Sunday, October 31, 2010

Adios te Digo

Salam...

Masih bergelumang dengan manuskrip yang masih lompong. Cuma lompong itu menjadi semakin kecil setiap hari. Harap-harap november ini membawa berita gembira untuk diri sendiri. Tak ada cerita sebenarnya...kalau ada pun saya seperti hilang mood untuk menulis. Dalam kepala ni hanya ada NBF..NBF..NBF sahaja. Namun saya tidak mahu meninggalkan blog ini terus berhabuk. Jadi..seperti biasa..bila saya tidak mahu menulis panjang-panjang, saya akan tinggalkan anda semua dengan lagu yang menjadi kegemaran saya 11 tahun lepas. Adios te digo nyanyian Ricky Martin...

video


Que difícil es decir "lo siento"
Traiconar un juramento
Un aniversario sin promesas
Sin un sólo beso

Profanar la cama en que dormimos
Y la mesa que gozamos
Y beber el vaso que bebimos
Con distintos labios
Es la vida, que culpa tengo yo
Que me guía siempre con una aventura nueva
Que me deja ciego
Y me aleja con su juego
De tu pobre corazón

Adiós te digo
Y me siento mi peor enemigo
Se desgarra nuestra historia pasada
Por otra historia que se queda en nada

Que difícil es amar de nuevo
Comparar con tu sonrisa
Otras 400 mil sonrisas
Y entregarme entero

Para querer con tanta prisa
Queda tan poco tiempo
Y sentir de pronto sentimientos
Sin saber si quiero
Es la vida, que culpa tengo yo
Que me guía siempre con una aventura nueva
Que me deja ciego
Y me aleja con su juego
De tu pobre corazon

Adiós te digo
Y me siento mi peor enemigo
Se desgarra nuestra historia pasada
Por otra historia que se queda en nada

Adiós te digo
Y en ese adiós llevo mi castigo
Yo te quiero y digo que no te quiero
Y mis lágrimas empapan el suelo

Adiós te digo
Adiós te digo...
Tu principio y final
Conmigo quedarás

Tuesday, October 26, 2010

Tgk gambar dulu



Bilik yang agak luas untuk dua orang...malam2 sejuk ya amat...
TV ada tapi takde astro n wifi..reject 100 markah..hahaha
Tempat Dining yang luas...makan secara buffet..tapi letaknya diluar..
Jadi..bayangkan kalau hendak mengambil makanan...kena berjalan bermeter2..hahaha
Makan ok....Alhamdulillah..makan free kan..

Dewan RAJAWALI terbang tinggi ( hehehe..tempat yg saya mengantuk
hampir sepanjang malam)

Pandangan dari sisi tempat kediaman. Sekali pandang mcm berada di U je rasanya
Dua kali pandang...mcm budak asrama...tapi view kat sini ok...Bolehlah..
saya asal nampak banyak pokok..kira ok je...damai

P/s - mood untuk memblogging masih belum ada. Tetapi saya sudah meletakkan N3 baru untuk blog NBF.

Sunday, October 24, 2010

ALaf 21 - Fiesta Buku



Hendak mendapatkan buku-buku yang dijual murah?...malah lebih murah dari yang dijual dari Kuala Lumpur Book Fair..silalah ke sini...kesuakaran mncari novel2 lama yang sudah tiada di mana-mana kedai buku di Malaysia...? Silalah ke sini....Sambil-sambil tu..jeling-jelinglah buku-buku saya ya...


Friday, October 22, 2010

RBB vs JKP

Salam,
Terima emel ini dari Siti Mahyunniza @ Yuni, minggu lepas namun dek kerana agak sibuk, baru berkesempatan untuk meletakkan komennya di dalam blog. Semalam buat kali pertama streamyx kat rumah buah hal. Saya langsung tak boleh online. Ini yang pagi2 dah check sama ada line dah ok...nasib baik ok...
Kepada Yuni, terima kasih banyak2 sebab begitu rajin menulis review yang panjang lebar ni.

Jauh Kau Pergi JKP ;
Novel pertama karya Dhiya Zafira yang aku baca.Dari stu kebetulan sbnrnya masa aku masuk blog sorg pengemar novel jgk( Shalbysalbina).Dalam banyak2 komen kak Shalby, aku tertarik nak baca post die utk JKP. Org kata penilaian setiap pembaca berbeza jadi aku nak puaskan hati sendiri, esoknya jgk aku pi kdi buku dan nasib baik lah ada novel JKP.Aku beli hari tu, baca hari tu n habis baca hari yg sama jgk.Hehe..
JKP ni berkisar tentang kembar seiras ( actually depa kembar tak seiras) Najmi & Afi yg kematian parents diorg n dibuang keluarga sndri(datuk ngn nenek). Kesian.Nasib baik lh Najmi & Afi ada bestfren Rif, Eddie, Luqman & Helmi. Diorg ni mmg rapat dr kecik smpi remaja smpi dewasa. Selain Najmi, Afi langsung lost contact dgn 4 yg lain tu terutamanya Rif sbb ade kisah y myebabkan Rif jauhkan diri dia ( kematian Nadia yg jdikan diri Rif mcm tu). Lepas kematian( yg sbnr nya hidup lagi) Najmi,bru lah diorg ber4 cari semula Afi & Rif lah yg paling bertggjwb utk jaga Afi sbb amanah Najmi.Peristiwa demi peristiwa, konflik demi konflik berlaku, yg selebihnya kena dapatkan JKP sndri lh. Hehe..
Ape yg aku suke dlm JKP ni iaitu gaya penyampaian penulis nya ; Dhiya Zafira. Rif dlm ni dgambarkan sbg seorg yg sgt2 protective kat Afi,sgt bertggjwb, penyayng n matang. Yelah diakan tentera komando lagi smpi aku rasa mcm jatuh cinta lah kt Rif ;p jangan mare my hubby..
Nasib baik lah aku dah kawin, klu x mmg cam rs nak cri suami komando jek lh.Haha.
Drp JKP ni jgk aku dpt byk info yg sblm ni aku xterdedah lgsung especially pasal dunia tentera komando, pangkat2 diorg, pastu peraturan sblm ni sesama anggota tentera xdgalakkan berkahwin..ooo cmtu oo cmtu dlm kepala aku ni. Hehe..n pasal dunia pustakawan mcm Afi.
Macam mane lh ek perasaannya dr kwn sejak kecik leh jd suami isteri plk.Mulut pn dh biasa beraku engkau. Tp tulah yg berlaku kt Rif & Afi. But lastly diorg pn saling mencintai jgk.
Sepanjang aku baca JKP ni, setiap part yg aksi2 skit mesti aku gambar kan dlm kpla mcm mane situasi masa tu. Contohnya masa part Afi kena panjat belakang Rif tuk buat rapelling turun bngunan 10 tingkat.takjub sekejap aku, mcm mana lah Rif boleh turun sambil belari bngunan yg tegak 90 darjah tu..Tp nama pun komando kan..
Sejujur nya aku mmg berpuasati sgt n berbaloi2 beli n miliki novel ni. Utk karya Dhiya Zafira yg ke-4 ni aku bg 5 bintang..

