Thursday, September 28, 2006

cian kat pokcik....

Semalam aku dan akak aku bukak blog pokcik mersik. saja dah lama tak tinggal jejak walaupun hari2 aku akan jengah. mengekek aku n akak aku ketawa bila baca n3 pokcik tentang kempunan makan popia goreng bersalut sambal. lahai...sampai tahap kronik betullah pokcik mersik ni. bila baca tu, kesian jer dengar. macam kempunan sangat. sampai nak p batu belah batu bertangkup. nasib baik batu tu amik anak dara cun dan mak janda vogue aje. kalau dia makan pokcik sah batu tu kenyang setahun..hahahhaha...jangan mare pokcik...gurau jer. daripada pokcik dok berjalan ke hulu ke hilir nak cari popia baik pokcik abiskan masa tu belajar buat kuih. haha...bila2 boleh makan. lagi satu pokcik boleh make sure bazar ramadan shah alam tak kehabisan popia goreng..haha. bila dah posa ni macam2 keinginan. keinginan pokcik di bulan ramadan ni popia goreng...er betul ker...ntah2 masa bulan lain gaya pokcik cari popia goreng smaa jer tak....hihiihi
aku pulak, lebih suka makan popia basah. menu wajib setiap kali bukak posa. lebih lagi kalau dapat yang mak aku buat sendiri. memang berebut makan dengan adik-adik. dah satu kerabat suka makan, tension mak aku nak masak. hahaha...anak2 dia tak reti masak. tapi bila time popia habis jer tak adalah aku rasa macam nak bunuh diri. tak adalah aku rasa macam nak serah diri kat batu belah batu bertangkup. sebab aku ni dalam kategori anak dara cun...hahahha... mesti batu tu nak makan punya. nanti tak pasal2 orang lelaki kehilangan seorang calon isteri mithali. tak pasal2 mak mertua kehilangan menantu yang sopan...kah kah...lainlah pokcik mersik...
selalunya aku akan beli jer lauk pauk. maklumlah aku ni dalam kategori 'rajin masak'. dan kalau aku masak pun asyik2 menu yang sama jer. nak buat mcam manakan. nak tak nak terpaksa sedekah duit kat pokcik dan mokcik yang berniaga tu. sedekah. haha..kalau aku sedekahkan senyuman kat pocik n mokcik tu mahu kena lempang. kira bulan posa ni yang aku selalu masak pun, masak nasik n air jer la.ahaks...
aku tak sabar nak balik duduk n mak ayah. sebab? sebab? boleh makan masakan mak. hahah...mak aku pulak tak sabar suruh aku balik sebab aku boleh masak untuk dia...haha..macam mana tu. takpelah nanti suruh ayah aku masak pulak. baru haru.

Tuesday, September 26, 2006

satu nasihat

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!



PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.


KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda mahu


KEEMPAT
Apabila kamu berkata, “ Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.


KELIMA
Pabila mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya


KEENAM
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.


KETUJUH
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.


KESEPULUH
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.


KESEBELAS

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka


KEDUA BELAS
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas


KETIGA BELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,”Kenapa anda ingin tahu?”


KEEMPAT BELAS
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar


KELIMA BELAS
Ucaplah “Semoga anda diberkati” apabila mendengar seseorang bersin.


KEENAM BELAS

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar


KETUJUH BELAS
Berpeganglah kepada tiga R:
Rasa hormat pada diri sendiri;
Rasa hormat kepada orang lain;
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPAN BELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar


KESEMBILAN BELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu


KEDUA PULUH

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar


KEDUA PULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian


Monday, September 25, 2006

menjengah kembali....

