Thursday, March 28, 2013

DZAR'S STORY ~ SETIAP DETIK NAFASKU


“ Pipi mak lebam lagi. Ayah pukul ke?” Dzar tidak menoleh apabila suara itu menganggu lamunannya. Dia tahu siapa itu. Yang bersuara itu pantas melabuhkan punggung di sisinya.
              “ Kau dah tahu tapi kau rajin sangat tanya ni pasal apa?” soalnya sambil menjeling kepada Diana yang melabuhkan punggung di sisi. Adik yang muda  6 tahun daripadanya itu hanya terkebil-kebil memandangnya. Mungkin tidak menyangka yang dia akan jadi sekeras ini.
              “ Abah suka marah-marah dan pukul mak. Abang janganlah macam tu,” bisik Diana perlahan, hampir sahaja tidak kedengaran.
              Dzar terpempan. Wajahnya berubah mendengar kata-kata itu. Itukah yang dilihat Diana? Adakah dia sememangnya sudah bertukar menjadi bapa mereka yang tidak berguna itu? Tidak! Tidak! Dia bencikan kelakuan ayahnya. Dia bencikan lelaki bernama Najib itu. Jadi masakan pula dia mencontohi sikap lelaki yang dibencinya itu. “ Kenapa kau tak balik rumah lagi?” Suaranya sengaja dikendurkan. Cuba menjernihkan keadaan. Apa juga pergolakan jiwa yang sedang dialaminya kini, Diana seharusnya tidak menjadi sasaran dia melepaskan perasaan.
              Diana mengesat air matanya. “ Dian nak balik dengan abang. Duduk rumah pun asik kena maki dengan abah. Kalau tak maki Dian, abah pukul mak. Kalau ada abang...abah kendur sikit,” terangnya meluah perasaan.
              “ Jangan terlalu bergantung pada aku, Dian. Kalau aku tak ada siapa nak jaga kau? Nak jaga mak? Kau kena belajar hidup berdikari. Cuba hidup tanpa bergantung pada orang lain.”
              Mata Diana terbeliak. Bibir bergetar menahan rasa kebimbangan yang melonjak-lonjak dalam hati. “ Abang nak pergi? Nak tinggalkan Dian dengan mak?” soalnya sedikit keliru. Takut jika itu yang berlaku. Tidak! Dia tidak dapat menerimanya.
              Dzar mengeluh keras. Sudah betul bercakap dengan orang yang tak faham ni. Buat pertama kali semenjak mereka di situ, dia menoleh ke arah Diana. “ Cuba kau cakap dengan aku. Pernah tak terlintas dalam kepala kau, yang kau nak pergi dari rumah tu. Nak tinggalkan segala-galanya yang menyakitkan. Kalau peluang tu ada, kau masih nak harapkan orang tua tu? Cakap dengan aku Dian...takkan sikit pun tak terlintas dalam hati kau nak tinggalkan semua ni?” Dzar cuba membuka mata adiknya. Biar Diana melihat kemungkinan yang ada. Haluan yang boleh mereka terokai tanpa mengharapkan bantuan dan sokongan insan yang sendiri boleh membawa mereka rebah. Diana diam tidak terkutik. Yang sebenarnya dia cuba memahami sebab apa Dzar tiba-tiba bercakap mengenai perkara ini.
              “ Ubah nasib kau Dian. Kalau kau yang tak ubah sendiri, siapa yang nak tolong kau. Belajar pandai-pandai. Dapat keputusan cemerlang. Masuk Universiti. Kerja baik-baik. Kau tak perlu hadapi semua ni lagi. Kau boleh keluar dari rumah tu. Tak payah pandang belakang lagi. Silap-silap patah riuk tulang kau dikerjakan laki tak guna tu.” tambahnya lagi. Sukar mahu menganggap Najib sebagai seorang ayah.
