Wednesday, October 14, 2009

layan dvd




Salam...
Lama aku tak menulis...dan lama aku tak bercerita...alasannya...aku tgh syok melayan dvd Grey'a Anatomy season 1-5.....nantilah..bila2 masa aku ada mood untk bercerita...aku tulihlah apa2 ek...

Friday, October 02, 2009

dekat di hati

Salam....
Raya kedua aku bawa emak ke Pahang. Sebenarnya tak terlintas langsung untuk aku sana..Pahang bagi aku negeri yang sangat jauh dan meletihkan. Kali terakhir aku ke Pahang adalah 5 tahun lepas...itu pun sebab adik aku berkahwin dengan orang Jerantut. Walaupun aku tahu..Pahang itu tidaklah sejauh mana dan dalam semenanjung juga namun apabila kampung aku hanya 45 minit sahaja dr rumah wpon di Bukit Mertajam (berlainan negeri)....jadi untuk melawat saudara mara di Pahang memanglah bukan satu 'aktiviti' yang menyeronokkan. Apatahlagi dengan perjalanan yang tidak pernah dirancang ini.
Emak mempunyai kakak ipar di Pahang dan seorang abangnya di Johor. Arwah abang emak meninggal di Pahang setelah beberapa tahun tidak bertemu emak. Masa arwah abah ( gelaran pak ngah aku) meninggal..itulah pertama kali aku menjejakkan kaki ke Pahang...sekitar usia aku 16 tahun.
Tapi untuk hari itu...aku membawa juga emak ke Pahang. Anak saudara emak yg juga sepupu aku, terkena serangan jantung dan dimasukkan ke icu. Walaupun jarak yang jauh tetapi emak tetap rapat dengan kakak ipar dan anak2 saudaranya. Aku juga rapat dengan sepupu2 aku di belah Pahang ini. Walaupun jauh di mata...tidak semestinya mereka ini jauh di hati. Mujurlah masing2 bekerja di Shah Alam dan Kuala lumpur..jadi selalu jugalah kami berjumpa walaupun tidak menjengah negeri Pahang.
Kali terakhir pergi..aku duduk di belakang. Arwah ayah yang memandu. Kali ini aku yang menjadi pemandu. Melilau jugak mencari Pusat bandar jengka..Nasib baik ada signboard...aku memang betul2 mengharapkan tanda arah jalan. Masa pergi aku ikut batang kali..8 jam perjalanan sebelum aku sampai di rumah mak ngah. Elok lepas bersalam dengan semua orang, aku cari bantal...kepala aku mcm nak pecah...pening n panas...dapat tidur beberapa jam barulah kepala aku ringan sikit.
Esoknya aku ke Temerloh. Sepupu aku dimasukkan ke Hospital sana. Sudahlah hanya 2 orang sahaja dibenarkan masuk...dengan ahli keluarga yang ramai, kami terpaksa bergilir2...kesempatan untuk menziarah sepupu dengan lebih lama pun dicemburu masa dan keadaan. Syukur Alhamdulillah..masa kami sampai tu...dia sudah dikeluarkan dari unit icu dan diletakkan di bahagian ccu.
Seperti biasa...masuk hospital ini menyebabkan ingatan pada ayah aku semakin kuat...bertambah lagi dengan mesin2 yang berselirat dengan wayar penuh di dada sepupu aku tu. Tapi mujur aku dapat tahan..
Lepas 2 hari di sana, aku balik semula ke Taiping. Kalau semasa pergi aku mengambil masa kira2 8 jam..masa balik ni pula aku berjaya singkatkan pada 6 jam...fuh...tiba2 aku terfikir..tak adalah jauh sangat Pahang ni...
Balik tu..aku berbincang dengan adik beradik yang lain..hujung tahun ni masa cuti sekolah...aku nak bawak emak ke Johor pula...Kalau pak lang tak berapa sihat untuk berjalan jauh...biarlah kami yang muda2 ni melawat dia di sana pula...Kesian juga dengan emak...Dari 9 adik beradik..hanya ada 2 abangnya sahaja yang tinggal....mudah-mudahan ALLAH mempermudahkan rancangan kami ini...Aminnn...
p/s - Kawan2 yang aku jejaki berjaya aku temui...Walaupun tidak kesemuanya, namun aku cukup berpuas hati...Memang aku seronok tak terkata....

Thursday, October 01, 2009

jauh di mata

Salam....

