Tuesday, December 29, 2009

Day1- Taiping - Baling - Alor Setar


Salam...
Pagi Jumaat Aku, mak, metty, ijat, Husna, sarah, adik, daiful, arumi dan Hadiff ( banyaknya) bertolak ke Baling, rumah Husna ( isteri ijat). Kalau mengikut plan memang tak rancang pon nak singgah baling sebab kalau nak berpatah semula ke Alor Setar tu macam jauh je. Tetapi terpaksa jugak pergi sebab nak mengambil kucing Husna yang ditinggalkan kat sana masa dia balik kampung beberapa minggu lepas. Sebab tinggal kucing tu pon sebab ijat kena p kursus di Ipoh seminggu. dan untuk seminggu tu dia hantarlah Husna balik umah mak dia...so bawaklah sekali kucing dan sangkar dia. Bila Ijat abis kursus, dia penat nak ke baling semula dan terpaksalah Husna ni naik bas. dah naik bas tu takkanlah nak bawak sekali kucing tu kan. Jadi...dah alang2 kami nak ke utara, Ijat pon ajaklah singgah sana untuk makan tengahari sekali.
Perjalanan ke Baling tu adalah kira2 2 jam jugak nak sampai. Ijat ajak singgah sampai malam sebab nak mandi air panas tu, tapi kepala masing2 dah menggeleng. Kalau boleh nak sampai Alor setar sebelum lewat petang. Sesiapa yang pernah p dan tinggal di Baling ni patutnya tahulah keadaan jalan dia yang tak berapa nak elok ni. Jalan rosak sepanjang perjalanan..kalau tak berlubang, penuh pulak dengan batu2 atas jalan. Ada jugak yang jalannya, masa aku ikut pergi kenduri ijat setahun yang lalu pun masih belum siap2 lagi. Mujurlah jalan ke kampung becah sawa tu dah ok sikit.
Sampai kat umah MIL ijat, si husna tak menyempat-nyempat cari kucing dia..ala2 rindu agaknya..hahahha...hmmm..sebelum ada anak ni...bermanja dengan anak kucing ajelah ya...Tapi tak apa...depa pun muda lagi. Sementara orang2 dewasa ni bersembang2...budak2 tunjuk kreatif masing2. Sangkar kucing tu yang jadi mangsa. Tengoklah pak cho ( Ijat) melayan karenah anak-anak saudara yang ikut sama tu.
Mulanya memang tak plan nak bawak arumi dan hadiff sebab depa baru balik dari pahang. sebab kenduri mak saudara depa. Infact sampai malam khamis tu...dan beg pun tak sempat nak punggah bila mak cakap nak bawak depa sama. Yelah..kalau tak bawak kesian pula sebab kami memang niat nak bawak budak2 tu ke gua kelam....Bila mak nak bawak budak2 tu ada dua reaksi dari kami semua. Aku setuju dengan pendapat mak. Yang lain tak berapa setuju sebab mengenangkan Arumi yang suka buat perangai bila dah berkumpul ramai2. Lagi satu mak bapak dia tak nak ikut sebab penat jadi takutlah kalau malam2 dia mencari pula mak dia kan. Jenuh macam mana nak hantar balik. Arumi kalau menangis Fuh...yang mendengarnya memang kena istighfar banyak2...Ynag boleh pujuk dia pun metty aje..Aku pun dia ikut mood. Ada masa aku boleh pujuk dia..dan beberapa banyak masa yang lain, aku memang mati kutu kalau dia menangis...
So...bila dah berbincang tu, kami bawalah juga. Kasihan pulak kalau ditinggalkan. Lagipun kami dah plan akan suruh depa bermain sampai penat, so malam tak meragamlah..hahha..keji punya mak saudara...
So...berbalik semula pada trip..lepas lunch dan solat, kami bergerak ke Alor setar. Aku drive kat belakang so, iJat yang lead. Boila tgk ijat guna jalan lain, kami diamkan dan ikut ajelah sebab tahu pergi alor setar ada bererapa jalan alternatif, cuma yang berzanya jauh dan tak jauh ajelah...Tak sangka pula sebab ijat guna jalan yang jauh...Aku dah gelabah dah..masa kat Taiping mak isi minyak, aku tak isi sebab minyak ada lagi. Aku bajet sempat sampai AS. tapi bila dah guna jalan jauh ni...stesen minyak langsung tak nampak. Aku dah cuak dah sebab lampu minyak tu asik2 menyala aje...Last2 jumpa jugak stesen minyak mini ...hahhaha..ala2 stesen minyak kampung yang ntah apa2 nama minyak nya ntah...( tapi mujurlah caltex)..
Lepas isi..teruskan perjalanan..Kami mengambil masa hampir 3 jam nak sampai AS. aku dah mengeluh sebab dari taiping ke AS pun dalan jangka masa yang sama juga. Mujurlah sepanjang perjalanan tu, kami disajikan dengan pemandangan yang indah..jadi tak adalah rasa nak marah sangat sedangkan aku tahu..ada jalan yang lebih dekat. Kalau aku tahu beginilah jauhnya..memang aku nak bertegas kat Ijat supaya ikut jalan yang pernah aku lalu dulu...otw..tu ada jumpa satu tasik...( tak tahu apa nama dia) cantik sangat...kalau ikutkan rasa hati nak aje aku parkir keta dan amik gambar...rasa rugi pulak tak amik pic masa tu...

Thursday, December 24, 2009

Zikir...

video

Aku suka mendengar zikir Hasbi Rabbi alunan Akhil Hayy ini. Boleh diakui semenjak pernikahan dia dengan Wahida beberapa bulan yang lalu, rasanya reputasi ustaz rock ini jatuh menjunam di mata masyarakat. Ya...masyarakat belum mampu menerima apa yang telah dilakukan oleh beliau. Bagi aku sendiri...hmmmm..aku tak nak komen banyak-banyak. Banyak benda yang aku tidak tahu untuk aku menjatuhkan hukuman kepada mereka yang terlibat. Apa yang berlaku hanya mereka dan ALLAH sahaja yang tahu. Cuma, aku agak terkilan...sungguhpun sudah hilang sayangnya terhadap isteri, mengapa anak-anak yang menjadi mangsa. ALLAH HUALAM.

Apa pun zikir ini tetap menjadi kesukaan aku. Suara rintihan Akhil Hayy ini benar-benar menusuk jiwa. Selain dari beliau, aku juga suka mendengar Ustaz Badrul Amin mengalunkan zikir. Ya Allah..rintihannya memang mampu membuatkan kita turut rasa mahu bertaubat...

p/s - Kalau mahu mendengar... sila silencekan saja lagu orangputih di bawah sana...

Cukuplah Tuhan bagiku..

ALLAH MAHA AGUNG

Tiada di dalam hatiku

kecuali ALLAH

Cahaya MUHAMMAD...selamat ke atasnya

Benarlah tiada TUHAN melainkan ALLAH...