Assalamualaikum,

Hari ni berlalu agak slow sikit bagi aku. ntah mengapa tiba-tiba sakit kepala aku datang menjengah. selalunya bila sakit aku telan pil and restkan mata sekejap. tapi bila dah posa ni...aku hanya lelap seketika untuk mengurangkan kesakitan. dah lebih 2 minggu aku tak sakit kepala. adakah mungkin panggilan dari seseorang yang aku terima pagi tadi menyebabkan sakit kepalaku datang? hmmm...boleh jadi juga. aku tak nak cerita tentang perkara ini. alamat bertambah nak meletuplah kepala ku.

aku nak kembali kepada memori lama. cewah...biasalah bila bulan posa n nak dekat raya ni selalunya memang melankolik sket.sebelum aku duduk di taiping, aku pernah menetap di sarawak dan negeri sembilan. masa di sarawak selama 3 tahun memang kami tak pernah balik. yang balik cuma ayah seorang. aku duduk di kem penrissen, so bila hari raya je memang meriah. selalunya komuniti dari semenanjung akan berkumpul. masing2 akan buat rumah terbuka. rumah aku memang setiap tahun buat rumah terbuka. anak buah ayah aku akan datang dengan family masing-masing. memang rumah kami akan penuh dengan member2 ayah n mak. seronok memang seronok. di samping dapat kawan, aku juga dapat kumpul duit raya.

di sarawak, apa yang aku perasan, mereka tidak banyak menyediakan juadah berbentuk biskut raya tetapi lebih banyak kepada kek. terutamanya kek lapis. fuh...dalam menaip ni meleleh air liur aku mengenangkan kesedapan kek lapis sarawak ni. aku pernah beraya umah kawan aku yang maknya pandai membuat kek lapis ni. sampai licin aku n adik beradik aku makan. kuih lain memang tak pandang. dok asyik capai kek lapis je...heheh...agaknya mak kawan aku pun takut nak hidang banyak2.

Bila aku tinggal di N9 pula selalunya kami akan bertolak selepas berbuka. ayah lebih suka berjalan waktu malam. lebih sejuk katanya. memng betul pun. jarak antara n9 dan p.pinang bukannya dekat. selalunya bila time nak balik raya, 2 orang kakak aku terpaksa menaiki bas. 9 orang memang tak cukup satu kereta. tapi bas yang mereka naik disediakan oleh pihak tentera. so, tiada masalah.
selalunya akulah yang akan menemani ayah bersembang waktu malam. adik2 aku yang lain selalunya akan terbongkang. aku akan bergilir2 dengan mak melayan ayah bercakap untuk hilangkan rasa ngantuk. yang aku sellau ingat pukul 3 atau 4 pagi kami akan tiba di changkat jering. selalunya kami akan singgah di kedai makan untuk bersahur. hehe itulah peluang aku n adik2 nak pau ayah. selalunya ayah kalau drive ke mana-mana dia memang tidak suka singgah. straight je. kalau mak tak minta berhenti menang tak akan berhenti. tapi sekarang ni makin senang nak pau ayah. tak minta berenti pun dia boleh ajak makan kat mana-mana. tu yang best tu.

walaupun banyak perkara yang berubah, tapi perasaan menanti hari raya itu memang sama. rasa tak sabar. rasa seronok memanti saat takbir bergema. menunaikan sembahyang terakwih dan raya bersama2 keluarga. lebih bermakna lagi kalau ayah aku yang mengimamkan sembahyang. rasa bangga usah dicakap. hhihihi...aku dah janji dengan adik bongsu, kalau boleh nak cukupkan solat terawih dengan dia. moga-moga tercapai....




Saturday, September 23, 2006

Ucapan untuk semua

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM. SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA MENGHADAPI BULAM MULIA INI DENGAN PENUH KEBERKATAN. MUDAH-MUDAHAN BULAN INI AKAN MENAMBAHKAN KEIMANAN KITA DAN MAMPU MENDIDIK KITA UNTUK MENJADI UMAT YANG LEBIH BERTAKWA....

Friday, September 22, 2006

A-Z FRIENDSHIP

Aku terima dari adik aku...memang menarik. just click the word....

F.R.I.E.N.D.S.H.I.P.

LAWAK....


