Posts

Showing posts from January, 2011

Pergi tak kembali

Setiap insan pasti merasa Saat perpisahan terakhir Dunia yang fana akan ditinggalkan Hanya amalan yang dibawa


Terdengar sayup surah dibaca Sayunya alunan suara Cemas di dada...lemah tak bermaya Terbuka hijab di depan mata


Selamat tinggal pada semua Berpisahlah kita selamanya Kita tak sama nasib di sana Baikkah atau sebaliknya


Amalan dan takwa jadi bekalan Sejahtera bahagia pulang...ke sana Sekujur badan berselimut putih Rebah bersemadi sendiri Mengharap kasih anak dan isteri Apa mungkin pahala dikirim


Terbaring sempit seluas pusara Soal-bicara terus bermula Sesal dan insaf tak berguna lagi Hancurlah jasad dimamah bumi


Berpisah sudah segalanya Yang tinggal hanyalah kenangan Diiring doa dan air mata Yang pergi takkan kembali lagi

Menanti hari esok

Salam....
Hari ini sudah 23 Jan. Sudah 23 hari tahun 2011 berlalu. Dan semenjak beberapa tahun yang lalu, masa berlalu cukup pantas. Saya rasa mix feeling tentang apa yang berlaku ketika ini. Ada masanya saya harap masa akan berjalan lebih perlahan dan mungkin dapatkan dihentikan buat seketika. Tetapi adakalanya pula, saya mahu biarlah masa cepat berlalu kerana saya sendiri sudah tidak sabar mahu melihat HBR diterbitkan. Kalau masih dikekalkan terbitan pada bulan Mac ini, ada dua perkara happy yang akan berlaku kepada saya. Selain HBR, kalau tiada halangan, awal Mac nanti saya mahu berjalan2 ( actually kena terbang dulu sebelum berjalan) dengan beberapa rakan penulis...hoorey...memang tak sabar nak menanti detik itu. Dah lamanya rasanya kami tak hang out ramai2 dengan teman2 yang mempunyai minat yang sama...Sebenarnya dari tahun lepas sesi jalan2 ini telah dirancang sebenarnya...Dari Korea ke Perth ke UK..ke German..hahah..macam2 plan...antara kesemua itu, saya lebih teruja mahu ke kor…

COKLAT BERBENTUK NOVEL???

Image
Salam...
Pagi tadi saya keluar dengan emak untuk pelbagai urusan. Dan berpinar sekejap biji mata kerana terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk memperbaharui cukai jalan dan insurance kereta. Sudahlah gaji minggu depan baru nak dapat..huwaaa.....dan sehingga tiba hari gaji nanti...saya kena berpuasa membeli buku..membeli cd..tapi mungkin saya tak akan puasa makan kot...hahahha.
Balik sahaja ke rumah, saya melihat sekotak bungkusan di atas sofa. Saya sudah tersengih-sengih kerana bungkusan yang saya tunggu sudah tiba. hoyey..hoyey...mahu tahu apa yang sedang saya nantikan...silalah lihat gambar di bawah ini...apamacam? hehehhe...fyi, ini bukannya buku2 saya dalam versi buku yang sebenarnya, tetapi buku saya dalam versi coklat yang dibuat istimewa oleh sahabat sayanowwa yang pernah saya ceritakan di sini.
Kalau dahulu, saya menghadiahkan coklat untuk editor saya, kali ini saya pula mendapat hadiah yang amat-amat special ini. Saya sudah merasanya dah ternyata memang sedap...(ini buka…

Doa menghilangkan dukacita

Ya ALLAH..hilangkanlah dukacita Singkapkanlah kesedihan Tuhan Yang mengabulkan doa Bagi orang-orang yang didalam kesusahan Tuhan yang memberi Rahmat di dunia dan Akhirat dan Tuhan yang mengasihi kedua-duanya Engkau rahmatilah dengan RahmatMU Kau kayakan aku dengannya(Rahmat ALLAH) daripadaMU

Saya sangat suka dengan zikir ini. Suara Ustaz Amal yang mendayu-dayu dan makna zikir ini ternyata mampu menghilangkan segala gundah gulana.