Wednesday, December 23, 2009

makan2 time

Salam...
Dua hari lepas aku dan family (Ijat n husna, sarah, adik, daiful dan emak) dinner kat Secret Recipe. Al-maklumlah..malam tu semuanya ala-ala malas nak masak, so planlah nak makan apa. My suggestion makan pizza, ditolak mentah2 oleh adik2. Nak makan Mcd..Alahai..dah selalu sangat pula. KFC pun ala-ala boring aje. so...tinggallah SR as the last option. Malam tu..tekak masing2 memang tak berselera nak makan makanan melayu, so keowtow Dolly ke, Selera Malam ke, ataupun kedai makan Abe (di kawasan rumah aku..hehehe) memang tak masuk dalam senarai.
So..lepas solat maghrib konvoi 2 keta p tesco Taiping sebab SR hanya ada di sana. Dalam pada tu, mak pun nak beli barang untuk buat Tahlil ayah sama. Jadi...mak yang pada mulanya malas nak makan dekar SR, jadi ala-ala setuju nak pergi. ( Mak bukannya apa, bagi dia, mengeluarkan duit beratus-ratus untuk makanan adalah satu pembaziran)
Seperti biasa...bila dah ramai2 ni, mak memang kalah dengan anak-anak. Aku menu aku di SR memang tak pernah berubah. Setiap kali datang, aku mesti minta Prawn macaroni n cheese. Yang lain2 tu pun menu tak berubah...asyik2 tomyam kung.( tak nak melayu sekali makan resipe siam pulak..heheh). Tapi kali ni, adik kata dia nak sama dengan aku sebab setiap kali aku order, dia mesti nak rasa jugak aku punya. Bila aku suruh order, dia tak nak..tetap nak makan tomyam kung dia.
Jadi...dengan muka2 yang agak dikenali kat SR, tu aku pun order menu yang sama..tup2 pramusaji (waiter - kita bersastera sikit ari ni), kata prawn macaroni n cheese dah abis..huwaa...tension...tak dapat makan..frust sebab aku dah dok membayangkan kesedapan benda alah tu. Adik pun frust jugak sampai dia kata..adik ni tak boleh teringin benda langsung, sebab tak akan dapat...ahhaha..kesian dia.
Jadi dia seperti biasa..makan tomyam dan aku order beef lasagne. Bila makan dengan family ni, kitaorang memang berpassing2 pinggan. Aku nak rasa kau punya...kau nak rasa aku punya..so..dah macam jadi tradisi.
Masa mak makan spaghetti meatballs ( mak tukar menu jugak)..mak komen...' sedap lagi hang masak.' n adik rasalah lasagne aku n komen...' sedap lagi aku buat.'
Wahhhhhh....kat SR tu aku rasa macam terapung2 sekejap. Bila aku sendiri makan pun aku tahu, spaghetti n lasagne yang aku masak memang lebih sedap. So..moral of the story...daripada membayar makan yang beratus tu baiklah aku p beli bahan dan masak sendiri. Lebih jimat dan lebih sedap..hahahaha

Tuesday, December 22, 2009

tahniah adik

Salam....
Sudah menerima surat, Sarah akan melapor diri ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tat Beng, Trong. Harapan untuk mendapat di sekitar Taiping tidak berjaya tetapi kira oklah sebab tak adalah jauh sangat dari Taiping ni. Kira-kira dalam 35 minit perjalanan. Tak kisahlah mana-mana asalkan hasrat hatinya nak mengajar tu tercapai sudah. Kalau mengikut surat Sarah diminta mendaftar di PPD Ipoh 28 Dis ini.
25 Dis pulak kami sekeluarga akan ke Alor Setar (Rumah kakak sulung aku) kerana 27 Dis ni, kami akan menghantar Adik aku yang satu lagi ke Uitm Arau. Syukur ALHAMDULILLAH...hujung tahun ini, kami mendapat berita gembira yang berganda2. Adik yang kami panggil Adik itu juga nampaknya semakin tidak sabar untuk bergelar pelajar Universiti. Al maklumlah, lama juga dia menunggu sebelum permohonannya berjaya.
Dahulu semasa SPM, dia menerima keputusan yang agak baik namun tidak ada rezekinya untuk membuat Matrik, lalu atas cadangan kami sekeluarga, dia mengambil STPM. Adik ini otaknya lebih pandai kepada subjek kira2 ie ..akaun dan matematik. Antara kami semua, hanya dia dan Sarah yang masuk ke aliran sains sedangkan kami semua aliran sastera. Hmmm...aku pun tak ralat pun tak masuk kelas sains sebab otak aku bukannya otak math. Jadi, bila terpaksa bertukar ke aliran sastera semasa STPM, dia agak terkejut sedikit. Jadi, subjek yang dia ambil adalah ekonomi, Akaun, prinsip perniagaan dan PA...
Reading is not her strong suit...( semua maklum stpm ni kena banyak membaca), jadi result dia tidak berapa bagus. Walaupun kecewa, tapi seperti biasa anak2 Hj Mohd Nor dan Hajah Ramlah ini tidak mudah putus asa. Kami tak akan membiarkan kekecewaan menghalang apa yang kami mahu. Jadi...walaupun terpaksa bermula semula...akhirnya adik berjaya juga mengikuti kursus pengurusan bank.
Emak nampaknya yang paling gembira sebab mungkin emak risau, adik seorang sahaja yang belum lepas lagi. Yang lain sudahpun atau bakal bekerja. Lagi satu, emak cukup tak suka adik berkerja malam. Sementara menunggu, adik bekerja di Butik Pakaian tradisional. Jadual pulang harian lebih kurang pukul 9 malam. Mak memang sentiasa berleter tentang perkara ni. Ada masanya emak sampai sanggup offer adik duit asalkan adik tak bekerja lagi. Waktu siang tak mengapa, asal jangan waktu malam. Aku ketawa dengan keletah emak..Aku cakap pada mak..masa aku bekerja tunggu result stpm dulu pun aku balik dalam pukul 9 malam tapi mak tetap bagi juga...' seperti biasa jawapan emak...hangpa tak apa..." hehehee...bila mak jawap macam tu aku memang seronok sebab bermakna, emak percayakan aku. Emak tahu aku mcm mana..hahaha...
Hari ini, bertambah dengan berita Sarah, kegembiraan emak pasti berganda. Alangkah seronoknya kalau arwah ayah masih ada. Senyum ayah pasti sudah sampai ke telinga. Untuk adik dan Sarah...tahniah sekali lagi...
p/s - jenuh aku terpaksa menjadi driver untuk 2 orang budak ni. Sorang di arau, sorang di ipoh..masa selang sehari...Kalaulah boleh terbang mcam si Edward cullen tu kan best....

