Wednesday, October 24, 2012

6 novel 6 Romantik Aksi


Saya suka poster ni.Terima kasih kepada team ALAF 21 yang membuat poster ini untuk saya...

Tuesday, October 23, 2012

review TBK di GOODREADS

Salam

Saya jumpa review ini semasa sedang menggoogle TBK...di Ulas oleh Intan M yang berasal dari Singapore. Yang paling buat saya terkedu dan ketawa bila membaca komennya diperenggan akhir.hehhehehe...


Ulasan

Intro yang sangat berkesan. Penyampaian yang teratur dan teliti. Cerita yang menarik kerana pertama kali dapat insight mengenai hidup seorang komando.



Najmi Hariri (Jimmy) adalah seorang komando yang sangat dihormati oleh orang bawahannya tapi digeruni oleh musuhnya. Semasa dia ditugaskan di Langkawi, atas alasan sedang bercuti rehat, dia berjumpa dengan Auni Sofina. Disitu kasihnya bertaut lalu mereka mendirikan rumahtangga. Dalam masa yang sama, Jimmy sedang dalam operasi mengumpul maklumat tentang kegiatan haram disana yang diketuai oleh Robert dan konco-konconya. Auni juga ada dihubung-kait dengan mereka kerana pembabitan abangnya, Jeffri suatu ketika dulu. Tapi sejak Jeffri menghilang, dia tidak lagi berkerja dengan mereka. Dalam meniti bahagia, Auni dapat tahu bahawa Jeffri telah meninggal dunia dan yang menguji hatinya ialah, Jimmy yang telah membunuh abangnya. Auni keliru dan bertindak untuk membalas dendam atas kematian abangnya. Jimmy ditembak dalam jarak dekat. Tapi Jimmy terselamat. Mereka berdua sangat menderita dan lebih menyakitkan adalah bila Auni keguguran. Masing-masing membawa haluan masing-masing kerana prasangka dan kecewa. Akhirnya, Jimmy bangkit dari kemelut deritanya dan pergi kepada Auni bila dapat tahu Auni telah kembali. Dia bawa Auni ke kuburan Jeffri dan mereka berjanji untuk hidup bersama kembali.



Cerita yang berat dengan rasa bersalah dan dendam tapi diselang-selikan dengan rasa kasih-sayang antara keluarga.



Harap penulis dapat bangkit dari masa hitamnya dan teruskan perjuangannya dalam dunia penulisan. Amin! ( er..er..er...er.)

Saturday, October 20, 2012

Mimpi jadi kenyataan

Salam...

Masih ingat tentang impian saya yang selalu tertangguh dari tahun 2010 tentang ini dan ini? Alhamdulillah..Jika diizinkan ALLAH..impian itu bakal menjadi kenyataan..November..saya menanti penuh debar dan sabar...tiga perkara berlaku serentak tahun ini. Hari kelahiran saya...ulangtahun perkahwinan saya yang pertama dan saya, suami dan adik akan ke negara impian saya...Ya ALLAH..Kau permudahkanlah segala-galanya...Aaminn.

Wednesday, October 17, 2012

AKU MAAFKAN KAMU


Salam...

Saya suka lagu ini. Dulu Ist time dengar rasa macam annoying aje tapi bila meneliti bait2 lirik yang mendalam dan indah ini..saya terus jatuh suka...



Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak




Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi



Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

 
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku




Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu



Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati




Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya



Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku



Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta




 
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak





Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak





Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

 
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan









Monday, October 08, 2012

BUKU DAN SAYA MASUK PAPER

Salam...

HATI BERGETAR RINDU pula mendapat giliran untuk diulas dalam Bahagian SASTERA akhbar BERITA HARIAN. Jika 2 tahun lepas RINDU UNTUK DIA membuat kemunculan kali pertama, saya sudah senyum sampai ke telinga..kini saya senyum sampai ke awan... Kalau kakak saya pernah keluar paper sebab dapat pingat emas pelajar terbaik Keseluruhan UM dulu..saya pun keluar juga..hehehe..walaupun saya tak cemerlang dalam bidang pelajaran ( huhuuuhu) tapi cemerlang dalam penulisan ok jugak kan...(motif masuk bakul angkat sendiri)..hahahahhahaah


14 SEPTEMBER 2012



12 FEBRUARI 2010







Saturday, October 06, 2012

Bila penulis jadi penjual buku

Salah satu punca kesibukan saya sehingga tidak mampu update blog adalah ini...Saya menjual buku saya sendiri. Dalam masa tidak sampai sebulan saya sudah menjual lebih 100 naskah TBK dan 50 naskah buku2 saya yang lain.Alhamdulillah untuk rezeki ini ALLAH...Sehingga kini saya masih perlu mengepos beberapa buah buku lagi..selepas ini saya mahu berehat sebentar untuk menumpukan perhatian kepada manuskrip baharu pula..Tbk di tangan saya pun sudah habis stok...Jadi anda boleh dapatkan dikedai2 berhampiran....







