...sampai tahap kronik betullah pokcik mersik ni. bila baca tu, kesian jer dengar. macam kempunan sangat. sampai nak p batu belah batu bertangkup. nasib baik batu tu amik anak dara cun dan mak janda vogue aje. kalau dia makan pokcik sah batu tu kenyang setahun..hahahhaha...jangan mare pokcik...gurau jer. daripada pokcik dok berjalan ke hulu ke hilir nak cari popia baik pokcik abiskan masa tu belajar buat kuih. haha...bila2 boleh makan. lagi satu pokcik boleh make sure bazar ramadan shah alam tak kehabisan popia goreng..haha. bila dah posa ni macam2 keinginan. keinginan pokcik di bulan ramadan ni popia goreng...er betul ker...ntah2 masa bulan lain gaya pokcik cari popia goreng smaa jer tak....hihiihi
aku pulak, lebih suka makan popia basah. menu wajib setiap kali bukak posa. lebih lagi kalau dapat yang mak aku buat sendiri. memang berebut makan dengan adik-adik. dah satu kerabat suka makan, tension mak aku nak masak. hahaha...anak2 dia tak reti masak. tapi bila time popia habis jer tak adalah aku rasa macam nak bunuh diri. tak adalah aku rasa macam nak serah diri kat batu belah batu bertangkup. sebab aku ni dalam kategori anak dara cun...hahahha... mesti batu tu nak makan punya. nanti tak pasal2 orang lelaki kehilangan seorang calon isteri mithali. tak pasal2 mak mertua kehilangan menantu yang sopan...kah kah...lainlah pokcik mersik...
selalunya aku akan beli jer lauk pauk. maklumlah aku ni dalam kategori 'rajin masak'. dan kalau aku masak pun asyik2 menu yang sama jer. nak buat mcam manakan. nak tak nak terpaksa sedekah duit kat pokcik dan mokcik yang berniaga tu. sedekah. haha..kalau aku sedekahkan senyuman kat pocik n mokcik tu mahu kena lempang. kira bulan posa ni yang aku selalu masak pun, masak nasik n air jer la.ahaks...
aku tak sabar nak balik duduk n mak ayah. sebab? sebab? boleh makan masakan mak. hahah...mak aku pulak tak sabar suruh aku balik sebab aku boleh masak untuk dia...haha..macam mana tu. takpelah nanti suruh ayah aku masak pulak. baru haru.

Tuesday, September 26, 2006

satu nasihat

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!



PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.


KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda mahu


KEEMPAT
Apabila kamu berkata, “ Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.


KELIMA
Pabila mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya


KEENAM
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.


KETUJUH
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.


KESEPULUH
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.


KESEBELAS

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka


KEDUA BELAS
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas


KETIGA BELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,”Kenapa anda ingin tahu?”


KEEMPAT BELAS
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar


KELIMA BELAS
Ucaplah “Semoga anda diberkati” apabila mendengar seseorang bersin.


KEENAM BELAS

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar


KETUJUH BELAS
Berpeganglah kepada tiga R:
Rasa hormat pada diri sendiri;
Rasa hormat kepada orang lain;
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPAN BELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar


KESEMBILAN BELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu


KEDUA PULUH

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar


KEDUA PULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian


Monday, September 25, 2006

menjengah kembali....

Assalamualaikum,

Hari ni berlalu agak slow sikit bagi aku. ntah mengapa tiba-tiba sakit kepala aku datang menjengah. selalunya bila sakit aku telan pil and restkan mata sekejap. tapi bila dah posa ni...aku hanya lelap seketika untuk mengurangkan kesakitan. dah lebih 2 minggu aku tak sakit kepala. adakah mungkin panggilan dari seseorang yang aku terima pagi tadi menyebabkan sakit kepalaku datang? hmmm...boleh jadi juga. aku tak nak cerita tentang perkara ini. alamat bertambah nak meletuplah kepala ku.