Tahniah Sarah



Salam....
Akhirnya...setelah lebih 2 bulan menanti dan terlewat dari kawan-kawan yang lain, Sarah berjaya juga mendapat penempatan untuk memulakan kerjayanya sebagai seorang guru. Ya..kami sekeluarga benar-benar bersyukur dengan perkhabaran berita ini walaupun minggu lepas sudah mendapat jawapannya. Namun selagi tidak keluar di website dan mendapatkan surat daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri, semuanya jadi tidak kena. Hendak bergembira pun rasanya agak terenjat sedikit. Manalah tahu..tiba-tiba sesuatu berlaku pula.
Ujian INSAK dan temuduga pertama, Sarah gagal. Lalu dia tersisih dari rakan-rakan sejabatan yang mendaftar untuk posting bulan 10 tempoh hari. Reaksi Sarah? Hancur luluh hati dia bila menerima surat daripada KPM. Mana tidaknya, untuk interview, dia dinilai dengan baik. Para penemuduga mengatakan dia memberikan jawapan yang jelas, dan lancar. Dan ada beberapa orang di antara temannya tidak menunjukkan prestasi yang baik ketika ditemuduga. Tapi, temannya ini lulus untuk posting dan Sarah sendiri gagal. Mungkin keadaan itu menyebabkan Sarah sukar menerima kenyataan.
Setelah bertenang dan melihat kegagalan ini dari aspek yang positif, kami menganggap bahawa bukan prestasi Sarah yang menjadi alasan, cuma bukan rezekinya sahaja. Kami kembali duduk berbincang memikirkan opsyen yang Sarah ada sekiranya Saran sememangnya ditakdirkan tidak mendapat tempat untuk mengajar. Opsyen yang boleh dilakukan dan yang kami jumpa adalah ;
1. Sambung buat Master dan memohon jawatan tutor
2. Memohon skim RLKA di USM ( di mana belajar sehingga PHD dengan perbelanjaaan USM dan bekerja dengan USM selepas itu) - Mujur CGPAnya OK.
3. Memohon jawatan guru bahasa di setiap Universiti yang terdapat kekosongan
4. Memohon jawatan guru bahasa di MARA
Ya..itu antara opsyen yang boleh kami fikirkan untuk ketika itu. Perlu diingat bahawa ketika itu, berita pembekuan mengenai posting guru ini sudah tersebar dengan kencang. Melalui sumber-sumbar dari pihak JPN sendiri mengatakan bahawa posting terakhir adalah pada bulan Januari 2010 sebelum akan dibekukan untuk tempoh 2 tahun. Kalau aku ditempat Sarah, sudah pasti aku juga bimbang. Masa depan untuk seketikanya terasa gelap. Namun mujurlah tidak lama selepas itu, Sarah dipanggil untuk interview kedua.
Selepas itu proses menunggu jawapan dari KPM sungguh membebankan. Dengar2 khabar bahawa keputusan akan keluar di laman web pada 17 dis. Satu malam Sarah tak boleh tidur memikirkan perkara ni. Sampai tarikh dimaksudkan, tarikh ditukar ke 21 Dis pula. Sarah sudah tidak sabar2 lagi. Lalu dengan selamba, dia menefon JPN perak untuk bertanyakan adakah namanya tersenarai. Jawapan...ADA...dapat posting di perak betul2 membuatkan kami gembira tapi sekali lagi telefon pihak KPM...jawapannya " Harap maaf..kami tidak menerima apa2 maklumat lagi" WTH...kalau dah list nama dah hantar ke JPN, macam mana pihak KPM tak dapat maklumat lagi. sedangkan list nama tu dikeluarkan oleh mereka. Nampak sangatkan...
Apa salahnya kalau KPM appoint seorang atau dua orang staff menguruskan hal ini. Ini nama sahaja berpuluh2 kakitangan dan direktori telefon dalam laman web...kalau tak enggaged, telefon tak berangkat..kalau berangkat jawapan mereka memanjang tidak ada maklumat lagi. hmmm..Patutlah kakitangan awam ni selalu mendapat kutukan orang. Aku yang kerja gomen ni pun rasa nak menyumpah saja.
Last2 panggilan Sarah lepas juga...dan dapat confirmation bahawa dia memang dapat di Perak. ALHAMDULILLAH....
dan pagi ini...laman web KPM sudah mengeluarkan keputusannya....Syukur sekali lagi...
Apa2 pun, buat Sarah...tahniah....ingat plan kita ek....2011...simpan duit tau..hahahaha

Sunday, December 20, 2009

Hijrah resolution

Salam...


Azam tahun baru aku tahun ini( Tahun Hijrah ya);


1. Menguruskan duit gaji dengan lebih teratur. Bukannya dalam seminggu semuanya licin. Dan jangan mempersoalkan kepada Sarah ke mana duit aku pergi....( Sebab Sarah akan kata duit aku tak hilang...semuanya dah abis aku belanjakan---Adik aku ni sanggup kira setiap sen gaji aku untuk membuktikan duit yang aku kata hilang setiap bulan itu bukannya hilang sebenarnya.)
2. Bayar hutang PTPTN dengan lebih konsisten yakni setiap bulan. Bukannya bayar sekali, miss 2 3 kali dan bayar sekali lagi. Hmmm...mungkin aku patut buat potongan gaji, jadi tak adalah aku mempersoalkan bila masa hutang pinjaman ni nak abis. Entahlah...sebenarnya pasal yuran pentadbiran yang dikenakan menyebabkan aku makin liat nak membayar. pasal benda alah inilah...hutang aku tak nampak susutnya. Kata kakak aku pula, itulah tak nak belajar betul2. Kalau macam diakan senang. Dapat degree 1st class...tak payah susah2 bayar hutang PTPTN..er...metty...kita share dua nak? hang bayar separuh? Boleh tak?
3. Menulis...menulis...menulis dan terus menulis. Hahahaha...azam yang tak berapa nak menjadi saban tahun. Aku rasa aku pernah menulis azam tahun baru untuk menulis 2 atau 3 buah buku setahun (duh), tapi seperti biasa aku berjaya menulis HANYA 1 buku. Teruk betul aku ni. Aku tahu... Aku kagum dengan sesetengah penulis yang mampu menulis sebuah manuskrip dalam masa sebulan, atau 2 3 novel setahun. Walaupun ada diantara mereka juga bekerja seperti aku..dan ada juga mempunyai komitmen lain. Macam mana ya aku nak contohi mereka ini? Ala dhiya...dah berapa kali dah kau dapat tips...kalau dah dasar malas tu..memang tak boleh buat apa ek...isk..isk..isk...
4. Nak jalan-jalan melihat negara orang dan negara sendiri. Untuk menjayakan azam ini, azam pertama dan ketiga perlu seiring dan diberi perhatian ya.
5. Itu ajelah kot. Kalau setakat nak jadi anak yang baik, umat Islam yang bertakwa semua tu, tak payahlah nak tunggu masa buat new year resolution. Itukan everyday, every second punya resolution kan...so lu fikirlah sendiri..

Thursday, December 17, 2009


SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI DUNIA.




Tuesday, December 15, 2009

Tuhan...kubisikkan...