              “ Masuk U pun bukan jaminan hidup kita akan bahagia. Sekeping kertas tu tak bermakna apa-apa. Duit bukan segala-galanya.” Diana meningkah kata-kata abangnya.
              “ Kau tunggu sini pun apa yang kau dapat? Apa yang kau ada?” Dzar menyoal sinis.
              “ Dian ada mak. Dian ada abang.” Diana menyahut pantas. Dan untuk kesekian kalinya Dzar kaku. Hilang segala perbendaharaan kata. Diana! Keluhnya dalam hati. Adiknya yang manis ini masih polos dan suci jiwanya. Tetap positif walau apa sahaja dugaan yang melanda.
              “ Jangan pandang aku tinggi sangat Dian. Aku tak layak.” Seperti lelaki pengecut dia melarikan wajah dari pandangan Diana. Adiknya ini mungkin muda, namun pemikirannya ternyata sudah matang. Dan dia tidak sedar bilamana Diana memandangnya dengan penuh kasih sayang. Dengan penuh penghormatan.
              “ Abang, abang Dian. Darah daging Dian. Insan yang Dian boleh bergantung harap. Insan yang Dian sayang sangat-sangat. Dian tak nampak abah akan berubah. Walau betapa Dian berharap abah berubah sekalipun, Dian tahu payah. Hanya ALLAH sahaja yang boleh gerakkan hati abah untuk berubah. Apa yang Dian tahu, abang yang jaga Dian selama ni. Jangan ingat Dian tak tahu. Jangan ingat Dian lupa semua apa yang berlaku. Dian mungkin muda, tapi Dian bukan bodoh, abang. Selama ni, abang bukan sekadar abang Dian. Abang jadi ayah, kawan dan pelindung Dian. Satu hari nanti, kalau ada jodoh, abang yang akan jadi wali Dian. Sebab Dian tak yakin abah mampu lakukan semua tu.”
              “ Dian...”
              “ Abang segala-galanya buat Dian. Kenapa abang tak pernah sedar? Kenapa susah sangat abang nak percaya? Salahkah Dian pandang tinggi pada abang?”
              “ Dahlah. Jom balik,” putus Dzar tidak mahu berbicara mengenai perkara itu lagi. Sukar baginya mahu berbicara soal hati dan perasaan. Dia bukan seperti Diana yang senang meluahkan apa sahaja. Suka, ketawa. Duka, mengalirkan air mata. Dia bukan lelaki seperti itu.
              Segalanya dia kumpul dan simpan dalam pertahanan hati dan kuncinya dicampakkan jauh ke jurang yang cukup dalam. Dia benci melihat Diana menangis. Dia resah apabila emak mengalirkan air mata. Hatinya seperti dilapah melihat mereka menderita. Namun dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia lelaki yang gagal. Dia tewas sebelum berjuang. Dan dia sama sekali tidak layak mendapat sanjungan adiknya ini.
               Diana merenung belakang tubuh Dzar dengan penuh kehampaan. Keras benar hatimu, bang. Siapa yang bersalah menjadikan hidup kita kucar kacir sebegini? Mampu bahagiakah kita nanti? Dia mengeluh perlahan memikirkan tiada jawapan yang mampu diperolehinya. Dzar semakin jauh. Mahu tidak mahu Diana terpaksa menurut. Dia berlari-lari anak sehingga langkah mereka saling bersaing. Tanpa sedar tangannya memaut tangan Dzar. Langkah Dzar terhenti namun beberapa saat kemudian dia kembali meneruskan langkah. Tangan kecil Diana masih tergenggam kemas dalam pautannya.