RBB plak
Selang 2 mggu aku habis baca JKP aku terus order RBB plk direct kat penulis nya Dhiya Zafira. Siap dpt autograf penulis lgi tu, melompat aku masa tgk, member2 skit pnya jeles.Haha. Aku nak bezakan ape kelainan novel ke-2 Dhiya ni wlpun sebenarnya aku dh ketinggalan lama sejak RBB ni terbit tp sbb karya Dhiya Zafira aku tetap beli jgk.
RBB; first karya Dhiya bergenre romance thriller. Bagi aku mmg takde kurangnya novel ni even 1st trial Dhiya. Pandai sungguh Dhiya mengarang, bukan senang aku rasa nak hasilkan novel thriller sbb klu salah gaya penyampaian mesti pembaca rasa mcm ade yg tak kena je cite tu, tak suspen pun? ataupun kite dah boleh buat kesimpulan dari awal cerita. Macam mane lah Dhiya boleh hasilkan cerita mcm ni yek luas sgguh imaginasi Dhiya. Lepas dh baca 2 novel karya Dhiya, aku mmg kagum rasa sbb biasanya penulisan ala2 aksi ni org lelaki yg lagi pakar tapi ni yg menunjukkan yg Dhiya buat bnyak homework n reference utk novel Dhiya. Tahniah!.
Lepas habis baca RBB, mcm biasalah sehari jgk aku habiskan, aku rasa sedih plk bkn sbb ape tp sbb nak berpisah n tamatkan kisah manis Izz n Dinie.Kalau dalam JKP permulaan kisah Rif n Afi agak formal n ada kelembutan skit tp utk RBB kisah Izz n Dinie lebih kasar.hehe.Ni yg aku rasa lah tapi aku suke cerita mcm ni..Yeaa akhirnya aku dpt jgk novelis yg leh aku jd kan favourite aku..Dhiya Zafira..
Izz Karami ( lg nama sedap yg aku cop selain Haiyan Rifqi tuk letak nama anak aku) Heeee..mgkin akn datang aku leh mintak tolong Dhiya tuk cari nama2 yg sedap utk bg kt anak..boleh kan kak? ;) Pandai Dhiya letak nama watak2 novel dia semua sedap2 belaka, makna pun elok, aku dah rujuk dah dlm buku nama2 Islam.
Izz wlpun dgambarkan sgt kasar selain ciri2 nya yg tinggi, sasa mcm Rif jgk lah cuma Izz ni bermata helang, Rif plk ada six pack..Hehe..istilah2 cmtu yg aku suke tu..nampak diorg ni sgt hebat perkasa.wahhh..Tp Izz jd mcm tu pn sbb ade sejarah dia sndiri.Ape yg aku rs, Izz sgt syg n cintakan Dinie. Itu pn slpas Izz nampak Dinie keluar dgn shahimi baru dia sedar yg dia sbnarnya suka kat Dinie. Biasa lah kita akan rasa kepentingan org yg kita suka bila org tu semakin jauh n hilang dr hidup kita. ehem ehem..Berlainan plk dgn Dinie, dia mmg dri awal2 jumpa lagi dh suka n jatuh cinta ngn Izz.
Dalam RBB ni aku plg suka part Dinie luahkan ketidak puashatian dia kat Izz sambil menjerit n menangis2 ms dlm hutan kat Bkt Jana. Ms tu Izz minta maaf sbb dia tak dapat terima Dinie wlupun dh bermacam alasan Dinie bg n bermacam cara Dinie pujuk. Sedih touching sgguh aku rs. Yelah Dinie mcm terhegeh2 sgt buru cinta dia dr Izz. Bukan sekejap2 dia tggu Izz 10 tahun + 3 tahun Izz dlm penjara = 13 tahun tp Izz ade konflik dlm diri dia sndri yg dia tak sggup nak hadapi hidup diorg akn dtg kalau dia teruskan bersama Dinie..
Mcm biasa jgk, standard lah ending mesti hepi ending pnya, cmtu jgk lah dgn RBB. Utk JKP aku sgt puas hati, suka hati tp utk RBB ada tambahan iaitu SEDIH..sbb nak tamatkan baca kisah manis pasangan sejoli Izz Dinie tu.Huhu..
Utk Baku hadiahkan 5 bintang jgk.
JKP n RBB ada kekuatan msg2 n ada punch time msg2. Kedua2 nya aku suka..

