Monday, July 14, 2008

tick tock...tick...tock

Salam...
Ini mungkin kali terakhir aku akan menulis n3 sebelum aku ke Spain beberapa hari lagi. Segala aktiviti memblogging akan disambung apabila aku kembali nanti. Buat teman-teman, doakan agar perjalanan aku nanti akan selamat sama ada pergi dan kembali.
Buat pembaca yang masih belum menghantar jawapan kuiz Rindu Belum Berhenti, anda masih ada masa lagi untuk berbuat demikian. Keputusan akan diumumkan apabila aku balik nanti. Mungkin 6 Ogos ke atas, kerana aku akan sampai ke Malaysia pada 3hb dan akan sibuk dengan urusan konvokesyen kakak aku.
ok...sehingga bertemu lagi...ciao....

Friday, July 11, 2008

gigi oh gigi



Salam...


Semalam lepas balik kerja, aku macam lipas kudung memandu menuju ke klinik pergigian. Dahlah dengan trafficnya, hujan lebat lagi. Aku hanya masa ada dalam setengah jam sebelum klinik itu tutup. Kalau tak sempat aku kena datang pulak lepas maghrib nanti. oh tidak! aku Aku malas nak meyimpan gigi yang sakit ni lama-lama. Doktor yang merawat aku tu degil. Hari Isnin lepas aku dah jumpa dia nak cabut tapi dia kata jangan lagi. Gusi aku hanya bengkak. memang gigi akan bergoyang. Esok2 baiklah, kata doktor yang dalam sepuluh patah dia bercakap hanya separuh saja yang aku dengar. bukan apa, cara dia bercakap mcm orang bercinta pulak. dengan perlahan dan berbisiknya. aku sendiri naik rimas ( hehehe..almaklumlah...aku ni kan brutal).

Last2 dia bagi aku painkiller n antibiotik. Aku pun percayalah cakap dia. iyalah..nak buang gigi pun sayang jugakkan. bukannya boleh tumbuh balik.

Tapi semalam w/pun antibiotik n painkiller tu dah abis aku kerjakan, gigi aku tetap sakit. Aku apa lagi, mmang dah bertekad nak cabut je. ( kerana gigi yang sama dah 5 kali aku jumpa dia tau...hehheeh)

Mak aku call tanya nanti boleh tak aku memandu dalam sakit2 gigi ni. aku kata dengan mak, ala mak...cabut ni tak sakit langsung. dia akan bius. ( aku bercakap berdasarkan 2 pengalaman aku sebelum ni -tapi dengan doktor lain). Mak aku langsung tak percaya sebab setahu dia, cabut gigi ni memang sakit. aku memang tak kisah dah. setakat sakit kena inject ubat bius tu aku boleh tahan lagi.

Tapi....memang betul kata mak aku. mengenangkan tragedi semalam aku dah fobia dengan klinik tu. Ya ALLAH...sakit ya amat. sebab gusi aku memang bengkak jadi ubat bius tu tak berapa nak jalan walaupun sampai 2 kali doktor tu tambah dose dia.
doktor tu siap pesan dengan aku proses tu akan sakit sikit sebab gusi dah bengkak.
sikit apa???. BANYAK sakitnya. aku atas kerusi tu dah start nak bukak langkah nak bersilat dah. Tapi assistant dia punyalah kejap pegang kepala aku. huhuhuhuhu...sakit.
Last yang aku dengar bunyi 'prakkkk'(ntahlah mcm mana bunyi sebenarnya). n aku macam mamai sekejap. Aku dah memang tak larat nak bawak keta dah. Tapi dah aku sorang terpaksalah aku meredah jugak. Nasib baik sampai umah dengan selamat walaupun aku bawak keta macam orang mabuk. heheheheh...
p/s -moral of the story....kalau tak nak jumpa doktor gigi, jagalah gigi anda dengan baik....huhuhuhuhuhu...isk...isk...isk...

Thursday, July 10, 2008

Cagiva Mito ( Rindu Belum Berhenti)


Salam...

Ada yang bertanyakan bagaimana rupanya bentuk cagiva milik Zack dalam RBB. Jadi untuk tidak menghampakan pada mereka yang bertanya, inilah dia Cagiva yang digunakan oleh Zack ketika mengekori Adni yang dalam perjalanan ke Bella Rosa.

p/s - kepada eda, gambar air terjun Bt. Jana itu akan saya masukkan kemudian.

