Tuesday, April 28, 2009

coretan 2

Salam...
Hari Jumaat lepas saya bersama emak dan adik ke tanjung malim untuk bertemu kakak. Selain daripada bertemu dengan kakak, saya mempunyai agenda lain iaitu mahu ke pesta buku. Ya...untuk hujung minggu yang terakhir, saya juga mahu berasa kemeriahan yang berlangsung. Seperti yang diketahui, saya tidak datang untuk bertugas di bf, tapi kedatangan saya kali ini hanya untuk memeriahkan suasana dan bertemu dengan rakan-rakan yang memberi saya semangat dan kekuatan untuk menempuh segala cabaran dan dugaan apabila bergelar penulis. saya akui, tanpa mereka saya mungkin juga sedikit kehilangan arah. selain itu juga, saya mahu membawa emak melihat sendiri suasana bf ini. Sebelum sampai, saya sudah memberi amaran kepada emak, bahawa tempat itu nanti akan bising, terpaksa berhimpit, panas dan segala-galanya yang menyebabkan sesiapa sahaja boleh menjadi tidak tenteram. saya tahu, emak memang tidak suka dengan suasana begini namun saya memujuk juga. sekurang-kurangnya emak boleh melihat bagaimana terujanya semua manusia bersaing mendapat buku2 kegemaran.
tepat sepertu jangakaan....lepas 15 minit emak berhimpit dengan orang ramai, emak sudah bising mahu keluar. saya tidak salahkan emak. saya pun juga berasakan perasaan yang sama. inikan pula emak yang sudah tidak cergas seperti dahulu lagi. Sudahnya saya dan kakak membawa emak bershopping di the mall.
Bila emak pulang, saya tidak ikut serta. saya kembali ke booth alaf, menyibuk di situ. hahahhaha...kedatangan yang penuh dengan misi. Dan sepanjang 2 hari di sana banyak yang saya fikirkan. hmmm...tidak perlulah korang semua tahu apa yang saya fikirkan. petang ahad saya kembali semula ke Tg. Malim. Hari Isnin pukul 11 pagi, saya tiba di taiping dan sebaik sahaja kaki melangkah masuk, saya mendapat panggilan daripada HQ. saya diminta ke Ipoh selama 2 hari untuk berkursus. huaa...huaaa..huaa..penat masih belum hilang, saya terpaksa memandu ke Ipoh semula.