Kak Dhiya, tahniah sbb hasilkan novel mcm ni, saya mmg salah seorg peminat novel romance thriller. Sbb bg saya semua ada dlm novel mcm ni ; suka duka aksi cinta kasih syang fakta. Kalau novel cinta shja kebanyakanya meleret2. Maaf kan saya klu ada yg kurang suka dgn kenyataan sy ni.Hehe.Pandangan msg2 kan.
Hopefully akak terus bertahan hasilkan novel romance thriller mcm ni ok..Good Luck..Sy tunggu novel ke-5 akak.

p/s : Aku akan jadikan karya Dhiya Zafira selepas ni sbg karya yg mesti aku miliki. RUD n KDB blum baca lg,as soon..tggu budget..
p/s : Lepas baca JKP,RBB aku rs mcm nak sibuk2 plk amik tahu pasal ATM,RMC yg Rif and the gang join, pasal Cagiva yg Izz naik, pasal senjata Baretta yg Izz guna

n lpas baca sneak peek NBF aku sibuk nak tgk Nissan Fairlady yg Jan bwk..sume aku search kt intenet..hehehe


Wednesday, October 20, 2010

20102010 - MOU???

Salam...

Hari ini 20102010. Tarikh yang cukup cantik, yang tak akan berulang lagi. Tarikh di mana rata2 orang akan memilih untuk mengadakan majlis tunang, nikah atau sebagainya. Oleh kerana 20102010 ini jatuhnya pada hari Rabu, jadi tidak banyaklah orang yang menggilakan tarikh ini seperti tarikh 10102010 yang berlangsung 10 hari yang lalu.
Saya juga tidak mahu melepaskan peluang untuk membicarakan mengenai tarikh ini. Mood memblogging saya masih belum ada. Namun, kalau saya menulis N3 ini esok hari sungguh tidak kena rasanya. Kepada pembaca setia blog saya, mungkin tahu apa significantnya tarikh ini kepada saya. Sebab apa ya?
Kalau nak tahu, 20102010 ini merupakan tarikh tamatnya MOU saya bersama Lynn Dayana. Tarikh keramat sepatutnya kami berdua menyudahkan manuskrip masing-masing dalam tempoh 3 bulan. Bermula 20072010 dan tamatnya 20102010. 3 bulan. Adakah kami berdua sudah meletakkan titik noktahnya? Hmmmm...JANGAN HARAP. hahhahaa....sukarnya rasanya hendak menyiapkan mss dalam masa 3 bulan ini. Tarikh ini saya tetap tak bergerak di mukasurat 227. hanya 130 pages sahaja lagi dan saya seakan tak mampu mahu menulis. Masa mula2 merasakan harapan untuk siap agak mustahil, saya mahu tetapkan sekurang-kurangnya saya melepasti 200 pages. Namun lynn memberi semangat, katanya saya mampu untuk sampai ke 300. Semasa saya tgh dilanda idea dahulu..saya bersetuju dengan kata-katanya. Saya yakin saya boleh cecah ke muka 300. Tapi...bila otak saya jammed....saya tak boleh buat apa-apa lagi dah. Nak paksa memang tak jalan..langsung terus kekal pada pages itu.
Tak apalah...saya nak buat target baru boleh tak? Kena siap Sebelum habis bulan november ini..rasanya boleh kot..hahhah.atleast tahun ini saya menyambut birthday dengan dada yang lapang sebab mss sudah siap...hmmm....ok...saya kena stop sekarang...bilalah nak siap kalau asik memblogging dan berfb ni?

I'M HOME



Salam...
Saya sudah kembali bekerja setelah 6 hari berkursus di Felda Residence Trolak. Mood memblogging masih belum ada mengenangkan betapa banyaknya kerja yang saya perlu lakukan. Saya ingin bercerita perkara manis yang berlaku di sana, namun nantilah ya...Audit PNM nak datang...so..saya kena pastikan semua library dibawah jagaan saya tak ada sebarang masalah nanti. Gambar di atas diambil ketika saya sedang mendengar ceramah mengenai 1Malaysia...waktu malam..dengan suasana yang cukup dingin. Saya mudah mengantuk dan bosan..lebih2 lagi mengenangkan tajuk yang dibincangkan. Jadi..akhirnya..inilah kerja saya..merangka NBF yang masih lompong itu.

Wednesday, October 13, 2010

Here I come...



Salam...

Mulai esok sehingga 19 Oktober, saya akan berada di sini untuk kursus Pengurusan Perpustakaan bagi Penyelia Pepustakaan yang melibat kakitangan dari Perlis, Kedah P.Pinang, Perak, Selangor dan Melaka. Wah ramainya...dan lamanya pulak tu. Bila tgk emel yang diberikan saya tarik nafas sendiri. Aduhai...kursusnya bermula dari pagi hingga ke malam. Saya tidak pernah ke sini..walaupun tempat ini dalam negeri Perak dan walaupun dekat Tg.Malim. Oleh kerana penempatan saya dan teman-teman lain sudah berterabur satu perak, kami merancang untuk carpool sahaja. Saya akan drive dari taiping, singgah ambil 2 orang kawan di Taman Meru, Ipoh dan singgah ambil seorang lagi di Kampar sebelum pergi ke Felda Trolak Residence ini.
Dan rasanya untuk 6 hari akan datang, saya tidak dapat online. Kalau kat tempat tu ada wi-fi tak apa juga. sebab saya tak ada broadband. So...tak apa..bekalan saya..buku...drama korea yang sudah didownload dan manuskrip saya sendiri. Ada tiga pilihan. hehehhe..kalau malam2 lepas habis kelas...takde benda nak buat, mungkin saya boleh cabut ke TG. malim sekejap..hahahha..rindu dengan my niece yang tembam tu.Oklah...sehingga berjumpa lagi ya...jangan rindu2 saya..hahahahhaa

Tuesday, October 12, 2010

SUDAH BERAKHIR TAPI....