Sunday, July 06, 2008

PENGGUNAAN SENJATA DALAM RINDU BELUM BERHENTI


Beretta 92 - Senjata kesayangan yang digunakan oleh Zack@Izz .


Wist-94 merupakan senjata yang digunakan oleh penyamar Pot semasa mahu bersemuka dengan Zack.

9mm Browning high Power yang digunakan oleh Black (ketua kumpulan Blackhawk). senjata ini juga turut digunakan oleh polis Malaysia.



Pisau Rambo milik Zack dan Black. Pisau yang telah mencederakan wajah Zack dan juga digunakan oleh Zack untuk menumpaskan lelaki yang menyamar seperti Pot.

Saturday, July 05, 2008

khabar


Salam...

Kudamba Bahagia sudah pun masuk cetakan ke dua. Aku diberitahu semasa ke pesta buku sabtu lepas. Syukur ALHAMDULILLAH, dibalik persaingan yang semakin memuncak di kalangan penulis-penulis baru, novel aku masih belum terpinggir sama sekali.Harapan aku semoga KDB dan RINDU BELUM BERHENTI terus mendapat sokongan pembaca semua. TERIMA KASIH!!!

Friday, July 04, 2008




The Road Trip of Your Life



You see life as precious and special. Heritage and family are very important to you.



Your life is quite hectic. You try to slow down when you can, but it's not easy!



You don't like a lot of risk or randomness in your life. You prefer to stick with what's known, even if it's a bit boring.



You tend to be a workaholic. You overwork yourself without ever realizing it and sometimes suffer the consequences later.



In another life, you could have been a great novelist. You have a knack for describing things in an interesting way.

Pesta Buku Alaf 21


Salam...

Rasanya n3 aku ni dah memang ketinggalan keretapi. Event dah berlaku hampir seminggu yang lalu dan hanya aku seorang saja yang belum mencoret apa-apa.
Sebenarnya, datang ke pesta buku Alaf 21 memang tiada dalam agenda aku weekend lepas. Ya aku memang bercuti dan aku akan ke tg.malim dan aku tidak menyangka pihak Alaf akan menjemput aku ( ingatkan pesta buku ini berjalan tanpa kehadiran penulis). Dan bila Kak Saadi call, aku dengan serba salam menolak kerana memikirkan rancangan aku di Tg. Malim dan aku tak pasti sama ada Kakak aku begitu rela hati mahu membawa aku ke sana.

Lepas tu aku fikir kembali, dan sememangnya aku rasa serba salah. Aku call kakak dan tanya dia sama ada mahuah dia menemani aku ke Shah Alam....Yess!!! nasib baik dia setuju. serta merta aku call kak Saadi kembali dan menyatakan persetujuan aku.

Oleh kerana aku ke tg. malim bersama emak, 2 adikku dan anak saudara, bermakna aku akan membawa mereka sekali ke Shah Alam. mujurlah ada sepupu aku yang tinggal di seksyen 24. Jadi tidak jenuhlah keluarga aku yang lain menunggu. hahahha. sebelum tu aku siap bawa mereka melawat alaf dulu. emak apalagi bila tengok buku masakan dan gubahan terus rambang mata. kakak aku pulak dok melepak tengok berapa buku aku terjual..hahahha. dia pulak yang excited.

Kat pesta, aku bertemu Pokcik Mersik, Abang long, Kak Meen, Shai dan Junaidi dari msjbox dan tak lupa juga Fad. Akhirnya dapat jugak aku bertemu mata dengan Fad..heheheh. Masa aku datang lagi aku dok perasan ada seseorang yang asyik memandang aku. Bila aku duduk melepak bawah khemah dengan abang long dan mersik, dia memandang lagi sampai abang long tegur " kenapa budak tu dok pandang sini?" hahahahah...last2 fad datang n perkenalkan diri.
Petang tu sambutan amat menggalakkan. Aku memang hepi kerana Laila Kamilia dan Lynn Dayana pun datang bertandang. hmmmm..memang lama tak jumpa mereka. Apa pun terima kasih kepada pihak Alaf 21 kerana sudi menjemput aku.