Posts

Showing posts from October, 2007

its hard 2 say goodbye

Image
salam...
Bermula dari hari esok sehingga 1 November, aku tak akan online kerana 22 oktbober - 1 Nov, aku akan menghadiri kursus di Kuala Lumpur...andai ditakdirkan aku boleh online kat sana, insyaallah aku tak akan membiarkan umah ni bersawang. kepada pengunjung yang rajin ke sini...janganlah segan-segan untuk datang lagi....

salam lebaran

Image
SALAM AIDILFITRI UNTUK ANDA SEMUA. SEGALA APA YANG TERTULIS, TERLAWAK, TERKASAR DAN TERSINGGUNG HARAPLAH DIMAAFKAN. SEMOGA KEMENANGAN KITA MENGHADAPI SEGALA DUGAAN DI BULAN RAMADHAN INI MENDAPAT RAHMAT & GANJARAN YANG LEBIH BESAR DARI ALLAH SWT. CERIA-CERIA SELALU

kad raya

Khas untuk Alaf 21, Alaf 21fc & Laila Kamilia terima kasih atas kunjugan kad raya dari anda semua.

Bersyukur

MIMPI SEORANG HAMBA ALLAH YANG INSAF
HAYATILAH KERANA IA SEMATA-MATA UNTUK KEBAIKAN
Aku bermimpi suatu hari aku pergi ke syurga dan seorang malaikat menemaniku serta menunjukkan keadaan di surga.
Kami berjalanmemasuki suatu ruang kerja yang penuh dengan para malaikat. Malaikat yang mengantarku berhenti di depanruang kerja pertama dan berkata," Ini adalah Seksyen Penerimaan. Disini, semua permintaan yang ditujukan pada Allah, diterima".
Aku melihat-lihat sekeliling tempat ini dan aku dapati tempat ini begitu sibuk dengan begitu banyak malaikat yang mengamati seluruh permohonan yang tertulis pada kertas dari manusia di seluruh dunia.
Kemudian,...aku dan malaikat tersebut berjalan lagi melalui koridor yang panjang. lalu sampailah kami pada ruang kerja kedua.
Malaikat-ku berkata, "Ini adalah Seksyen Pembungkusan dan Pengiriman. Disini, kemuliaan dan rahmat yang diminta manusia diproses dan dikirim kemanusia-manusia yang masih hidup yang memintanya".
Aku perhatikan lagi betapa…

bagaimana menyayangi seseorang

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa. 2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain. 3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta,dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya. 4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu …

paku di dinding hatimu

Image
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari,dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa ke…

oh laila...

salam... Menjenguk ke blog Laila Kamilia sekejap untuk mencari berita terbaru tapi hampeh...rupanya dia tagged aku...wah2 siap cakap aku yang suka menyepikan diri..hahahha... oklah...8 perkara tentang diri aku... 1. Mood tak pernah stabil. entahlah benda ni rasanya sejak azali lagi aku macam ni. ada masanya aku peramah macam nak rak...ada masanya aku diam, sediamnya. so laila..bila aku menyepi tu faham-fahamlah ya... 2. kuat berangan. dulu masa kecik2 aku selalu bayangkan kalau aku duduk di angkasa mcm mana space ship aku, macam mana aku nak perang lawan musuh.hiihih bila tengok a girl from tomorrow teringin nak jadi Alana. bila tgk kartun toriton, aku teringin hidup dalam laut lak. berangan jadi ariel pun selalu gak..ahaks...bila tgk voltron, aku teringin jadi macam depa. bila tgk wolverine, aku teringin jadi makwe dia..hahaha sekarang ni kalau berangan pun mengenangkan hero n heroin novel aku...dengan beranganlah aku dapat membina karekter mereka. 3. Aku cepat naik darah. kalau tak kena …