Thursday, April 23, 2009

coretan 1

Salam...
Saya tidak tahu mahu menulis apa sebenarnya. Beberapa hari selepas menitikkan noktah pada mss ke 3 saya seolah-olah kehilangan perbendaharaan kata. Saya berasakan seperti patah-patah perkataan dan ayat yang saya kenal seawal usia 5 tahun sehingga ke hari ini telah dilucutkan langsung dari dalam hidup saya. mengapa saya berperasaan sedemikian? Entahlah...mungkin juga kerana halangan dan dugaan yang diterima sepanjang tempoh penulisan mss ke 3 yang menjadikan saya begini, saya sendiri tidak pasti.
Berita apakah nasib mss ke 3 masih belum diterima dan saya tidak mahu menganggu kerana saya tahu para editor mempunyai tugas yang lebih penting selagi tidak berakhirnya pesta buku antarabangsa. Walaupun ada yang sudah bertanya bila novel ke 3 akan keluar, sungguh saya tidak mempunyai jawapannya. Saya juga seperti kamu semua...menunggu dan menunggu.
Berym dengan laila di Jerman kembali menguatkan semangat saya untuk menulis semula. semalam saya berjaya menulis sebanyak 3 mukasurat sebelum adik menganggu mahu meminjam laptop. Walaupun terasa ingin menulis lagi namun berasa kasihan pada adik, saya beralah juga. namun saya sempat memberi amaran supaya jangan menganggu ketika saya sedang khusyuk mahu menulis di lain masa. Saya ini moodnya mudah terganggu. menulis juga mesti kena dengan mood, kalau diganggu ketika mood sedang memuncak bukankah masalah berat untuk saya?
Ya...untuk manuskrip ke 4...sudah bermula 3 mukasurat. Kali ini saya mahu mencuba kisah aksi-romantik yang sedikit manis dan lucu. Aduh..macam mana ni. komen sesetengah pembaca mengatakan novel2 saya ini kurang romantisnya. kurang chemistry antara hero n heroinnya, kurang itu dan suka ini. saya amat menghargai kesudian anda membaca karya saya yang tidak seberapa. Berbual dengan adik yang menjadi penyokong kuat saya semakin menambah kerunsingan dalam hati. antara 3 buah novel yang saya hasilkan, yang ke 3 inilah yang paling serius pada pndapt saya. yang paling depress mengenangkan perjalanan hidup karekter2 ciptaan saya. mss ini yang paling kurang humornya, yang paling kurang rasa manisnya. hmmm..adakah saya berjaya menyebabkan anda semua tidak mahu membaca karya kecil saya? hasilnya belum ada namun saya sudah berasa gentar memikirkan apa komen2 pembaca semua.
Berbalik pada mss ke 4...saya suka kalau saya mampu membuatkan pembaca tersenyum menatap naskah karya saya. saya suka kalau sebaik sahaja menutup buku, pembaca masih lagi terkenang2 mengenai watak2 saya yang mungkin memenuhi ciri2 gadis/jejaka idaman semua. saya suka semua orang suka karya saya.
seorang teman pernah memberitahu...kalau saya cuba menulis untuk memuaskan hati semua pihak, sampai bila2 pun saya tidak akan berjaya. Tulis apa yang saya suka dan apa yang saya selesa dan biarlah apa yang saya hasilkan itu benar-benar memuaskan hati saya sendiri.
Ya..saya akui...karya saya ini terlalu kecil kalau hendak dibandingkan dengan karya2 yang bestseller di luar sana. saya masih berudu kecil jika hendak dibandingkan dengan jerung2 yang sedang berenang di lautan dalam. Tidak mengapa...kata teman saya itu ada benarnya...saya tidak mampu membaca hati orang. saya tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk memuaskan hati setiap orang. namun apa yang saya tahu, setiap kali saya menamatkan kisah pada setiap manuskrip saya, saya tahu saya tidak akan berasa malu kerana saya telah mencuba sebaik-baiknya.

Saturday, April 18, 2009

Rahsia Mata

Mata adalah lambang perjalanan pemikiran seseorang manusia:

1. Jika mata jarang berkedip, menandakan orang itu sangat tajam pemikirannya, dan jika tak berkedip langsung bila ia bercakap, dia sangat tajam dalam sesuatu bidang, sebab konsentrasi dia sangat kuat sekali. Orang ini sangat berpotensi jadi saintis atau pakar dalam pelbagai bidang.

2. Jika renungannya matanya tajam macam renungan mata harimau ,orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu, dan tajam juga pemikiranya dengan syarat matanya kurang berkedip. Dan dia ada dua sifat exstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian.

3. Mata sering berkedip seolah-olah ada habuk masuk mata , orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang pandai dan mudah kena tipu.

4. Renungan mata yang lemah, menandakan orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak, atau dalam kata lain dia hanya berpotensi jadi watak pelakon tambahan atau watak orang kampung dalam filem Hindustan.

5. Jika seseorang memiliki mata yang kecil, tajam renungannya dan tak berkedip, dan jika ada cahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki sifat ekstrem samada bijak dan sangat jahat atau bijak dan sangat baik serta sangat berpotensi jadi pakar, mata jenis ini ramai dimiliki oleh orang Barat.

6. Jika matanya renungan tak tajam tapi renunganya seolah-olah nampak sangat jauh orang ini bijak dan fikiranya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali dan jarang pegang watak jahat biasanya watak baik sahaja dengan syarat jangan banyak kedip. Nak tahu mata jenis ini lihat mata Dr. fazilah kamsah, Dr. Mahathir dan ramai orang Jepun memilikinya.

