Wednesday, June 30, 2010

NOVEL DHIYA - Ada apa dengan AIR

Salam...

Sebentar tadi ada seseorang pembaca menegur saya di fb bertanyakan adakah trademark novel saya menggunakan latar air. Saya terkedu seketika sebelum menyedari bahawa kata-kata beliau benar belaka. Kalau dilihat semula, bermula Kudamba Bahagia, Rindu Belum Berhenti, Rindu Untuk Dia dan akan datang Jauh Kau Pergi ini ada air di covernya.

KDB - Tasik di Kensington, UK 
RBB - Air terjun di Bkt Jana ( bukan gambar asal ya)
RUD - Kolam di Generalife Garden, Spain
JKP - Pantai di Telok dalam Pangkor ( bukan gambar sebenar)

Hmmm....kenapa saya sendiri tidak perasan? Jadi...haruskah saya mengekalkan trademark itu untuk novel ke 5 saya? Mungkin...biarlah sampai cukupkan 5 dan selepas itu mungkin cover yang lain pula....
kenapa tidak berhenti pada empat sahaja?.Kalau ada yang bertanya. jawapannya, sebab saya suka angka 5...saya suka nombor ganjil..hahahah

Macam watak heroin saya yang semuanya bermula dengan huruf A. Selepas ke 5, ini mungkin saya akan menukar ke nama yang lain pula....cukuplah dengan  Alia, Adni, Amie dan Afi...selepas ini apa ya...? hmmmm.... 

Tuesday, June 29, 2010

Jeng..Jeng...Jeng



BLURP – JAUH KAU PERGI

 
Aku tidak pernah memilih dia sebagai pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian untuk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak pernah lebih dari yang sepatutnya. Sesungguhnya dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorang sahabat.

Namun SESUATU berlaku, menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih dari segalanya. Tetapi dia, ternyata bukan untukku. Aku bukan pilihan dia! Tetapi...menyerah kepada takdir itu bukannya bererti menyerah kalah, kerana manusia ditakdirkan untuk menang, bukan?

Rif ~ Muliakah hubungan yang dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yang tercemar keraguan? Untuk dia...aku sanggup hadapi segala-galanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya untuk dia...aku reda. Ada apa dengan dia yang menjadikan semuanya serba tidak kena?

Afi ~ Aku tidak mampu bersaing dengan masa silam, untuk terus melangkah ke hadapan. Betapa JAUH KAU PERGI....namun aku tetap setia menanti...

 
p/s - Novel ini BELUM BERADA DI PASARAN LAGI. Saya hanya memaparkan cover dan blurp sahaja untuk tontonan anda semua. Jangan cari di kedai...jangan cari di pesta buku Selangor...atau jangan cari di Pejabat Alaf 21, kerana buku ini masih belum keluar dari kilang. InsyaALLAH...bulan Julai nanti ia akan ada...Tunggu lampu hijau dari Alaf 21, yang mengatakan buku ini sudah berada di pasaran, barulah anda boleh bergasak-gasak, berduyun-duyun dan beramai-ramai menyerbu premis Alaf 21 untuk mendapatkan JAUH KAU PERGI ini..okay....

Friday, June 25, 2010

COUNTDOWN & MOU

Salam...

Tadi editor menelefon saya mengesahkan JKP memang akan mula berada di pasaran Julai ini. Ia juga termasuk dalam senarai Trio Julai bersama-sama dengan tut..dan tut..heehhehe..Wah! Syukur saya mendengarnya kerana sudah mendapat kepastian dan pengesahkan. Kalau tiada aral, Saya akan mempamerkan cover JKP mulai minggu depan.
Dengar kata editor saya juga, Insyaallah...kalau sempat, JKP mungkin akan berada di pesta buku Selangor yang mulai minggu depan...kalau sempatlah ya..Kalau tak sempat, terpaksalah menanti pihak Alaf mengedarkannya selepas pesta buku....Aduh!..Kalau diikutkan hati, saya lebih seronok dan teruja jika ianya keluar semasa pesta buku berlangsung....
Ya..lega betul saya..sekurang-kurangnya sebelum saya fly Sabtu depan, saya sudah boleh melihat JKP terpampang di blog saya ini.
Kata HA pada saya, kalau JKP sempat keluar, dia akan belikan dan serahkan JKP pada EF yang InsyaALLAH akan turut menghantar saya di KLIA nanti. Saya berdoa agar itu yang berlaku. Tidak seronoknya kalau pembaca sudah boleh membelek2 buku saya, sedangkan saya sebagai penulis hanya mampu berbuat demikian dua minggu selepas itu...Huwaaaa.....
Buat teman-teman dan pembaca semua...doa-doakanlah agar JKP sudah berada di pasaran minggu depan ya...