Salam...
Sila jangan terkejut jika saya mengatakan bahawa saya sudah pun menyiapkan NBF semalam. Wah! hebatnya saya....saya sendiri terkejut kerana siapkan NBF lebih awal dari masa 3 bulan yang dirancang. lebih awal dari MOU saya dengan Lynn n Hezzy. Benarkah saya yang menulis ni? Walaupun dah berada depan mata, namun saya masih sukar mahu percaya. Hmmmm...sebab apa ya? Saya macam bermimpi pula. Yup..saya memang berada di alam mimpi. Untuk pengetahuan semua,..saya memang berjaya menamatkan NBF dengan jayanya...TETAPI...saya ulang TETAPI dengan LOMPONG ditengah-tengah.hahahahha....GI-LA kan saya ni? Ada ke penulis lain yang siapkan ending dulu? Kalau ada...we're in the same boat la...Masa menulis ending..kembang2 mata kononnya rasa sedih..tapi betullah saya ni poyo sebab penyelesaian konflik kepada masalah masih belum ada..tiba-tiba semuanya dah happy belaka. Sudahlah....saya nak kembali termenung, kembali depress nak merenung LOMPONG yang nak saya tampal ni. Ada sesiapa nak tolong saya? Adeh..tension...tension....

Monday, October 11, 2010

jual beli buku

Salam...


Rutin Hari Isnin, tak lain tak bukan pergi ke pejabat Pos. Infact semenjak dua tiga bulan yang lalu..tak ada hari isnin berlalu tanpa muka saya tercongok di kaunter Pos Laju Pej Pos Taiping itu. Kalau tak pos buku, saya pos Unta..kemudian saya pos buku, buku dan buku lagi. Alhamdulillah...semenjak JKP...jualan online saya mendadak naik ( Wpun tak tinggi sangat) tapi yang herannya..mana perginya duit itu saya belanjakan? Hmmm..Mana tidaknya..dapat duit buku saya, saya labur p beli buku lain. Minggu lepas saya pos 8 buah buku saya kepada 2 pembaca. Salah seorangnya teman sekolah saya semasa di Sarawak dahulu iaitu Eny Yusof . Eny dan the other reader tu membeli kesemua 4 buah buku tulisan saya. Wah! saya suka. Mungkin rezeki JKP, kebanyakkan yang membaca JKP mahu membeli buku saya yang terdahulu. Dan kerana JKP, ramai yang mahu menjadikan karya saya sebagai koleksi. Alhamdulillah. Saya benar-benar bersyukur kepada ALLAH.

Sebelum dan Setelah dibungkus

Tengahari tadi, sekali lagi saya ke PP lagi. Kali ini 3 pembaca membeli buku2 saya yang semuanya berjumlah 9 buah. 4 RBB, 2 KDB, 2 RUD dan 1 JKP. ALHAMDULILLAH. Kali ini, senior saya di Sarawak yang membeli 3 buah buku pula. Dia sudah membeli RUD sebelum ini. Dan dia juga sudah mengkritik RUD pada saya. Tapi tak sangka pula, dia tetap menyokong dengan membeli karya2 saya yang lain. Thank U kak Janice..Eny..masih ingat tak? hahahahha...Kalau sudah ke PP, saya pasti singgah di POPULAR. Kalau singgah di popular..tak pernahnya saya keluar dengan tangan kosong. Jadi...inilah hasil pembelian saya...Hmmm..dalam masa dua minggu dah dah jual 17 buku..tapi dalam masa yang sama..saya membeli jumlah yang sama agaknya...Jadi..persoalan ke mana duit saya disalurkan..sudah ada jawapannya...hmmmmm....

Ini pula 4 buku yang saya beli  di popular semalam.Sekarang ni pun
tengah tunggu untuk membeli 2 buah buku lagi...minggu depan pulak..

Saturday, October 09, 2010

Komen JKP

Salam...saya menerima komen lagi mengenai JAUH KAU PERGI. Kali ini datangnya daripada Airina. Kepada Airina terima kasih kerana pergi ke JJ Maluri pada hari tu...dan Syukur kerana hujan turun, kerana kalau cuacanya baik...mungkin Airina tidak berminat mahu membeli JKP ini...Apa pun, terima kasih atas komen yang diberikan..dan komennya adalah seperti di bawah ini...


Sejujurnya aku beli novel ni ketika nak menanti hujan reda. Itu kerana ketika mahu pulang dari JJ Maluri, hujan turun selebat-lebatnya. Tiada pilihan aku angkat kaki ke MPH. Tak terlintas langsung nak membeli sebab dua hari sebelum tu aku dah borong novel hahaha Tapi dari langsung tak buat apa, aku pun capai JKP kerana cover yang comel tu. Namun sebaik sahaja mula membaca aku tak dapat nak elak dari terus melekat dengannya. Jarang sebenarnya aku berjumpa dengan genre romance-thriller. Jadi pastinya aku sungguh tertarik dengan karya DZ.