One morning the husband returns after several hours of fishing and decides to take a nap. Although not familiar with the lake, the wife decides to take the boat out. She motors out a short distance, anchors, and reads her book. Along comes a Game Warden in his boat. He pulls up alongside the woman and says,
"Good morning, Ma'am. What are you doing?"
"Reading a book," she replies, (thinking, "Isn't that obvious?")
"You're in a Restricted Fishing Area," he informs her.
"I'm sorry, officer, but I'm not fishing. I'm reading."
"Yes, but you have all the equipment. For all I know you could start at any moment. I'll have to take you in and write you up."
"If you do that, I'll have to charge you with sexual assault," says the woman.
"But I haven't even touched you," says the game warden.
"That's true, but you have all the equipment. For all I know you could start at any moment." "Have a nice day ma'am," and he left.
MORAL: Never argue with a woman who reads. It's likely she can also think

Thursday, September 21, 2006

Tulih la apa pun......

Assalamualaikum semua,
Memang agak lama aku tidak mencoret sesuatu di sini. Alhamdulillah, setelah 2 minggu, kursus aku tamat juga. di dalam n3 sebelum ini aku ada mencoretkan sesuatu mengenai interview kerja dan sukacitanya aku berjaya dalam interview tersebut. tahniah kepada diri aku sendiri. jadi, kursus ini merupakan satu latihan kepada aku sebelum bertukar tempat kerja.
Bermula 1 oktober ini aku tidak lagi berkerja di perpustakaan UPSI tetapi aku meneruskan karier ( cewah) di sebuah Perpustakaan di hometown aku sendiri. wah...balik duduk dengak mak n ayah...manyak syiokkk....tak sabar rasanya menunggu detik itu.
Sepatutnya aku terpaksa melapor diri pada 4 sept yang lalu namun surat panggilannya baru dapat dan aku sendiri berkampung di Port Dickson. so aku mengambil keputusan untuk melapor pada bulan depan. lagipun lebih senang aku nak menyerahkan tugas. dahlah dipanggil kursus dalam keadaan very short notice tak kan aku nak berenti kerja dalam tergesa2 gak kan?nanti tak pasal-pasal sebulan gaji aku lesap.
Hmm...nanti aku tak adalah masa pesta buku di UPSI nanti. nanti aku tak adalah ikut rombongan Library ke Pesta buku PWTC...nanti aku tak adalah pergi family day ke mana-mana dengan mereka. nanti...kakak aku akan bersendirian di rumah. setelah 3 tahun kami tinggal berdua...sikit sebanyak pasti dia berasa sunyi dengan ketiadaan aku. yalah...dah 3 tahun...aku lah teman bergaduh dia....dulu masing2 bising siapa nak lipat kain, siapa nak basuh pinggan. siapa nak kemas rumah. sekarang...dia kena buat semua tu sendiri.
Minggu ni aku nak balik kampung. nak bawak balik barang2 aku. pakaian tak sebanyak mana tetapi aku lebih risaukan buku-buku aku yang bertimbun2. nak cari kotak satu hal...takpe kat library banyak kotak....mahu tension akak aku nak tolong pikul sama...hahaha...pada muka dia.
kat office tak ramai yang tahu aku nak berenti. yang tahu hanya seorang dua. itupun aku suruh mereka rahsiakan. tapi bila aku masuk keje je hari ni masing2 bertanya. hmmm....rahsia tak menjadi rahsia lagi.....
Tadi aku baru menghadiri jamuan besday ketua pustakawan aku. bila dia berucap dia ada sebut tentang pemergian aku. aiik....aku tak story apa-apa dengan dia lagi...tup2 nama aku ter announce dalam majlis tu....terharu pun ada. terkejut pun ada....segan banyak la....hihihhi...sebab benda tu sepatutnya rahsia lagi...tapi takpelah...dah terbongkar...nak buat macam mana.
Ni aku dok sibuk nak kemas barang n nak serehkan tugas pada member. hah...selepas ni nama aku dah tak popular lagi la dalam Inter Library Loan di semua IPTA/IPTS. orang lain dah amik alih.....huarghhhhh....

I'm Back.......

Assalamualaikum..........
SAYA DAH KEMBALI!!!!!!

