Thursday, June 25, 2009

Jawab tagged kak Eka



Apa yang berada dalam beg tangan aku ;

1. Dompet
2. Handphone Nokia E63
3. Kunci Kereta, rumah dan ofis
4. Pendrive - Untuk simpan apa saja maklumat yang diperlukan
5. Bedak compact maybelline
6. Lip Gloss maybelline
7. perfume Amor Amor, Cacharel - dalam banyak2 perfume kat dunia ni, hanya jenama ini sahajalah yang sesuai dengan aku selain dari Noa dr cacharel jugak ( sudah tidak dipasarkan di Malaysia). Perfume yang lain kerap buat aku pening kepala.
8. Lip Ice

9. Vick vaporub - penting sebab kalau aku asik pening, aku suka hidu baunya(w/pun ia sebenarnya utk selesema. Ini m'gantikan minyak cap kapak...sebab rasanya dah beratus aku beli minyak cap kapak, asik hilang je...

10. Kipas tangan from spain..hehhehe dan akhir sekali
11.Pen

p/s- ini dah tolak kamera dan buku2 yang sedang dibaca. Aku terpaksa mengasingkan 2 benda ni sebab beg aku akan menjadi terlalu padat.

Friday, June 19, 2009

ceritera 1


Salam...


2 minggu lepas, aku hampir-hampir sahaja kehilangan kunci kereta kesayanganku ini. Hanya ALLAH sahaja yang tahu bagaimana gelabahnya aku sewaktu menyedari kunci kereta aku tiada di dalam beg. Perkara pertama yang terlintas dalam kepala aku ialah keselamatan kereta aku. Aku tidak sedar berapa lama kunci aku hilang dan siapa yang telah menjumpainya. Aku takut kalau-kalau kereta aku dah tiada di tempat parkirnya saja. Sudahlah aku baru lepas servis kereta beberapa hari yang lalu n di badan kunci itu terdapat sticker yang bertulis nombor kereta aku.

Dengan cepat, aku menuju kereta.LEGA...kereta aku masih selamat parkir di kedudukannya. Aku hanya berseorangan ketika itu, jadi bagaimana hendak aku cari kunci aku dan menjaga kereta sekaligus. Sudahlah spare keysnya aku tinggal di rumah. Mahu tak mahu, aku terpaksa meminta tolong seorang cleaner bangladesh untuk menunggu kereta aku sekejap sementara aku pergi menjejaki laluan di mana aku berada, dengan harapan kunci kereta aku ditemui. beberapa minit selepas tu aku kembali ke kereta. mamat cleaner tu dah takde. cis...hampeh sungguh. tak boleh diminta tolong. Nasib baik aku tergerak hati dengan berpatah balik semula. Aku telefon adik aku dan minta dia membawa spare keys. sempat juga dia berleter pada aku. 15 minit menunggu dia membawa kunci umpama 15 tahun. aku tidak berani meninggalkan kereta untuk aku bertanya pada kaunter maklumat. Aku terpaksa menunggu adik datang dahulu sebelum aku bergerak ke mana2.

Dalam hati, aku tahu lepas ni aku terpaksa menukar kunci dan buat kunci yang baru. Dalam pada tu rasa ralat aku bukan kerana kehilangan kunci tetapi lebih kesal kerana kehilangan key chain yang aku beli di Spain tahun lalu. Aku sayang betul key chain yang berbentuk lembu itu. Sudahlah aku beli pun satu aja. hilang yang ini bermakna tiada gantinya. key chain yang lain memang ada, namun entah mengapa aku berasa ralat kalau key chain ini hilang. Hendak membeli yang baru..hmmmm bilalah pula peluang aku hendak ke Spain lagi..hhuhuhhu

Sebaik sahaja adik aku sampai, aku terus bergerak ke kaunter informasi. Setelah bersoal-jawap dengan dia...setelah mengisi buku laporan, dia menghulurkan kunci kereta aku. katanya, seorang staf farmasi yang menjumpai kunci itu. Aku bersyukur tak terkira. Mujurlah ada insan yang baik hatinya.

