Thursday, May 28, 2009

latest HOT NOVEL


BERTEMU Iqbal merupakan perkara terindah dalam hidup Dalila. Lelaki itu terlalu sempurna di mata dan hatinya. Iqbal kacak, berkarisma dan mempunyai aura yang memikat. Tetapi ada sesuatu yang mencetus rasa curiga Dalila.
Siapa Iqbal sebenarnya? Jejaka itu terlalu perahsia. Entah kenapa, Iqbal ke luar negara hilang tanpa khabar berita. Dalila tenggelam punca. Langkah jejaka itu tidak dapat dijejak. Sendirian dia mengekang kesedihan yang bertandang.
Dipertemukan dengan Hilman oleh si ayah ibarat air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam. Agenda tersirat seorang ayah dapat ditelah. Rupa-rupanya, Hilman adalah anak kekasih lamanya. Namun, Dalila akur jika itu sudah suratan. Apatah lagi Hilman berperibadi mulia.
Lima hari sebelum sah menjadi suri hidup Hilman, Iqbal tiba-tiba muncul di depan mata! Dalila ingin meraung sekuat hati. Tapi dia tidak mampu mengubah keadaan. Dia serba salah.
p/s - Tahniah untuk kak lina kerana CUMA DIA telah berada di pasaran.

Jawab hutang tag Hezzy

10 Facts About me
  1. Mood yang kerap berubah, bergantung pada situasi.
  2. Sahabat yang setia.
  3. Pendengar yang baik ( ini kata2 kawan aku apabila aku sanggup ponteng kelas n lepak kat tandas semata2 hendak mendengar luahan hatinya yang sedang frust bercinta..hehhehe)
  4. Tidak pandai bersosial dengan orang kecuali dengan orang yang aku selesa bersama
  5. Aku suka melancong, tapi sebab asik sengkek je, tak banyak tempat yang aku boleh pergi..hahhaha
  6. Aku suka mencuba aktiviti lasak ( aktiviti yg aku suka saja); aku teringin bungee jumping, snorkeling, diving, river rafting, naik suma jenis roller coaster, etc
  7. Suka tgk citer Korea dan jepun; tapi terhad pada pelakon/jenis cerita yg aku suka sahaja.
  8. Tak suka lipat kain baju; masa duduk dengan kakak aku, pernah satu bilik bertimbun dengan baju sebab aku akan tunggu akak aku fed up dan lipat baju aku.hahahahah.
  9. tak pandai masak; apa yang aku boleh masak itu terhad pada makanan yang aku suka makan sahaja dan bilangannya tak sampai 5 jenis pun..hahhaha..
  10. tak pandai menjahit dan tak minat nak belajar pun..hahha. masa aku duduk asrama masa form 2, member lelaki aku terkoyak baju sekolahnya n dia minta tolong aku jahit. huhuhu..nak kata tak pandai jahit malu lak, jadi aku setuju je.hahha..itulah baju koyak yang paling banyak n paling lama yang aku jahit seumur hidup ini. nasib baik ok. n masa form 3 utk kelas ERT, aku terpaksa menyiapkan sebuah beg untuk projek ERT, dan arwah ayah aku yang bertungkus lumus siapkan untuk aku.hahahah..

Inilah fakta tentang aku. hmmmm..banyak yang tak elok pun..hahahha...aku malas nak tag sapa2..kalau ada sesiapa nak jawab..silakan...

Tuesday, May 26, 2009

MERDEKA!!!