Sunday, September 10, 2006

Mencuri sedikit masa

Assalamualaikum,


Baru 5 hari berlalu tanpa aku mencoretkan apa-apa dalam blog ini. Walaupun hanya 5 hari tetapi entah mengapa masa berlalu begitu lama sekali. Rasanya tidak sabar aku menanti sehingga 20hb. jadual kursus memang pack habis. cuma hari ini aku mempunyai kelapangan untuk mencoret sesuatu. lagipun perkhidmatan internet di sini amat mahal. aku terpaksa membeli prepaid wireless internet access yang disediakan oleh pihak hotel. harga bagi prepaid ini ialah RM10 bagi penggunaan selama 2 jam. Mahal kan? tapi tak pelah...hanya sekali ini saje aku beli. berita selebihnya terpaksa aku ketahui selepas abis kursus. ataupun bila ada masa dan kelapangan, aku akan pergi ke bandar untuk mencari cc yang lebih munasabah harganya....
Di sini, malam ahad agak havoc dengan pelbagai acara yang disediakan oleh pihak hotel. kebanyakkan pengunjung dari luar turut sama menjamu selera di sini. kadang kala suasana agak membingitkan kerana masing2 mahu memasang lagu2 kegemaran sendiri. di sebelah malamnya pula akan ada persembahan dari penghibur .....ntahlah aku rasa bukan artis sebab aku tak kenal pun...mungkin penyanyi hotel tersbut. mereka ini akan membuat persembahan secara terbuka di stage yang disediakan di sebuah lounge. aku dan kawan2 yang tamat kursus pd waktu malam berpeluang untuk melihat persembahan ini, tetapi aku tak pernahnya lama melihat persembahan itu kerana aku merasa menyampah, sedih dan kesal.
bukannya apa, aku kesal melihat pakaian yang dipakai semasa melakukan persembahan tersebur. sudah jelas 3 orang penyanyi itu berbangsa melayu dan beragama ISLAM tetapi pakaian mereka langsung tidak menunjukkan mereka adalah umat Nabi Muhammad S.A.W. dengan pakai tube sehingga menampakka perut dan pusat, dengan seluar ketat sehingga menampakan liang liuk tubuh. aku sendiri merasa malu. bagi orang lain, mungkin tiada apa2 yang menghairankan dengan pemakaian sebegitu, tetapi aku tetap tidak boleh terima cara itu. kalau hendak melakukan sesuatu tempat sekalipun, janganlah sampai menjatuhkan maruah diri.
Entahlah....seperti yang aku kata, tepuk dada tanya IMAN.....
SEMOGA ALLAH TIDAK MENURUNKAN BALA KEPADA KITA....DENGAN KEADAAN SEKARANG...TIDAK MUSTAHIL....NA'UZUBILLAH

Tuesday, September 05, 2006

Pengumuman Rasmi

Kengkawan sekalian!!!!

Dukacita saya ingin mengumumkan yang saya tidak dapat bersama anda semua bermula esok sehingga 20hb September kerana berkursus....Sudah pasti anda semua akan merindui saya, jadi sepanjang masa itu saya akan cuba mengambil segala masa yang terluang untuk mencari jalan agar dapat post sesuatu dalam blog ini. Sepanjang ketiadaan saya, ceria-ceriakanlah hari anda..ok....ahaks....
adios...
asta la vista babe....

Aku......

Teringin....
1. Bungee Jumping
2. River Rafting
3. scuba Diving/snorkeling
4. Berenang di laut dalam.
5. Sky Diving
6. Menaiki semua roller coaster yang tercanggih/mendebarkan di seluruh dunia.
7. Naik kuda - memecut laju di kawasan padang yang sangat luas.
8. Dating dengan Wentworth Miller.


Alangkah BESTNYA kalau....

1. Aku reti melukis.(satu garisan lurus pun tak mampu buat tanpa pembaris)
2. Pandai main piano (nak lawan richard clayderman)
3. Penulis Novel yang banyak peminat(huwahhh)
4. Pandai baca Al-QURAN dengan taranum, tajwid dan etc dengan sempurna(boleh aku rakam n dengar suara aku sendiri...hahhah)
5.Aku banyak duit(boleh shopping buku banyak2)
6.Pandai berenang dan bukannya hanya tahu menyelam....
7. Wentworth Millier tu husband aku...(ahaks...)

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...