Posts

Showing posts from August, 2012

~TERTULIS BUAT KITA~

Image
Harga SM : RM22.00
SS : RM25
Di Langkawi mereka bertemu. Istilah cinta pandang pertama ternyata bukan untuk dia. Bagi Auni Sofina, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Jimmy dalam diam mengatur strategi. Jiwa keras Auni wajib ditakluki.
Dia ada misi menjalankan operasi bahaya. Namun tidak disangka dia terlibat dalam operasi Cinta. Lalu bagaimana seharusnya berlaku? Mereka tidak dibenarkan jatuh cinta. Tetapi ternyata ci nta melebihi segala-galanya. Inilah jadinya bila emosi merajai akal, bila rasa percaya hilang dalam kekaburan. Antara Auni dan Jimmy, laluan berombak penuh dusta dan airmata pun bermula.
Jimmy ~ Panjangkanlah jodoh antara aku dengan dia, Ya ALLAH. Maafkan aku kerana tidak tahu. Jangan aku dihukum kerana melakukan perkara yang benar. Jangan pisahkah aku dengan dia. Ambillah apa sahaja, asalkan bukan dia.
Auni ~ Syurga Auni terletak di kaki abang. Tapi Auni menempah tiket ke neraka dengan apa yang telah Auni lakukan. Andai ada secebis kasih, maafkanlah isteri ab…

SALAM LEBARAN

Image

JIWA KACAU - ULASAN

Image
Salam Komen seorang pembaca mengenai ANTALOGI JIWA KACAU. Terima kasih kepada LELAKI INI yang sudi membaca dan memberi ulasan. Saya hanya paparkan komen mengenai cerita saya sahaja. Untuk komen yang lain, boleh ke blog beliau. Hanya klik nama beliau di atas. Untuk LELAKI INI, terima kasih banyak-banyak di atas ulasan anda. Sudi-sudikan baca buku-buku saya yang lain juga ya... (^_^) 4) Buru Bayangan Luka Cerita paling best.. Dalam antologi ini.. Lagi best kalau.. Dia menjadi satu novel.. Bukan dibukukan secara antologi.. Pembunuh dalam cerita ini juga. Disembunyikan dengan agak baik... Walaupun sebenarnya boleh je teka.. Penilaian: 4.2/5

TERTULIS BUAT KITA

Image
Salam

Ini bukan cover sebenar TBK ya...saja saya suka memandangkan cover sebenar masih belum siap lagi..

ALHAMDULILLAH....segala debaran dan kebimbangan saya beberapa hari ini berakhir pagi tadi apabila editor memberitahu tajuk pilihan saya dikekalkan sebulat suara semasa meeting editor semalam. Selepas ini Jimmy's story akan dipanggil TERTULIS BUAT KITA @ TBK...lega..itupun editor bermain tarik tali dengan niat mahu mengusik saya. makinlah  saya bertambah gabra...adui..tak baik okeh kak..dera saya pagi2 ni..huwaaaa.....Bahagia saya menjadi-jadi apabila editor cakap mss saya ni memang 'BEST'...wah...kembang..ALHAMDULILLAH..mudah-mudahan pembaca juga nanti berasakan pendapatkan yang sama..Amiinn...