7.Jika mata besar macam mata lembu, maka orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tak tajam renunganya dan tak bercahaya matanya.
8. Jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnye, jaga-jaga orang ini kaki belit sikit dan suka tipu dan tak bijak bahagian ilmu. Sukar dipercayai dan dibuat kawan.
* Percaya atau tidak...terpulang. mungkin ada kebenarannya, dan juga mungkin tidak.

personaliti n haiwan???


* klik gambar utk besarkan..

Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman ?Apa kata kamu semak tarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu. Untuk dibaca ya. Percaya jangan.

Anjing: Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus: Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.
Singa: Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing: Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura: Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati: Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang: Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet: Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.

Wednesday, April 15, 2009

grup Taiping Glamer









Salam...
Hari Ahad lepas aku dan team aku dari zon utara ke HQ Ipoh untuk perlawanan bola jaring antara zon. Setelah berlatih lebih sebulan dan telah beberapa kali perlawanan ditangguh, akhirnya aku dan team berjaya juga menunjukkan bakat bermain bola jaring. hahahaha...kelakar rasanya kerana aku tidak pernah minat dan tidak pernah bermain bola jaring selama ini. Minat aku lebih kepada bola tampar, namun disebabkan kekurangan pemain, aku sedia menawarkan diri dan dipaksa rela oleh kawan2 yang lain untuk turut sama bermain. kebanyakkan dari kami ni bukannya player. seperti aku, ada kawan juga yang tidak pernah bermain sebelum ini jadi bayangkan apa yang berlaku semasa dan selepas latihan? hmmmmm...
Ketika dalam perjalanan ke Ipoh, kami tidak mengharap apa2 sebab kami tahu kebanyakkan player dari pasukan lain sememangnya mewakili jabatan untuk kejohanan sukan staff. Aku dan member menjangkakan mungkin kami akan pulang awal hari itu.
Tapi siapa sangka kami yang menduga akan terpaksa pulang awal rupanya berjaya masuk ke separuh akhir. Antara 7 pasukan, kami ditempat yang ke 4. hmmm...walaupun sedikit kecewa kerana tidak berjaya mendapatkan tempat 3, tetapi apa yang aku dan rakan2 bangga ialah, kami tidak memberi laluan yang mudah untuk pasukan lain menang. Dibalik serba kekurangan, kami mampu menewaskan pasukan2 yang lebih hebat. Untuk kebanyakkan ahli yang tidak pernah bermain sebelum ini, aku rasa pencapaian kami boleh dibanggakan.

Thursday, April 09, 2009

Yang ke 4????






Salam...
Hensem bergaya sungguh dan gagah perkasa lelaki-lelaki di atas ini. Hahaah...aku sedang sedang membuat sedikit kajian berkenaan PASKAU, UTK, GRUP GERAK KHAS dan sewaktu dengannya. Untuk apa? hmmmm...agak2nya apa? tekalah...heheheh

Wednesday, April 08, 2009

LATA DAMAK SG BAYOR SELAMA, PERAK












Aku ke sini hari Ahad yang lalu untuk melaksanakan tugasan yang diberi. Tiba di sini aku jadi tidak mahu pulang. Aku terpaku dengan keindahan alam. Insyaallah aku akan ke sini lagi.

Tuesday, April 07, 2009

Alahai mee udang..alahai pizza hut...

