Tuesday, July 26, 2011

quick update

Salam....

Hanya nak khabarkan yang blog ini masih wujud. Tuannya masih ada cuma kebelakangan ini tuan punya blog super super busy dengan kerja yang entah apa-apa. Terima kasih kepada yang masih sudi singgah. InsyaALLAH akan cuba update atau sambung pasai trip ke Aceh yang dah basi itu...till then...adios....

Tuesday, July 05, 2011

review HBR

Salam

Ulasan yang diterima daripada Airina. Termasuk HBR ini, sudah 4 buah novel saya telah diulas oleh empunya diri. Terima kasih tidak terhingga kepada beliau. Menggenangkan ini, saya rasa bersyukur sangat kerana Airina terdetik mahu membeli JKP semasa menunggu hujan teduh sedangkan ketika itu, beliau tidak terlintas langsung mahu memilikinya. Bertitik tolak pada itulah, di saat JKP dikhatamkan, beliau terus sudi membaca hampir kesemua hasil karya saya...TQVM...


Mengapa gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia sendiri lahir daripada sebuah kemesraan [Blurb Novel]


Meneliti bait-bait blurb novel membuatkan aku tersengih sendiri. Dalam maksud tu kih5 :P

HBR bermula dengan plot yang mendebarkan. Membuatkan aku tertanya-tanya, apa yang sebenarnya berlaku? Siapa si pelaku itu? Hero atau musuh? Kemunculan watak Arisa Nur Adalia [Ari] mula meneutralkan perasaan itu. Tetapi tak kekal lama, plot seterusnya sudah berjaya membuatkan jantungku berlari ke sana ke mari. Mujur saja aku tak semput kih5 :P

ASP Ziyad Sidqi [Sid], sememangnya seorang anggota polis yang komited pada tugasnya. Dan kerana tugasnya, dia kini bersama Inspektor Fauzan berganding bahu dalam menyelesaikan pembunuhan kejam yang didalangi oleh Angel. Dalam menyelesaikan misinya dia bertemu Ari; satu-satunya mangsa Angel yang masih selamat. Namun apa yang lebih membimbangkan adalah Ari itu merupakan isterinya yang 'lari' itu. Tiada apa yang lebih menakutkan, melihat sang isteri hampir putus nyawa di hadapannya.

Ari memang bernasib baik. Umurnya masih panjang. Mungkin kerana ada lagi perkara yang tak beres antara dia dan suaminya, maka tiap perselisihan faham itu perlu dijernihkan. Kepayahan Ziyad dalam meyakinkan Ari untuk memaafkannya membuatkan aku melihat Ziyad itu sebagai suami yang benar-benar sabar. Bukan semua insan bisa bertahan seperti Ziyad. Mana untuk mencari Angel, dan melindungi buah hatinya yang terang-terang menolak kehadirannya di sisi.

Kisah Angel dan bagaimana dia menjadi begitu kejam terselit di setiap bab. Lebih mudah begitu dan ia tidak langsung menganggu pembacaanku. Cuma bila saja kisahnya ada di tiap bab, aku sudah dapat meneka siapa Angel itu dan itu menyebabkan rasa surprise itu hilang sedikit demi sedikit. Walaubagaimanapun olahan cerita itu tetap membuatkan aku terus terpaku hingga ke halaman terakhir :D

Kisah Sid & Ari memang menarik namun ia tak sehebat kisah JKP. Perasaan jatuh cinta pada Rif & Afi lebih hebat berbanding Sid & Ari. Alahai! Nampaknya Kapten Rif dan isteri masih menang dari pelbagai segi hik3 lalala5 :P Mujur ada juga kisah mereka di hujung-hujung cerita. Bukan mereka saja, kesemua pasangan dalam novel terdahulu pun ada.

Sekalung tahniah buat Kak Dhiya atas kehadiran novel kelimanya. Nama penulis di bahagian kulit novel sudah dibesarkan, pastinya menandakan DZ kini menjadi sebahagian daripada keluarga penulis prolifik Alaf 21. Betulkan tekaan saya? :D

Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku. Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita. [Blurb Novel]

Ps: Makin tak sabar menanti Jimmy's Story. Ala, abang Afi dalam JKP :))

Saturday, July 02, 2011

Acheh II

Salam...

sambung ya n3 yang seterusnya.


Setelah berehat, malam itu selepas maghrib, kami makan malam di Rex, Peunayong. Kalau siapa yang tidak tahu, Rex ini terletak di hadapan Hotel Medan. Kira tempat ni tempat famous kat area itulah. Hotel Medan juga merupakan hotel yang boleh tahan murahnya dari kesemua hotel yang ada. Tetapi menurut Firdaus, air di hotel ini agak keruh dan kotor. Ada cerita yang lebih menarik rupanya. Hotel Medan ini merupakan antara hotel yang rosak teruk akibat bencana Tsunami yang berlaku 26 Disember 2004. Banyak mayat yang turut ditemui dalam hotel ini. Dan sehingga kini, masih ada penginap yang terasa 'diganggu' oleh sesuatu sewaktu mereka menginap di HM ini. Ya..sebelum ke mari, saya juga mencari maklumat tentang Acheh dan kejadian di hotel ini turut diperkatakan oleh mereka yang pernah menginap. Siapa yang mahu merasai pengalaman, bolehlah menginap di Hotel ini ya..hehhehehee...


