Posts

Showing posts from November, 2008

Padamu Aku Bersujud - Afghan

Kumenatap dalam kelam tiada yang bisa kulihat selain hanya namaMu, ya Allah
Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta Kau beriku bahagia jadikan aku selamanya hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah yang sering melupakanMu saat Kau limpahkan karuniaMu dalam sunyi aku bersujud
~{}~
Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku lindungi aku dari segala fitnah
{} Kau tempatku meminta Kau beriku bahagia jadikan aku selamanya hambaMu yang selalu bertaubat
{} Ampuni aku ya Allah yang sering melupakanMu saat Kau limpahkan karuniaMu dalam sunyi aku bersujud
{} Kau tempatku meminta Kau beriku bahagia jadikan aku selamanya hambaMu yang selalu bertaubat
{} Ampuni aku ya Allah yang sering melupakanMu saat Kau limpahkan karuniaMu dalam sunyi aku bersujud padaMu
ooOOOoo

Hari Persandingan - 21 November 2008, Baling Kedah

Image
Anak-anak dara dan mak dara Hj Mohd Nor dan Hajjah Ramlah. Menunggu masa untuk ke rumah pengantin. perjalanan yang memakan masa 3 jam menyebabkan masing2 keletihan.

Rombongan dari Taiping dan Alor Setar, dengan lima buah kereta dan sebuah van. hmmm...cukup gamat dan meriuhkan. bertambah lagi dengan keletah anak-anak kecil...bayangkanlah....

Apalah yang lucunya Husna? Ijat konon-kononnya control macho. Sememangnya panggilan yang diberikan oleh anak2 saudara padanya ialah pak cho ( Pak MACHO) atas permintaannya sendiri, rupanya kekal sehingga sekarang sehingga Husna turut dipanggil Mak Cho...hahahahah. boleh gitu?



Merpati dua sejoli. Hai mak...anak2 bujang mak semuanya dah jadi suami orang. Mujurlah adik lelaki aku hanya 2 orang sahaja. Kalau ramai sahih semunya kahwin dulu dari aku...huaaaa....isk....isk...



Felicidades ( Tahniah)

Image
Salam...



Aku hendak mengucapkan tahniah kepada kakak aku Mariyati Hj Mohd Nor kerana telah dianugerahkan dengan ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2007. Tahun ini aku anggap tahun yang terbaik untuk kakak aku, setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran. Iyalah bukan senang orang nak bagi sijil perghargaan kecemerlangan dan wang RM 1000 kalau memang kita tidak berkelayakan. Kalau diizinkan Allah, akan ada dua berita terbaik untuknya lagi selepas ini. Tetapi eloklah kalau aku umumkan kemudian.
Walau apa pun aku turut bergembira dengan segala pencapaiannya. Has eligido como una empleadora excelente para el ano de 2007

p/s - Gambar di atas diambil di Kensington Park & Kesington Palace London. Kalau anda ingat 2 ekor swan di cover Novel Kudamba bahagia, inilah dia. Tempat ini juga yang selalu dikunjungi oleh Adnan Taufik dan Sarah semasa mereka berada di sana. hehheeheh...

Happy Birthday...LYNN DAYANA

Image

Apa ada pada nama?

Salam... Aku ada terbaca di dalam sebuah forum yang membincang mengenai penggunaan nama boombastik di dalam novel. Aku juga seorang pembaca. Sebelum menjadi penulis, aku terlebih dahulu membaca beratus atau mungkin beribu buah novel. Dan sebagai pembaca aku turut sama sependapat dengan pembaca-pembaca ini yang kelihatannya sedikit terganggu dengan penggunaan nama watak yang begitu canggih manggih dan moden. Aku juga berasa 'jelek', 'mengarut' , 'meluat' (sekadar meminjam istilah2 yg digunakan mereka) apabila membaca nama watak terutamanya hero dan heroin begitu boombastik. Nama yang begitu panjang dengan ejaan yang entah apa-apa dan ditambah lagi dengan gelaran ( sekiranya ada spt tengku, puteri, etc) menyebabkan penumpuan terhadap buku juga semakin berkurangan. Tetapi sebagai penulis, mungkin mereka juga mempunyai alasan untuk menggunakan sesuatu nama itu. Aku tidak menyalahkan mereka seratus peratus. setiap apa yang berlaku pasti mempunyai alasan n sebab yang t…

jawab tagged hezzy

Image
TAG - The face reveal -

1.take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now
2.don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture
3.post that picture with NO editing
4.post this instruction with your picture
5.tag 10 people to do this.


Ni gambar masa aku kursus kelmarin. gambar tak clear sebab ambil dengan camere phone. itupun aku cilok dari lela. hahahhah...yang clearnya gambar si lela.

apa-apa saja

Salam...