Kata adik aku...lepas ni hang jangan bagi hilang lagi. Aku angguk je. aku akan jaga kunci ni baik2. namun agaknya memang tersurat, key chain berbentuk lembu itu memang bukan untuk aku. Semalam, aku menyedari key chain pada kunci aku hanya tinggal satu sahaja. puas aku cari namun tak berjumpa...huwaaaaaa.....huwaaaaa....huwaa....


p/s- kawan kakak aku akan ke Spain selama sebulan. Agaknya dia hendak belikan untuk aku tak?hmmmmm...

Thursday, June 18, 2009

Mills n boon





Salam...
Mood untuk menulis merudum lagi. Sekarang ni aku kembali gila membaca kembali novel-novel Mills n Boon. Semalam, sebaik tahu saja MPH buat jualan buku di ruang legar Taiping Sentral, lepas balik kerja terus aku ajak adik aku ke sana. Mulanya aku kurang berminat dengan buku2 yang dipamerkan untuk dijual. Sama ada buku yang telah pernah aku baca, ataupun yang tidak berminat untuk aku baca. aku tawaf satu ruang legar dan tiba-tiba mata aku menangkap tulisan yang menerangkan 3 buku rm10 n 12, mills n boon. Murah...memang murah.
Aku apa lagi terus capai bakul yang disediakan. dengan kelajuan maksima aku membelek mencari penulis dan genre aku aku gemari. sekejap je bakul dah penuh. Adik aku dah bagi amaran. jangan beli banyak sangat. buku yang bersusun kat rumah pun belum habis baca lagi. aku tahu...aku sedar. Dalam membeli buku ni aku memang kali terbawa dek perasaan. koleksi buku2 aku di dalam bilik dah semakin menjadikan bilik tidur aku semakin sempit. hmmmmmm...
Setelah sekian lama aku meninggalkan Mills n Boon, aku kembali lagi kepada hobi yang pernah menjadi kegilaanku pada satu masa dahulu....

Tuesday, June 16, 2009

MAJLIS PERTEMUAN PENULIS ALAF 21







Salam...

Hari sabtu lepas aku turun ke de Palma Inn Shah Alam, untuk majlis perjumpaan penulis ALAF 21. Kalau selama ni asyik turun ke seksyen 16, kali ni di seksyen 19 pula. Sebelum sampai, sempatlah juga aku pusing2 kat seksyen 19 tu sebab cari jalan tak jumpa namun mujurlah..sampai juga aku. Tengah mencari parking, Lynn call aku. Belum sempat aku jawab dia misscalled. tup2 aku tgk dia ada di depan aku dan dia pun tengah parking juga. Tak sangka, kami tiba dalam masa yang sama dan park kereta sebelah menyebelah. Oleh sebab sampai awal, aku dan lynn lepak2 makan roti canai dulu.


Tiba je kat perkarangan de palma, kak wan dengan senyum mesra dah menyambut. Beberapa penulis seperti kak Anis, kak meen, kak hani fazuha dah ada. dan untuk setengah jam yang akan datang, berlakulah adegan jejak kasih setiap kali penulis yang lain pula datang. Aku tak bawak kamera, so aku tak boleh gambarkan betapa havocnya keadaan apabila semua penulis berjumpa. gambar yang ada inipun aku cilok dari blog hezzy.so..enjoy...