Salam...
Hajat hati mahu ke sini tahun depan. Saja mahu berjalan-jalan mencari ilham sambil menghabiskan duit yang tak berapa nak ada tu. Rancangnya mahu pergi bulan Jun dan ditukar ke bulan April pula. Aku ditugaskan membuat itinerary sepanjang seminggu berada di sana. Jadi...bila bosan-bosan di library ni laju je aku menggoogle tentang Western Aussie ni dan memilih mana tempat yang menarik. Pada mulanya aku memang macam tak berminat ke negara Kanggaroo ni. Infact tak ada pon dalam my wish lists negara yang nak diterokai. Tapi sejak aku mengoogle dan melihat serta membaca komen-komen pengunjung yang sudah tiba di Perth ini aku pun ada rasa sedikit suka dan teruja.
Jadi...bertambah rajinlah aku mencari maklumat. Haha...memang kelakar kalau nak diikutkan macam mana aku begitu rajin mentelaah keluasan bumi Austaralia ini esp bahagian Western Aussie ni. Ya...seminggu tidak cukup. Hanya boleh berjalan sekitar Perth dan kawasan yang berdekatan sahaja. Kalau mahu ke Shark bay, Denham ataupun Monkey Mia untuk melihat dolphin...jaraknya sahaja sudah sejauh 800km lebih dari Perth. hendak menyewa kereta dan bermalam..bemakna sudah lari bajetnya. Rasanya kalau sampai pun mungkin hanya setakat Jurien Bay dan Pinnacles sahaja. Jadi...bersama itinerary yang tak berapa nak siap...aku sudah berangan-angan menjejakkan kaki ke sana.
Ya...kata orang jangan seronok sangat sebab selalunya musibah akan menimpa. Kata orang lagi..jangan ketawa sangat kelak akan menangis pula. Apa yang berlaku? Alhamdulillah...tiada apa yang berlaku kepada aku namun dugaan yang menimpa seorang sahabat menyebabkan aku tersedar bahawa hidup kita ni dunia ini amat singkat sekali. Kadang-kadang apa yang kita rancangkan tidak menjadi kenyataan. Allah memberi nikmat dan dalam sekelip mata nikmat tu boleh ditarikNYA kembali. Dan andainya kita ini cetek sekali imannya, kita akan mempersoalkan kenapa ini yang berlaku. Kenapa mesti kita?
Kata emak sewaktu aku mahu ke Spain, dari aku habis beribu-ribu ke negara orang putih tu, lebih baik aku ke menunaikan umrah, takpun simpan duit terus utk mengerjakan haji. Dapat jugak pahala. Reaksi aku waktu itu, hanya tersengih sahaja. Masa tu aku tak nampak benda lain dah. Aku nak ke sana jugak. biarpun habis hampir 10k, aku tetap tak kisah. lagipun aku kata dengan mak...nanti cheq( aku bahasa diri aku cheq di rumah) pergilah. Tak sampai seru lagi kataku walaupun teringin juga mahu ke sana.
Kali ini aku mahu berjalan lagi. Emak berbunyi lagu yang sama. Kalau nak habiskan duit tu pergi beribadat tak apa jugak. Ni balik-balik pergi negara orang putih. Apa yang hang dapat? Sekali lagi aku tersengih. Dan jawapan aku juga sama. Kali ini aku sudah siapkan tarikh mahu pergi. Aku kata " tak apa mak...cheq dah plan nak p tahun 2011 ni. Bagi cheq betul2 sedia dulu nak pergi sana" kataku pada emak.
Ayat selamba emak pula menjawab " kot sempat hang nak p." Er..er..memang terkedu jugak aku masa tu. Memang tak boleh dah membalas kata-kata mak.
Dan...sahabat yang aku kasihi, impiannya untuk mengerjakan umrah tahun ini tidak berjaya kerana musibah yang menimpa dirinya. Sebelum ini dia ada mengajak aku untuk menunaikan umrah bersama ( sepatutnya bulan ini) namun seperti biasa..aku yang jahil ini menolak dengan alasan belum bersedia.
Kejadian yang menimpa terus membuatkan plan aku ke Aussie menjadi tawar. Kata-kata emak semakin terngiang-ngiang. Aku tahu kalau tunggu aku bersedia...entah bila aku akan diberi nikmat untuk bersedia itu. Dan andai kata aku pergi sebelum berpeluang sujud di bumi Haram itu, bagaimana? Ya...menunaikan rukun ke 5 itu wajib kepada yang berkemampuan. Buat masa ini aku belum berkemampuan untuk menunaikan haji. Namun...kalau diizinkan ALLAH...aku mahu menjadi tetamunya di sana. Teringat aku pada lagu DEMI MASA dari kumpulan Raihan.
Demi masa sesungguhnya
manusia dalam kerugian
melainkan yang beriman dan beramal soleh.....
inagt 5 perkara sebelum 5 perkara
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati
Ya..tiada jaminannya bahawa dalam hidup ini aku berpeluang menjadi tetamu ALLAH walaupun ketika ini aku mahu sangat-sangat ke sana. Di saat dan ketika ini, aku hanya mampu memohon dan mengharap pengampunan dari YANG MAHA KUASA. Aku hanya mampu berharap bahawa apabila tiba dan saat ketikanya nanti, aku mampu menjejakkan kaki ke sana. YA ALLAH...permudahkanlah urusan hambaMU ini...Ya RABB...hanya padaMU aku bersujud....

Saturday, December 12, 2009

Pertemuan kita di suatu hari.....



Salam...
Seperti yang aku katakan sebelum ini, hari sabtu aritu aku ke Ipoh sekali lagi. Kali ini adalah untuk Majlis perasmian buku-buku penulis Perak dan juga perasmian buletin pertama pihak Perpustakaan Awam di mana aku adalah termasuk dalam sidang redaksinya. Majlis bermula jam 11 pagi dan mujurlah aku sampai sepuluh minit awal sebab kalau diikutkan aku sudah lambat bertolak dari rumah kerana membawa 2 orang adik sekali. Hajat hati nak bawa emak tapi mak ada hal di Kuala Kangsar. Sarah pula pergi kenduri kahwin kawan dia, jadi hanya kami bertiga sahaja yang pergi ke Ipoh pagi tu.
Kalau semasa sesi bertemu penulis hari Khamis tu hanya ada 4 orang penulis, kali ini ada 8 orang penulis dari Perak yang berjaya menghadirkan diri. Sembang dengan semua, barulah aku tahu bahawa sesi bertemu penulis diadakan juga pada hari Jumaat. hmmm..Patutlah aku tak bertemu dengan yang lain2. Tapi elok juga dibuat dua sesi itu. Setiap penulis berkesempatan mempromosi produk masing-masing kan.
Yang aku rasa sedikit frust tu sebab pada hari Jumaat tu, mereka menjemput seorang penulis buku masakan Minang dan beliau telah membawa kesemua sample makanan yang terdapat dalam resipi buku masakan Minang tersebut. Komen dari seorang penulis lain yang menyatakan kesemua hasil masakan itu sedap semakin membuatkan aku kecur liur.hahahah...Rugi tak datang hari tu.
Lebih kurang pukul 11.30 majlis bermula. Aku sememangnya tak tahu apa yang akan berlangsung pada pagi ini. Inikan kami datang memeriahkan majlis perlancaran semata-mata tapi bukan setakat itu, setiap penulis diminta ke pentas dan menyerahkan hasil karya masing-masing kepada YB. Selepas gimik pelancaran dibuat, YB meminta untuk bergambar dengan semua penulis jadi sekali lagi naiklah ke pentas dan ketika itu aku ternampak seseorang. Rupanya En. Razalli, pustakawan (kanan kalau tak silap aku) di UPSI ada bersama di kalangan penonton.
Wah...aku memang terkejut. Dah lama sangat rasanya aku tak melihat wajah2 familiar staff library UPSI. In fact masa aku sampai tu, aku terlihat Prof Dr. Bukhari Lubis ada bersama. Beliau juga merupakan kakitangan UPSI dan juga salah seorang penulis yang diraikan. Entah mengapa, aku teruja sikit tgk Prof sebab semasa aku di UPSI, aku selalu berhubungan dengan beliau kerana aku menguruskan Inter library loan ( ILL). Kiranya selalu jugalah aku menolong Prof ni mendapatkan buku yang tiada di Library UPSI dan aku akan meminjam di Library universiti lain yang ada bahan yang dikehendaki.
Setelah majlis selesai, aku dijemput untuk menikmati hidangan tengah hari. Dan sekali lagi aku terkejut. Bukannya sekadar muka En. Razalli dan Prof yang aku lihat tapi beberapa orang lagi kakitangan library yang turut sama memeriahkan majlis ini. Aku jumpa Hasrul, Kak ina paje, kak Ina Khalid, kak Noriati di sana. Bila dah berjumpa, baru terasa rindunya dengan kesemua mereka ini dan mereka yang masih berada di Library sana. Iyalah...3 tahun aku di sana. Ada sesetengahnya aku akrab seperti saudara sendiri. Ada pahitnya dan Ada yang begitu manis sekali. Walaupun sudah lebih 3 tahun aku di tempat baru, rasanya macam baru sebentar saja aku meninggalkan UPSI.
Ada yang bujang ketika aku pergi, sudahpun berkahwin dan menimang cahaya mata. Ada yang sudah berkahwin terus menambah zuriat. Ada juga yang sudah naik pangkat. Ada ketikanya ia masih kekal sama tapi aku tahu banyak yang sudah berubah. Dalam proses selama 3 tahun itu benar-benar mengubah hidup seseorang. Aku juga sudah berubah. Cuma mungkin yang kekal aku masih single n available aje..hahahha....