Thursday, March 14, 2013

Korea Day 3 Part 1

Salam....


Okeh berkurun lamanya tak update blog sehingga langsung tak ada n3 sepanjang bulan februari. Memang banyak benda yang berlaku. saya pun agak sibuk dengan tugas dan kerja yang entah apa-apa. Cerita pasal korea pun tak habis habis walaupun dan 4 5 bulan dah berlalu..trip family kami ke Melaka dan trip saya ke terengganu pun agaknya bila boleh cerita ya? hahahha...jangan sampai tahun depan sudah...oklah saya nak sambung balik pasal perjalanan saya ke korea...kali ini ke mana? iya..iya...Pulau Nami ya...Baru hari ke 3 ni...banyak lagi nak cerita...

Kesemua Ahli rombongan yang terdiri daripada 4 buah keluarga
Perjalanan kami bermula seawal pagi. Lunch di Hotel dan tepat pukul 8 naik bas bergerak ke airport Jeju. Sampai ke Gimpo Airport dan off we went to Nami Island. Pulau cinta yang terkenal dengan drama Winter Sonatanya. In fact kembara anda ke korea ini seakan tidak sempurna jika tidak menjengah pulau kecil ini. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam dan kami tiba ke sana tepat masa untuk lunch. Cuaca menjadi semakin sejuk. Jamilah kata, untuk lunch hari ini kami akan dihidangkan dengan makanan maharani...ceh ye ye aje minah ni..sebab kalau masyarakat biasa, dia akan makan paling banyak pun 4-5 hidangan tetapi jika hidangan maharaja maharani ni..lauknya saja melebihi sepuluh jenis..so...kami pun mmg terujalah. Sampai kat tempat situ yang lebih kurang 5 minit dari jeti ke pulau nami, rupanya dah penuh dengan ahli kumpulan lain. tapi jangan bimbang. tempat kami memang sudah tersedia  ya. memang penuh orang malaysia dalam tu. Siap bertegur sapa dan bertukar sambal tumis ikan bilis lagi...(makanan wajib incase tak selera dah dengan makanan mereka)..
Makan style tatami (duduk).tengoklah lauk yang berjenis..
itupun ada yang belum sampai lagi...

Jamilah aka Jennifer yang cun bersama anak tokey kedai..

The verdict..makanan kat sini memang sedap...nampak x betapa banyaknya piring2 lauk dia..hehehe

( gambar makanan masuk kemudian ya...dalam pc lain)

Lepas berrpppp..( alhamdulillah)..kami terus ke Gapyeong Wharf untuk menaiki feri.  ada dua cara untuk ke pulau itu ya. dengan feri dan zip zire. Zip wire ni ala2 korang repelling ( saya lupa apa nama dia) merentasi sungai Han untuk ke pulau Nami. Sesuai untuk anda yang berjiwa adventure dan mahu mencuba sesuatu yang lain. Kalau korang teringin naik zip wire ni boleh aje beritahu tourist guide korang dan dia boleh urusakan. Harga dalam lebih kurang 38K won. Kalau naik feri dalam 10k won aje kot..ntahlah tak sure sebab dalam pakej kan...Saya memang teringin nak naik zip wire tapi tak ada siapa nak temankan..huhhu..dan the price is way beyond my budget, so terpaksa let go..naik feri ajelah ya...sambil meleleh ayarq liurq tgk mereka yang guna benda alah tu...

Perjalanan dengan feri lebih kurang 5 minit sahaja. kat sini saya dengan Sarah dah bertukar ke our gediks mode balik la..al maklumlah hajat hati nak ke sini tercapai juga...sebelum naik feri itu, Jamilah ada beri kami brosur yang akan pin point every tempat shooting drama WS tu ya..siap buat simbol love lagi kau...
Kami diberi masa lebih kurang 2.5 jam untuk merayau and buat apa yang patut. Tapi sebelum tu, si jamilah tunjukkan tempat solat untuk kami sementelah Zohor hampir sahaja berakhir. Jangan risau umat2 islam ya...kat sini memang disediakan tempat untuk bersolat. tapi malangnya, campur lelaki dan perempuan. Its ok..lebih baik ada dari tak ada kan...so...sebelum kegedikskan menjadi-jadi solat dulu ya. 
Nampak tak ayat MUSSOLA akat pintu kaca..so kat sini tempat solat tingkat 1

Di tempat solat, disediakan tempat amik air sembahyang sekali namun memikirkan ada lelaki, kami yang perempuan2 ni berniat nak amik di tandas ajelah. namun Ada sorang Ahjumma ni bila nampak kami terus cakap jangan amik air sembahyang kat sini..pergi atas...( ok..dia cakap korean...ini hanya terjemahan berdasarkan gerak isyarat dan bahasa badan dia)...agaknya dia tak nak tandas basah kot..iyalah kan memang akak basah le esp bila kaki naik ke sinki..hahahaha...