Afiqah Najwa [Afi] adik kembar kepada Kapten Najmi Hariri [Jimmy]. Mereka berdua mempunyai teman rapat iaitu Haiyan Rifqi [Rif], Eddi, Lukman dan Helmi. Masing-masing sudah berkerja dengan pihak ATM. Cuma Afi je yang jadi pustakawan. Kematian Najmi membuatkan Afi hilang arah. Dia dah tiada sesiapa nak menumpang kasih apatah lagi kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia. Dari seorang yang ceria Afi kini jadi sangat sensitif.
Disebabkan kematian Jimmy yang secara tiba-tiba, Afi sukar menerimanya. Rif pula dan teman mereka yang lain mula syak sesuatu. Ada yang tidak kena dengan kematian Jimmy. Apatah lagi Rif mula rasa Afi juga diancam bahaya. Mereka berempat berusaha melindungi Afi. Tapi Afi ni kalau nak tahu degil juga. Orang dah pesan jangan ke mana-mana seorang diri, dia main belasah je. Sudahnya Rif juga yang susah. Ingat lagi scene Rif menyelamatkan Afi. Dia bawa Afi terjun dari apartment 10 tingkat dengan cara rappelling malam-malam buta. Gila lah! Afi pula kerjanya asyik nak melawan. Tapi aku memang rasa tak boleh bla la bila membayangkan Afi dipaksa terjun dengan keadaan pakai seluar tidur gambar Popeye tu hahaha
Satu-persatu cubaan cuba membunuh Afi dapat ditangkis oleh Rif. Tetapi dia gusar lagipun mereka bukannya mahram. Rif mengambil keputusan untuk mengahwini Afi. Sebenarnya masa tu pun Rif macam tercabar bila tengok ada kawan lelaki pejabat Afi yang cuba mengurat Afi tu. Tetapi macam Rif aku pun rasa tiada lelaki lain yang lebih sesuai daripada diri Rif sebenarnya. Sebab musuh yang nak membunuh Afi ni memang sangat-sangat bahaya lagi kejam.
Perkahwinan yang dibina atas dasar itu sebenarnya rupanya hanya mencelarukan perasaan masing-masing. Rif ni dulu pernah bertunang tapi tunangnya meninggal dunia. Disebabkan itu dia rasa dia tak akan pernah dapat mencintai Afi lagi. Namun tidak pada Afi. Dia pula sebenarnya pernah ada rasa suka pada Rif waktu mereka remaja lagi. Cuma orang lain tak tahu saja.
Plot-plot seterusnya lebih kepada rasa Afi terhadap Rif. Bagaimana hidup mereka setelah berumah tangga. Dan juga misteri tentang kemunculan Cougar yang gila punya kejam. Cubaan Cougar dalam nak membunuh Afi sering saja tersasar disebabkan Cougar tak sanggup apabila melihatkan wajah polos Afi.
Kalau nak tahu, kematian Jimmy sebenarnya bersangkut-paut dengan Tengku Azhar. Ada rahsia sulit Tengku Azhar yang disimpan oleh Jimmy. Dan disebabkan Tengku Azhar yakin yang rahsianya sudah berpindah pada Afi, dia menjadikan Afi pula buruannya. Klimaks pastinya di saat Afi diculik oleh Tengku Azhar. Apa kesudahannya? Dapatkah Rif menyelamatkan Afi dan juga kandungannya? Dan siapa sebenarnya Cougar tu kan? Pastikan anda semua mencari novel ini tetapi macam biasa jangan risau sebab Alaf 21 memang pasti akan kasi happy ending buat para pembacanya :D
Tetapi aku rasa ada sedikit kesalahan di muka awal, ada typo. Sepatutnya bukan OC [pegawai pemerintah; level Kapt/Mejar] tetapi CO [pegawai memerintah; Lt Kol]. Harap diperbetulkan bila diulang cetak nanti. Apa pun karya terbaru penulis ni dah berjaya buat aku nak pergi cari novelnya yang terdahulu. Nasib baik cuma ada 3 buah, kiranya sempat lagi nak dicari buat koleksi :)) ( Terima kasih atas teguran ini..fyi ini teguran kedua dan saya sudah ambil maklum perkara ini...kesilapan di pihak saya...)

Ps: Aku sudah jatuh cinta pada Komando hik3 lalala5 :P
Happy reading (^-<)


Friday, October 08, 2010

Beep..beep..beep

Salam...

Jangan terkejut kerana dalam minggu ini saya begitu rajin menulis di blog. Ya...kalau saya rajin tu ada satu je maknanya....kebuntuan saya menulis masih berlaku. Kalau membaca sneak peek NBF di page sebelah...ada rasa macam kisah romance saja kan..hilang unsur-unsur thrillernya. Yup..saya stuck menulis bahagian aksi...di dalam kepala ni...memang bersimpang siur dah..macam wayar komputer terbelit sekali dengan wayar printer, scanner, kipas dan segala wayar sekali lah...Namun hendak menterjemahkan ke dalam bentuk penulisan...tak ada hasil yang boleh saya banggakan..sudahnya...seperti ini sahajalah...
Hari ini saya MC..kepala sakit sejak malam tadi. Masa nak solat subuh, terhoyong hayang saya berjalan..lepas tu terus sambung tidur...lepas tu mesej kawan sekerja...MClah apa lagi...
Semasa menulis JKP dulu..saya stuck juga....saya menulis sehingga ke epilog..sehingga ke titik terakhir..di mana pengakhirannya saya dah tentukan tetapi tengahnya lompong. Hmmm..serasa saya...itulah yang perlu saya lakukan dengan NBF ini...teruskan dengan apa yang saya mahukan...biarlah menulis penamatnya dulu dan selesaikan lompong di tengahnya kemudian...hahaha...jangan ikut cara saya..berbahaya kepada kesihatan fikiran anda...
Tak apalah..kita tolaklah dulu tentang kekeringan idea saya itu...kalau hendak dikira rungutan saya tentang writer's block ini agaknya sudah boleh dibuat sebuah novel. Selalu merungut tapi langsung tak berusaha untuk mengubah keadaan. Dan terlalu membiarkan mood yang merudum mengusai fikiran. Sikap yang tak elok...dan saya akan cuba buangkan...
Saya mahu berkongsi maklumat/ilmu yang saya dapat semasa saya mengikuti bengkel penulisan bersama penulis tersohor Alaf 21..RAM dan Eyman Hykal dahulu...dan pesanan yang mereka berikan...akan saya ingat sampai bila2...Kedua penulis hebat ini meng-ibaratkan menulis novel ini seperti heart monitor machine..( saya tak tahulah apa nama benda alah ni yg sebenarnya...)
Kalau kita menulis novel...sila pastikan kita tidak menulis cerita yang mendatar...seperti mesin yang menunjukkan flatline ini...Cerita yang dari awal sehingga ke akhirnya...macam itu sahaja. Langsung tiada keterujaan...tiada aura yang mampu menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan. Selalunya cerita-cerita begini mampu membuatkan pembaca berhenti membaca...dan beralih kepada pembacaan yang lebih menarik...