Pagi tadi, Lynn dayana menegur saya di ym. mengajak saya membuat MOU dengannya. Antara MOU yang dipersetujui ialah kami akan berlumba untuk menyiapkan mss yang seterusnya dalam masa 3 bulan. Iaitu bermula 20 Julai - 20 Oktober....Fuh! 3 bulan untuk menyiapkan sebuah manuskrip.
Lynn siap tanya bila saya return dr trip...saya kata 14 Julai...dan dia terus kata ok..kita start 15 JuLAI...Mak ai..saya katakan pada dia..memang tak nak bagi peluang saya rehat dulu ya..hehehhehe....lalu tarikhnya ditukarkan seperti di atas..
Hmmm....berjayakah saya? Terus-terang, saya tidak tahu kerana saya tidak pernah menulis sepantas itu....tetapi saya mahu menyahut cabaran itu...mana tahu pulangnya saya dari tempat itu nanti, saya menjadi lebih bersemangat...InsyaALLAH....

Tuesday, June 22, 2010

Ada apa dengan saya....

Salam...

Aduh, saya menghilangkan diri dari blog buat seketika lagi...Entahlah...kebelakangan ni banyak yang berlaku kepada saya menyebabkan hajat hati untuk terus menulis terbantut seketika. Saya masih menunggu bilalah masanya saya mendapat green light untuk memaparkan cover novel saya... Semakin hari semain meronta dan kadang kala rasa merudum juga rasa dihati ini menunggu khabar yang tidak kunjung tiba. Bilalah saya dapat berkongsi JKP dengan anda semua?
Minggu depan saya mahu terbang ke suatu tempat. Tak sangka...selama berbulan-bulan menunggu..tempohnya menjadi semakin singkat.Saya sudah tidak sabar mahu ke sana...dalam debar, saya berasa gementar juga...doakan segala-galanya baik untuk saya dan teman ya....
Hmmm....harap-harapnya sebelum terbang ke sana...saya mendapat khabar gembira mengenai JKP...Ya...saya sudah tidak dapat menahan rasa teruja ini lagi.....

Friday, June 11, 2010

Chocolate my Heart

Salam....

Apamacam cantik tak? Rasa nak makan ke nak buat hiasan? Hahaha...Kalau saya...hmmm rasanya tak sampai hati nak makan..lebih-lebih lagi nak patah-patahkan bentuk love itu. Aduha....Chocolate ini saya hadiahkan kepada editor saya kerana bersusah payah...sampai pening2 baca manuskrip saya..hahaha..ialah...kalau selalu mengadap manuskrip cinta tiba-tiba yang saya pula kill kill die die pula...spt kata awien, tune lari sikit kak..hahahha...
Apa pun terima kasih pada teman saya, nowwa chocs yang semakin kencang dengan bisnes coklatnya. Kepada sesiapa yang mahu menempah coklat untuk dijadikan hantaran, hadiah dan sebagainya boleh melayari laman web nowwa choc ini ataupun pergi saja di facebook beliau..macam-macam ada..

Surat terbuka utk kaum Hawa ( Sempena WORLD CUP)


Untuk semua kaum Hawa(para isteri yg tersayang),

Ayang,
Seperti yang sedia maklum,abang setiap bulan terpaksa menghadapi perangai ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap bulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati ayang tanpa gagal ketika kedatangan period ayang tanpa soal. Abang jaga ayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat besar nya pengorbanan yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama? Kini relakah ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang?

Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari 11hb Jun hingga 11 Julai 2010. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi Untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut, preskripsi dan cadangan di bawah ini telah disarankan:-

1) Dalam tempoh tersebut ayang dikehendaki sentiasa membaca berita sukan pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Jika ayang gagal melakukan perkara ini, ayang mungkin rasa terabai jika tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut.Oleh itu ayang janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam masa period ini.

2) Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa ayang akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran ayang bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi, abang yang akan memegang remote control dan hak memilih chanel yang digemari. Ayang dilarang sama sekali mengerling ke arah remote control pada masa tersebut.

3) Jika ayang terpaksa melintasi di hadapan tv di waktu tersebut,ayang hendaklah tunggsehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu kosentrasi abang.

4) Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta, pekak dan juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan ayang untuk membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah kepada ayang jika ayang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia untuk abang semasa perlawanan berlangsung.

5) Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan bersama abang tetapi ayang hanya boleh bercakap semasa half time atau commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abang pada masa ini terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau berada diambang kekalahan.

6) Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting.Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Ayang tak perlu merungut mengatakan bahawa "gol tu dah tengok kenapa nak tengok lagi?".

7) Ayang perlu memberitau saudara mara atau rakan karib bahawa jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi.

8) Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka ayang perlu bersiap sedia dengan kadar segera?