So..malas nak bertekak dengan dia..kami naik ke atas. mujurlah yang lelaki dah solat, jadi kami terus tanpa buang masa melakukan apa yang patut...lepas solat..jeng jeng jeng..tibalah masa menjejak kisah u jin n jun sang. 

Seriously..kalau tidak kerana drama itu, Pulau Nami itu tidaklah ada apa-apa. biasa-biasa sahaja. dan sesetengah orang juga mengatakan tempat itu overrated pula. Dan itu jugalah tanggapan enche suami yang tidak menonton WS dan tak faham kenapa bini dan adik ipar dia terloncat-loncat macam budak terencat akal. 
Katalah apa sahaja...tapi bagi saya sampai ke sini...wahhhh..susah nak cakap mcam mana..
Bila sampai sini metasequoia lane ni..pokok2 botak aje..kalau datang masa mid autumn mesti cantik giler dengan daun-daun yang pelbagai warna. winter pun baru menjenguk muka..salji pun still tak ada..pasrah ajelah ya...tapi seronok berjalan sebab sejuk...nyaman aje..taklah rasa berpeluh sakan terkinja2 macam tu...



Kat sni ada dua lane..satu lantai tanah dia kosong...n satu lagi penuh dengan daun luruh ni...kat sini...ada bau sikit..bau taik anjing kot..ahahaha....tapi belasah ajelah...asal tak sentuh..n tak nampak pun kat mana..cuma baunya sahaja...
dan apalagi...buat2 belakonlah konon2 daun luruh ke atas kami...mengenang scene dalam WS..hahahaha...bukan kami aje nak ala2 berlakon nak dapat shot..banyak lagi...couple dan umat2 yang kreatif untuk bergambar....


Masa bergambar dengan arca bentuk love tu ..siap ada couple orang putih yang amik gambar kami ...hahahaha..saya pun tak tahu apa motif dia...belasah ajelah jang....selepas itu kami mencari point2 yang ditujukkan dalam brosur...semuanya kena pantas ya sebab masa tak banyak...bila di korea ni saya terfikir..alangkah baiknya kalau ada kamera dslr...gambar mesti cun...hahahah...tapi...tak kisahlah...memori yang tersimpan dalam hati ni lebih bermakna....(ayat pasrah tak dapat dslr)

jun sang n u jin made in Malaysia - tolong jangan muntah




First kiss anyone..hahahahaha


Pukul 5 kami bertolak balik ke Gapyeong semula...lepas sekejap menikmati jagung dan kentang bakar...pleasee...try kentang bakar dia okeh..sangat sangat sedap....bila sejuk dengan benda yang panas..fuyoooo....jagung dia so so saja...kena try kentang tu ok...lepas naik bas terus ke satu kedai untuk dinner...sekejap aje dah gelap...so malam ni kami makan BIBIMBAP atau nasi anjing ????( dalam citer full housele)
kacau..jangan tak kacau

Cara makan...nasi akan dicampurkan di dalam bekas besar yang penuh dengan sayur
sayuran dan telur. selepas itu gaul bersama sos dan kicap ( depend korang nak banyak mana)
dan makan...turut disediakan sup seaweed dan telur goreng, seaweed dan kimchi. the verdict...biasa2 aje
untuk saya yang kurang makan sayur...


Lepas makan, kami balik ke hotel. Bersambung ya...

