Posts

Showing posts from December, 2012

Satu Catatan Perjalanan Korea ~ Day two Part I

Image
Salam..
Weekend lepas saya dan keluarga ke Melaka untuk annual Family holiday...aduyai..makin banyak n3 tertangguh ya...ini pun sudah 3 minggu balik korea, n3 hari ke 2 baru nak masuk...aigoo..aigooo..oklah kita sambung perjalanan Ke Jeju di hari ke dua.  Morning call pukul 5 ( waktu tempatan) , tapi saya dan suami bangun je pukul 6, terus mandi, solat dan turun untuk sarapan. Liza dah siap tunggu untuk assist makanan mana yang boleh dimakan dan mana yang perlu dielakkan...so..pagi kami makan dengan amannya sebab trip mula pukul 8 so memang banyak masa. Lepas makan kami bercamwhore dekat lobby dan luar hotel. Keluar lobby saya dah menggigil tapi berdegil tak nak pakai jaket sebab konon2 nak nampak baju lain sikit dlm gambar kan..Sarah terpaksa pasrah aje bila saya sanggup tahan sejuk kan... Perjalanan pertama, kami akan ke Jeju Folk Village..salah satu tempat pergambaran citer Jangguem. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam so seperti biasa si Jamilah akan cerita pasal sejarah yan…

Entri tertangguh - And the WINNERS are....

Image
Salam...
Masih ingatkah anda dengan peraduan ini? 



Saya menerima 15 penyertaan daripada pembaca. Dan 5 pemenang utamanya adalah seperti berikut ;
1. Noraini Abd Aziz 2. Ilhani Mazlan 3. Ilham Adda 4. Melawati Ali 5. SiKicap LadaHitam @ Rinn
Walaupun pada awalnya saya hanya menyediakan hadiah untuk lima pemenang sahaja, namun sampai di sana saya ubah fikiran. Apa salahnya beri pada kesemua yang mengambil bahagian kan? Yang penting pembaca saya akan berasa hepi dan dihargai...hehehe..harap2 lah ya mereka suka dengan cenderahati yang yang berikan...(^_^)...
Pemenang-pemenang saguhati itu adalah :
1. Analiza Hj Mat Jusoh 2. Nurfee Novels 3. Alyssa Ezzura 4. Fiqa Shah 5. Tutty Fruity M  6. Byt abrazak 7. Maz Omar 8. Izz Hazwani 9. Fatin Liyana 10. Saidatul
Tahniah kepada semua mereka. Hadiah akan dipos InsyaALLAH minggu ini juga...

Satu catatan perjalanan Korea ~ hari pertama III

Image
Masih lagi hari pertama...
Pukul 1.00 pm kami sudah berada di gimpo airport untuk ke Jeju island yang akan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Waktu ni hajat hati ingin mencari winter jacket juga sebab memang bawak satu ajekan...nanti tak adalah bergambar asik2 baju yang sama aje..hahahha..sebab kalau nak diikutkan waktu untuk shopping sudah masuk 3 hari terakhir. So..kalau membeli rasa macam ala2 rugi aje...sementara tunggu nak boarding..pergilah usha2 kedai kat airport tu..tapi baru masuk beberapa langkah terus keluar balik..hahahah..mahal nak mampus...terus pasrah aje..tak apalah kan...lain kali sahaja..hahaha... Waktu ni si Jamilah memang tak arrangekan tempat solat kami lagi..so..solat kena pandai2 cari tempat. Dia ada cakap di bahagian dalam ( lepas masuk boarding ) ada ruang nak sembahyang. So kami yang memang tengah tak ada benda nak buat terus masuklah nak solat.  Cari punya cari tak jumpa. Tanya salah seorang pegawai airport tu ada tak bilik utk solat..dia geleng..cakap tak f…