Friday, December 11, 2009

Korean drama - EAST OF EDEN


~ dong chul oppa~

Salam...

Aku sedang melayan korean drama ni " East of Eden" yang sedang ditayangkan di tv 2 jam 12.30-1.30. Bila aku balik lunch kat rumah sempatlah tengok dalam setengah jam je. Oleh kerana cerita ni best sangat dan aku tak sabar nak tahu ending cerita dia, jadi untuk kesekian kalinya aku melawat kedai cd kat Taiping Sentral ni ( Yang aku asik tersilap panggil KL sentral..hahahah...) dan berjaya membeli dvdnya dengan harga yang agak murah. Hmmm...aku tak beli yang ori..mahal sangatlah..RM129.90. Aku beli yang local punya dan nasib baik kualiti gambar pon ok...

Jadi...bila dah ada dvd ni, memang aktiviti penulisan aku yang selalu tertangguh tu jadi semakin tertangguh la. *sigh*. Apalah nak jadi dengan aku ni? Kalau jadual rancangan tv cepat je aku ingat tapi disiplin penulisan aku ni memanglah azab. Kalau aku ni penulis sepenuh masa mungkin aku dapat mendisiplinkan diri gamaknya. Iyalah..kalau malas menulis bermakna buku tak keluar. Kalau tak ada buku bermakna tak adalah..income..nak makan apa? Hutang piutang siapa nak bayar? hehehe...Mujurlah aku menulis part time saja. Kalau tidak, adalah nanti berita seorang penulis makan maggie je hari-hari.

Tak apalah..bersambung kepada cerita di atas. Kalau korang minat pelakon Song Seung Hun aka Dong Chul Oppa ( nama wataknya dalam EOE ni - Pelakon cerita Autumn in my heart n Summer scent n banyak lagilah)..korang harus mendapatkan cd cerita ni. Setelah aku dihidangkan dengan lakonan ala2 slow n steady dari oppa, akhirnya aku melihat oppa bangkit dengan lakonan yang lebih mantap dan berkesan. Sebenarnya aku pernah menonton oppa dengan another oppa, Kwong sang woo( hehehe) dalam citer apa ntah tapi watak dia memang nampak hero abis. Bukannya lembik macam 2 cerita yang mempopularkan dia di atas tu. Kalau tgk pic dia kat atas pon agaknya korang boleh agakkan watak dia macam mana kan? Setelah menonton beberapa siri...aku memanglah teramat puas hati dengan cerita ni esp scene yang membabitkan oppa. ( dlm citer ni oppa naik motor berkuasa tinggi..mengingatkan aku pada Izz Karami pula...)tapi heroin dia agak kurang umph la..maklumlah pelakon baru jadi chemistry tu tak berapa nak ada. Bila scene dia dengan oppa je nampak sangat kekurangan dia..mungkin sekadar watak 2nd heroin boleh kot.

Le dae hee pulak ( popular dalam drama My girl)...watak dia agak sedikit lembab. Memang nampak kurang bermaya dan bertambah pulak dia nampak makin kurus. Macam sakit aje minah sorang ni. Apa pun cerita ni bukan typical korean drama yang dari awal pasal cinta aje..tapi lebih kepada aksi dan bunuh2 bagai. Cerita tentang dendam....ala2 cerita Green Rose ( Lakonan Lee Dae Hee jugak dengan Go su Oppa...hehehe)...So memang kena sabar banyak2 nak tgk cerita ni tapi memang berbaloi-baloi.

Hmmm..aku ni sendiri tak abis tengok. Memang nak kena marathon ni macam aku marathon greys anatomy dr season 1 - 5 aritu. Kalau tak marathon, memanglah manuskrip aku akan bercendawan dalam lappy ni...isk..isk...

Thursday, December 10, 2009

Karnival Mega book_sale@library


Salam...

Pagi ini aku tak masuk office sebab aku ke HQ Ipoh sempena Karnival Mega book_sale@library yang berlangsung hari ini hingga 12 Dis 2009. Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk menjemput warga Ipoh khasnya dan Perak amnya supaya turut sama memeriahkan Karnival yang berlangsung ini. Oran ramai dari negeri lain pun dialu-alukan datang. Maklumlah tengah cuti sekolah sekarang ni. Kalau nak balik kampung di utara, mungkin boleh singgah sebentar di Ipoh.

Sebenarnya kedatangan aku ke sini atas dasar arahan pihak atasan. Aku ingat lagi kata2 pegawai yang menjemput dalam telefon kepada aku " Samada aku nak datang ke, tak nak datang ke, aku kena datang jugak."(nasib baik bercakap dalam nada gurau) Hehe..Aku katalah...aku akan datang. Bukannya apa...nak bagi sokongan pada jabatan sendiri. Walaupun aku di Taiping, takkan tak boleh beri kerjasama kan. Lagipun kehadiran aku ini untuk meraikan anak-anak perak yang bergelar penulis dan ditambah lagi aku seorang kakitangan library...itu yang jatuh hukuman wajib tu.

Ist melalui telefon aku sepatutnya akan muncul untuk sesi bersama penulis ( sesi signing buku, promote hasil karya sendiri), Aku pun setuju ajelah walaupun aku terfikir jugak...ada ke orang nak beli buku aku nanti. Haha..tak kisahlah kan...

Tapi tadi bila aku sampai...tup2 di sudut tepi dalam library tu siap ada pentas dan ada beberapa buah kerusi. Dekat backdrop tertulis ' Sesi Bual Bicara bersama Penulis Perak'. Er...er..blur kejap aku. Sejak bila plan berubah ni? Bila aku jumpa staff yang incharge, dia terangkan beberapa orang penulis yang dijemput sekali dalam sesi bual bicara ni. Aku dah berdebar ni. Aku ni jenis tak suka / pandai berkomunikasi dengan orang. Nak nak pulak dalam majlis ilmu macam ni. Dahlah tu...perkara ni tak dimaklumkan lebih awal. Kalau pun ada perubahan rancangan...calling2 lah ye tak...bukannya depa tak tau aku kat mana. Kalau suruh aku mengarut boleh je...memang laju je aku. Tapi...dalam berdebar tu aku teruskan jugaklah.

Selain aku ada 3 orang penulis lain seperti Dato' Dr Amar ( Pakar pediatrik kat Ipoh) - Beliau menulis buku mengenai burung. Dan atas dasar minat, buku itu diterbitkan sendiri dengan menggunakan modalnya sendiri. Kagum kejap aku dengan Dr Amar ni. Orangnya sangat polite dan tenang. Menurut katanya, dia sudah berpuluh2 tahun mengkaji mengenai burung sebelum diterbitkan dalam bentuk buku kerana mahu berkongsi minat dengan pembaca yang mempunyai hobi yang sama.

Penulis kedua, menulis dengan Pekan Ilmu...bernama JULIA. ( Maaf sebab aku tak ingat nama penanya) Tapi semasa menunggu sesi bual bicara bermula, baru aku tahu rupanya kami satu fakulti di Uitm dulu. Mujur dia yang bertanya dahulu dan akhirnya ingat juga aku dengan dia setelah dikenalkan nama panggilan semasa di U dulu.

Penulis ke 3 pula bakal menerbitkan buku sejarah dengan PTS. Beliau ialah En. Salehuddin, seorang editor di PTS dan terlibat dalam memasarkan produk untuk PTS.

Aku tak tahulah prestasi aku mcam mana semasa sesi tu...tapi bila aku tanya pada adik aku dia kata aku ok aja. nampak yakin dan suara pun tak menggigil. Bagi jawapan pun bernas je. Dia kata dia pun takut jugak kalau aku mengarut je tadi. hmmm... Ada ke patut? Tak sokong kakak dia langsung.