Review TBK 3

 Ulasan dari pembaca lelaki yang saya terima dari emel..terima kasih Ariefikbal..atas ulasan anda..
Saya sudahpun mendapatkan novel terbaru puan. menarik  tetapi saya
lebih terkesan dengan JKP dan HBR. Mungkin bila membaca tentang Najmi
Hariri yang jiwang karat tak sudah saya jadi ngilu pulak. Apatah lagi
dengan tergamaknya seorang isteri membunuh suaminya sendiri, saya jadi
semakin ngeri. Tapi tak apa, tetap menarik untuk dibaca sementelah
pulak saya gemar membaca action yang tidak terlalu memberatkan kepala.
Maklumlah dah tua-tua ni. dengan bebanan kerja yang tak sudah2,
membaca novel sekali sekala memang dapat membantu mengurangkan stress.
saya ingin cadangkan puan menulis juga tentang cerita-cerita berkaitan
gangguan sihir yang banyak di kalangan masyarakat kita.  ada kalanya
gangguan sihir boleh menyebabkan kematian, memusnahkan rumahtangga dan
memutuskan ikatan persahabatan. Harap puan dapat menulis untuk tatapan
peminat2 penulisan puan.

Akhir sekali,
TAHNIAH atas terbitnya novel terbaru puan. semoga puan terus berkarya
dan berkarya tanpa jemu. Moga puan tidak lupa menyelitkan  sedikit
unsur-unsur nasihat, keimanan dan ketakwaan kepada  ALLAH agar pembaca
tidak terus -terusan lalai. Memang benar sekarang pembaca suka
karya-karya tentang kahwin paksa, tiba-tiba terkawin, benci jadi suka
bila dah kahwin--- tapi tidak semua suka karya begitu. remaja tak
cukup umur, mungkin la suka. itu hak mereka biarlah......selera dan
pendapat sudah tentu tidak sama. Untuk remaja dah nak purba macam saya
ni, novel seperti novel puan adalah pilihan utama. Harap puan terus
sukses.    Asalammualaikum..................bye


Review 2 -TBK

Ini pula review dari kak Rohaya blogger Jendela Hidup.  
Terima kasih banyak2 kak...


Akhirnya  selesai juga saya membaca novel terbaru Dhiya Zafira, Tertulis Buat Kita yang mana novel ni merupakan sekuel kepada novel Jauh Kau Pergi.

Novel Jauh Kau Pergi pernah menghantui perasaan saya kejap dulu...kali pertama saya baca novel thriller romantik sebegitu...sangat mencemaskan bila babak Afi kena culik di hujung-hujung cerita, terasa kebas satu badan kerana terlalu menahan 1001 perasaan....pendek kata macam saya la yang kena culik tu...dah le watak Afi dan Rif tu sangat-sangat la kena antara satu sama lain..mereka yang dah baca novel ni pasti tau, apa maksud saya mereka ni 'pasangan yang sangat kena'.

Novel Tertulis Buat Kita adalah berkisar tentang kisah hidup Jimmy a.k.a Mejar Najmi Hariri, kawan baik Rif dan abang kepada Afi. Sebelum ni, kisah Jimmy tak sebanyak kisah Rif dan Afi, kali ni memang penumpuan watak banyak diberikan kepada Jimmy. Selain itu, ada sambungan kepada kisah selepas tragedi penculikan Afi dulu . Masih ada saki baki penjenayah yang masih hidup dan pastinya masih mendendami Jimmy dan geng.

Mungkin saya dah terlalu memberi sepenuh tumpuan dan penghayatan serta debaran yang menggila untuk novel Jauh Kau Pergi, saya seperti bersalah pulak kerana tidak begitu 'terasa' dengan novel Tertulis Buat Kita, namun novel ini tetap saya suka kerana ianya bukan seperti kebanyakan novel lain di pasaran sekarang yang masih lagi hangat dengan kisah -kisah kahwin paksa. Novel ini tetap ada keistimewaan tersendiri.

Dhiya, Kak Aya suka sangat dengan cover ni...tang but komando ni haa..rasa semacam je...semangat juang muncul dalam diri!

Saya ucapkan tahniah pada Dhiya kerana berani untuk mencuba sesuatu yang berlainan..tak banyak novel-novel thriller sebegini....idea Dhiya juga memberi satu satu pengalaman dan pengetahuan yang baru terutama tentang kehidupan tentera bergelar komando.