Seperti buku ini....


Dipermulaan buku, kita sudah berasa teruja untuk membacanya. Kita berminat untuk meneruskan pembacaan...di sini terdapat perkara/ lonjakan plot yang mampu membuatkan pembaca akan berkata..." Wah...buku ni macam best je..." Tetapi setelah keterujaan itu, nikmat membaca menurun perlahan-lahan lalu terus merudum sehinggalah penamatnya. Kata-kata turut berubah kepada " Eh! kat depan macam menarik tapi kenapa jadi macam ni...apasal terus tak best ni...?" Bezanya antara ini dengan di atas, pic ke 2 ternyata lebih menarik dan lebih baik daripada pic pertama. Namun belum cukup baik untuk pembaca mengatakan sebuah buku itu benar-benar baik dan disukai mereka.

Dan bagi ini pula;

Saya rasa korang semua tentu dapat menafsir gambar ini bukan? Pembaca yang dihidangkan dengan sebuah karya yang mampu menarik minat semua pihak. Di awalan cerita sudah dihidangkan dengan rasa keterujaan  dan mungkin mendebarkan hati pembaca..atau mungkin membuatkan pembaca sudah mampu senyum sendiri...Anggaplah juga seperti kita menaiki roller coaster..kita sentiasa berdebar2 menanti bilakah masanya tren akan menjunam..bila masanya dia akan membuat puratan 180 darjah. Setelah dia membuatkan kita bertenang sekejap..tanpa disangka...kita menerima kejutan lagi...seperti mesin jantung ini...graf yang turun naik itu jelas menunjukkan bagaimana sebuah buku yang baik dihasilkan. 

Saya...? Saya berusaha keras untuk menjadikan buku2 saya setara dengan gambar ke 3 itu. Saya tahu bukannya mudah mahu memancing minat pembaca untuk membaca karya kita..lebih-lebih lagi genre seperti saya ini yang kurang pembacanya di Malaysia...Genre thriller/ action/misteri ini hanya akan dibaca oleh loyal reader. Yang pernah membaca karya kita sebelum ini. Mahu menulis plot yang seperti roller coaster, kita harus sedar, tak semua berani menaiki roller coaster itu. Kalau yang sedikit berani mencuba..tetapi sepanjang masa hanya menutup mata..pun tak guna juga..namun sekurang-kurangnya ia lebih baik daripada yang tidak berani langsung untuk mencuba bukan? Jadi..jangan takut anda akan pengsan atau muntah atau pening kepada dengan menaiki roller coaster ini..mana tahu...anda akan sukakannya..dan mungkin ia akan membuka minat anda kepada sesuatu yang lebih menerujakan bukan?

Thursday, October 07, 2010

Este Hombre Es Guapo

Salam...

Rasanya pembaca yang mengikuti blog saya ni tahu yang saya gila dengan lagu2 latin kan? Lebih-lebih lagi tentang penyanyi David Bisbal ini. Saya pernah bercerita tentang dia di N3 ini. Saya memang tak bosan-bosan mahu bercerita tentang dia sebab saya sangatttttttttttttt sukakanya suaranya. Suara dalam dan serak-serak basah. Serius ni...korang cuba dengar lagu2 dia. senang je nak cari. pergi ke kat u tube tukan...berlambak2 lagu dia. Infact masa persembahan live dia masa dalam operacion triunfo / akademi fantasia tu ada banyak jugak.
Pakcik ni dulu  rambutnya kerinting
macam mee maggie..la ni dah pendek. Makin hensem...
renungan dia cairlah...hahahah
 Untuk pengetahuan, dia sudah merakam 3 buah album iaitu yang pertama Corazon Latino, Buleria dan yang terbaru premonicion. Saya hanya ada dua album terakhirnya sahaja. Buleria dibeli oleh kakak saya bercuti ke UK 4 tahun lepas. Premonicion pula diorder dari kawannya yang sedang buat PHD kat UK jugak. Bila kami ke Spain dulu, cuba cari 1st album dia, tapi semua kedai sold out. Ialah album itu direlease pada tahun 2002, jadi memang susah nak cari. Salah satu kedai boleh orderkan untuk kami, tapi sebab nak balik m'sia dah, jadi terpaksalah batalkan hasrat nak meng-order itu. Sampai sekarang ni albumnya masih tak dapat. Hmm..Memanglah boleh cari dalam internet, tapi bila dah minat ni...tak puas kalau tak dapat pegang album tu sendiri kan?
Punyanya minat dengan si david ni (sebutnya bunyi DA-VID....dan bukan DEY-VID)...hhaaa..feeling2 latin gitu...masa kami OTW p granada, siap nak singgah ke Almeria dulu nak mengjenguk kampung si david ni..hahaha...
Cover album pertama hingga ke 3..tgk rambut asalnya dulu...
Semasa pakcik ni jadi student akademi itu, salah satu tugasan mereka ialah kena menyanyikan lagu-lagu dari filem terbitan Disney...cth; beauty n the beast, aladdin..snow white..etc..etc..n david ni menyanyikan lagu someday atau dalam spanishnya Suena yang menjadi latar filem HAUNCHBACK OF NOTRE DAME. Lagu versi Inggerisnya dinyanyikan oleh kumpulam yang pernah terkenal satu masa dulu...ALL 4 ONE. Saya cukup minat lagu ini..versi david ya...dan saya akan letakkan kedua2 video untuk anda bezakan which one is better..ok..selamat mendengar... 