Secara keseluruhannya....Aku gembira dan seronok terlibat dalam sesi temu bual ni. Aku rasa ini pertama kali PPANPk mengadakan majlis bual bicara seperti ini. Aku rasa ianya wajar diteruskan di masa2 akan datang. Selain mempromosi penulis dan karyanya...dapat jugaklah library tu mempromote perkhidmatan mereka kpd orang awam kan. Manalah tahu...selepas2 ni makin ramai pula penulis dari Perak akan lahir? Insyaallah.

Dari segi kekurangan? Sudah pasti ada. Walaupun duduk hanya beberapa jam, kalau aku diberi peluang untuk terlibat dalam post mortem selepas Karnival selesai..memanglah akan panjang list aku. Tapi tidak perlulah aku sebut di sini. Harap2 selepas ini, makin pendek senarai tidak puas hati aku..hahaha...

Hari sabtu ni sekali lagi aku akan ke sana untuk pelancaran buku dan buletin pula. *sigh*

Tuesday, December 08, 2009

psssst..ssssstttt....ssstttt



Salam....

Malam semalam sempena hari Lahir Mak, aku bawa mak dan adik-adik makan di Kenny Rogers...hmmm..dah lama tak makan di tempat lelaki yang menyanyikan antara lagu kesukaan aku iaitu Lady tu. Kalau korang tengok wajah emak kat atas mesti rasa musykil kenapalah mak aku ni masam aje mukanya. Nak tau? hahaha..sebabnya mak aku tengah mengantuk. Jenuh jugak aku memujuk dia supaya ikut kami. Nasib baiklah emak nak ikut kalau tak, memang tak bermaknalah kami keluar malam tu. Tapi emak biasalah...mana boleh mengantuk lama-lama. Lepas makan emaklah yang paling cergas masuk satu kedai ke satu kedai. Aku ikut sahajalah...Lagipun berjalan dengan family ni memang seronok. Kalau lagi ramai lagi best. Yang tak bestnya kalau budak2 buat perangai. Nanti sorang2 makcik depa naik hantu. hahahah...
Lepas makan dan membeli serba sedikit, kami pun balik le..dalam lebih kurang pukul 10 lebih. Selalunya urusan mengunci dan membuka pintu ni kerja si Sarah namun bila malam tu aku malas nak drive, jadi secara automatiknya akulah kena membuka pintu. Selepas ini terjadilah episod yang mencemaskan dalam hidup kami semua...Nak tahu? bacalah....
Kat rumah aku ni, ada 2 pintu boleh masuk. Satu pintu sliding dan ada satu pintu kayu. Bila ke mana-mana, kami akan gunakan pintu kayu je sebab malas nak membuka gril dan sebagainya. Jadi semasa aku terkial2 mencari anak kunci, adik aku terdengar bunyi deseran ...sssst...ssst..Dia tidak menyebut secara terus tapi dia cakap dia ada terdengar bunyi alif wau lam ro ( siap eja jawi lagitu). Mulanya kami tak percaya..aku terus buka pintu dan adik aku dengan menggunakan handset dia cubalah suluh ke arah bunyi tadi dan sebaik sahaja lampu disuluh..bunyi tu kedengaran lagi. Apa lagi cepat-cepat kami masuk ke rumah dan panik sekejap. Walaupun benda alah tu kami tak nampak lagi tapi adik aku yakin dia tidak salah mendengar. Untuk pengetahuan semua, mak aku memang fobia dengan ular. Fobia yang sangat-sangat. Kalau ada istilah lain yang boleh mengatasi ayat fobia. itulah dia. Ular ni mak aku langsung tak boleh tengok. Kalau kami sedang tgk national geografic pasal benda alah ni..memang kami akan beri amaran awal2 pada emak..jangan pandang belakang..er silap...jangan pandang tv.
Bila dah ada dalam rumah tu kami bukak sliding window dan mencari dengan lampu torchlight. beberapa minit kemudian, adik aku kata dia dah jumpa. Rupanya benda alah tu dah kekenyangan makan 2 ekor hamster adik aku. Siap lepak dalam sangkar hemster tu lagi. Kitaorang bila dah nampak benda hitam berkilat tu apatah lagi. memang panik. Fobia emak memang melekat pada kami. Kami call jiran sebelah untuk minta tolong. Pakcik sebelah rumah datang bawak tongkat. Alahai...tak tergamak pula nak suruh pakcik tu bertarung dengan ular tedung. Jiran aku suruh masak air panas sebab nak siramkan kat ular tu tapi memikirkan risiko, kami kata nak telefon bomba. Bila dah call tu, bomba kata depa akan hantar pihak JPA ( Jab. Pertahanan Awam) datang ke rumah.
Sementara menunggu tu adik aku terus menerus menyuluh ular tedung tu sebab takut dia lari. Andai kata dia lari, sekurang-kurangnya kami tahu mana arah ular tu pergi. Bila pihak JPA tu datang dengan lampu lip lap2 memang menjadi tarikan orang. Dalam beberapa saat, perkarangan rumah aku dipenuhi orang. Masing2 nak melihat apa yang berlaku sebenarnya.
Ular tedung itu tidaklah sebenar mana. Dalam kategori mahu menginjak remaja agaknya tapi begitu aktif dan mahu menyerang. Walaupun pada mulanya dia kekeyangan, dia sanggup meluahkan balik hamster yang dah ditelan tu untuk melawan. Bayangkan hampir setengah botol ridsect pihak JPA tu sembur nak mamaikan dia tapi tak berjaya.
Pihak JPA yang seramai 5 orang itupun begitu berhati2 untuk menangkap ular yang agak agresif tu. Bayangkan dalam semua perhatian tertumpu pada ular tu, dia hampir2 dapat melarikan diri. Kitaorang yang tak ketinggalan menyaksikan adegan tu memang menjerit sekejaplah. Tapi Sepandai2 ular melingkar, pandai lagi pihak JPA tu. Akhirnya ular tu pun berjaya ditangkap.
Bersambung kepada cerita emak aku pula....sepanjang masa pihak JPA tu bertungkus lumus, emak hanya menunggu di dalam rumah. tidak berani langsung melihat apa yang berlaku. Dan dalam menunggu tu emak tetap panik. Nasib baik kami adik beradik tahu bagaimana nak handle keadaan emak ( mak ada penyakit jantung, dan darah tinggi dan sepanjang masa kami kecil dulu mak sakit teruk kerana lelah). Jadi sepanjang malam emak takut nak tidur. Kami periksa setiap lubang pintu, setiap bawah almari dan meja...manalah tahu..ada yang menyorok dalam rumah pulak.
Di kawasan rumah aku ada bukit kecil penuh dengan hutan lalang. Pagi tadi ada jentolak masuk dan menarah bukit tu. Aku kata pada mak...ni dah jentolak masuk ni ..adalah benda alah tu nak turun. Mak pun mengiyakan aja. Dan malam sebelum keluar makan, emak menegur keadaan rumah yang bersepah sebab banyak kain tak berlipat. Kata mak...dekat kain baju hangpa ni..ular sawa pun boleh menyorok. Hmmm...Hari ni mulut emak dan mulut aku benar2 masih. Ular memang datang ke rumah kami. TAKUTTTTTTTTTT....

Monday, December 07, 2009

SELAMAT HARI LAHIR, MAK


Salam....