NBF menjadi HBR

Salam...
Sepanjang hujung tahun lepas, saya memang bergelut dengan manuskrip. Syukur kerana ketika ini manuskrip saya sudah dinilai dan diedit oleh editor saya. Saya juga sudah membuat pembetulan yang diminta. Tidak sangka kali ini manuskrip saya tebalnya melebihi had yang ditentukan..jadi saya terpaksa memotong sedikit bahagian mana yg tidak penting dan sudah tentunya tidak akan menjejaskan perjalanan cerita. Saya sudah mula cuak..kerana selalunya saya menulis saya melihat pada kiraan perkataan yang saya gunakan. Selalunya keseluruhan manuskrip saya mempunyai lebih kurang 112 ribu patah perkataan. Walaupun HBR ini terlebih sedikit perkataannya, namun saya tidak menyangka bila di susun dalam bentuk buku, ianya menjadi lebih tebal... Kali ini juga, pertama kali saya mengedit dengan soft copy sahaja. Selalunya editor akan print out untuk saya..namun kali ini something wrong dengan pc dia, dan saya terpaksa mengedit dengan lappy ni..Aduhai..berpinar biji mata. Saya lebih suka membaca denga…

Island Hopping II

Image
Salam...
Sambung kembali ya kerana hari ini saya tiba-tiba sahaja rajin hendak menulis....Kita sambung dengan Perjalanan ke pulau Singa Besar pula. Kali ni kami tidak turun cuma melepak di dalam bot sahaja dan menunggu burung helang datang memakan kulit ayam yang dibekalkan oleh pemandu bot kami. Masa kami tiba di pulau itu,  sudah banyak bot yang sudah menunggu. Dari atas memang dapat dilihat burung helang cuma nak menarik minat dia untuk datang ke kawasan bot kami itulah yang sedikit payah. Helang itupun dah tak larat nak makan...hahaha...bila kami dok panggil helang tu, si pemandu bot tiba-tiba menyampuk. Dia kata, kalau ibu helang datang lagi best..besar yang amat...kami yang mendengar pun beria-ia tanya bila masa ibu helang datang..dan dengan selamba lelaki tu cakap...ibu helang dah tak boleh datang sebab dia dah stay kat dataran lang tu...aiseh..hidup2 kami dikenakan dia...bila kami semua pandang muka dia..dia dah tersengih2..dah...hahhaha..kelakar betul... Boring sebab helang tak…

Island Hopping I

Image
Salam
Aduhai..Januari sudah sembilan hari berlalu..blog saya tetap macam itu jugak. Banyak cerita sebenarnya yang nak diceritakan tapi kena ikut aturanlah ya..lagipun sambungan n3 ke Langkawi dulu pun baru habis...aduhai cerita dah basi kan..tapi tak apalah..saya mahu bercerita juga.
Hari ke 2, pagi-pagi kami dah keluar rumah untuk aktiviti pagi yang saya amat-amat teruja sekali iaitu Island Hopping. Pada mulanya, Island Hopping ini tidak termasuk dalam agenda kerana kureng bajet...dan masa tak tahu nak slotkan di mana kerana sekurang-kurangnya 3 jam diperlukan untuk aktiviti ini. Saya bercadang mahu pergi seorang atau dengan sarah kerana saya fikir mungkin ramai yang tidak mahu naik bos kerana takut mabuk laut. Tapi..entah macam mana...kalu dapat deal kereta sewa yang lebih murah...sekaligus menyebabkan perbelanjaan kami berlebih. Lantas..saya terus masukkan aktiviti ini (dengan bantuan anak tuan rumah homestay yang kami tinggal ini, dia yang menguruskan segala-galanya. Belikan tiket …