Monday, January 30, 2012

Berkelah di Pantai Besar




Masa baru sampai...yang lelaki pasang khemah...mak dan mak teh p pelekat api


Macam mana pasang tak tau asalkan siap tau..hehehe


khemah check, api..check..apa lagi ya....

Mentua dan menantu yang bertungkus lumus menyediakan makanan
Rajin sungguh En. K ni...budak2 dah menggigil sejuk makanan tak siap2 lagi..hehehe
Antara makanan..Siakap, cencaru dan keli bakar..Durian pula rezeki pemberian orang yg bermurah hati
semasa dalam perjalanan ke sini
sosej dan ayam...huhuhuh sedappppp
tukang masak dan tukang pasang khemah bersama tukang makan..huhuhu
Mak Teh, adik, sarah, emak dan MIL


Bebudak yang tak menyempat2 nak mandi..termasuk yours truly..hhehehe

Kan dah cakap...orang lain sibuk pasang khemah n masak..saya terjun dulu dalam air..hehehhe

Salam...
Layan gambar dulu ya..ceritanya kemudian..

Wednesday, January 11, 2012

3 Disember 2011


Antara rakan penulis yang hadir, Kak Norzailina Nordin, Rinn ( review novel),
Lynn Dayana. lain2 penulis, Shanika latisya, Laila Kamilia, Eka Fahara, Nazihatul Hanan

Kak Intan Zuhaidah dan Family yang sanggup datang dari Terengganu



Bersama kak Zainy Harun dan Family darI Kuala Perlis






Majlis kenduri di rumah pengantin perempuan; sayalah tu. Jumaat petang itu saya masih lagi keluar bersama Sarah dan Hubby dengan sepupunya ke butik untuk mengambil baju. Kami rancang untuk terus berjumpa di sana sahaja. Hendak jadi hal, Butik tu tengah takde elektrik so final fitting tak boleh nak buat sebab memerlukan eletrik nak jahit baju tu. Saya dah sedikit panik. esoknya waktu kendurinya sedangkan baju masih ada yang perlu dibetulkan. Memikirkan elektrik akan ada lewat kemudian, saya mengambil keputusan untuk ke Salon terlebih dahulu untuk buat facial. Buat pertama kalinya En. K pun kena facial sekali. Sebelum ni jenuh juga nak yakinkan dia untuk pergi facial ni. Kalau ikutkan dia..bedak pun dia tak nak pakai. Jadi, bila saya pujuk cakap facial ni sudah termasuk dalam pakej, nak tak nak dia ikutkan jugalah..heheheh....
Sementara itu dekar rumah, lepas solat Jumaat, kaum lelaki datang memasang khemah. Di sini, dibahagikan dengan dua kumpulan. Satu kumpulan memasang khemah, satu lagi membuat persedian masak di surau. Sementara kaum-kaum hawa tugasnya hanya memotong bawang, kentang, halia dan etc. Di kawasan perumahan saya ini, urusan masak memasak semuanya diserahkan kepada Hj Mat kalau masih mahu bergotong royong. Kalau hendak ambil catering, silakan sahaja. tidak mengapa. Untuk majlis saya, pada mulanya emak mahu gunakan katering sahaja memikirkan kesian masih mahu mengharapkan orang-orang surau yang kebanyakkan sudah berusia. Bayangkan yang menguruskan gotong royong perkahwinan kakak sulung saya pada tahun 1999 pun masih lagi orang yang sama. Dan kenduri saya yang 12 tahun selepas itupun masih mengharapkan mereka.
Namun, semasa emak ke surau mahu meletakkan tarikh kenduri saya, semuanya yang ada di situ pakat mahu bergotong-royong. Emak pun terima sajalah. Dan saya pun ok saja sebab saya lebih suka kenduri kalau ada yang bergotong royong ini. Nampak lebih meriah.
Sementara makcik2 merewang kat rumah sebelah, saya dan adik-beradik yang lain memproses bunga telur sajalah. Itu memang kerja rutin kami setiap kali ada kenduri. Oleh kerana saya yang jadi pengantin, saya boleh mengelat. hehehheeh....Berbulu aje adik beradik dengan saya yang suka mengambil kesempatan mengelat buat kerja. Tapi dalam mengelat pun, tugas membersih rumah banyak saya yang buat.
Hari majlis, pagi-pagi lagi saya dan Sarah ke salon untuk mekap. Pukul 10.30 pagi akan ada marhaban di rumah. Oleh kerana saya bernikah di hari yang lain, maka semasa kenduri tidaklah kelam kabut mahu berkejar ke sana ke mari. Mekap pun berlangsung dengan tenangnya...pukul 11.30 dah sampai ke rumah. Lynn Dayana, Sue dan Rinn antara teman terawal yang hadir., Itupun tersesat sampai ke baru kurau. Mana tidaknya, time kenduri itulah ada JKr buat kerja di depan simpang rumah. Jadi ramai tetamu yang miss simpang rumah saya. 
Elok sahaja mereka sampai, rombongan pengantin lelaki pun tiba. Alhamdulillah majlis berlansung dengan tenang. Cuaca elok. makanan pun cukup. namun sedikit ralat kerana tidak dapat melayan teman yang hadir dengan lebih sempurna. Saya cukup terharu apabila ada pembaca / peminat ( cewah) yang saya jemput menghadirkan diri walaupun jauh tinggalnya. Ada yang datang dari Terengganu, Perlis, Pahang dan KL. Saya sebenarnya tak menjangka mereka akan hadir tapi, bila terpandang wajah yang familiar di fb, saya benar-benar tersentuh. Terima kasih buat kak Intan & Keluarga, Kak Zainy & Keluarga, Noraini sekeluarga, kak Jas & Keluarga, Noory & keluarga (yang datang sehari lebih awal), Marhani dan keluarga, staf2 library, kak Norzailina Nordin, Laila Kamilia sekeluarga, Shanika Latisya, Lynn Dayana, Sue, Rinn, Hani Fazuha ( yg tidak dapat hadir tapi mengirim hadiah), Nazihatul hanan dan suami, nama-nama yang tidak disebut di dalam ini. terima kasih saya Ucapkan.