Hari ini hari lahir mak. Hari ini mak genap berusia 59 tahun. Siapa sangka untuk 3 tahun kebelakangan ini mak menyambut hari lahir tanpa suami di sisi. Banyak yang aku hendak ceritakan tentang mak. Sama ada n3 ini akan menjadi terlalu panjang atau terlalu pendek dek kerana aku tidak mampu untuk menghuraikan segala jasa dan pengorbanan yang telah mak lakukan untuk kami sekeluarga.

Seumur hidup mak tidak pernah memenangi anugerah ibu mithali yang diadakan saban tahun tetapi bagi kami, gelaran itu tidak penting. Sesungguhnya untuk ke 7 anak emak memasuki universiti baru memungkinkan gelaran itu diberikan, rasa aku tidak payahlah. Jasa dan pengorbanan emak tidak boleh dinilai sekadar itu. Kalau kejayaan emak diukur hanya kerana semua anak emak menjawat jawatan tinggi, tidak adil rasanya. Bagaimana mungkin kejayaan seseorang insan itu diukur dengan pangkat, harta dan jawatan? Bukan itu sahaja yang penting dalam hidup kita ini. Ada banyak lagi aspek yang boleh dinilai tetapi sudah dasarnya bernama manusia, tetap memilih untuk melihat yang cantik-cantik dan molek-molek sahaja. Biarlah... Tidak perlu orang tahu apa pengorbanan mak. Tidak perlu dicanangkan apa yang telah emak lakukan kerana bagi kami, di setiap helaan nafas dan setiap detik hidup kami, emaklah orang yang paling kami sayangi dan hargai.

Bila emak melahirkan aku usia emak menginjak 28 tahun dan bila emak sebaya aku, emak sudah 4 orang anaknya sedangkan aku masih sendiri.*sigh* Jangan salah faham. Aku tidak pernah menyalahkan takdir. Aku cuma mahu membandingkan apa yang telah emak lakukan ketika seusia aku tapi sampai matipun aku tidak akan mampu menggugat kedudukan emak.

Aku tidak tahu bagaimana hubungan orang lain dengan emak mereka tetapi dengan emak, kami boleh bercakap apa sahaja. Sebagai anak ketiga lebih tua...aku dan kakak mendapat lebih keistimewaan daripada adik2 yang lain. Kalau hendak ke mana-mana, minta izin saja dengan emak..walaupun hendak ke KL seorang diri, emak izinkan sahaja. Tetapi bila adik2 aku mahu mengikuti rombongan sekolah (yang sah2 cikgu ikut sama), panjang saja soalan emak. Bila aku tanya emak kenapa dengan aku dan kakak senang je nak ke mana2. Jawab emak...Emak tahu hangpa mcam mana. Cara didikan kami dengan adik2 dulu lebih berbeza. Kalau masa kecil, emak memang tegas dengan aku dan kakak. Emak memang garang. Aku pernah diikat pada katil kerana bermain sampai maghrib dan degil bila emak suruh balik mandi. Kakak aku pernah dicili mulutnya sebab mencarut (memang kelakar cerita ni sebab kakak aku menyebut ayat yang mereka sendiri tak tahu dan faham). Kakak aku masa darjah 5 sudah pandai mengurus diri dan adik2. Sudah pandai memasak. Pendek kata seawal usia 11 tahun kakak aku sudah menjadi 'ibu' pada adik2nya.

Aku seumur 19 tahun sudah menyewa rumah. ( Kalau bekerja tak apa jugaklah kan..tapi aku masih bersekolah). Ketika ini keluarga aku sudah berpindah semula ke Taiping tetapi aku masih bersekolah di Port Dickson kerana tidak mahu bertukar sekolah. Aku ingat lagi aku duduk sendirian ketika STPM. Sorang2 pergi sekolah. Balik beli makan dan melepak dalam rumah sampailah exam abis. Emak tak datang temankan aku. Kakak aku pun tidak datang temankan aku. Aku yang tak bagi mak datang sebab kesiankan adik2. Dan bila aku membandingkan apa yang adik aku lakukan ketika berumur 19 tahun, memang berbeza sekali dengan aku dan kakak dulu. Sememang, didikan emak membuatkan kami lebih dewasa sebelum masanya. Kami membesar dengan emak kerana ayah selalu ke luar negara. Tuntutan kerja ayah selalu menyebabkan ayah jarang bersama kami.

Jadi...emaklah sajalah ketua keluarga yang menguruskan segala-galanya. Bila ayah pulang, laporan emak tentang kelakuan kami memang panjang berjela. Kalau emak garang, ayah lagilah pula. Mungkin sebab itu disiplin kami terbentuk. Kami lebih pandai berdikari daripada adik-adik yang lebih mengharapkan ayah dan emak melakukan segalanya. Semasa emak mengandungkan adik aku yang ke 6, ayah terpaksa ke Amerika selama setahun. Emak dimasukkan ke hospital kerana darah tinggi lalu tinggallah aku dan adik2 yang lain diuruskan oleh kakak sulung. Tapi masa tu dugaan kami bertambah apabila aku dan kakak terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke hospital yang sama. Ayah pula apabila diberitahu tentang kemalangan itu, tidak dibenarkan pulang oleh pihak ATM kerana kecederaan kami tidak teruk.(adake patut).

Aku suka bercerita dengan kawan2 tentang akrabnya aku dengan emak dan ayah. Aku kadang2 tak faham kenapa ada yang hanya rapat dengan ibu atau ayah sahaja kerana aku rapat dengan kedua-duanya. Sesetengah kawan aku langsung tidak bertegur sapa dengan ibu atau bapa mereka. Keadaan itu membuatkan aku rasa bersyukur sangat dikurniakan emak dan ayah seperti apa yang aku miliki sekarang.

Ya...n3 ini sudah semakin panjang tetapi itu belum pun sampai kepada apa yang aku mahu ceritakan mengenai mak. Aku hanya mampu berkongi sedikit cuma kerana kalau mahu mencerita tentang emak mungkin memerlukan aku menulis beberapa buah novel agaknya. Aku harapkan di usia emak sebanyak ini, aku tidak akan selalu melukan hati dia. Aku harapkan emak bahagia walaupun aku tahu emak sedih kerana ayah sudah tiada. Aku doakan yang baik-baik sahaja untuk emak. Kalau aku mempunyai kuasa, memastikan kebahagian emaklah yang paling utama. Semoga mak di rahmati ALLAH selalu. Amin. SELAMAT HARI LAHIR, MAK.

Friday, December 04, 2009

dah ok...

Yeah...
Siaran langsung dari rumah. Streamyx dah ok. Lega tak terkata bila angkat telefon berbunyilah nada tu. Oklah...just nak inform internet dah ok semula...seperti biasa...mood menulis merudum malam ni. Manusia ramai sangat kat umah ni. Al-Maklumlah cuti sekolah. Kakak aku n anak2 dia balik. Bila dah berkumpul ni biasalah...semua kerja tak jadi. Dok asik bersembang aja. Bangun tido bersembang. Sebelum berkemas bersembang. Masa memasak bersembang. Dari pagi membawa ke petang dan malam, memang tak abis-abis kami adik beradik bergossip. Cerita yang dah berbulan-bulan pun boleh jadi hangat kalau dengar kami bersembang. Perangai kami ni mak dah arwah ayah dah terlebih maklum. Entahlah...kira-kiranya dapat bersembang dulu baru dapat feel nak buat kerja. Lepas tu sibuklah bahagi tugas. sorang ambil bahagian dapur. Sorang kemas semua bilik. sorang ambil tender kain (basuh, sidai. lipat) dan sorang kemas ruang tamu n bilik tv. Bila bahagian masak je..hahahaha..masing2..tolak sesama sendiri. Selalunya pass kat emaklah tugas tu.
Eh...oklah..melalut pulak aku ni...dahla...aku nak menjelajah ni...

takde tajuk




Salam...