video

Versi asal - SOMEDAY


video

SPANISH  - SUENA yg juga bermaksud mimpi

p/s - saya tak boleh letak david nyanyi life sebab kualiti suara rakaman tu tak berapa jelas...Tapi suaranya tak beza samada life atau record

Wednesday, October 06, 2010

KE 500

Salam...

Ini n3 saya yang 500. Wah banyak ke sikit tu? Hmmm...500 rasanya macam banyak tapi kalau hendak dikenangkan sejak bila saya mula memblogging ni, rasanya sikit saja n3 saya tu. sepatutnya mungkin mencecah ke angka 1000 mungkin. Tak apalah...banyak ke sikit ke..bukan masalah besar pon. Saya hendak mengimbas kembali masa-masa saya mula mengenal erti blogging ni.
Saya mula pada tahun bulan Jun 2006. Tahun di mana saya belum bergelar penulis lagi...Tahun di mana, saya menunggu penuh harapan manuskrip saya diterima pihak penerbit namun kecewa..kecewa...kecewa dan terus kecewa. Tahun 2006, saya tak tahu apa itu blog sebenarnya. bila jumpa banyak site dalam internet, saya terfikir apa benda yang budak2 ni cerita ni..rasa macam diary alam maya pun ada juga...Saya tak berminat mulanya..Masa itu beberapa teman yang juga ketika itu belum menjadi penulis sudah ada blog masing2. Jadi saya cuba buat akuan. 1st saya cuba blogdrive. Saya buat sendiri padahal tak reti. Macam mana nak masuk n3. macam mana nak masuk gambar..sudah2 akaun percubaan blogdrive saya melambak2..tapi satu pun saya tak reti guna.
Kemudian saya cuba dengan blogspot pula. Sebab blogspot ni nampak macam lebih mesra alam sikit. Percubaan saya...saya pakai hentam je nama url saya...saya letak violet. Ya...saya tahu korang semua nak ketawa kan..tak apa...ketawalah..sebab saya sendiri pun rasa nak muntah kenapa saya pakai nama bunga tu. Bunga dan saya sememangnya tak sekata. hahahahah
Violet dan oleh sebab saya suka warna biru, saya tambah azure ( spanish word utk biru)..lalu terhasilah violet-azure.blogspot.com. Mind you..ini hanya hasil percubaaa sahaja. Tetapi lama kelamaan blog ini kekal sehingga ke hari ini. Pertamanya...saya perlu membuat akaun lain kalau mahukan nama lain utk add url saya. Hah..tak kuasanya saya. Lalu berkenalanlah saya dengan kawan blogger yang lain. Tahu saya dipanggil apa? Violet / V...mak ai...ya saya tahu...sila muntah sekarang.
N3 saya bermacam-macam..segala kisah saya, kisah keluarga..kisah kawan dan sekarang kisah buku2 saya. Antara blog dan fb sebenarnya saya lebih suka blog. Saya lebih terbuka di sini...saya rasa lebih 'intim' dengan mencoret sesuatu di blog. Dan saya sedikit terkilan kerana semenjak munculnya fb ini, orang seakan-akan melupakan blog..huwaaa....fb memang baik...menghubungkan masa yang terpisah jauh..mengeratk mana yang longgar dan turut mlonggar mana yang erat...hahahah..pros n cons dalam fb ni...dan fb cukup2 sesuai dalam mempromosikan karya2 saya...itu yg saya suka..selainnya..saya tetapi memilih blog. tak kisahlah tak ada orang nak baca apa yang saya tulis sekalipun, tapi saya lega dapat bercerita didalamnya...

Tuesday, October 05, 2010

Menjemput Bidadari


Salam...

Saya mahu berkongsi sebuah lagu yang baru saya jumpa sebentar tadi. Lagu ini saya google selepas saya membaca novel VERSUS karya HLOVATE...di mana di dalam buku tersebut ada part lagu ini. Sebelum ini saya memang tidak pernah mendengar sama ada tajuk atau bagaimana dengan lagunya. Tapi...setelah mendengar...saya tidak boleh berhenti.... Bagi saya lagu ini amat menarik dan sedap didengar oleh halwa telinga. Jadi..kepada sesiapa yang belum pernah mendengar, saya mahu sekali berkongsi dengan anda semua..dan terima kasih pada HLOVATE (yang misteri itu)..kerana memperkenalkan lagu ini di dalam bukunya...
Bila yakin tlah tiba

Teguh di dalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Smentara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri
Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf Sang Tambatan Hati
Di penantian mencari diri
Bermohonkan ampunan
Dipertemukan
Segera kan ku jemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi
Keras ku mencari diri
Sepenuh hati
Teguhkanlah ku di langkah ini
Di pencarian hakikat diri
Dan ijinkan ku jemput bidadari
Tuk bersama menuju-MU mengisi hari
Kini yakin tlah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran adalah permata
Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan HawA

Turun ke bumi terpisah jarak waktu
Di penantian mencari diri
Bermohonkan ampunan
Dipertemukan
Bidadari tlah menyentuh hati
Teduhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna

video

Self-pity

That's me...for the past few days...

video

So....I've been listening to Pachelbel's Canon in D + Ocean sound repeatedly


 But in the end...it always comes to this...ALHAMDULILLAH...I still have HIM...

