Posts

Showing posts from April, 2010

cerita ceriti

SALAM...
ALHAMDULILLAH...saya sudah baik dari demam, batuk, selesama dan sakit tekak yang menyerang saya sebaik sahaja saya tiba di Taiping. Kata orang, saya demam pesta buku yang berakhir pada hujung minggu saya ke sana. Kata Hezzy pula, saya demam sebab berpoya-poya ( hehehhe...hanya mereka yg tahu sahaja apa yg berlaku)...tetapi saya fikir saya mungkin terkena virus lynn yang turut demam bila kami bertemu. Tetapi walau apa pun, saya terima keadaan ini dengan lapang dada. Ditimpa musibah sekecil ini, harap-haraplah dosa-dosa saya turut sama terhapus. Saya mc 3 hari. Hari pertama demam saya kerja half day. Memang tak larat langsung nak bekerja. Esoknya saya ke klinik. Telan ubat dan hampir sepetang jugalah saya terlelap dek penangan ubat batuk dan ubat selesema yang memang membuatkan kita rasa mengantuk. Mak siap beri amaran pada saya. Nak makan ubat tunggu sampai rumah dulu...nanti ada yang tidur sambil pegang stereng karang. MInggu lepas metty balik dan bercuti panjang hingga ke hari…