Tuesday, March 12, 2013

Review RBB


Salam...
Lama rasanya tak baca review tentang novel yang satu ni. saya jumpa masa saya sedang menggoogle. Ulasan ini datangnya daripada bz the witch..boleh baca di sini ya...



novel rindu belum berhenti-dhiya zafira

novel rindu belum berhenti-dhiya zafira ni aku memang suka. setakat ni, ini satu2nya novel dhiya zafira yang aku baca. memang nak beli novel2nya lain tapi sampai sekarang belum 'terbeli' lagi lagi..hihi. novel rindu belum berhenti-dhiya zafira ni mengisahkan tentang adni yang bertunang dengan khairy. zack pula yang terlibat dengan gengster, keluar dari kumpulannya dan ingin kembali kepangkal jalan. zack kemudian dapat maklumat tentang arahan untuk black membunuh adni. dia pun selamatkan adni masa gadis tu nak diculik. 

adni ni sebenarnya jiran zack dulu. sejak umur 15 tahun lagi dia sudah tergila2kan zack yang sudah tahun akhir di U. macam2 cara zack buat agar adni tak suka dia. tapi gadis tu tetap degil. lepas tu, mereka terpisah 10 tahun lamanya. kemudian zack dikhabar dah meninggal dunia. adni sangat sedih dan bertunang dengan khairy, adik zack sendiri. 2 tahun zack hilang ingatan dan bila dia sedar dan pulang rumah, khairy sudah bertunang dengan adni. khairy juga bagi amaran agar zack tak muncul2 lagi. zack kecewa dan dari situlah dia terlibat dalam kumpulan black. 

black dan orang2nya pula dendam pada zack sebab menganggu kerja2 mereka. pada masa yang sama zack juga mencari dalang sebenar dan siapa yang mengupah black untuk membunuh adni. dalam masa pelarian zack dan adni, macam2 perkara yang mendebarkan terjadi. semuanya berkaitan dengan black yang memburu zack.

pada masa yang sama, zack juga dituduh menculik adni. malah wang tebusan pun sudah dibayar. kemudian khairy akhirnya diketahui terlibat dengan hal ini. dia memang mengupah orang culik adni untuk dapatkan wang tebusan. khairy ni banyak hutang sebab kaki judi sebab tu dia sanggup peras wang tebusan dari pihak adni. adni sangat kecewa bila tahu hal tu. dia tak sangka tunangnya itu sanggup buat begitu terhadapnya.

zack masih tercari2 siap yang mahu adni mati. zack kemudian berkerjasama dengan polis untuk perangkap dalang disebalik kejadian itu. rupanya itu perbuatan murni dan pot. mereka sebenarnya adik beradik. murni ni kawan baik adni. dia tahu adni ni banyak harta, jadi dia berniat mahu merampas dan bunuh adni. akhirnya murni ditangkap dan pot pula mati ditembak oleh zack. zack cerdera parah sebab pot pun tembak dia. sebenarnya pot nak tembak adni tapi zack selamatkan dia. so, zack la yang kena tembak.

zack kemudian dijatuhkan hukuman penjara beberapa tahun. memandangkan dia bantu polis, hukumannya diringankan. lepas 3 tahun zack bebas sebab berkelakuan baik. dia larikan diri tapi adni datang cari dia. macam2 dia buat supaya adni jauh darinya tp adni ni degil tetap mahukan zack. sampai satu tahap, adni putus-asa dan tinggalkan zack. lepas tu barulah zack sedar dan dia tak boleh hidup tanpa adni. akhirnya mereka kahwin juga.


komen tentang novel rindu belum berhenti-dhiya zafira, memang bestlah...aku rasa zack tu macho habis. suka sangat watak zack tu. kalau semua penculik macam zack tu, sure ramai perempuan nak minta kena culik..hihi. masa baca novel ni juga terfikir, mana saja dhiya zafira dapat idea buat cerita best macam ni. rasa macam real je...

I'LL BE BACK...


UNTIL THEN...LISTEN N ENJOY MY CURRENT FAV SONG...

video