Di saat aku menulis n3 ni aku berada di Hotel Heritage Ipoh kerana ada kursus berkenaan dengan laman web. hmmmm....sepatutnya Isnin merupakan hari aku bercuti tetapi dah kena datang sini so...walaupun dalam keadaan terpaksa, hamba terpaksa menurut perintah. Sekarang ni tengah break untuk lunch...aku dah selesai makan n solat so sementara menunggu sambung balik apalagi, aku ambil kesempatanlah memandangkan laptop disediakan dan kebetulan dah ada depan mata. Esok aku akan ke USM nak ambil adik aku yang sudah hampir menamatkan pengajiannya. semester depan dia tidak akan berada di kampus memandangkan dia akan menjalani latihan praktikal. kalau tiada aral, dia akan bergelar pendidik satu hari nanti. Insyaallah. mengenangkan adik aku ni aku makin sedar dengan masa yang begitu pantas berlalu. sedar tak sedar hampir 4 tahun berlalu semenjak aku dan keluarga menghantar dia ke usm sebagai pelajar baru. dan 4 tahun itu juga bermakna usia aku juga bertambah sebanyak itu. hhuuhhuhu....Nak p…

lagi suka-suka

Image
You Belong in Amsterdam




A little old fashioned, a little modern - you're the best of both worlds. And so is Amsterdam.

Whether you want to be a squatter graffiti artist or a great novelist, Amsterdam has all that you want in Europe (in one small city).

What European City Do You Belong In?

suka-suka

Image
You Are Picky When it Counts




Like most sane women, you want a great guy who will treat you well.

But you're also willing to put up with a few flaws in your Mr. Right

You should congratulate yourself on having a realistic approach to dating.

You probably have quite a few great guys you can date!

Are You Too Picky When It Comes To Men?

hiburan

Aku suka sangat lagu ni.

katak oh katak

Image
Di bangunan inilah terletaknya objek katak bersama tengkorak itu. jenuh nak melangut memandang ke atas dan mencari. nasib baik nampak. hehehehe



Salam... Gambar di atas itu merupakan antara fridge magnet yang berada dalam simpanan aku. Kenapa katak? aku bukannya penggemar makhluk ALLAH yang satu ini. Malah aku 'geli' dengan katak. Tapi aku beli juga. apakah sebabnya? heheheh...sebab kalau anda berada di Salamanca anda akan pasti terkejut dengan kebanjiran katak2 ini di sana. bukan bermakna bandar itu dipenuhi dengan katak hidup tetapi penuh dengan cenderahati yang berbentuk katak. kalau ada istilah teddybear...mungkin kita boleh pakai istilah teddyfrog. hahahah... Fridge magnet yang dipanggil IMAN(singular) dalam spanish atau IMANES(plural) yang berbentuk katak memang popular habis di Salamanca. sana sini anda akan melihat katak2 ini tergantung di mana-mana. sebetulnya masyarakat di sini menganggap Katak sebagai pembawa tuah iaitu Suerte dalam hidup mereka.
Di salah satu bangunan …

nukilan hati...

Salam... Semalam sewaktu aku hendak ke tempat kerja semula selepas lunch di rumah, ada orang memberi salam. Aku dengan emak terpinga-pinga sebab tidak mengenali tetamu yang datang itu. Selepas memperkenalkan diri, dan melihat dari jarak dekat barulah identiti sebenar tetamu itu terbongkar. Aku masih tidak mengenali suami isteri yang datang bertandang itu. lantas emak bercerita, mereka adalah jiran kami semasa di N.9 hampir 20 tahun dulu. punya rapatnya mereka dengan emak dan arwah ayah sehingga emak menganggap mereka seperti adik sendiri. dan Pakcik Shafie dan isterinya makcik Fauziah beria-ia cuba membawa aku kembali ke zaman silam. oh...kepala aku buntu. nama mereka terasa seakan pernah didengar namun kenangan antara aku dan mereka masih pudar. cewah...aku memang tak ingat apa-apa. " Sampai hati hang tak ingat pakcik Piee, Mardhiyah." Aduh...nama lengkap aku masih dingati sampai sekarang. Aku hanya tersenyum-senyum malu apabila keletah aku semasa kecil menjadi bahan bualan.…

hepi besday utk aku yg ke......

Image
gambar copy dari blog alaf fc...


yieha....ariba...ariba....

Image
Aku pilih poster Jose Tomas ni sebab dia nampak gagah perkasa. memang terserlah ciri2 keheroan dia. hahahaha...untuk makluman korang Jose Tomas ni seorang matador yang sangat terkenal di Spain. boleh dikatakan selalulah berita dia ni keluar kat paper.
Aku punya masih tersadai di ofis kakak aku. setiap kali datang tg. malim aku mesti terlupa nak bawak balik. Last2 kakak aku suh tinggal sebab senang dia nak buat pameran tentang kebudayaan bangsa Sepanyol ni. hah...apa pun aku akan tuntut balik nanti.



Bila dah Frame baru terasa besarnya lukisan ni. hehehe..frame sendirian berhad punya hah..



Salam...

Kalau korang berminat nak buat poster ni ( ada banyak pilihan sebenarnya), banyak tempat yang ada( di Spainlah ya). Harganya 6 euro. Kalau di Pasar kat Madrid 6 euro tu termasuk sekali dengan cover dia. Aku buat ni di Granada. kena 7 euro sebab harga cover jual asing, 1 euro. Tak lama nak buat benda ni pon. dalam 5 minit dah siap. kalau sesiapa yang banyak duit tu bolehlah buat untuk family at…