Posts

Showing posts from September, 2008

SALAM LEBARAN

Image
Salam... Dikesempatan ini, aku ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut hari lebaran kepada umat Islam, tidak kira di mana jua anda berada. Kepada sesiapa yang mengenaliku, aku ingin memohon ampun dan maaf andai disepanjang perkenalan kita, ada yang terguris dan tercalar hatinya. Maaf zahir dan Batin. semoga anda semua bergembira di AIDILFITRI ini.

tentang....diri

Salam.... Tahniah kepada Lynn Dayana yang baru sahaja menyudahkan manuskrip ke 3nya dan mss tersebut telahpun berada di tangan editor. Untuk tahun ini, Lynn sudah boleh menarik nafas lega. Di saat dia memberi mesej pada aku menyatakan bahawa mss sudah siap, aku turut sama bersemangat. Turut sama bergembira kerana itulah yang kerap kami lakukan di saat mss sudah dicetak rapi serta menunggu masa untuk dihantar ke tangan editor. masing-masing berkongsi rasa debar dan harapan serta cemas menanti reaksi pembaca apabila buku sudah berada di pasaran nanti. Bulan ni sudah separuh September berlalu. Umat Islam sudah berpuasa selama 16 hari. Syawal bakal menjelang dan seterusnya tanpa kita sedar tahun 2009 akan bermula. Tahun ini aku rasakan begitu pantas sekali masa berlalu. RBB sudah 3 bulan di pasaran. Sepatutnya ketika ini seharusnya mss ke 3 aku turut sama perlu berjalan lancar. Paling tidakpun sekurang-kurangnya suku sudah aku siapkan. Tapi.... Yang pasti pertanyaan yang bertalu-talu dari te…

TERHANGAT DI PASARAN

Image
KESUNGGUHAN Naim mempamer cinta membuatkan Adila mula melakar mimpi. Malamnya disinari kerlipan bintang. Siangnya pula sentiasa dihiasi pelangi. Kalaulah begini indah perasaan dilambung cinta, dari dulu lagi dilagukan rasa rindu. Biar bergema di seluruh alam.

Tiba-tiba mimpi yang indah itu hilang. Perginya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Terpisah dengan Naim menjadikan Adila seperti tidak keruan. Dia mencari dan terus mencari hingga akhirnya lelah sendiri. Jiwanya kacau, fikirannya bercelaru. Kemunculan semula Naim seakan terhenti putaran bumi. Sukar untuk Adila menerima hakikat yang namanya tiada dalam ingatan Naim. Namun, demi cinta yang harus dipertahankan, dia tidak akan sesekali mengalah. Sekali janji dilafazkan, dia rela dirinya diibaratkan perigi mencari timba. Cuma, tegakah hati untuk menerima? Ahh... Susahnya membina mahligai bahagia!



TIKA RINDU BERLAGU Harga: RM19.90 Penulis: Lily Suriani Halaman: 480 ISBN: 978-983-124-383-1
P/S - Tahniah untuk Lily Suriani.

Andaiku Tahu

Image
Andai ku tahu kapan tiba ajalku ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku
Andaiku tahu kapan tiba masa ku ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku
(chorus) Aku takut akan semua dosa dosaku aku takut dosa yang terus membayangiku
Andai ku tahu.. malaikat-Mu kan menjemputku izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu
Ampuni aku dari segala dosa dosaku ampuni aku menangis ku bertaubat padaMu Aku manusia yang takut nerakamu aku juga tak pantas di syurga
Andai ku tahu kapan tiba ajalku izinkan aku mengucap kata taubat padaMu

Softlaunch Rindu Belum Berhenti

Image
Girls Power...hehehe. Terima kasih banyak2 untuk kak Eka, Lynn, Hezzy, Laila, kak Norz dan kak lily.
Antara Hadirin yang sempat bergambar bersama.
Ambil gambar dulu sebelum mulakan majlis
Lynn Dayana - AJK tempat dan makanan. fuh serius je
Tetamu jemputan istimewa - Carrie kirana dan Pokcik Mersik

Salam... Alhamdulillah, akhirnya Majlis soflaunch RINDU BELUM BERHENTI @ makan-makan @ ramah mesra selamat dilangsungkan pada 30hb ogos ( Sabtu lepas) di Pizza Hut Maju Junction. Tak sangka sungguh majlis yang dirancangkan pada saat-saat akhir akhir ini berjaya seperti yang dirancangkan. Terima kasih tidak terhingga pada Hezzy Azra n Haha, Pokcik Mersik, kak zarina, kak ija ( ALAF FC), Carrie kirana, dyea, sil ( geng kicap), Rinn, suhaila, Honey, naza, Aida, Halida, shafiq, anis( anak kak lily), Diyana n Sarah ( anak kak eka) yang sudi hadir memeriahkan majlis ini. Istimewa buat kak Norz, kak eka, kak lily, lynn dan Laila....hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa kalian. Terima kasih ker…

RAMADHAN AL MUBARAK

Image
Salam...
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan dan kesabaran kepada anda semua. Semoga Ramadhan kali ini memberikan sesuatu yang manis buat anda dan keluarga.
Kelebihan Ramadan
Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bula…