Kisah Jimmy dan Auni ni agak berat, banyak melibatkan konflik dalaman....mereka ni ada sisi romantik tetapi mungkin tidak ditonjolkan sebagaimana romantiknya pasangan Afi dan Rif...

Tahniah Dhiya!Bukan senang nak buat cerita sekuel begini dan perlu mengekalkan momentum yang sama seperti novel pertama, mesti jangkaan pembaca lebih tinggi dan pengharapan pembaca pun tak kurang tinggi jugak, mesti Dhiya sebagai penulis agak tertekan.

Hasilkan lagi banyak novel macam ni ye!..dan boleh sambung lagi tak kisah geng komando ni? Nilai persahabatan mereka sangat tinggi nilainya, tiada tolok banding, sangat memahami antara satu sama lain.

Kalau mereka yang ingin membaca kisah menarik kehidupan penuh cabaran sekawan komando ini , beli lah novel Jauh Kau Pergi dan Tertulis Buat Kita...tak rugi beb!


Banyak yang saya nak tulis tentang kedua-dua novel ni tetapi tak pandai nak jadikan ianya satu susunan ayat yang mudah dan sesuai...jadi berhenti kat sini je la kot he he...

REVIEW TBK

 Salam...

Blog yang bersawang lagi...nantilah bila saya rajin2 sikit nanti..saya update ya..sementara itu saya akan pos segala komen dan review yang saya dapat mengenai tertulis buat kita ini...


 Dari Lin Adnil 


salam kak dhiya...

dah lama saya abis baca tbk..tapi tak sempat2 nak komen..huhuhu oleh kerana saya takleh tido skarang..maka saya mengambil keputusan untuk mengomen..heheh
akakkkkk sangat bestt..saya suka sangat semua part...mengenal jimmy dari sisi lain..jimmy yg nakal..selamba..hahaha seronok di awal perkenalan jimmy dengan auni..gaduh..tak suka tapi bila timbul itu rasa..sangat sweettt..bila jimmy ngan auni sama2 berlawan ngan org jahat..saya dapat rasakan hero and heroin dalam action movie..btul la kan kak..bila kita tau yang he/she is the one..kita tahu itulah masanya jodoh dah sampai..tempoh perkenalan bukannya ukuran..

tbk sangat complete dalam menguasai semua perasaan..sedih..marah kelakar..malu..aishh semua adalah..kalau kak dhiya nak tau..saya baca asyik terhenti2 sebab sangat berdebar nak tau apa perasaan saya lepas setiap babak..

dalam tbk juga saya dapat tau perkembangan afi ngan rif..walaupun tak banyak tapi cukuplah sekadar melepas rindu.. dannn part yg paling saya suka ialah apabila kak dhiya sangat bijak masukkan sedikit pengenalan kief dalam tbk..walaupun ibarat sebesar hama tapi effectnya orang akan semakin teruja menunggu kief beraksi..satu perkara lagi saya fikir begini..kief adalah abang eddy..eddy adalah salah satu daripada kembar enam..secara tak lansung dalam kief's story nanti mungkin saya akan tahu perkembangan kembar enam tu nanti..kalau tak banyak mungkin sedikit sekadar melepas rindu..heheheh bagaimana aturannya tentu kak dhiya yg lebih pakar..

hurmmm kalau kak dhiya nak suruh vote terus terang saya kata saya takleh nak vote..setiap novel akak ada kelas tersendiri..semuanya five star..semua memikat hati saya dan belum ada yang mengecewakan..yang penting action story kak dhiya saya tak rasa macam baca kartun..so real..kalau kak dhiya ingat saya pernah bagi tau kak dhiya saya ada baca action novel pastu saya rasa macam baca kartun sbb macam tak logik je kan..tapi bukan pada novel kak dhiya..story2 akak sangat real dan sangat tinggi dari tahap kartun..

kalau akak atau adak pihak yang berhajat nak layar perakkan novel akak ni..saya pasti ia akan jadi action movie yang meletup if dapat dihasilkan sehebat orang putih punye action movie..

ok lah kak..rasanya dah banyak saya tulis tu..rasanya saya pun takyah highlight mana2 part yg saya suka..sbb semua part saya suka..kalau nak ceritakan...sampai malam esok pun blm tentu habis..apa yang penting..tbk mmg terbaik..penantian yang sangat berbaloi...and akak please teruskan menulis..hasilkan lagi action novel yang hebat2 lepas ni..dan saya akan jadi big fan kak dhiya yang paling setia..huhuhuhu..serius ni tauu

setakat ini dulu..semoga apa yang saya dok bebel kat atas tu akan jadi pembakar semangat akak untuk selesaikan kief's story..can't wait...jumpa lagi kak dhiya..wassalam....