Thursday, January 05, 2012

13 November 2011



                            
                                       Hanya sekali lafaz walaupun menurut kata En K dia ke toilet
                                lebih 5 kali kerana gementar..hehehhehehe

Hari Pernikahan saya. Hari saya bergelar isteri. Diam tak diam sudah hampir 2 bulan saya melepaskan status bujang saya untuk menjadi isteri Mr K. Macam-macam yang saya rasakan menjelang tarikh bersejarah dalam hidup saya ini..dan banyak yang hendak saya ceritakan namun pada saat saya menulis entri ini, entah mengapa saya sedikit keberatan mahu menulisnya. Momen-momen indah itu biarlah kekal menjadi milik saya seorang. Just enjoy the gambar yang nak dekat basi dah ni....biar gambar yang menceritakan segala-galanya..cewahhhhh


 

Solat pertama setelah SAH bergelar suami isteri






Penyerahan Mahar



Aduhai..saya cukup tak suka pada siapa yang tak mengeja
 nama saya dengan betul...tapu oleh kerana suka pic ni layan ajelah..hehehe

Saya tidak menjemput ramai teman untuk majlis pernikahan ini. Hanya saudara mara dan teman rapat sahaja yang saya undang. Terima kasih kepada Hezzy Azra yang sudi hadir memeriahkan majlis ini. Lepas ini saya sambung dengan kenduri pula ya....

Tuesday, January 03, 2012

Jalan-jalan Cameron

Salam..

Rasanya masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan selamat tahun baharu kepada anda semua. Kepada pengunjung yang masih setia melawat ke blog yang sesungguhnya bersawang ini, saya ucapkan terima kasih dan mohon berbanyak maaf kerana sudah lama blog ini dibiarkan sepi tanpa berita. cewaahhh...sesungguhnya beberapa bulan ini saya sedikit sibuk dengan urusan peribadi lalu blog yang satu ini telah diabaikan dengan tanpa perikemanusiaan. Jadi sempena tahun baharu ini, saya berharap agar blog ini tidak mengalami nasib seperti tahun lepas ya. mudah-mudahan selepas ini saya semakin rajin menulis...Aminnnn....
Banyak yang hendak saya ceritakan..bermula dengan majlis perkahwinan saya...percutian aka honeymoon saya dan baru-baru ini percutian saya dan keluarga ke Cameron Highland. Oleh kerana percutian ke CH ini lebih baharu, jadi lebih baik saya bercerita tentang itu dahulu. Kalau ada masa, saya akan bercerita pula tentang majlis saya itu.
Belum apa-apa dah posing dulu

posing gaya bebas..hehehhe

pandang manalah sarah tu
Sabtu lepas, 31 Dis saya dan seramai 21 orang anggota keluarga bertolak ke Cameron Highland. Kalau tahun lepas kami hanya seramai 16 orang ke langkawi, tahun ini keluarga kami bertambah apabila keluarga mentua saya ikut sekali.
Bila dah ramai-ramai begini, kami sepakat mahu membawa bekal. disamping dapat menjimatkan perbelanjaan, masakan yang dibawa sudah pasti menepati selera masing-masing. Emak menyediakan nasi ayam. Metty dan suami pula membawa nasi putih, bersama ayam masak kicap, sayur campur, sotong masak kunyit. Adik saya dan isterinya membakar kek coklat. Saya pula simple sahaja. Buat roti sardine untuk sarapan kami semua.
Pada malam sebelum bertolak, saya dan suami tidur di rumah makcik. Makcik meminta kami tidur ( menjaga) rumahnya untuk semalam kerana makcik dan keluarga bercuti di Melaka. Saya tidak kisah, jadi malam itu, saya dengan membawa bekalan roti, tin sardin dan bahan-bahan masakan yang lain berkampung di rumah makcik. kelakar pula kerana hanya kami berdua di rumah itu dan sama-sama memasak sardin. Siap lawan siapa lebih pandai potong bawang lagi.
Terus-terang, saya memang tidak pandai memasak. Tetapi untuk memasak sardin ini, saya masih ok lagi. Cuma agak sedikit nerveous apabila terpaksa memasak depan encik suami.( al maklumlah saya pernah kantoi depan dia apabila saya memasak sambil telefon adik bertanyakan resipi dirumah mentua)- malunya tak usah dicakap lagi. Tapi pasrah sahajalah sebab suami memang tahu saya tak pandai masak pun. huwaaaaaa.......