Salam...
Agak lama aku tidak memblogging. Entah mengapa sebaik sahaja aku meletakkan titik noktah pada mss ke 3 aku turut seakan meletakkan titik noktah pada blog aku ini. Aku bukannya sudah tidak berminat untuk menulis di blog cuma, aku mahu berehat. Aku penat mengadap komputer. Aku mahu merehatkan jari dan mata dan otak aku yang sememangnya dikerah habis-habisan semasa mahu menyiapkan mss kali ini. Namun kini, kerinduan untuk menulis di blog datang kembali. aku tidak dapat berpisah lama-lama dengan my fav lappy ni. Tak lengkap hidup kalau tak onkan lappy dalam sehari.
Malam sabtu lepas, aku dan keluarga bercadang mahu menjamah mee banjir udang di Kuala sepetang. Kami pergi dengan perut yang kosong dengan harapan dapat menjamu mee tersebut dengan penuh nikmat. Kami bertolak dalam lebih kurang pukul 9.15 malam sebaik sahaja adik bongsu balik kerja.
Semasa dalam perjalanan ke sana, traffik memang luar biasa malam tu. Sana sini polis mengawal lalu lintas sementara kereta bersusun panjang menuju destinasi masing-masing. Ya...kerana pilihanraya di Bukit Gantang nanti, kawasan Taiping memang cukup meriah pada waktu malam. gerai makanan yang dahulunya tidak pernah disinggah orang, kini sudah tersenyum pemiliknya memikirkan rezeki yang datang.
Aku dan keluarga turut sama mahu merasai kemeriahan itu namun sebaik sahaja kami menjejakkan kaki di salah sebuah kedai makan tersebut, ternyata kami hampa apabila dikhabarkan mee banjir udang sudah habis. Masing-masing sudah mengeluh...perut pula sudah memainkan pelbagai irama. Rasa penat kerana terpaksa melalui kesesakan lalulintas semakin memenatkan jiwa.
Hampa kerana tidak dapat makan mee udang, kami kembali semula ke bandar Taiping mengharapkan ada kedai makan yang masih menyediakan hidangan. malam sudah hampir menunjukkan jam 10.30 malam. Oleh kerana malas nak mencari gerai makan, kami membuat keputusan untuk makan pizza hut sahaja.
Sebelum masuk ke kedai pizza hut, aku sudah bertanya pada cashier yang berada di tepi pintu sama ada mereka boleh menerima tempahan lagi. Bila dia mengangguk aku dan family pun tanpa membuang masa terus mencari tempat duduk. selain kami, ada lebih kurang 3 keluarga yang sedang menunggu hidangan.
Agaknya malam itu memang malam yang tidak kena untuk keluarga aku. staf-staf pizza hut rupanya-rupanya sudah membuat persiapan untuk menutup premis. pingan mangkuk yang bekas makanan pengunjung lain masih tidak diangkat. meja pun tidak dilap bersih. Memang mulanya agak ragu2 makan disitu memikirkan masa kami mungkin tidak sesuai namun memikirkan bukan kami sahaja yang berada di situ dan staf pizza hut sendiri mengatakan tempahan boleh dibuat jadi aku teruskan juga niat untuk makan di situ.
Tapi apa yang membuatkan aku kesal ialah sikap salah seorang staf di situ yang seolah-olah menunjuk perasaan kerana mungkin kedatangan kami menganggu 'masanya' untuk berkemas dan mungkin juga pulang awal.
Aku tidak pernah berasa tidak selesa di mana2 kedai akan seperti mana yang aku rasakan pada malam itu. staf perempuan ini menghentak2 meja dan kerusi sewaktu dia menyusun semula kerusi meja ke kedudukan asal. staf bahagian dapur juga bersembang hingga boleh didengari tetamu di depan. bunyi benda jatuh berkali2 sampai kami yang berada di situ memandang sama sendiri. Akhirnya mungkin tidak tahan dengan keadaan yang berlaku, salah seorang pengunjung bertanya ' kenapa? nak halau kami keluar ke?'. staf perempuan itu hanya tersenyum terkebil2., mungkin menyedari sikapnya yang menjengkelkan itu.
Entahlah...aku memang cukup bengang dengan apa yang berlaku. Dalam bil dicajkan service yang diberi tapi malam itu service mereka memang entah apa-apa. Sup yang diberi cuma separuh. bila pelanggan lain meminta cili sos, senang je mereka jawab dah habis. ada ke patut? Sebelum makanan sampai, kami perlu bertanya berkali-kali pada staf yang melayan hendak tak hendak saja. Entahlah...untuk sebuah perkhidmatan yang keuntungannya bergantung pada customer, ini tidak sepatutnya berlaku. Aku memang tak puas hati. Menyirap ke darah memikirkan apa yang berlaku malam itu. Mungkin aku tidak akan menjamah pizza untuk jangka masa yang lama.