LATEST HOT NOVEL


SINOPSIS

ORANG kata, bercinta dengan dengan golongan artis amat membahayakan kerana hubungan pastinya tidak akan kekal lama. Namun bagi Kyra, dia percaya kepada Ariff kerana amat mengenali lelaki itu, jiran sebelah rumahnya. Tidak mungkin Ariff sanggup mempersendakan cinta dan kasih sayang mereka.Namun, langit tidak selalunya cerah. Hubungan mereka yang sudah mendapat restu daripada keluarga tidak bermakna lagi buat Kyra. Kenyataan Ariff yang terpampang di dada akhbar benar-benar merobek hatinya. Sanggup lelaki itu menafikan hubungan mereka ketika disoal media dan menyatakan bahawa Kyra hanyalah jirannya.Gadis itu lantas membawa diri yang lara. Dia nekad tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu.Namun, dunianya yang sudah tenang dikocak pula dengan berita Ariff ditangkap khalwat. Bencinya terhadap lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi.Ariff baru tersedar akibat daripada peristiwa hitam itu. Dunianya pula semakin gelap tanpa Kyra di sisi. Dia harus memperisterikan Kyra kerana masih lagi menyayangi gadis itu.Namun, apa yang dibimbanginya... adakah gadis itu masih mahu bertamu di hatinya sedangkan mendengar suaranya pun sudah tidak sudi lagi?

P/S-bagi pembaca yang rindukan hasil tulisan novelis EKA FAHARA, sila dapatkan novel ini di pasaran dengan kadar segera. Apa yang lebih menarik, sekiranya anda membeli secara online daripada penulis sendiri, anda akan mendapat cenderahati yang istimewa. Apa tunggu lagi???

Tuesday, June 09, 2009

mandi manda


Laluan yang kecil dan licin terpaksa dilalui untuk menikmati air terjun yang sejuk dan menyegarkan jiwa itu


pemandangan sebaik sahaja tiba di kawasan yang dimaksudkan. hilang segala rasa penat dan lelah mendakit bukit.




Salam...

Ahad lepas, selesai sudah majlis perkahwinan kakak aku di pihak lelaki. Semasa khusyuk menjamah lauk pengantin, kakak aku berbisik " hangpa balik petang karang tau". Aku hanya diam sebab keputusan terletak di tangan emak. Kalau emak nak balik takkan aku berkeras nak menunggu kakak. Kata emak, mana ada family belah perempuan yang datang melepak sekali. rombongan pengantin akan datang menghantar pengantin, makan dan selepas itu pulang seperti tetamu2 yang lain. Kakak aku kena terima hakikat bahawa dia sudah menjadi milik keluarga sebelah sana. Apa yang berlaku, suaminya lebih berhak ke atas dirinya.


Balik dari selama, cuaca cukup panas. aku sudah terbayang2kan kesejukan air terjun yang terdapat di area kamunting. Aku kata dengan adik-beradik yang lain, balik ni lepas sembahyang aku nak p mandi. aku nak berendam n sejukkan badan. kata2 semuanya mendapat anggukan daripada ahli keluarga yang lain. Jadi, lepas sembahyang, tiga buah kereta konvoi ke air terjun bukit Jana. waktu cuti, memang ramai orang. kawasan semua penuh. Aku tak kisah. Aku berkemampuan untuk menakluk kawasan orang yang sudah datang dulu.(hehehehe). Hendak ke Burmese pool di taiping, malas pula rasanya, jadi terpaksa terima keadaan seadanya, asalkan dapat sejukkan badan. Ternyata taklukan aku berjaya. beberapa pengunjung (yang hanya datang2 rendamkan kaki, dan bukannya mahu mandi) terpaksa beredar apabila aku mengetuai rombongan seramai 12 orang itu. hahahahaha..nasiblah kan.