Hari ini hari ke 3 line telefon dan streamyx kat rumah tak boleh guna. Bengkak jugak hati sebab selalunya aku akan online sebelah malam. Bila call TM buat aduan, depa kata akan mengambil masa selama 24 jam untuk line pulih. So...tak kisahlah. Kalau setakat sehari tak online tak apalah kan tapi bila dah lepas 24 jam, aku call tanya progress dan pihak TM kata masih dalam proses. Pertama kali aku call depa kata, kena tunggu 24 jam dulu baru boleh tanya progress. Aku call untuk tanya progress aje pun dan kalau boleh disiapkan awal takkan nak kena tunggu 24 jam jugak. Tapi aku tetap terima penjelasan depa tu. Bila tak ok jugak aku call lagi sekali selepas 42 jam. Tgk2 tak berjaya disiapkan jugak. Pandai TM ni buat alasan ya. Nasib baiklah aku ni jenis tak reti nak maki2 orang kat telefon. Tapi aku akan sentiasa menganggu depa untuk mintak penjelasan. hahahaha, Iyalah...lambat sangat ambil tindakan. Dahlah charge streamyx tu dah fix...kalau boleh online beberapa hari je tapi kena bayar penuh tak ke sakit hati? Last2 pihak TM call bagitau bahawa kabel kena curi. Ada 20 rumah mengalami masalah yang sama. Aduyai...ini dah kali ke 2 kabel telefon kawasan rumah aku kena curi. Tapi kali pertama dulu cepat je tindakan diaorang cuma kali ni ada2 lembab sikit. OTW nak p kerja tapi nampaklah pihak depa ni dok repair talian. La ni tak tau dah elok belum. Kalau tak elok lagi esok aku akan telefon TM balik. Biaq depa cemuih dengaq aduan aku.
Petang semalam p aerobik lagi. Kali ni badan tak sakit2 dah. Mungkin sebab dah serasi dengan senaman.
Tapi senaman pun macam tak guna je sebab balik malam tu aku mencuba resepi lasagna yang kak meen bubuh dalam blog dia. Pic lasagna yg aku buat tu ada kat atas. Nak letak kat bawah ni aku tak reti. Ist time buat selekeh aje...jadi abaikan je yg nampak sos terkeluar tu...aku pakai snap je pakai handphone..so kualiti gambar pun tak cantik. siap ada line nak potong lagi. Almaklumlah family ramai. Kalau tak dibahagi mcm tu memang adalah yang tak merasa nanti. Tapi aku nak uji diri aku sikit. ni 1st aku buat sendiri dan memang sedap betul lasagna tu....licin abis family aku makan. Terkagum kejap dengan diri sendiri. hahaha. Aku ni biasalah...memasak memang bukan bidang aku tapi aku suka mencuba ressepi makanan yang aku suka makan esp western food. Aduyai...memang aku kena selalu pi kelas ni.....

Wednesday, December 02, 2009

Untuk insan istimewa

Salam...


Buat seorang sahabat, tiada kata yang dapat aku luahkan untuk menerangkan apa yang aku rasa ketika ini. Dan aku tahu, tiada kata yang dapat menenangkan kebimbangan yang kau alami sekarang. Berat mata memandang, aku tahu lebih berat penderitaan yang dipikul. Apa yang boleh aku katakan wahai sahabat? Sabarlah. Tabahkan hatimu. Jangan takut kerana semuanya akan kembali pulih seperti biasa. Aku sentiasa ada untuk mendoakanmu. Ya... mungkin kedengaran begitu klise sekali. Kata-kata ini, yang aku yakin selalu diucap oleh sesiapa pun pada kau kini. Tapi...apa yang boleh aku katakan lagi, sahabat?

Sabarlah sahabatku...Sebagai umat ISLAM, apa lagi yang boleh kita lakukan selain dari sabar? Sabar itu menguji dan membentuk keimanan. Bukankah Rasulullah pernah berkata; Manusia yang hebat dan bertakwa itu ialah manusia yang berjaya menahan sabarnya? Redalah dengan apa yang berlaku. Dugaan ini datangnya daripada ALLAH SWT. DIA yang lebih mengetahui apa yang terbaik buatmu. Dan dia tidak akan memberi dugaan sebegini besar andainya DIA tahu kau tidak mampu hadapinya. ALLAH itu MAHA PENGASIH sahabatku, mohon dan mintalah petunjuk daripadaNYA. Mohonlah agar kau diberi kekuatan untuk menghadapi semua ini.
Aku akan sentiasa menitipkan doa buatmu lewat solatku. Aku tidak akan pernah berhenti berharap untuk kesejahteraanmu.

Untuk Insan yang paling istimewa, Sahabatku...La Tahzan...Jangan bersedih. Aku...Kami...Mereka, semuanya ada di sisimu.

Tuesday, December 01, 2009

12345678...8 lagi....

Salam...
Hari ni 1st day bekerja setelah cuti raya, bekerja kembali untuk sehari dan bercuti pula sekali lagi. Aku memang rasa tak bersemangat langsung nak masuk kerja hari ni. Badan aku lenguh dan sakit-sakit sebab semalam aku ke kelas aerobik. Haahaaha..Maklumlah...dah lama aku tak bersukan. Kali terakhir aku bersukan adalah beberapa bulan yang lepas masa aku wakili zon aku dalam perlawanan bola jaring. Masa tu best jugak...keluar peluh dan badan pun rasa lebih ringan. Dan lepas habis perlawanan, aku hanya bersenam dalam rumah je...itupun ikut mood. dan biasanya mood malas aku melebihi mood rajin. Jadi, nak dijadikan cerita, adik aku mengajak aku ke kelas aerobik sebab dia dah jemu duduk rumah menunggu result posting dia yang belum keluar. Mula2 aku memang teringin nak pergi, tapi ada saja alasan aku yang menyebabkan niat nak pergi tu terbantut. Akhirnya Sarah malas nak tunggu aku lagi jadi dia pergilah seorang. Malam tu memang dia mengaduh sakit urat tapi siap kata kelas aerobik tu best. Jadinya, setelah 3 kali Sarah pergi seorang, kali ni aku ikut pula.
Kalau korang tgk dari luar dan nama tenaga pengajarnya memang kuno abis. Memang tak komersial langsung tapi semalam aku pergi dan fuh....tak sangka wanita yang berusia 40 lebih mampu menari selama 45 minit tanpa henti. Dalam masa 15 minit aku mampu ikut lagi tapi lepas tu..kejap2 aku berhenti...sambung dan berhenti balik. Tarian dia memang best...tapi kalau aku nak ikut sampai abis memang kena tingkatkan stamina. Maklumlah memang dah lama aku tak bersukan.
Yang bestnya...tempat tu hanya untuk orang perempuan sahaja, so tak kisahlah kalau sekejap tu kita tgk seorang perempuan ni punyalah bertutup litup tapi dalam kelas..wah...tak sangka..hehehehe..Aku? seperti biasa track ngan t shirt aje...Aku nak start bersenam ni balik pun sebab fikirkan kesihatan diri. Maklumlah umur pun makin meningkat, kalau tak pandai jaga diri..aku jugak yang susah. Kalau dulu aku memang aktif bersukan...dari sekolah rendah ke menengah..ke Universiti dan masa bekerja aku still lagi aktif dengan balapan, badminton dan Bola tampar. Cuma sejak 2 3 tahun ni memang aku jarang2 sangat bersukan. Memikirkan aku memang suka dengan makanan yang mengarut2 ni, memang ada baiknya aku bersenam. *sigh*