Satu catatan perjalanan Korea - Hari pertama II

Image
ok bersambung, masih di hari pertama. selepas habis melawat di gyeongbuk palace, kami naik bas dah menuju ke restaurant untuk lunch. singgah di Evergreen restoren yang dipunyai oleh seorang wanita korea dengan suaminya dr pakistan. Onni tu dah convert ke islam......Alhamdulillah... Untuk pengetahuan, warga asing tidak boleh berniaga atau mempunyai premis.  sebab tu bila dah kahwin dengan warga korea, enche paki ni baru boleh bukak kedai. Ini bukan saya kata ya..tapi si Jamilah yang cakap. Kalau Jamilah tipu..maknanya saya pun tertipu jugak..hahahha... Restoren ni di tingkat 1. Tak adalah besar sangat..kira-kira cukup dalam 25 orang aje satu2 masa.  Masa kami sampai hidangan bulgogi dah ada atas meja cuma belum dimasak sebab tunggu kami datang dulu. Seperti biasa makanan tambahan seperti kimchi, tauhu, cili potong dan telur yang dipotong halus2 ni dan juga telur yang berbentuk pancake memang sentiasa di atas meja.  KImchi original from korea apa ya rasanya? hahahahha....bolehlah. Saya tak…

Satu Catatan Perjalanan Korea ~ Hari Pertama

Image
Salam...
Ok,.kita bersambung dengan catatan yang seterusnya. Dalam ke eksaited an saya ke korea, saya sebenarnya ngeri bila memikirkan hal hal tandas ni. Sudah terbiasa dengan penggunaan air yang banyak, bagaimana saya hendak menyesuaikan diri dengan tandas yang tak ada air langsung? Mak ai...memang mimpi ngeri bila nak difikirkan. Selalunya lepas solat mesti saya berdoa agar dimudahkan kat sana nanti..biar rasa nak terkucil kecil dan besar tu ada masa saya dalam bilik kat hotel sahaja. Macam ke Spain dulu memang saya kental betul. Even dalam kapal terbang, tak pernah guna toilet. walaupun dah naik berbelas2 kali tapi tak pernah sekali pun saya jengah tandas dia mcm mana ghupenya..hahahhaa....punyalah tahan tak nak ke tandas. Sanggupkan...jangan salah sangka ya..saya tak adalah menahan rasa tapi sememangnya tiap kali saya travel..secara automatik rasa nak ke tandas tu hilang .Tapi mengenangkan korea sedang dalam peralihan musim luruh ke sejuk, jadi saya prepare juga...takut bila sejuk2…

Satu Catatan perjalanan ~ KOREA ( Arrival)

Image
Salam....
Hmmmm...macam mana nak mulakan catatan perjalanan ini ya...? Kalau bermula dari awal huwaaaa...memang panjang sangat kot..hahahha...tapi kalau terus jump  cut..rasa tak best pulak kan...jadi...saya menulis ikut jari..kalau jari rajin..panjanglah...kalau jari malas..maka..lihat gambarnya sahaja ya...sila bersabar dengan karenah jari saya ya... Okeh..perjalanan saya ke Korea adalah selama 8 hari 6 malam bersama Apple Holidays Muslim. Kali ke dua saya guna travel agensi selepas menunaikan umrah tahun 2010 lalu. Sebelum pergi, saya memang buat sedikit research sama ada mahu pergi sendiri atau ikut pakej...tapi mengenangkan tujuan saya mahu berehat-rehat mencari ilham..jadi saya buat keputusan ikut pakej..lebih senang sebab semuanya disediakan...konon bercuti mahu menghilangkan stress, nanti bertambah stress kalau trip ala2 backpackers kan.....



Trip kali ini disertai seramai 15 orang dewasa dan 2 kanak-kanak yang merangkumi 4 buah keluarga sahaja. Pada awalnya masa check in kami…

Selamat Hari Lahir, Mak

Image
Hari ini hari lahir mak yang ke 62 tahun. Hari mak menjengah ke dunia ini.
“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.YA ALLAH YA TUHANKU, berkatilah ibuku, sihatkanlah dia, murahkanlah rezekinya, panjangkanlah usianya, jauhilah ibuku dari sebarang bahaya, Dan lindungilah dia, Aminn...Yarabillialamin. ...

I'm home

Image
Salam...
Saya sudah pulang kembali menjejaki tanah Melayu tercinta...rasanya ramai yang tahu saya ke sini kan? Tempat idaman hati saya semenjak bertahun tahun dulu. Alhamdulillah..ALLAH murahkan rezeki saya,suami dan adik untuk ke sini....Nanti bila saya rajin....saya akan cerita from day 1 hingga saat kami meninggalkan kota yang penuh bling bling ni..okeh...