Minggu lepas juga kami konvoi ke charok salak untuk mandi air terjun juga. Pagi2 aku n kakak bangun masak nasi dan buat roti sandwich sebagai bekalan. Aku dengan penuh semangatnya bercerita perihal kawasan air terjun ini yang memang best (aku pernah pergi sebelum ini).perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit. Aku memang sudah tidak sabar untuk mandi. Namun beberapa meter dari kawasan air terjun, kami diterjah perasaan hampa kerana air yang sepatutnya bersih dan jernih itu sudah bertukar warna menjadi oren. Aku dan keluarga yang lain kecewa. Terasa tidak berbaloi langsung perjalanan yang agak lama itu. Memikirkan rasa penat, aku nak je terjun dalam air yang sudah berubah warna itu.


tengah kami dok merenung air tu, datang seorang pakcik dengan motosikalnya memberitahu, kalau nak mandi air yang jernih kena panjat bukit sebab di bahagian atas, ada orang sedang membuat kolam dan air tanah itu yang menjadikan air bertukar warna. semangat yang luntur kembali pulih. Kami sekali lagi dengan 10 dewasa n 5 kanak2 merentas denai untuk pergi ke bahagian yang lebih tinggi. makin lama makin kami naik, makin jauh n air terjun yang dimaksudkan masih tidak jumpa2. Aku sebenarnya kasihan dengan emak yang terpaksa mendaki bukit. Beberapa kali kami terpaksa berhenti memikirkan adakah perlu kami meneruskan perjalanan yang menenatkan itu sedangkan tempat yang dituju masih tidak nampak halanya.

Adik lelaki aku n abang ipar meneruskan pencarian. sepuluh minit kemudian, mereka turun dan mengatakan 'kami dah jumpa'. Jadi dengan langkah yang semakin bersemangat, kami meneruskan perjalanan melalui jalan yang curam dan licin dan akhirnya....Fuh..aku memang tidak mahu keluar2 lagi.


p/s- hanya gambar ini yang mampu ditunjukkan sebab yang lain, off limit...heheheh

Tuesday, June 02, 2009

Tahniah Metty n Mahazir







Salam...

Hari sabtu lepas, telah berlangsungnya majlis pernikahan dan kenduri kakak aku, Mariyati dengan pasangannya Mahazir. Dalam tahun ini sahaja sudah 2 majlis perkahwinan dilangsungkan di rumah aku. Bulan Januari tempoh hari, adik lelaki aku yang berkahwin, dan kini giliran kakak aku pula. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar walaupun jantung aku bagaikan hendak pecah memikirkan betapa suntuknya masa yang berlaku pada majlis tersebut. Bayangkan bernikah dan kenduri pada hari yang sama. Sudahlah masa bernikah, Tok khadinya mahu menunggu ketiga2 pasangan yang hendak dinikahkan, supaya khutbah nikah boleh berlangsung serentak. Jadi walaupun kami orang pertama yang hadir namun terpaksa menunggu 2 pasangan lain.

Selesai nikah, aku memecut kereta, dan kakak aku dengan suaminya memecut kereta ke butik untuk menukar pakaian pula. Jam sudah pukul 12 tengahari, sedangkan pihak kompang akan datang pukul 12.45. huhuhu...masa itu pulalah JKR nak menambak jalan. Jalan jammed hampir 2 km. Aku dah berpeluh. telefon dah tak henti2 berdering. Sekejap mak telefon. sekejap kakak sulung aku. kemudian adik aku pula. semuanya bertanya adakah urusan kami sudah selesai. huhuhuh..nak meraung aku. Mana tidaknya, selain bertukar baju, kakak aku perlu dimekapkan semula dan 30 minit yang diperuntukkan itu memang tidak cukup.

Mahu tak mahu, aku kata pada emak, minta pihak kompang tunggu. Nak buat macam mana, apa yang dirancangkan tidak berjaya. Walaupun kami menepati masa, namun bila tok khadi sendiri mahu menunggu pasangan lain dan gemar bersoal jawab tentang bab munakahat dengan pengantin lelaki, kami hendak buat apa? terpaksa terima keadaan tu dan berdoa agar semuanya baik-baik belaka.

Mujurlah...Majlis berlangsung dengan jayanya. Kakak aku sudah selamat menjadi isteri orang. Dan teringat kembali kata-kata emak membuatkan aku senak perut... " lepas ni giliran hang pulak." hahahahaha