Monday, October 04, 2010

Soldier Of Fortune

video
I have often told you stories
About the way
I lived the life of a drifter
Waiting for the day
When I'd take your hand
And sing you songs
Then maybe you would say
Come lay with me love me
And I would surely stay

But I feel I'm growing older
And the songs that I have sung
Echo in the distance
Like the sound
Of a windmill goin' 'round
I guess I'll always be
A soldier of fortune

Many times I've been a traveller
I looked for something new
In days of old
When nights were cold
I wandered without you
But those days I thougt my eyes
Had seen you standing near
Though blindness is confusing
It shows that you're not here

Now I feel I'm growing older
And the songs that I have sung
Echo in the distance
Like the sound
Of a windmill goin' 'round
I guess I'll always be
A soldier of fortune
I can hear the sound
Of a windmill goin' 'round
I guess I'll always be
A soldier of fortune

Bila agak depressed sebab tak ada idea..saya suka layan blues...tgk citer sedih2..dengar lagu2 jiwang2 ni..sepatutnya makin depressed lah kalau buat cara saya ni, tapi saya mmg tak sama dengan orang lain..orang suka berhibur release tension..saya rasa tension kalau kena berhibur...hahaha...mungkin saya ni  sort of like Meredith Grey yang dark, complicated and twisted inside agaknya...ada buku,,ada tv..CDs.,saya boleh hidup....saya happy kalau family saya hepi..hepi dpat tgk tempat baru..dapat dengar bunyi ombak..dapat cium bau rumput lepas hujan dan dengar bunyi hujan...prtffftt...alahai..it's too depressing to talk about this...

Kita susun dulu....

Salam...


BEFORE......
Keadaan buku yang berterabur. Mengambil masa berejam jugak nak siapkan
kerana tuannya mengemas sambil membaca..heheheh

Masih ingat dengan n3 saya semalam? Dimana weekend saya dihabiskan dengan mengemaskini semula buku2 saya yang bertabur di dalam bilik? Ya...bilik saya sudah nampak kemasnya..barulah cerah biji mata sikit. Semalam saya menyusun semula buku-buku saya..katalog saya mudah saja..susun ikut nama pengarang. Saya malas nak buatkan sistem pengkelasan sendiri. Saya bukan Afi ya...dan saya juga tak kuasa nak tampal sticker berwarna untuk membeza jenis buku...Ya..saya tidak serajin ulat-ulat buku yang sanggup membalut, meletak nombor dan ada yang meletak riben pada setiap buku yang dibeli...Salah satu sebabnya..selain buku baru, saya juga membeli buku-buku terpakai...jadi..kerajinan tu tak berapa nak ada..biasalah..buku2 terpakai ni ada yang kulit bukunya..nak tengok tak lalu..tapi ada yang saya beli saja sebab saya pentingkan isi di dalamnya...

AFTER.....
Apamacam...kemas tak? Hmmm...Rak dah penuh..terpaksa tindankan
buku2 satu lane sampai 2 baris buku..itupun banyak yang tak ada..
ini kakak saya punya pasal lah ni
balik raya dulu, dia angkut berapa banyak dah....

Dulu2 masa rajin saya datang..saya balut semua buku..tapi yang saya perasan, buku melayu sahaja yang saya balut dan kualiti bukunya baik..mcm tak pernah baca lagi pun ada..kalau tengok koleksi Judith McNaught, Sophie Kinsella, Suzanne Brockmann, Rachel Lee, Lindsay Mckenna, Danielle Steel saya..mak ai...huduh...padahal buku itu yang saya sayang dan dok ulang2 sampai tak terkira banyaknya...tapi tak berjaga...Hmmm...saya tak tahulah sama ada kekemasan buku2 ni akan bertahan lama ataupun tidak...Tadi saya baru balik dari pos ofis urusakan penghantaran buku n unta...lepas tu seperti biasa singgah kedai buku...beli buku lagi walaupun duit dah sengkek..ya..saya tahu masih awal bulan...hahahahah....minggu lepas dah beli buku jugak...minggu sebelum minggu lepas, saya beli 5 buku..takde cash saya pakai swipe aje..asalkan dapat buku ..aduhai..teruk saya ni...
Tadi..risik2 kat staf kedai buku...sebab saya tgk JKP tinggal 2 naskah sahaja...masa mula2 keluar julai lalu saya tgk ada dalam puluh2 jugak..." JKP tu ok tak sales dia?" tanya saya sambil belek2 buku tu kononnya nak membeli..hehehhe
jawab staf tu..." ok kak..JKP memang ok.ramai cakap best...sebab tu dah tinggal sikit dah tu..." hehehhehe..saya senyum sajalah..padahal dalam hati dah berbunga2 dah...takpelah sementara pembaca sudi baca buku...perasanlah sekejap ya...oklah...nak cakap tu aja..hahahah...saya nak membaca buku baru beli ni...cau cin cau...