Salam....
Semalam aku merdeka!!! Setelah hampir 2 minggu aku bertungkus lumus menyudahkan satu tugas yang cukup berat. Yang cukup payah bagi aku kerana ianya tiba dalam keadaan serentak dan membuatkan aku sakit kepala, sakit jantung, dan terasa seperti ada batu yang sedang menghempap kepala aku. hehehe..mcam suspen aje ya?
Ya sebenarnya, aku bercuti sekejap dari dunia blog ini kerana mahu memberi tumpuan kepada manuskrip aku yang sudah siap diedit oleh editor. Jadi sepanjang minggu aku bertungkus lumus menyiapkan segala pembetulan yang diminta. Dalam pada aku tengah pening kepala men-edit kembali mss itu, aku turut sama dilanda perasaan gemuruh kerana aku akan menghadapi temuduga DPLI. Ya..aku tidak suka ditemuduga. Aku cepat berasa gemuruh. Aku mudah panik. Jadi semasa membuat persediaan untuk ditemuduga, aku juga membuat pembetulan untuk mss. Aduh...mujur tidak banyak yang perlu aku betulkan. dan mujur ada cikgu Laila yang bertugas sebagai seorang guru itu. Sekurang-kurangnya, darah gemuruh aku ini tidak terlalu mencanak naik.terima kasih ya Laila.
21 hb aku mengepos laju mss yang siap diedit. Semalam aku selesai menjalani temuduga. Ya...aku bahagia kerana temuduga kali ini agak mudah. Syukur Alhamdulillah. Aku merdeka.
Dan kini, aku sedang menunggu hasil kedua-duanya. Bilakah novel ke 3 aku akan keluar? Adakah aku akan berjaya untuk membuat DPLI? Berusaha sudah, belajar sudah dan sekarang aku hanya TAWAKAL. mudah-mudahan ALLAH membuka jalan untukku. Amin.

Thursday, May 14, 2009

Dennis oh vs Izz Karami

Salam...
Kali ini aku mahu menulis n3 mengenai sebuah blog yang aku temui sewaktu aku mengoogle novel kedua aku RINDU BELUM BERHENTI. Terima kasih juga kepada yot is yati kerana memberi keizinan aku untuk menyalin kembali n3 blognya. Malah tajuk n3nya pun aku ambil sekali. Antara komennya ialah...;
" ha..sape lak izz karami ne? izz karami ni adalah sebuah watak dalam novel karya [tak ingat] tajuk rindu belum berhenti. jatuh tangga cinta betul la aku ngan watak ni. kisah seorang abang yang bercinta ngan minah seblah rumah. turn to be penjenayah yang sangat misteri. kacak hebat lagi tergugat jantung membacanya. ntah ler..macam ade spirit la baca novel ni ditambah ngan watak izz karami tuh. nama pun very the....tergoda aku. tak leh tules banyak..jatuh cinta ni jatuh cinta...sampai bole tergila kejap pegi gugel nama izz karami kot2 ade insan nama serupa. heh...nan-ado. chop! nk buh nama anak aku. sudah..mengarut da ni. ko gi balik cepat sebelum merepek lagik neh.sesungguhnyer...semangat kental..ketenangan, kefirasatan dan kesabaran izz karami yang menggunung tinggi tu membuatkan aku jatuh cinta. eh sudahlah kau! novel jek pun...merepek ape lagik ni. balik skang! "
Secara jujurnya, selepas membaca n3 tersebut aku tersenyum kerana tidak menyangka impak yang ditinggalkan oleh Izz karami @ cukup hebat. Sebagai seorang pembaca juga aku memahami perasaan pembaca yang sukakan watak Izz ini kerana aku juga berperasaan sedemikain. Kalau bukan aku yang menulis, aku juga tetap akan jatuh cinta dengan Izz. Bukan kerana ketampanannya tetapi kerana kekuatan karekternya. Mungkin Izz yang bermain senjata dan menyelamatkan heroin itu benar-benar terserlah keperwiraannya.
Sebagai Penulis, aku berbangga kerana sekurang-kurangnya aku meninggalkan sesuatu impak yang cukup manis kepada pembaca. walaupun tidak semuanya suka dengan novel2 aku tetapi apabila ada yang sanggup melukis grafik watak Izz n dinie dan menulis n3 tentang watak ini, aku benar-benar terharu. Aku amat-amat menghargainya. Anda semua menyebabkan aku bertambah bersemangat untuk menghasilkan novel yang lebih baik.
Semoga Allah mempermudahkan aku dalam bidang ini. Aminn..

Friday, May 08, 2009

Teman sejati


Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci
Bersyukur kini
PadaMu Ilahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui
Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita
Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...
KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita


P/S - entah mengapa, tiba-tiba saja aku teringatkan lagu yang pernah popular bertahun-tahun lalu.