9) Selepas period abang ini abis..ayang dilarang merungut,"nasib baik world cup 4 tahun sekali jer?" kerana abang telah immune dengan rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English Premier League,Italian League,Spain League, UEFA Champion League,Piala Malaysia dan lain-lain.

Atas kerjasama dan timbang rasa ayang ini, jika pasukan yang abang sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut atau bola emas..pandai-pandai la ayang bodek abang untuk dapatkan hadiah? Jika sebaliknya? hendaklah ayang turut berduka...&...dilarang mengejek2...

Akhir kata. Majulah sukan untuk negara !!


Ikhlas dari: Abang yang sentiasa menyayangimu...


P/S - Saya pernah memaparkan n3 ini pada tahun 2006 sempena WORLD CUP di Jerman tak silap saya...

Wednesday, June 09, 2010

hibernate


Salam....


Saya benar-benar keletihan...apa yang berlaku sepanjang dua minggu ini betul-betul melelahkan jiwa...Tunggulah sehingga mood saya kembali untuk mencoret sesuatu di blog ini...saya mahu berehat seketika...harap-harapnya tidaklah lama...jangan berhenti dari terus menjenguk rumah saya ini ya....

Thursday, June 03, 2010

JKP2

Salam...


Baru sekejap tadi saya sudah menamatkan pembacaan Breaking Dawn...Kisah Edward dan Bella sudah saya tahu penamatnya. Sedih juga saya terpaksa berpisah dengan antara dua vampire kegemaran saya ini. Bukan sekadar Edward dan Bella...malah saya senang sekali dengan watak keluarga Cullen yang lain....
Ah sudahlah..kalau mahu bercakap tentang mereka memang tak akan habis. Saya mahu bercerita apa yang berlaku pada hari ini yang menyebabkan saya berasa sangat gembira dan ceria..hahahah (poyonya ayat)...
Sebentar tadi...saya telah diberi peluang untuk melihat cover novel ke 4 saya, iaitu JKP. Aduh!...saya sangat puas hati..saya sangat seronok kerana pada perkiraan saya, cover itu sungguh cantik...bertambah pula dengan menggunakan warna kegemaran saya. Hmmm..kalau mahu diikutkan hati, mahu saya pamerkan di sini, namun saya tahu...belum boleh lagi untuk saya uar-uarkan kepada anda semua...Hahaha..tetapi percayalah...anda akan teruja seperti saya....
Hmmm....tajuknya sudah...covernya sudah...blurpnya sudah...apa lagi ya? Ya...saya tidak sabar lagi memegang naskah ini....Walaupun sudah ke 4, namun ia tetap juga seperti menunggu kelahiran pertama...rasa excitednya tetap sama...

Tuesday, June 01, 2010

Memburu...

Salam...


Semalam lebih kurang pukul 11 malam, semasa saya sedang menelaah Eclipse, tiba-tiba adik saya menjerit sambil melompat atas sofa yang saya sedang berbaring. Fuh! lemah semangat saya sekejap bila tiba-tiba dia macam nak menangis dan cuba menyorok belakang saya. Saya peliklah. Apa yang dia nampak sampai tiba-tiba berbaring di lantai dengan laptop dia dan sekelip mata atas sofa saya. Dia tunjukkan sesuatu pada saya dan saya lihat. Lah!...ingatkan nampak kak ponti ke, En. toing...toing ke. Hmmm..saya sepatutnya tahu apa yang boleh menyebabkan dia memberikan reaksi seperti itu.
LIPAS!!!. Ya...dia ternampak lipas semalam. Ew..lipas tu agak besar dan adik saya memang macam terkena serangan jantung dah semalam. Untuk pengetahuan anda semua..dia ni memang takut / fobia dengan lipas. Fobia yang sangat-sangat. Bukan dibuat-buat. Kalau dia ternampak lipas kt dapur contohnya..dia tak akan berani jejak ke dapur melainkan dia dapat melihat mayat lipas tu..hahaha..kalau jumpa kt jalan raya..dia sanggup ikut jalan yang lebih jauh walaupun lipas tu mmg tak kacau dia pun...
Kadang-kadang saya naik geram dengan sikap dia.penakut sangat. Adakah begitu sekali kalau fobianya? Adakah ia diserang Entomophobia? Iaitu fobia terhadap serangga? Lipas itu kategori serangga kan? kan? kan?
Berbalik pasa cerita semalam..saya lah yang kena membunuh lipas durjana itu. Senang saja..ambil penyapu lidi dan belasah dia habis-habisan. Tetapi yang tak bestnya, bila dia melarikan diri dengan laju dan saya terpaksa memburunya..cewahhh.....Nasib saya baik...saya berjaya menjadi pemburu..hahahaha...

hmmmm......Bila Edward rasa  'Thirsty' dia pergi hunting kan? Saya pula semalam p hunting lipas...aduhai....