Cerita Hari raya aku biasa-biasa sahaja. Zaman kanak2 aku yang gemar bertandang ke rumah jiran atas tiket untuk mendapatkan duit raya telah lama berakhir. Sejujurnya hari raya, aku akan pulang ke kampung menjenguk tok dan saudara mara di kampung. Tahun ni rumah aku agak meriah dengan kehadiran jiran dan sahabat handai ahli keluarga aku yang lain.
Kali ini juga aku bertemu semula dengan rakan sekelas aku semasa bersekolah di Sarawak dahulu. Kali terakhir kami berjumpa pada tahun 1995, apabila dia datang ke rumah aku di Negeri 9.
Terima kasih kepada facebook yang berjaya menemukan kami semula setelah lebih 14 tahun berpisah. Semasa di Sarawak, dia adalah salah seorang teman aku yang paling rapat. Di dorm kalau tidak katil kami bersebelah, dia akan duduk di katil atas kalau kami mendapat katil double decker.
Kami rapat juga mungkin kerana kami hanyalah beberapa kelompok kecil pelajar dari semenanjung. Mungkin juga kerana kami tinggal di tempat yang sama, iaitu di Kem Penrissen, Kuching kerana kedua ayah kami tentera. Antara 6 atau 7 orang pelajar semenanjung di seluruh tingkatan kami, aku hanya dapat menjejaki dia seorang sahaja. Antara kami, aku orang keempat yang berpindah ke semenanjung dahulu sebelum temanku ini.
Aku dahulu rajin juga menulis surat atau telefon kepada kawan Sarawak aku yang lain, tetapi selalunya bila aku sahaja yang bersungguh untuk menelefon..lama kelamaan kebiasan yang sering aku lakukan terhenti begitu sahaja. Kadang2 aku rasa sedih juga sebab zaman aku dahulu tiada telefon bimbit digunakan. emel jauh sekali, malah hendak guna komputer pun masih tidak tahu butang on nya di mana. Cara perhubungan yang popular digunakan pada masa itu adalah dengan menulis surat. Tetapi sudah tersurat, aku mendapat kawan yang memang semuanya tidak suka menulis surat. Lalu hubungan yang selama 3 tahun itu terputus juga.
Masa kat Uitm aku berjumpa dengan seorang rakan sekelas aku. Kami bertembung di bus stop depan menara. Kalau di Sarawak dahulu dia adalah antara kawan lelaki aku yang paling rapat ( di Sarawak..aku lebih selesa berkawan rapat dengan student lelaki), tapi hari itu kami seolah-oleh baru kenal. Kalau dulu aku boleh bertepuk tampar dengan dia...tapi hari itu kami bercakap dengan nada yang sopan dan malu-malu. Entahlah...mungkin seperti kawan aku pernah berkata...aku sudah mula menjadi perempuan...( kalau dulu aku memang kasar...dlm erti kata lain tomboy)...mungkinkah aku berubah?
Di Taiping ini, aku tidak mempunyai kawan. Kawan2 aku adalah kawan sekerja aku. Selain dari mereka aku memang tidak mempunyai kawan yang lain. Aku bersekolah dari darjah 1 hingga drjah 5 dan kemudiannya aku berpindah ke Sarawak. Di Sarawak aku bertemu teman yang baru. 3 tahun selepas itu aku menetap di Negeri 9 Sehingga aku tingkatan 6. Aku turut mendapat teman yang baru. Aku kembali semula ke Taiping sebelum ke Uitm Shah Alam. Bertemu juga teman yang baru. Aku menjalani Praktikal di MPSP...Dapat lagi teman. Bekerja sementara di Watson Puchong..sebelum ke Library UPSI. Hmmm...kalau diikutkan jumlah kawan yang aku ada memang ramai tapi yang kekal sehingga sekarang hanya beberapa orang sahaja. Di mana silapnya? Keadaan yang menjadikan begitu atau sememangnya aku tidak pandai berkawan sebenarnya? Memang sedih bila difikirkan balik apa yang berlaku, tapi apa yang boleh aku lakukan.....
p/s - Aku mencari teman2 yang bernama FARIDAH ABD RAZAK( terakhir duduk di Taman Lela taiping tapi ayahnya askar..jadi tidak dapat dikesan), ZAINIAH AINI MOHD ( selepas Sarawak, dia bersekolah di SMKA TUANKU AMPUAN AFZAN, PAHANG, duduk di Kl), MOHD SHAH ARFIZAN MOHD YUSOF ( dia masih di Sarawak bila aku pindah, tetapi kampungnya di Kg. Kelemak Melaka), SITI MARIAM BT MOKHTAR ( SHAH ALAM), LOH GEE WAN ( PD) Nita Edama, Julia Joni, Absah Jelani( Abby) - Kawan di Sarawak. Sesiapa yg kenal mereka...tolong ya...