Monday, May 04, 2009

coretan 3

Salam...
Seminggu dua ini emak tidak berapa sihat. Hampir setiap malam emak mengaduh sakit perut. Bila makan perut emak akan sakit, tak makan apatah lagi. Emak menghadapi gastrik yang teruk, jadi tidak mahu makan itu bukanlah satu option. Sakit perut emak begitu teruk sehingga perut emak reject segala macam makanan dan ubat yang harus dimakan. Setiap kali mengaduh sakit, aku memujuk emak mahu membawanya ke hospital namun emak enggan. Aku tahu...adik-adik pun tahu, emak memang fobia dengan hospital. sedangkan makan ubat sahaja kami perlu memujuk emak seperti memujuk anak-anak kecil inikan pula ditakdirkan emak terpaksa menyarung baju berwarna hijau itu.
Emak ada penyakit jantung, darah tinggi, dan gastrik. ubat yang sepatutnya dimakan oleh emak cukup banyak tetapi setiap kali menerima bekalan ubat daripada farmasi emak hanya menelan ubat darah tinggi sahaja. Itupun kerana hanya ubat itu yang serasi dengan tubuh emak. Aku pernah membangkitkan perkara ini kepada doktor berkenaan tubuh emak yang akan automatik akan reject segala ubat. Selalunya orang lain akan sembuh kalau makan ubat tetapi emak akan bertambah sakit kalau makan ubat. Memahami keadaan emak menyebabkan aku dan adik beradik yang lain tidak terlalu memaksa. bila ditanya pada doktor, tidak pernah dapat jawapan yang amat memuaskan.
Hari khamis aritu, adik mesej aku ditempat kerja kerana emak sakit perut lagi. Aku buat keputusan. Aku akan bawa emak ke pusat perubatan hari ni jugak. emak bersetuju. mungkin dia sudah tidak dapat menahan sakit lagi. Aku membawa emak ke Taiping medical centre (TMC). emak diperiksa dengan teliti. diambil darah, di x-ray, diperiksa tekanan darah dan akhir sekali doktor mahu menjalankan scoop(memasukkan kamera kecil ke dalam badan melalui mulut) ke atas emak. dengar sahaja perkataan scoop emak sudah sedikit pucat. emak meminta ditangguh proses itu sehingga selesai kenduri kakak aku tapi itu bermakna bulan depan. dapatkah emak menahan sakit selama itu?
Aku tanya doktor lamakah prosedur yang perlu dijalankan...doktor kata tidak lama, dalam setengah jam. Aku apalagi...terus buat appointment dengan doktor itu pada hari sabtu. Malam jumaat, emak resah. Pukul 4 pagi emak bangun baca yaasin, sembahyang hajat dan terus tidak tidur. Emak pujuk aku suruh tundakan prosedur tu tapi aku tetap yakinkan emak bahawa tiada apa2 yang akan berlaku.
Appointment pukul 8.45 pagi. Aku sampai sepuluh minit awal. Aku lihat emak sudah pucat lesi. emak menggigil dalam kereta. Beria-ia emak suruh aku berpatah balik ke rumah. Aku tahu emak takut. Emak memang mudah panik. emak memang wanita yang cekal. emak kuat semangat tetapi kalau melibatkan ubat dan hospital emak berubah watak. emak terpaksa dipujuk dan diyakinkan. Kadang-kadang mahu ketawa juga melihat emak gelabah tak tentu pasal. Aku menemani emak masuk ke wad. Mendengar dia akan dibius dan dipengsankan menyebabkan tangan emak semakin mengeletar.aku pegang tangan emak. aku tenangkan perasaan emak.
sejam kemudian emak ditolak ke dalam wad. Emak masih mamai kerana kesan bius masih ada dan aku terpaksa menunggu lebih 2 jam sebelum emak kembali sedar. Syukur Alhamdulillah kerana hasil daripada scoop yang dijalankan perut emak hanya ada luka kecil dan sejenis kuman yang menyebabkan emak sakit perut. Emak diberi ubat yang mana ubat itu akan melawan kuman tersebut. sungguhpun begitu ubat tersebut tetap akan membuatkan emak sakit perut sebelum kuman itu terhapus terus.
Ya...emak memang sakit perut. tiap kali makan ubat emak akan cuba mengelak namun kali ini aku akan tetap memujuk dan menunggu emak. mudah-mudahan emak lekas2 sembuh. Amin.