ehem-ehem...

emak dengan ijat dan husna
Hasil kerjasama kami, sardin berjaya dimasak dengan jayanya.sedap pulak tu.( bukan nak puji tapi mmg sedap) hehehehe. pukul 6 pagi kami bangun panaskan semula sardin dan packkan didalam plastik supaya senang diagihkan kepada semua family nanti.
nurin dengan qisya yang dah macam muka budak korea dah

emak dengan menantu dan cucu

Pukul 8, kami bertolak dengan 4 buah kereta. Metty dan keluarga dari tg.Malim. Jadi kami sepakat berjumpa di tol Simpang Pulai sahaja. Sampai di SP, jem teruk. Ingatkan apalah..rupanya polis buat sekatan jalan. Aduhai...ada rasa kurang cerdik sikit pak polisi berbuat demikian di kawasan tol dan trafik light. bayangkan kesesakan yang berlaku. Perjalanan kami berjalan lancar hingga sampai di kawasan Desa Authurium. Mujur bertolak awal kerana kami dapat mengelak kesesakan yang sememangnya sering berlaku di CH setiap kali waktu weekend dan public holiday ni. Check in apartment sepatutnya pukul 2 petang tapi kami sampai pukul 11. lebih. Mujur tuan rumah bagi masuk awal. kami sewa 2 apartment dan mujur dapat tingkat yang sama dan saling berhadapan. Lepas letak beg perkara pertama yang kami buat ialah makan dulu.

anjang dengan nurin dan qisya

Kali ini cuaca CH agak sejuk apatah lagi hujan lebat. Dah ditempat sejuk, apatah lagi mata pun masing2 layu je malas nak bergerak dah. Mujur pukul 4 hujan dah berhenti. Jadi kami keluar melawat kawasan sekitar. Sekali lagi menempuh jem Di Brinchang kerana pasar malam. Kami tidak pergi ke ladang teh sebab waktu agak lewat, jadi kami hanya berjalan2 di setiap kedai yang ada di sana. Cadangnya mahu ke ladang teh sebelah pagi ahad.
Waktu malam, kami hanya melepak di dalam apartment. cuaca memang sejuk giler masa ni. Jadi masing2 berkurung sahajalah. lepas solat subuh, metty call saya di bilik. suruh saya keluar cari sarapan. Aduhai....boleh pulak dalam sejuk2 hujan ni suruh saya keluar. sebelum ini sudah 2 kali saya ke CH, tapi cuaca tak sesejuk kali ini. Tapi saya ikutkan juga. Saya dengan suami pergilah ke pekan brinchang tu. lepas siap membuat order, saya berjalan dari kedai ke kedai untuk membeli gula. yang heran tu semua kedai kehabisan gula. Mujurlah dalam kami on the way nak balik ke apartment semula, ada sebuah kedai dibuka. Jadi sarapan pagi dan gula berjaya dibeli. yeay..misi tercapai.
Malam semalam kami semua berpakat mahu keluar awal untuk ke ladang teh, namun semua itu tidak menjadi keadaan kerana semuanya malas nak tarik selimut jadi kami hanya keluar apabila mahu check out sahaja. waktu dah tengahari. Jem teruk di di semua tempat. Singgah di Kea Farm nak membeli sayur dan buah-buahan. Rupanya parking dah di tempat baharu ya. Tidak boleh park sesuka hati di tepi jalan. pak polisi begitu rajin mahu menyaman. Sudahlah tempat parkingnya agak menyeramkan. menjunam ke bawah. Kami tak lama di sini...lemas dengan orang yang sangat ramai. Bergerak mahu ke ladang teh. tapi kami tersekat dalam jem yang sangat teruk, jadi kata sepakat diambil. Tak payah naik ke ladang teh yang memang sah2 akan lebih jem teruk lagi. Kami ptuskan untuk balik sahaja. bayangkan jem dari kea farm tu hingga ke kg Terla ke tringkap ke. mmg teruk. Menyesal pula datang masa public holiday ni tapi apa boleh buat. itu sahaja masa yang kami ada.
Sampai di Jelapang, jem teruk juga kerana kemalangan. Kami selamat tiba di rumah pada waktu maghrib. Alhamdulillah..semua selamat tiba. Metty sempat kata, inilah kali terakhir aku nak sampai CH. saya hanya gelak sahaja. itulah yang saya cakap bila pertama kali saya tiba di CH dahulu. dan kini dalam kata tiak mahu datang lagi, kini sudah 3 kali saya ke CH ini. hehehheheh