aku nak kembali kepada memori lama. cewah...biasalah bila bulan posa n nak dekat raya ni selalunya memang melankolik sket.sebelum aku duduk di taiping, aku pernah menetap di sarawak dan negeri sembilan. masa di sarawak selama 3 tahun memang kami tak pernah balik. yang balik cuma ayah seorang. aku duduk di kem penrissen, so bila hari raya je memang meriah. selalunya komuniti dari semenanjung akan berkumpul. masing2 akan buat rumah terbuka. rumah aku memang setiap tahun buat rumah terbuka. anak buah ayah aku akan datang dengan family masing-masing. memang rumah kami akan penuh dengan member2 ayah n mak. seronok memang seronok. di samping dapat kawan, aku juga dapat kumpul duit raya.

di sarawak, apa yang aku perasan, mereka tidak banyak menyediakan juadah berbentuk biskut raya tetapi lebih banyak kepada kek. terutamanya kek lapis. fuh...dalam menaip ni meleleh air liur aku mengenangkan kesedapan kek lapis sarawak ni. aku pernah beraya umah kawan aku yang maknya pandai membuat kek lapis ni. sampai licin aku n adik beradik aku makan. kuih lain memang tak pandang. dok asyik capai kek lapis je...heheh...agaknya mak kawan aku pun takut nak hidang banyak2.

Bila aku tinggal di N9 pula selalunya kami akan bertolak selepas berbuka. ayah lebih suka berjalan waktu malam. lebih sejuk katanya. memng betul pun. jarak antara n9 dan p.pinang bukannya dekat. selalunya bila time nak balik raya, 2 orang kakak aku terpaksa menaiki bas. 9 orang memang tak cukup satu kereta. tapi bas yang mereka naik disediakan oleh pihak tentera. so, tiada masalah.
selalunya akulah yang akan menemani ayah bersembang waktu malam. adik2 aku yang lain selalunya akan terbongkang. aku akan bergilir2 dengan mak melayan ayah bercakap untuk hilangkan rasa ngantuk. yang aku sellau ingat pukul 3 atau 4 pagi kami akan tiba di changkat jering. selalunya kami akan singgah di kedai makan untuk bersahur. hehe itulah peluang aku n adik2 nak pau ayah. selalunya ayah kalau drive ke mana-mana dia memang tidak suka singgah. straight je. kalau mak tak minta berhenti menang tak akan berhenti. tapi sekarang ni makin senang nak pau ayah. tak minta berenti pun dia boleh ajak makan kat mana-mana. tu yang best tu.

walaupun banyak perkara yang berubah, tapi perasaan menanti hari raya itu memang sama. rasa tak sabar. rasa seronok memanti saat takbir bergema. menunaikan sembahyang terakwih dan raya bersama2 keluarga. lebih bermakna lagi kalau ayah aku yang mengimamkan sembahyang. rasa bangga usah dicakap. hhihihi...aku dah janji dengan adik bongsu, kalau boleh nak cukupkan solat terawih dengan dia. moga-moga tercapai....




Saturday, September 23, 2006

Ucapan untuk semua

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM. SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA MENGHADAPI BULAM MULIA INI DENGAN PENUH KEBERKATAN. MUDAH-MUDAHAN BULAN INI AKAN MENAMBAHKAN KEIMANAN KITA DAN MAMPU MENDIDIK KITA UNTUK MENJADI UMAT YANG LEBIH BERTAKWA....

Friday, September 22, 2006

A-Z FRIENDSHIP

Aku terima dari adik aku...memang menarik. just click the word....

F.R.I.E.N.D.S.H.I.P.

LAWAK....


One morning the husband returns after several hours of fishing and decides to take a nap. Although not familiar with the lake, the wife decides to take the boat out. She motors out a short distance, anchors, and reads her book. Along comes a Game Warden in his boat. He pulls up alongside the woman and says,
"Good morning, Ma'am. What are you doing?"
"Reading a book," she replies, (thinking, "Isn't that obvious?")
"You're in a Restricted Fishing Area," he informs her.
"I'm sorry, officer, but I'm not fishing. I'm reading."
"Yes, but you have all the equipment. For all I know you could start at any moment. I'll have to take you in and write you up."
"If you do that, I'll have to charge you with sexual assault," says the woman.
"But I haven't even touched you," says the game warden.
"That's true, but you have all the equipment. For all I know you could start at any moment." "Have a nice day ma'am," and he left.
MORAL: Never argue with a woman who reads. It's likely she can also think

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...