Firdaus menulis order...kelakor betul

Ok..kembali kepada makan malam di Rex. Di sini terkenal sate daging kambingnya. kerang rebus dan ayam penyetnya. Yang menarik disini, tetamu menulis order makanannya sendiri, dan bukannya pelayan yang mengambil order. Malam itu, kami makan sate kambing dan ayam. Juga bersama kerang rebus.(kerang bakar sudah habis, padahal baru jam lapan malam). Kerang kat sini besar-besar. Terkejut juga saya melihatnya. Kalau kat Msia, saya hanya pernah melihat kerang yang biasa kita makan itu sahaja. Tetapi di sini, memang besar dan kira puas makanlah kiranya.

Kerusi makan macam kerusi malas..cukup tak sesuai, sebab badan
terpaksa didepankan untuk menjamu selera..lenguh wei..hehhehe

Satu yang saya perhatikan di sini, mereka kurang gemar minum dengan ais. kalau meminta teh dingin ( teh ais), ais yang diletakkan hanya 2 3 ketul sahaja, sedangkan air yang digunakan air panas. Sepanjang saya di sini, saya pasti terpaksa meminta ais tambahan. dan menurut kata Daus, sendiri orang Acheh memang kurang minum dengan ais. Aduhai..sudahlah kurang ais ( es..panggilan mereka), air yang mereka buat, cukup boleh menyebabkan saya mengidap kencing manis. Ya ALLAH..bukan manis-manis sikit..tapi teramatttttttttttttttt manis. sampai tambah 2 gelas air pun masih manis lagi. bayangkan. Emak sampai cakap, duduk 5 hari di Acheh ini, balik msia terus kena admit dalam hospital. Kalau dipesan supaya kurang manis, tetapi masih tetap juga manis. Ini berlaku pada setiap kedai makan yang kami singgah. Aduhai....
Walaupun kita serumpun, bahasa yang hampir sama...agama yang sama..makanan yang juga tidak banyak bezanya namun tekak saya masih tidak dapat menerima makanan di sana. Bukan saya seorang, mak dan mak teh juga kurang selera dengan makanan yang kami makan sepanjang kami di sana. Bukan mahu cerewet, tapi kenyataannya memang tekak tak boleh terima. Walaupun begitu banyak Daus melobi makanan itu sedap..makanan ini sedap..heheh..tapi..balik2 mak teh kata..tak sedap pun.  Tapi syukurlah..makanan semua halal di sini. tak adalah balik2 kena mengadap buah dan salad mcm di spain dulu..hehehe..hahhahaha...kesian Daus..tekak dia dah 4 tahun merasa makanan Acheh. Nak harapkan kami yang baru tiba ini tentulah tidak sama. Tapi tak dinafikan bakso di sini memang sedap.

Kerang yang besar tapi masih tak berapa besar ni..sebab ada yang
lebihhhhhhh besar lagi tapi orang lain yang makan...kuah yang nampak
caroi tu mmg tak berapa sedap pada tekak kami le....


p/s - sambung lagi nanti

Friday, July 01, 2011

kantoi

Salam...


Semalam semasa tengah tengok Grey's Anatomy season 6, saya sengaja update profile data di fb saya. Iyalah selama ini benda itu memang tidak jadi perhatian saya lansung. Tapi semalam entah apa gatalnya saya, saya telah menukar Relationship status saya kepada engaged. Dan tiba-tiba ucapan tahniah datang bertalu-talu. Er..er..saya dah serba salah. Segan pun ada sebab kalau ikutkan sudah nak hampir 3 bulan saya menjadi tunang orang. Dan bila diupdate begitu, macam kejadian tu baru berlaku pula. Jujurnya, saya tidak berniat apa-apa semasa menukar ke status itu. dan saya sangkakan tidak ada yang akan peduli, seperti mana saya tidak pernah peduli sebarang pertukaran status yang dilakukan oleh teman-teman fb. Ya..ada yang single..ada yang it's complicatedlah..ada yang engaged / married...walau apa pun yang berubah..saya tak peduli..jujurnya. Saya memang tak ambil tahu dan tak kisah pun.heheheh...
Jadi...bayangkan macam mana merah mukanya saya ( korang mmg tak nampak), tapi saya mmg rasa malu..hahaha bila menerima ucapan tahniah dan doa dari teman-teman. Beberapa saat selepas itu, saya memang rasa menyesal..kenapalah gatal2 menukar status saya...siap ada lambang heart lagi...hahahaha..sampai kakak saya sendiri komen ingatkan saya tak nak mengaku..er..er.er.
Saya bukan tidak mahu mengaku...tapi cukuplah saya bercerita di blog ini. Sebab saya tahu, blog saya tak ramai pembaca..hahahaha..boleh begitu...malulah....sebab saya anggap perkara ini peribadi untuk saya. lainlah kalau novel baharu saya yang keluar. itu mmg saya tak malu..hehehehehe..tapi benda dah berlaku..redha sajalah ya...
Kepada yang mengucapkan tahniah, terima kasih...atas doa anda semua. doakan saya n MK yang baik2 sahaja ya...